Anda di halaman 1dari 21

1.

0 PENGENALAN

Dalam era globalisasi, dunia pendidikan manjadi semakin mencabar. Profesion


keguruan bukanlah satu kerjaya yang mudah dan di pandang enteng lagi. Jika dulu guru
hanya masuk ke kelas dan memuntahkan ilmu kepada murid-murid tapi kini guru dibebani
dengan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang berilmu sejajar dengan misi dan visi
Wawasan 2020. Oleh itu, guru dituntut untuk mengetahui serba serbi termasuklah pengurusan
bilik darjah yang effektif.
Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang bermadani untuk
Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani murid-murid dan
persekitaran pembelajaran. Guru perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca utama
kepada masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini kerana masalah jenayah yang
berlaku di luar sana mampu di bendung dari peringkat awal lagi melalui pendidikan di sekolah.
Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah seperti Model Modifikasi Tingkah laku
Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts, Model Pengurusan
Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan sebagai panduan oleh
guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan.

Menurut Chong Lean Keow(2009),Model Akibat Logikal Dreikurs ini diutarakan oleh
dreikurs. Model ini berasaskan empat premis asas teori Adler:1. Manusia adalah makhluk sosial dan motivasi asas mereka ingin dimiliki atau menjadi
ahli sesuatu kelompok
2. Kesemua tingkahlaku adalah bersebab.
3. Manusia adalah organisme yang berupaya membuat keputusan.
4. Realiti dipersepsikan oleh manusia.
Fokus utama model akibat logikal Dreikurs ini adalah mewujudkan suasana bilik darjah yang
bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin kawalan bilik
darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman. Selain itu juga, model ini
menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku dan murid perlu dibimbing untuk
memahami peraturan di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu murid sendiri perlu dilatih untuk
mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah. Terdapat beberapa motif
utama salah laku. Motif tersebut ialah:
1. Mendapatkan perhatian : Murid sering kali cuba mendapatkan perhatian guru dengan cara
yang salah.
Penyelesaian: Guru dapat meminimumkan taraf perhatian,mengalihkan perhatian murid
berkenaan dan mengubah kedudukan murid yang berkenaan.
2. Membalas dendam : Murid bertindak balas dendam apabila guru dilihat sebagai bersikap
tidak adil dan bersikap autokratik.
Penyelesaian: Guru dapat mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif,bertenang
dan menangani masalah dengan menunjukkan sifat prihatin.
3. Mencabar kuasa (konflik) : Apabila murid bertindak mencabar kewibawaan guru jangan
bertindak secara emosi. Bertenang, panggil murid secara individu dan cuba kenal pasti punca
kelakuan mereka.
Penyelesaian: Guru dapat mengekalkan persekitaran pembelajaran yang positif ,bertenang
dan tangani masalah dengan menunjukkan sifat prihatin.

4. Menunjukkan kekurangan : Murid yang gagal mendapat pengiktirafan melalui motif


sebelumnya mungkin akan bertindak menunjukkan dirinya sebagai seorang yang lemah dan
tidak upaya.

Penyelesaian:

Guru

dapat

mengubahsuai

keadah

mengajar,menggunakan

bahan

pembelajaran berbentuk maujud atau berbantukan komputer dan mengajar satu kemahiran
sahaja pada satu masa.
Peranan dan tanggungjawab guru dalam Model Akibat Logikal Dreikurs
1. Guru perlu mengenal pasti motif murid tersebut berdasarkan empat motif utama yang
telah dibincangkan di atas. Bantu murid untuk memahami motif yang telah
ditunjukkan.Murid mungkin gagal untuk memahami cara yang terbaik untuk mendapat
tempat dan menyesuaikan diri di dalam bilik darjah.
2. Guru tunjuk dan beri kesedaran bahawa mereka telah memilih cara atau motif yang
salah untuk mendapat pengiktirafan diri.
3. Guru membantu murid untuk menukarkan matlamat yang salah kepada matlamat
sebenar yang mendatangkan manfaat kepada semua pihak.
4. Guru memberi galakkan dan membimbing murid untuk bertanggungjawab atas
matlamat baharu yang dipilih.
5. Guru membantu murid untuk melihat akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.
Akibat tersebut mestilah boleh difahami dan diterima oleh murid. Akibat itu perlu
memberikan manfaat kepada diri murid dan orang-orang di persekitaran mereka.
Berikut ialah cadangan-cadangan yang boleh digunakan oleh guru untuk berkomunikasi
dengan murrid.
1. Guru selalu berkomunikasi tentang perkara-perkara yang positif dan bukannya
perkara-perkara negative dengan murid.
2. Guru memberi galakkan terhadap murid untuk menunjukkan peningkatan bukan
kesempurnaan.
3. Guru mengenal pasti kelemahan murid dan bincang dengan murid cara mengatasi
kelemahan.
4. Guru membantu murid untuk belajar daripada kesilapan yang merupakan asas dalam
proses pembelajaran.
5. Guru percaya kepada kebolehan murid, membantu mereka menghadapi cabaran.
6. Guru memberi galakkan terhadap murid untuk bekerjasama antara satu sama lain.
7. Guru menunjukkan rasa bangga atas hasil kerja murid dan mempamerkan untuk
dikongsi bersama dengan murid-murid lain.
8. Guru menunjukkan sifat optimis dan bersemangat.Kewibawaan dan tingkah laku guru
menjadi model kepada murid.
9. Guru menunjukkan frasa-frasa yang memberi galakan dan motivasi.
PENILAIAN TERHADAP MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS

Kekuatan : memupuk autonomi di mana murid bertanggungjawab atas tindakan dan


pilihan mereka.
Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui komunikasi yang
terbuka dan saling hormat-menghormati antara murid-murid.
Kekurangan : agak sukar untuk guru permulaan mengenal pasti serta memahami motif
murid-murid melakukan salah laku.

Model
Akibat
Logikal
dreikurs

Agak sukar untuk mengenalpasti akibat logikal yang setimpal dengan salah laku
tertentu.

Cara menangani murid


yang mempunyai motif
yang salah

motif utama

mendapatka
n perhatian

mencabar
kuasa
PETA MINDA AKIBAT LOGIKAL DREIKURS

membalas
dendam

mempamerk
an
kekurangan

kenal pasti motif


murid

bantu murid
memahamicara
motif
berkomunika
yang
ditunjukkan
percaya
si yang
kebolehan
berkesan
murid
beri
galakan
belajar
bantu murid tukar
dan
daripada
matlamat salahmotivasi
kesilapan kepada matlamat
benar

kenal
bimbing
murid
berkomun
rasa
pasti
bertanggungjawab
ikasi
galakan
bangga
kelemaha
ke
atas matlamat
perkara
peningkata
pencapai
n murid baharu
positif
n murid
an murid

bantu murid
bekerjasa
optimis
ma di
melihat akibat
sebalik
tingkahlakunya
Model Pengurusan Kelompok Kounin.
Model ini telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah iaitu
Jacob Kounin. Buku yang berjudul Discipline and Group Management merupakan karya beliau
mengenai pengurusan tingkah laku berkesan. Terkenal dengan Konsep Riak - apabila
seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama. Ciri-ciri teori ini adalah

mengenai teori berkaitan disiplin dan pengurusan kumpulan manakala matlamat teori ini pula
ialah pengajaran dengan disiplin dapat dicapai (seiring). Kounin juga menekankan kepada
pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah.
Terdapat perkara-perkara utama dalam model Pengurusan Kelompok Kounin. Perkaraperkara tersebut ialah:
1)

Bertindih (overlapping) : Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua atau

lebih aktiviti individu atau kumpulan pada masa yang sama.


2)

Merangkumi semua (withitness): Ia merujuk kepada kebolehan guru membetulkan

tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatau situasi yang tidak boleh dikawal.
3)

Momentum (momentum) : Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan

pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran.


4)

Kelancaran (smoothness) : Cirinya ialah kontinuiti, tanpa sebarang gangguan.

5)

Fokus kumpulan (group focus) : Iaitu memusatkan perhatian semua murid lain

daripada respons seorang murid sedang diberikan.


Menurut kajian Kounin:
Teguran dan tindakan guru terhadap seseorang murid yg melakukan kesalahan akan
turut memberi kesan kepada murid lain.Teguran yang diberikan kepada murid mestilah
jelas.

Nyatakan teguran dengan spesifik bukan secara umum.

Kesan gelombang secara aktif mempunyai 3 ciri:Jelas,Tegas dan Serius.


Kesan ini dikenali sebagai kesan gelombang (ripple effect)

Implikasi model kounin terhadap tingkah laku bermasalah di dalam kelas adalah seperti
berikut:

Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku
rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali
sebagai kesan riak (ripple effect).

Guru harus sedar semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam
setiap masa. Kesedaran ini adalah dikenali sebagai withitness, sesuatu istilah yang

dicipta oleh Kounin.


Kebolehan memberi peralihan yang lancar antara dua aktiviti.(overlapping) dan
mengekalkan momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk

pengurusan kumpulan dengan berkesan.


Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin setiap
individu mempunyai akauntibiliti dalam pembelajaran, dan memastikan pembelajaran

optimal berlaku.
Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau

kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam bilik darjah.
Keupayaan guru menangani masalah di dalam dan luar bilik darjah yang ganggu sesi

P&P semasa.
Guru mesti buat persediaan supaya proses P&P lancar
Guru tidak ganggu murid semasa melakukan aktiviti tetapi membantu secara individu

yang bermasalah.
Guru menerangkan masalah jika pelajar tidak faham tanpa perasaan marah dan

menyakitkan hati dan terus kembali pengajaran dengan cepat.


Guru meninjau hasil kerja murid.
Guru meminta murid bagi respons terhadap sesatu perkara.

Selain itu, Kounin juga mencadangkan kelancaran dan pelaksanaan aktiviti di dalam
bilik darjah amat penting.
1. Aktiviti P&P yang tidak lancar, tertangguh,arahan yang tidak jelas menyumbang
kepada masalah pembelajaran murid di dalam bilik darjah.
2. guru
harus
mengelak
daripada
tersekat-sekat

dalam

proses

P&P,

contohnya;Pengajaran meleret-leret sehingga keluar daripada sukatan sebenar.


3. Memberikan arahan-arahan yang tidak wajar atau tidak difahami.Selalu menukarnukar tugasan.
Kemudian,Penyebab kepada gangguan kelancaran P&P adalah penerangan yang
meleret dan fragmentasi.
1. Dalam penerangan yang meleret, guru terus menerangkan dan mengulang perkaraperkara yang telah lama difahami oleh murid-murid.
2. Fragmentasi, guru memecahkan kepada beberapa bahagian kecil dalam aktiviti-aktiviti
P&P, sedangkan hal ini dapat dijalankan menyeluruh oleh murid.
Di samping itu, Kounin juga memberikan tumpuan utama terhadap pengurusan P&P.

1. Menggunakan strategi yang pelbagai untuk menarik perhatian murid;


2. Guru mendapatkan perhatian yang sepenuhnya daripada murid sebelum memberikan
arahan atau membuat penerangan. Kemudian, guru melibatkan murid dengan aktif
dalam aktiviti-aktiviti yang berpusatkan murid.
3. Selalu memanggil murid untuk memberikan maklum balas, menjawab soalan,
membuatkan demonstrasi atau memberikan penerangan.

model
disiplin
kelompokkounin
mewujudkan

PENILAIAN TERHADAP MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS


Kekuatan
Fokus terhadap pengurusan

suasana biilk darjah dan

persekitaran pembelajaran yang kondusif .

5 teknik
kounin dalam
Menitikberatkan variasi dari segi strategi & teknik pengajaran yang dapat kekalkan
kajian
menangani
minat &semangat murid untuk belajar.
masalah

tidak berunsurkan hukuman yang hanya berkesan dalam jangka masa yang singkat

Kelemahan

Murid tidak mementingkan atribut-atribut guru seperti beramah mesra, sabar, prihatin
dan sebagainya.
Agak mencabar bagi guru yang perlu mengambil tindakan terhadap dua atau lebih

merangku
bertindih
mi semua
Agar sukar untuk guru permulaan
mengawal gerak-geri murid dengan rapi.
kelompok pada satu masa yang sama.

PETA MINDA DISIPLIN KELOMPOK KOUNIN

mempamerk
an
kekurangan

momentum

teguran dengan
spesifik

implikasi

fokus
kumpulan

kesan gelombang
secara aktif

Guru mesti buat persediaan supaya proses P&P

lancar
Guru tidak ganggu murid semasa melakukan aktiviti

tetapi membantu secara individu yang bermasalah.


Guru menerangkan masalah jika pelajar tidak
faham tanpa perasaan marah dan menyakitkan hati

dan terus kembali pengajaran dengan cepat.


Guru meninjau hasil kerja murid.
Guru meminta murid bagi respons terhadap sesatu
perkara.

Kekuatan Model Akibat Logikal Dreikurs

Model Akibat Logikal Dreikurs menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik
darjah.Mereka dapat diberi autonomi untuk membincangkan salahlaku di dalam bilik
darjah serta membantu menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah. Murid-murid
boleh dibimbing untuk ingat-mengingati antara satu sama lain tentang peraturan yang telah
ditetapkan. Apabila murid faham dan mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan, masalah
disiplin akan dapat dikurangkan.

Dreikurs menekankan guru perlu mengenal pasti punca kepada masalah tingkah laku. Beliau
mengemukakan

strategi

untuk

membantu

murid-murid

memperoleh

disiplin

kendiri

berdasarkan kefahaman murid-murid atau kanak-kanak terhadap nilai-nilai sosial yang


terdapat di persekitarannya.Dreikurs berpendapat disiplin kendiri boleh dicapai di dalam
suasana bilik darjah yang demokratik.
Dreikurs lebih menekankan pengajaran demokratik dan berdepan kesalahan. Pada pendapat
beliau, disiplin adalah bukannya satu bentuk hukuman. Sebaliknya ia adalah satu cara untuk
mengajar kanak-kanak untuk mengenakan satu tahap kepada diri mereka sendiri. Muridmurid yang boleh mengawal diri sendiri akan menunjukkan inisiatif,boleh membuat keputusan
yang munasabah dan boleh memikul tanggungjawab yang memberikan manfaat kepada diri
sendiri dan orang lain,sekaligus akan meningkatkan kualiti persekitaran murid tersebut.
Bagi menangani tingkah laku tidak diingini tersebut, Dreikurs telah mengusulkan empat
langkah menangani tingkah laku sedemikian. Langkah pertama ialah guru perlu berusaha
mengenal pasti matlamat tersilap murid, iaitu dengan memberi perhatian kepada responnya
terhadap tingkah laku buruk muridnya sambil memerhati tindak balas murid tersebut.
Langkah kedua ialah guru tersebut dapat menentang matlamat tersilap itu dengan
keterangan yang munasabah melalui perbincangan logik tentang kesilapan yang
diaplikasikan oleh muridnya. Dalam langkah ketiga, guru itu dapat mengelakkan
rampasan kuasa dengan menarik balik imej autoriti guru, sebaliknya turunkan kuasa
kepada murid bertingkah laku buruk iaitu memberi peluang mengarah dan membuat
keputusan. Selain itu, Dreikurs juga mencadangkan langkah-langkah menangani tingkah laku
membalas dendam, misalnya dengan memberi sokongan yang konsisten kepada murid
bermasalah agar menonjolkan prestasi baiknya supaya mudah mendapat perhatian
orang lain. Dalam langkah keempat pula, seseorang guru perlu memberi galakan kepada
murid bermasalah dengan peneguhan atas usaha mereka walaupun sedikit sahaja.

Kesimpulannya, matlamat keseluruhan Dreikurs ialah hukuman bukan suatu kaedah yang
berkesan untuk menangani masalah disiplin. Malah, beliau berpendapat bahawa tindakan
hukuman guru merupakan balas dendamnya terhadap murid selain menunjukkan autoriti guru
selain membawa malu kepada murid yang dihukum itu. Dreikurs percaya strategi paling
berkesan menangani masalah tingkah laku ialah pencegahan. Fokus utamanya ialah ke atas
tingkah laku konstruktif dan bukan disiplin paksaan. Maka, beliau usulkan pembinaan bilik

darjah demokratik dan stail pengajaran dengan menurunkan kuasa kepada murid agar setiap
murid dapat menyumbang sebagai ahli bilik darjah. Beliau berpendapat bahawa dengan ini,
murid akan mempunyai minat sosial dan memahami manfaat dirinya dalam penyertaan
aktiviti bilik darjah.

2.Analisis Kes ( Pengalaman En.John)


Masalah-masalah disiplin sering berlaku di dalam bilik darjah menyebabkan pengajaran dan
pembelajaran terganggu. Bagi melicinkan proses P&P dan mengelakkan pembaziran waktu,
guru yang proaktif seharusnya menangani masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah
dengan segera dan pantas.
Masalah disiplin seperti kurang memberikan respons ketika sesi soal jawab, meninggalkan
bilik darjah dengan kerap dan tidak hormat kepada guru, sememangnya dapat di atasi dengan
mudah jika guru menggunakan beberapa langkah yang telah di sarankan oleh para cerdik
pandai sebagai panduan melalui model-model pengurusan bilik darjah yang telah mereka

perkenalkan. Sebagai seorang guru, terpulanglah kepada kita untuk memilih model mana
yang lebih baik atau mengadunkan model-model tersebut supaya menjadi satu acuan yang
baik dalam mengawal masalah disiplin murid di dalam kelas.
Terdapat beberapa langkah yang saya cadangkan bagi membantu guru-guru dalam
menangani masalah En. John. Antaranya ialah membina hubungan positif antara guru dan
murid, menetapkan set peraturan dan rutin bilik darjah, terangkan plan pengurursan disiplin
kepada murid, memberi teguran dan kaunseling,
1 Membina hubungan positif antara guru dan murid.
Berdasarkan petikan ini, saya berpendapat bahawa langkah pertama yang patut di ambil bagi
menangani masalah disiplin ini ialah En.John perlu membina hubungan positif dengan
Siva.Hal ini kerana hubungan yang positif ini dapat mengurangkan emosi-emosi negatif
sebaliknya menggalakkan emosi-emosi positif. Pendekatan ini membuatkan murid merasa
dihargai oleh guru sekaligus memotivasikan murid dalam menghasilkan tugas-tugas
pembelajaran dengan baik. Perkara yang lebih penting ialah, hubungan positif ini melahirkan
rasa hormat Siva kepada En.John serta Siva diketahui telah mendapat perhatian En.John
yang disarankan oleh Dreikurs. Menurut Good dan Brophy (2002), En.John yang dihormati
dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di
dalam bilik darjah.En.John akan dipandang tinggi oleh Siva dan murid-murid dan membawa
kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh yang demikian mudahlah guru untuk
mengawal tingkah laku murid di dalam kelas. Masalah disiplin seperti yang telah dinyatakan
pasti tidak akan berlaku lagi. Hal ini kerana murid-murid akan memberi kerjasama kepada
guru. Hubungan yang baik antara En.John dengan Siva akan memberi peluang kepada murid
untuk menjalinkan kerjasama yang erat dengan guru. Menurut Kounin, En.John mengenal
pasti kelemahan dan kekuatan murid-muridnya serta memberikan peneguhan yang sesuai.
Selain itu En.John dapat membentuk peribadi yang mulia terhadap Siva sekaligus
mengurangkan masalah disiplin.
Bagi membina hubungan positif antara guru dan murid, guru mestilah ingat nama murid dan
panggil murid dengan nama masing-masing. Guru dinasihatkan supaya tidak memanggil
murid-murid dengan nama-nama ganti diri yang am, panggil dengan menunding jari dan
panggilan-panggilan yang tidak disukai oleh murid kerana ia boleh mengakibatkan murid
berasa benci kepada guru. Sebagai contoh ialah

Poh Siva, banyak sangat ye kamu

bercakap...... atau Awak yang mata sepet tu....... Sebaliknya berlaku apabila guru

mengingati nama murid dan memanggil mereka dengan panggilan yang betul. Mereka akan
merasakan guru sedar akan kewujudan mereka didalam kelas disamping menunjukkan usaha
guru untuk mengenali mereka. Sekaligus hubungan positif dapat dibentuk dengan cepat. Hal
ini akan menolong guru untuk mengawal tingkah laku murid didalam kelasnya.
Dalam mengekalkan hubungan yang baik antara guru dan murid, guru perlu berkomunikasi
baik dengan murid yang telah dinyatakan oleh Dreikurs iaitu selalu berkomunikasi tentang
perkara-perkara yang positif dengan murid dan percaya kepada kebolehan mereka.

2 Menetapkan set peraturan bilik darjah.


Langkah kedua ialah, En John perlu berbincang dengan murid-murid untuk menetapkan satu
set peraturan yang utama yang menjadi asas kepada bilik darjah. Peraturan ialah penyataan
yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Selain itu,
peraturan juga merupakan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid.
Dari semasa ke semasa, En John boleh membuat tambahan peraturan, tetapi asasnya
adalah pada peraturan asas tersebut. Peraturan bilik darjah ini adalah penting untuk dibentuk
dan dikuatkuasakan kerana ia dapat memastikan aktiviti bilik darjah berjalan dengan lancar
tanpa gangguan tingkah laku yang tidak diingini. Menurut Dreikurs,En John perlu mengenal
pasti

matlamat

Siva

yang

salah,

iaitu

menunjukkan

tingkah

laku

mencuri

perhatian,menunjukkan kuasa, membalas dendam dan menunjukkan kelemahan dalam usaha


murid untuk mendapatkan rasa kepunyaan. Oleh itu En John perlu menyediakan persekitaran
pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat.
Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan En John dan murid perlu dipenuhi
melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan
peraturan tingkah laku yang yang jelas di dalam bilik darjah.
Misalnya, En John dan murid-muridnya bersama-sama menetapkan peraturan-peraturan
kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan adalah mengenai murid yang bergerak tanpa
kebenaran guru, akan dihukum duduk di sebelah guru sepanjang waktu kelas tersebut. Pada
suatu hari, Siva telah bergerak sekitar kelas, En John harus menghukumnya. Dengan cara
ini, Siva akan mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada
masa yang akan datang. Selain itu, semua murid dalam kelas akan menyedari kepentingan
mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan. Dengan berlakunya kes Siva, murid-murid

yang lain juga akan mengingatkan sendiri supaya elak daripada mengulangi kesalahan yang
dilakukan oleh Siva.
walaubagaimanpun,menurut Kounin, guru perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara
semasa membentuk peraturan di dalam bilik darjah, antaranya ialah ayat peraturan mestilah
ringkas dan jelas. Hal ini kerana murid akan mengalami kesukaran dalam memahami dan
mengingati peraturan yang panjang dan berbelit. Seterusnya, set peraturan yang dibentuk
seelok-eloknya bermakna dan hendaklah dipersetujui oleh semua warga kelas dan bukanlah
di buat secara autokratik oleh guru semata-mata. Amalan demokrasi ini akan memberikan
peluang kepada murid untuk merasakan bahawa mereka sebahagian daripada warga bilik
darjah dan bukan hanya pemerhati. Disamping memberi peluang kepada En John untuk
mengambil kesempatan untuk berbincang bersama murid tentang kepentingan peraturan bilik
darjah. Selain itu, En John juga perlu mengambil perhatian terhadap bilangan peraturan.
Peraturan metilah dihadkan bilangannya kerana peraturan yang terlalu banyak boleh
mengelirukan murid. Peraturan yang dibentuk hendaklah diselarikan dengan peraturan
sekolah. Contoh peraturan ialah :
Peraturan Kelas 4 Kuning
a)

Menghormati guru dan rakan-rakan yang lain

b)

Sentiasa memberi kerjasama dan respons semasa proses P&P.

c)

Tidak boleh bergerak sesuka hati tanpa kebenaran guru

d)

Mematuhi peraturan sekolah.

3. Memberi teguran
Selain tu, En John juga boleh membuat teguran secara langsung kepada murid untuk
peringkat rendah dan teguran secara individu untuk murid yang lebih dewasa. Menurut
Kounin, tindakan atau teguran guru terhadap seseorang murid yang melakukan kesalahan
akan turut memberi kesan kepada murid-murid lain di dalam bilik darjah. Menurutnya lagi

teguran mestilah jelas dan En John perlu menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang
hendak dibetulkan. Elakkan daripada memberi teguran secara umum. Contohnya, 'Siva beri
tumpuan. Nyatakan dengan lebih spesifik, Siva berhenti bercakap dengan Atan, dan beri
respon kepada perkara yang kita bincangkan tadi. Guru juga perlu membimbing murid-murid
agar saling ingat mengingati antara satu sama lain tentang peraturan yang telah ditetapkan.
Apabila murid faham dan mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan, masalah disiplin
seperti menganggu rakan sekelas dapat dikurangkan. Jika murid-murid masih terus
melakukan kesalahan disiplin seperti yang telah ditetapkan bersama, guru yang proaktif perlu
menyelidik bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan murid tersebut tidak berubah
kepada tingkah laku yang diingini. Hal ini bertepatan dengan model Dreikurs yang
menekankan supaya guru mengenal pasti punca masalah tingkah laku. Apabila En John telah
berjaya mengenal pasti punca murid-murid melakukan masalah disiplin, guru boleh
mengambil langkah seterusnya dengan berjumpa murid yang bermasalah tersebut secara
bersendirian dan berbincang tentang masalah-masalah yang dihadapinya.En John perlu
meyakinkan murid untuk membuat pilihan tingkah laku yang tepat kerana setiap individu
bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka sendiri. Oleh itu, guru perlu membantu
murid untuk menilai apa yang telah mereka lakukan sehingga mereka faham bahawa
perbuatan itu adalah salah.

4 Pisahkan tempat duduk murid yang bermasalah


Strategi lain yang boleh diambil oleh En John dalam menangani masalah-masalah disiplin
seperti menganggu rakan, kurang memberi respon semasa pengajaran dan pembelajaran,
dan tidak menghormati rakan ialah guru menentukan dinamika kumpulan di dalam bilik
darjahnya. Dinamika kumpulan ialah kumpulan-kumpulan kecil yang terbentuk di dalam bilik
darjah

yang

terdiri

daripada

beberapa

orang

murid

yang

mempunyai

nilai

dan

kencenderungan yang sama. Mereka saling bergantung dan mempunyai nilai dan
kecenderungan yang sama. Mereka saling bergantung dan mempunyai kuasa atau daya
untuk menggerakkan ahli-ahli kumpulan tersebut. Kuasa ini boleh mendorong ahli-ahli
kumpulan untuk berkelakuan mengikut nilai atau kepercayaan yang telah ditetapkan oleh ahliahli kumpulan. Sekiranya nilai tersebut berbentuk positif, sudah pasti nilai itu akan memajukan
ahli-ahli kumpulan untuk membuat kebaikan tetapi sekiranya nilai yang terdapat dalam
kumpulan adalah negatif, maka ahli-ahli kumpulan akan terdorong akan melakukan perkaraperkara yang bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan. Nah disini kita dapat

simpulkan bahawa kebanyakan masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah berpunca
daripada pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya yang tidak dikawal boleh
mendatangkan kesan kepada pengurusan disiplin bilik darjah. Oleh sebab itulah, En John
perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan yang positif yang mana dapat
mengurangkan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Bagi membantu En John membentuk
dinamika positif di dalam bilik darjah, guru boleh melakukan kajian sosiometri seperti
bertanyakan soalan-soalan berikut:
a)

Siapakah rakan baik awak di dalam kelas?

b)

Siapakah rakan yang awak pilih untuk melakukan aktiviti-aktiviti di dalam kelas?

c)

Siapakah rakan kelas yang awak tidak sukai?


Pola persahabatan yang dikenal pasti dapat menolong guru untuk menentukan

kumpulan-kumpulan dinamika di dalam bilik darjah. Pola tersebut juga menolong guru untuk
melihat murid-murid yang tidak disukai dan terpencil. Maklumat ini akan membantu guru
dalam menentukan susunan kedudukan murid di dalam bilik darjah atau semasa aktiviti
kumplan dijalankan. Apabila En John dapat menyusun dinamika positif akhirnya masalah
disiplin yang boleh menganggu proses pembelajaran dan pembelajaran akan dapat diatasi.
Oleh itu, sebagai seorang guru, kita harus bijak dalam menangani kes ini. Murid tersebut telah
dipindahkan ke kumpulan lain yang boleh menerima dan menyukainya. Maka proses P&P
dapat di jalankan dengan lancar tanpa gangguan disiplin. Oleh hal yang demikian, dalam
mengurangkan masalah disiplin,En John perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan.

5 Kepelbagaian dalam pengajaran


Strategi seterusnya yang boleh digunakan bagi membantu guru dalam menangani masalah
disiplin dan mengawal tingkah laku yan tidak diingini di dalam bilik darah ialah guru
menggunakan kepelbagaian dalam pengajaran. Murid-murid akan berasa seronok untuk
belajar dan tidak bosan. Hal ini kerana menurut Kounin, masalah tingkah laku di dalam bilik
darjah berlaku akibat daripada murid-murid berasa bosan. Pengajaran yang membosankan,
tiada kepelbagaian akan medorong kepada berlakunya salah laku murid. Oleh yang demikian,
EnJohn harus merancang sebelum beliau masuk ke bilik darjah. Manurut Kounin,
perancangan pengajaran mestilah mengambil kira setiap murid di dalam kelas iaitu minat,
kebolehan, prestasi, keupayaan, perkembangan dan pengetahuan sedia ada murid-murid.

Setiap aktiviti perlu menyeronokkan murid dan mencabar. Perancangan yang rapi ini akan
melancarkan dan melicinkan proses P&P dan memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti
P&P. Apabila Encik John masuk ke kelas tanpa perancangan yang rapi, mungkin ada murid
yang tercicir kerana tidak dapat mengikuti pengajaran. Tanpa perancangan yang rapi juga
memberi kemungkinan bahawa masa murid tidak didisi dengan aktiviti dan guru tidak tahu
untuk berbuat apa dengan murid-murid. Keadaan ini boleh menjadi tidak terkawal dan
seterusnya membawa kepada timbulnya masalah disiplin. Menurut Kounin, guru yang
mempunyai momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia
melibatkan diri dalam aktiviti P&P. Momentum bagi Kounin merujuk kepada keadaan iaitu En
John memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran
dengan lancar, melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan
berkesan.
Oleh itu dalam membanteras berlakunya salah laku di dalam bilik darjah, En John
perlu manggunakan kaedah atau teknik mengajar yang baru, efektif dan yang dapat
merangsang minat Siva. Aktiviti yang pelbagai bukan sahaja dapat merangsang minat murid
tetapi mewujudkan situasi di mana murid-murid tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti
berikutnya. Sebagai contoh untuk memulakan pengajaran, boleh mengguna pelbagai kaedah
sebagi set induksi bagi menarik minat murid seperti menggunakan tayangan gambar, video
dan lakonan dan discrepant event ( selalu digunakan dalam subjek sains). Kaedah dan aktiviti
yang sama setiap hari tidak memotivasikan atau meransang keinginan murid untuk terus
belajar. Selain itu, perkara yang dipelajari harus bermakna kepada Siva agar dia dapat
memahami kepentingan topik tersebut dalam kehidupan mereka. Aktiviti yang membosankan
dan tidak bermakna akan menimbulkan keresahan dalam kalangan murid dan seterusnya
menimbulkan tingkah laku yang tidak diingini. Oleh sebab itulah, sekali lagi saya tekankan
disini, agar guru menggunakan teknik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
pelbagai. En John boleh merujuk teori-teori pembelajaran seperti pembelajaran behavioris,
sosial dan sosial kognitif, pembelajaran penemuan Bruner, konstruktivisme,dan humanisme
dalam membentuk teknik dan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan dan pelbagai.

Kesimpulannya,Model Dreikurs dan Model Kounin mempunyai kebaikan dan keburukan


masing-masing dan Model Kounin masih tidak meliputi sistem pengurusan bilik darjah yang

sepenuhnya .Guru perlu mengambil kira situasi yang sebenar sebelum melakukan hukuman
terhadap murid-murid.Dalam keadaan yang sebenar, murid masih melakukan tingkah laku
yang salah walaupun diawasi oleh guru dengan cara yang paling baik. Antara sebab: Latar
belakang, Personaliti dan Masalah luar sekolah

Rujukan

Ahmad M. Al-Huneidi, Schreurs,J. (2012). Constructivism based blended learning in higher


education. international journal of emerging technologies in learning, 7(1), 4-10.
Retrieved from http://dx.doi.org/10.3991/ijet.v7il1.1792.
Gagne, R.M., & Briggs, L.J. (1992). Principles of instructional design (4th ed.). Texas :
Harcourt Brace Jovanovich College Publishers.
Hamdy Ahmed Abdelaziz (2013). A four dimensions dynamic model to assure the quality of
instructional activities in electronic and virtual learning environments. turkish online journal
of
distance
education,
14(2),
268-279.
Retrieved
from
http://ehis.ebscohost.com/ehost/pdfviewer/pdfviewer?sid=904e69cb-807c-4a3c-bf55b5619fe0e291%40sessionmgr4&vid=2&hid=109.
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (2002). Instructional media and
technologies for learning (7th ed.). New Jersey: Prentice Hall.
Helding, L. (2009). Howard gardners theory of multiple intelligences. journal of singing, 66(2),
193-199.
Retrieved
from
http://ehis.ebscohost.com/ehost/pdfviewer/pdfviewer?
sid=7b4cb8d0-1bf2-44d9-aa94-f6b821445170%40sessionmgr13&vid=2&hid=6.
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. (t.t). Prinsip Reka Letak CASPER.
Didapatkan daripada: http://ipislam.edu.my/kplir/O2003/nota_prinsiprekaletak.htm
Izzati.
(2012).
Reka
Bentuk
Pengajaran.
Didapatkan
http://www.authorstream.com/Presentation/izzyati009-1212871-2-reka-bentukpengajaran/

daripada

Kundupapa. (2012). Model Assure Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Didapatkan


daripada
http://www.scribd.com/doc/78326399/Model-Assure-Dalam-Pengajaran-DanPembelajaran
Rahim Selamat. (1990). Teknologi Sistem Pengajaran. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Rashid, A.R., Boon, P.Y., Sharifah Fakriah S.A., & Wan KamaruddinW.H. (2009). Teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor, Malaysia: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Rohana Hussin, Indon Sulong, Wan Mohd Rizal Wan Ahmad. (2004). Amali Sains tahun 5
(hlm. 11-15). Selangor: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sopia. (2006). Science Textbook Year 5. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Refleksi

Seorang guru mempunyai tugas dan peranan yang amat penting dalam mendidik anak
bangsanya. Oleh sebab itu, segala yang berlaku di dalam bilik darjah sangat penting. Guru
yang bertangungjawab mencorakan pengajaran dan pembelajaran harian murid-murid. Dalam
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bergerak lancar, guru perlu memastikan
disiplin murid dalam keadaan terjaga dan terkawal supaya matlamat pengajaran terkawal.
Oleh sebab itu, lahirnya model-model pengurusan disiplin bilik darjah dalam membantu guruguru membentuk disiplin murid. Maka terpulang kepada-guru untuk menjayakan model-model
tersebut atau mengadunkannya untuk dijadikan strategi yang ampuh dalam membentuk
disiplin murid. Ini disebabkan disiplin sangat memainkan peranan penting bukan sahaja di
dalam bilik darjah malah mempengaruhi sepanjang hidup murid tersebut.
Pengurusan bilik darjah yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan. Setiap aktiviti
pengajaran akan berlaku dengan lancar

sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti

pembelajaran yang tidak ada gangguan tingkah laku yang tidak menyenangkan. Jelaslah
bahawa pengurusan bilik darjah merupakan tugas penting yang memerlukan pengetahuan,
kemahiran, kesabaran dan komitmen yang optimum bagi memperoleh kesan yang maksimum.
Harus diingat bahawa guru perlu mendapat maklumat secukupnya tentang bilik darjah dan
pelajar-pelajarnya terlebih dahulu sebelum menjejakkan buat pertama kali ke dalam bilik
darjah berkenaan. Persediaan JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi) guru yang
lengkap akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan jaya, ceria dan
cemerlang.
Kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan
pencapaian matlamat sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas semua individu yang
ada dalam bilik darjah tersebut. Guru harus bertindak termasuk merefleksi diri; cuba
melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan penyelesaian masalah dalam menuju ke
arah kepimpinan bilik darjah yang berkesan.

Kesimpulannya,Model Kounin masih tidak meliputi sistem pengurusan bilik darjah yang
sepenuhnya .Dalam keadaan yang sebenar, murid masih melakukan tingkah laku yang salah
walaupun diawasi oleh guru dgn cara yg paling baik. Antara sebab: Latar belakang,
Personaliti dan Masalah luar sekolah