Anda di halaman 1dari 11

ADAT ORANG MELAYU

Adat merupakan tradisi yang diamalkan sejak turun temurun manakala adat yang
telah mendapat sentuhan moden dinamakan sebagai adat-adat yang diglobalisasikan. Adat
bukanlah sesuatu agama namun adat ialah kelakuan yang menjadi amalan atau kebiasaan
untuk melahirkan nilai-nilai budaya dan berdisiplin. Selain daripada itu, adat melambangkan
sesuatu bangsa oleh itu adat penting untuk dikekalkan dari generasi ke generasi.
Pada era yang moden ini, adat di anggap sebagai kolot dan ketinggalan zaman. Adatadat warisan turun-temurun tidak diikuti oleh orang-orang muda sekarang namum mereka
lebih mengikuti adat-adat yang diglobalisasikan. Contoh pertama adat melayu yang telah
diglobalisasikan ialah perkahwinan. Adat merisik, meminang dan bertunang adalah adat yang
penting sebelum perkahwinan dijalankan. Hal ini penting supaya pihak lelaki dapat
mengetahui bahawa gadis yang bakal dipinang berpunya ataupun tidak dan pihak perempuan
perlu memastikan lelaki tersebut mempunyai latar belakang agama serta dapat menyara gadis
tersebut. Akan tetapi, adat-adat tersebut tidak dianggap penting di zaman ini. Disebabkan
adat-adat tersebut diambil mudah, terdapat banyak kes yang melibatkan pasangan kahwin lari
di sempadan Thailand. Selain itu, sesetengah orang Melayu tidak lagi mengikuti adat-adat
Melayu yang harus dilakukan sebelum bersanding seperti khatam Al-Quran dan marhaban.
Majlis persandingan dan berinai yang dikatakan diambil daripada adat india untuk diterapkan
dalam budaya Melayu. Hal ini jugak telah menyebabkan pencemaran dalam budaya Melayu.
Norliza Abdul Wahab . 2011 . http://tinta-zafaran.blogspot.my/2011/12/adat-perkahwinanmasyarakat-melayu.html . 17/02/2016
Contoh kedua adat yang telah diglobalisasikan ialah adat kunjung-mengunjung di
antara jiran tetangga, sahabat handai dan saudara-mara. Orang Melayu tidak harus
mengunjungi rumah orang pada waktu senja iaitu pada waktu solat maghrib dan biasanya
jamuan yang disediakan tidak harus ditolak walaupun sudah kenyang. Namun pada masa
kini, mereka sudah tidak menghormati waktu solat dan waktu senja yang tidak digalakkan
mengunjungi rumah orang. Selain itu, seseorang harus duduk diatas kerusi dengan sopan
dengan tidak bersilang kaki hingga nampak tapak kaki dan seseorang itu harus bersalaman
dengan tuan rumah semasa sampai dan hendak pulang. Adat-adat tersebut mudah diikuti oleh
generasi sekarang namun semuanya sudah dilupai kerana tidak dipupuk dan diamalkan sejak
kecil lagi.
Fifi Safeena Bt Zainee . 2010 .
http://pencemaranpencemaran.blogspot.my/2010_08_01_archive.html . 18/02/2016

Budaya luar telah membawa unsur-unsur negatif yang boleh mencemarkan budaya
Melayu. Pencemaran budaya haruslah dibendung supaya warisan-warisan dan tradisi-tradisi
orang Melayu dapat dikekalkan. Generaasi-generasi kini haruslah mempelajari adat-adat yang
sedia ada supaya adat-adat Melayu masih kekal untuk terus diwarisi kepada generasi yang
akan datang. Seperti kata pepatah Melayu, Biar mati anak, jangan mati adat.
Fifi Safeena Bt Zainee . 2010 .
http://pencemaranpencemaran.blogspot.my/2010_08_01_archive.html . 18/02/2016

http://www.syokkahwin.com/persediaankahwin/prosedurkahwin.html

PANTANG LARANG ORANG MELAYU

Pantang larang orang Melayu adalah bertujuan sebagai panduan dan juga untuk
mendidik sama ada tua atau muda kearah yang lebih baik. Terdapat pantang larang yang
masih kita ikut kerana mungkin terjadi secara kebetulan. Diantaranya, penulis selalu
menasihati anggota wataniah yang baru. Sebelum memasuki hutan, jangan cakap
sembarangan, jangan buang tuala wanita dan membuang air kecil merata-rata, dan baca doa
keselamatan dan doa perjalanan. InsyaAllah selamat pergi dan balik menjalani latihan hutan.
Bukan senang nak jaga anggota sukarela yang terdiri daripada pelajar-pelajar Politek dan
Kolej. Itu cerita empat tahun yang lalu.
Pantang larang orang Melayu merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman
lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan adalah
bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di
sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.

Antara Pantang Larang Melayu.

Jangan duduk di atas bantal, nanti akan naik bisul di punggung. Sebenarnya kita
dilarang sama sekali duduk di atas bantal kerana bantal ialah tempat kita meletakkan kepada
sewaktu tidur. Memang tidak senonoh perangai meletakkan punggung di atas bantal. Dengan
menggunakan punggung kita duduk di merata tempat tidak kira tempat itu kotor atau bersih.
manusia juga mengeluarkan najis menerusi lubang di antara kedua-dua belah punggung.
Orang perempuan jangan menyanyi di dapur, kalau menyanyi di dapur akan dapat
suami tua. Kalau difikirkan secara logik perempuan muda tidak akan hendak bersuamikan
orang-orang tua. Tapi jika dapat Tan Sri dan Dato-Dato yang loaded apa salah.. Mertua pun
tumpang senangkan..kan..kan. Menerusi pantang larang ini orang perempuan dilarang
menyanyi di dapur kerana sewaktu menyanyi boleh terleka. Manusia sukar untuk melakukan
dua perkara dalam satu masa dengan sempurna. Jika menyanyi sewaktu menghiris bawang
dibimbangi jari terluka. Jika menyanyi sambil memasak makanan ditakuti ada rencah-rencah
tertentu yang tidak dibubuh dalam masakan. Akibatnya makanan yang dimasak tidak

sempurna. Kesannya ahli keluarga atau sesiapa yang makan makanan tersebut akan tidak
berselera.
Orang mengandung jangan memukul ular, nanti anak yang dilahirkan akan cacat atau
tidak sempurna sifatnya. Orang perempuan yang mengandung tidak boleh melakukan
perkara yang lasak contohnya memukul ular. Jika seseorang memukul ular dia akan pukul
dengan penuh geram dan sekuat hati. Jika perbuatan ini dilakukan oleh perempuan yang
mengandung dibimbangi anak yang berada dalam kandungan akan mengalami keguguran.
Ditakuti juga orang yang mengandung akan terjatuh. Akibatnya akan berlaku kecederaan
kepada ibu dan mungkin juga kepada anak di dalam kandungan.
Jangan makan waktu senja, nanti semangat padi akan hilang. Maksud tersirat yang
ingin disampaikan kepada orang Melayu ialah Seisi keluarga hendaklah makan bersama-sama
iaitu selepas sembahyang Maghrib. Dengan cara ini akan mengeratkan tali selaturahim
sesama ahli keluarga. Anak yang masih remaja dilarang makan awal dibimbangi lauk tidak
mencukupi untuk ahli keluarga yang lain. Lauk yang ada perlu dikongsi bersama. Masyarakat
Melayu zaman dahulu jarang menyediakan lauk yang banyak kerana ingin berjimat.
Pendapatan yang diperolehi tidak lumayan. Mereka perlu menabung duit untuk pergi ke tanah
suci Makkah.
Pantang Larang Wanita Hamil. Yang ini banyak terjadi secara kebetulan atau pembalasan.
1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan
cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak
yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang
bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan
anak.
5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin
tercerut tali pusatnya.
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing
yang sedang tidur.
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.
Pantang Larang Ke Atas Lelaki. Ini pun kadang-kadang terjadi secara kebetulan juga.
1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.
5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.
Pantang Larang Bayi.
1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan semangat kerana ditakuti menjadi
kurus.
2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.
3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.
4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.
5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya
kerana dikatakan pendek umur.

6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.


7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin
menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.
8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.
Pantang Larang Ketika Berdiri
1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.
2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki.
Pantang Larang Ketika Makan
1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.
2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.
3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.
4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.
5. Makan sisa anak, anak akan degil.
6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.
7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.
8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.
9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.
10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.
11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.
12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.
13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.
14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.

15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.


Pantang Larang Sewaktu Tidur
1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.
2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.
3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.
4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.
5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.
Pantang Larang Ke Atas Perempuan
1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.
6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.
8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.
9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.
11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.
12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.
13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.

14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.


15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas
suami orang.
Pantang Larang Kanak-Kanak
1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.
3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.
5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.
6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.
7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.
8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.
9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.
10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.
11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.
12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.
Pantang Larang Di dalam Hutan
1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.
2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.
3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.
4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.

6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.


7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.
8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.
9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.
Pantang Larang Di Sungai
1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.
2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.
3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.
4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.
5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.
6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.
Pantang Larang Ketika Duduk
1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.
2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.
3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.
4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.
5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.

RUJUKAN
Asal Usul Orang Melayu. (2012, August 15). Retrieved from Pantang Larang
Orang Melayu: https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2012/08/15/pantangorang-melayu/

Anda mungkin juga menyukai