Anda di halaman 1dari 3

KOAY BEE LENG

29056
890627-08-5720
Soalan 2 (Individu)
Pada pandangan saya, guru-guru pada masa kini kurang menggunakan bahan
bantu mengajar dengan menggunakan boneka adalah disebabkan oleh beberapa
faktor. Kekangan terhadap masa menjadi salah satu faktor utama yang menghalang
penggunaan

bahan

bantu

mengajar

boneka

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. Hal ini kerana kadang-kadang seseorang guru memerlukan masa yang
khusus di luar waktu sekolah bagi membuat persediaan terhadap bahan bantu
mengajar boneka yang agak sukar dihasilkan.
Pada masa kini, para guru perlu menghadap komputer berjam-jam lamanya
untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis sistem atas talian seperti
SAPS, SMM, APDM, SSDM, SPPPBS, NILAM, e-SPLG, e-Operasi, HRMIS dan lainlain lagi.
Dengan adanya sistem PBS, beban tugas guru semakin bertambah. Kelemahan
sistem yang disediakan termasuklah masalah akses sistem PBS menyebabkan para
guru menghabiskan banyak masa dalam memasukkan data ke dalam sistem ini. Di
samping itu, kerja-kerja PBS seperti membina instrumen sendiri, menyemak dan
menyusun evidens turut menggunakan masa yang banyak untuk menyiapkannya.
Selain itu, guru-guru perlu melakukan kerja perkeranian, kerja pemfailan,
penandaan buku latihan, terlibat dalam majlis dan aktiviti rasmi sekolah, kursus,
mesyuarat dan lain-lain lagi. Di sekolah juga guru-guru berhempas pulas menyiapkan
kerja-kerja ko-kurikulum, terlibat dalam AJK kecil untuk pelbagai jenis program,
menjalankan kelas tambahan dan lain-lain lagi. Dengan pelbagai tugasan ini, guru-guru
tidak mempunyai masa untuk membuat persediaan bahan bantu mengajar boneka.

Faktor yang kedua adalah guru kurang inisiatif untuk memantapkan pengetahuan
dan kemahiran guru dalam bilik darjah. Kebiasaan guru menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan sumber primer seperti bahan
bercetak, buku teks dan lain-lain untuk meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran kepada para pelajar. Disebabkan oleh reka cipta bahan bantu mengajar
boneka yang mengambil masa lebih, jadi para guru mengambil inisiatif untuk
melakukan proses pengajaran bersumberkan sumber primer sahaja.
Faktor

yang

ketiga

ialah

pengintegrasian

ICT dalam

pengajaran

dan

Pembelajaran. Pada abad ke-21 ini, guru-guru lebih suka menggunakan pengaplikasian
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana kebanyakan guru-guru
masa kini mempunyai kemahiran berkaitan dengan komputer. Mereka dibekalkan
dengan alat sokongan pembelajaran seperti unit komputer, bahan perisian lain seperti
CD pembelajaran dan sebagainya. Guru menggunakan komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah menggambarkan seseorang guru itu mempunyai kelebihan
bakat serta kemahiran.
Keperluan pelajar pada masa kini adalah berbeza daripada pelajar pada masa
dahulu. Mereka kini sangat berminat menggunakan teknologi serta mengharapkan
pembelajaran mereka di sekolah lebih menarik dan mencabar. Aplikasi persembahan
elektronik bukan sahaja menjadikan pengajaran guru lebih menarik dengan multimedia
dan interaktiviti, malahan guru boleh menggalakkan pelajar menggunakan perisian
tersebut untuk pembentangan hasil projek individu dan kumpulan.
Selain itu, kini pengetahuan dan kemahiran ICT sudah disepadukan dalam
kurikulum sekolah. Kurikulum sekolah sudah menuntut betapa pentingnya penguasaan
pengetahuan dan kemahiran literasi ICT, terutama kepada semua pelajar sekolah. Guru
memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari
laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas
maklumat. Kemahiran ICT yang didedahkan kepada pelajar dapat melahirkan pelajar
yang kreatif dan inovatif yang dapat mengembangkan pemikiran mereka dan
menyediakan mereka kepada pasaran pekerjaan akan dating.

Faktor yang keempat ialah Dasar Transformasi Pendidikan Negara dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Dasar kerajaan untuk memanfaatkan
ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. ICT akan membantu
memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Murid akan
memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik, dan interaktif. Mereka akan
dapat belajar mengikut kadar kendiri dan mempunyai pilihan pengajian yang lebih luas
melalui program jarak jauh.
Guru akan mempunyai akses kepada sumber pembelajaran dan komuniti di
dalam dan di luar negara bagi membantu meningkatkan kualiti amalan mereka.
Kemudahan ICT akan menjadi sebahagian daripada kehidupan murid di sekolah, tanpa
jurang pemisah antara bandar dengan luar bandar. Semua guru dan murid akan
dilengkapi kemahiran yang perlu bagi menggunakan teknologi ini secara berkesan dan
bermakna.