Anda di halaman 1dari 1

Nota: Sains Tingkatan 2

PANTULAN DAN PENYERAPAN BUNYI


1. Bunyi dapat dipantulkan atau diserap
apabila sampai ke suatu permukaan.
2. Bahan yang keras dan licin seperti dinding
konkrit dan tembok batu dapat
memantulkan bunyi dengan baik.
3. Bahan yang lembut dan telap seperti kain
dan kapas ialah pemantul bunyi yang
lemah tetapi penyerap bunyi yang baik
4. Pantulan bunyi menyebabkan terjadinya
gema dalam gua, terowong, atau dewan
tertutup. Gema adalah bunyi yang
dipantulkan dari suatu permukaan.
5. Aplikasi pantulan bunyi termasuk:
a. Digunakan untuk menentukan
kedalaman laut
b. Digunakan untuk mengesan kewujudan
objek dalam laut seperti kumpulan ikan
(oleh nelayan) dan kapal selam (tujuan
ketenteraan)
c. Kelawar dan ikan lumba- lumba
menggunakan pantulan bunyi untuk
membantu pergerakan.
6. Aplikasi penyerapan bunyi termasuk:
a. Dinding dewan dan bangunan yang
besar seperti panggung wayang
dipasang dengan papan lembut dan
langsir untuk menyerap bunyi dan
seterusnya mengurangkan gema
(pantulan bunyi).
b. Kusyen dan pelapik lembut di dalam
kereta menyerap bunyi bising daripada
enjin.
KECACATAN PENDENGARAN
1. Kecacatan pendengaran yang biasa
dialami ialah pekak.
2. Pekak adalah kecacatan pendengaran yang
mungkin disebabkan oleh kerosakan
bahagian tertentu telinga misalnya;
a. Gegendang telinga terkoyak.
b. Tulang- tulang osikel telinga rosak.
c. Saraf auditori rosak
d. Koklea rosak
e. Kerosakan pada bahagian otak yang
mengawal pendengaran.
3. Dalam sesetengah kes, kecacatan
pendengaran dapat dibetulkan melalui
pembedahan atau penggunaan alat bantu
pendengaran.
4. Tulang- tulang osikel telinga yang rosak
dapat digantikan dan gegendang telinga
yang pecah dapat ditampal.

5. Sesetengah kes pekak tidak dapat


dipulihkan, misalnya kerosakan pada
saraf auditori, koklea, atau bahagian
otak yang mengawal pendengaran.
HAD DERIA PENDENGARAN
1. Pendengaran manusia mempunyai
hadnya.
2. Suara yang terlalu lembut tidak dapat
didengar.
3. Alat bantu pendengaran
a. Stetoskop : memperkuatkan bunyi
denyutan jantung atau nadi.
b. Mikrofon: memindahkan bunyi yang
lemah kepada alat pembesar suara
untuk diperkuatkan.
c. Alat bantu pendengaran digunakan
oleh orang yang mempunyai
pendengaran yang kurang baik.
PENDENGARAN STEREOFONIK
1. Pendengaran stereofonik ialah
pendengaran dengan menggunakan
kedua- dua belah telinga.
2. Pendengaran stereofonik membolehkan
kita menentukan arah bunyi dengan
tepat.
3. Arah bunyi sukar ditentukan jika kita
hanya menggunakan sebelah telinga
untuk mendengar.
RANGSANGAN DAN GERAK BALAS PADA
TUMBUHAN
1. Tumbuhan dapat mengesan dan
bergerak balas terhadap rangsangan di
sekitarnya.
2. Gerak balas tumbuhan terhadap
rangsangan disebut tropisme.
3. Terdapat dua jenis tropisme:
a. Tropisme positif- gerak balas
tumbuhan ke arah rangsangan.
b. Tropisme negatif- gerak balas
tumbuhan menjauhi rangsangan.
4. Tumbuhan bergerak balas terhadap
cahaya, graviti, dan air. Ada juga
tumbuhan yang dapat bergerak balas
terhadap rangsangan sentuhan.
5. Gerakan tropisme adalah penting
kepada tumbuhan kerana gerakan ini
membantu tumbuhan mendapatkan
keperluan kehidupan seperti cahaya dan
air.