Anda di halaman 1dari 7

BUNGA CENGKIH

Kononnya, disebuah negeri, raja dan sekalian rakyatnya malu


untuk bercakap kerana mulut mereka tetap berbau busuk.
Apakah wabak yang menyerang negeri ini? tanya raja. Apabila
raja dihadap oleh pembesar dan rakyatnya, semuanya diam
membisu. Mereka takut hendak bercakap kerana mulut mereka
berbau busuk.
Pada suatu hari, di dalam taman larangan, puteri raja bersama
dayang-dayangnya keluar bermain-main. Mereka juga diam tidak
bercakap. Mulut mereka semuanya berbau busuk. Tiba-tiba
seekor burung murai terbang dan hinggap di sepohon bunga.
Murai itu berkicau dengan rancak. Ia seolah-olah sedang
bercakap dengan tuan puteri. Puteri raja tetap membisu. Murai itu
berkicau lagi dan mematuk-matuk bunga yang ada di dahan
tempat ia berpijak.
Akhirnya puteri raja pergi ke pokok bunga itu. Bunga kecil itu
diambil dan dimakannya. Selang beberapa hari dia berbuat
begitu, akhirnya bau busuk di mulutnya hilang. Mulutnya berbau
wangi pula. Sejak hari itu, puteri raja seorang sahajalah yang
tidak malu bercakap-cakap.
Raja pun bertanya akan rahsia puteri baginda itu. Perihal pokok
bunga itu pun diceritakan oleh puteri baginda. Sejak itu, baginda
memerintahkan rakyatnya menanam dan memakan bunga pokok
itu. Sejak itulah juga penyakit mulut berbau itu hilang. Semua
rakyat terlalu gembira. Mereka boleh berkata-kata dan tidaklah
diam lagi.
Raja memerintahkan rakyat menanam pokok itu. Akhirnya bunga
itu menjadi hasil negeri. Bunga itu dikenali dengan nama bunga
cengkih.

SUMPAHAN ULAT TANAH


Hampir seminggu Tuan Peladang duduk termenung. Musim
kemarau memusnahkan tanaman diladangnya. Tanah menjadi
kering-kontang. Tuan Peladang melihat air simpanannya di dalam
tempayan cuma tinggal separuh sahaja lagi. Dia khuatir jika
keadaan kemarau terus berlarutan, ini akan mengakibatkan dia
mati kehausan.
Seekor lembu kepunyaan Tuan Peladang berada di kandang.
Sang Lembu gembira kerana tidak perlu bekerja di ladang sejak
musim kemarau melanda. Namun demikian, kegembiraan lembu
itu tidak lama kerana musim kemarau itu menyebabkan rumputrumput segar yang menjadi makanannya kering dan mati. Kini
sukar bagi Sang Lembu itu mendapatkan rumput yang segar.
Pada suatu hari Sang Lembu mengambil keputusan untuk
meninggalkan Tuan Peladang. Seboleh-bolehnya Sang Lembu
ingin membuat sesuatu untuk mengubat kesedihan Tuan
Peladang. Pada suatu malam, Sang Lembu telah keluar
meninggalkan kandangnya. Sang Lembu berjalan untuk mencari
sumber air. Setelah jauh berjalan, Sang Lembu terjumpa dengan
sebuah perigi. Sang Lembu berfikir, tentulah perigi itu mempunyai
air tetapi sungguh malang nasibnya kerana tiada air di dalam
perigi tersebut. Sang Lembu berasa sedih dan duduk di tepi
perigi buta itu sambil mengenangkan nasib yang bakal manimpa
dirinya.
Sewaktu Sang Lembu duduk ditepi perigi itu, dia terdengar satu
suara memanggilnya.
Siapa? Sang Lembu bertanya kehairanan.
Aku, ulat tanah di dalam perigi buta ini.
Buat apa kamu di dalam perigi ini? soal Sang Lembu lagi.
Ini rumahku Sang Lembu. Sudah lama aku di sini sejak perigi ini
kering airnya.

Tapi bagaimana kamu boleh hidup tanpa air di sini? cetus Sang
Lembu itu.
Aku akan memberitahu kamu kenapa aku boleh hidup di sini
tetapi kamu mestilah berjanji denganku terlebih dahulu.
Cakaplah saja dan aku akan berpegang pada janji-janji kamu
itu.
Aku tahu kamu dan Tuan Peladang menghadapi masalah
kekurangan air. Aku boleh tolong mengatasi masalah tersebut.
Sang Lembu tertawa. Dia tidak percaya dengan ulat tanah.
Dengarlah dulu kata-kata aku ini. Janganlah mentertawakan aku
pula, marah ulat tanah.
Aku minta maaf Sang Ulat. Cakaplah aku bersedia
mendengarnya.
Sebenarnya tanah di dalam perigi ini tetap lembap. Kalau digali
pasti akan mengeluarkan air. Air perigi ini akan penuh semula.
Justeru itu aku boleh berikan perigi ini kepada kamu dan Tuan
Peladang. Tetapi sebagai ganjaran kamu hendaklah menyuruh
Tuan Peladang menanam tanam-tanaman seperti sayur-sayuran
di sekitar perigi ini. Aku dan kawan-kawanku akan berpindah dari
perigi ini tetapi tidak jauh dari kawasan ini juga.
Terima kasih atas pertolongan kamu itu Sang Ulat. Tapi kenapa
tuan aku mesti menanam tanaman di kawasan perigi ini?
Itu sebagai ganjaran kepadaku. Kamu hendaklah merahsiakan
perkara ini dan tidak memberitahu sesiapa pun tentang perigi ini.
Berjanjilah kamu akan menyuruh Tuan Peladang menanam
sayur-sayuran di sini.
Baiklah. Terima kasih di atas pertolongan kamu itu wahai Sang
Ulat.

Ah! Perkara biasa saja. Bukankah kita hidup perlu saling tolongmenolong.
Sang Lembu pulang dengan hati yang girang. Didapatinya Tuan
Peladang masih duduk termenung. Sang Lembu terus
menceritakan tentang penemuan perigi itu kepada Tuan
Peladang. Mendengarkan cerita Sang Lembu, tanpa berlengahlengah lagi Tuan Peladang membawa cangkul dan tangga ke
perigi yang dikatakan oleh Sang Lembu.
Tuan Peladang turun ke dalam perigi menerusi tangga yang
dibawanya dan terus mencangkul tanah di dalam perigi tersebut.
Tidak berapa lama kemudian, mata air mulai muncul di
permukaan tanah.
Hati Tuan Peladang bertambah riang. Air mulai memenuhi perigi
itu. Tuan Peladang menepuk-nepuk belakang Sang Lembu yang
berjasa terhadapnya. Walaupun begitu Sang Lembu tidak
memberitahu siapakah yang mengesyorkan agar Tuan Peladang
menanam sayur-sayuran di kawasan perigi itu. Tuan Peladang
pula tidak banyak soal dan bersetuju dengan pendapat Sang
Lembu untuk menanam tanam-tanaman di kawasan itu. Ini akan
memudahkan lagi baginya mendapat bekalan air.
Beberapa bulan kemudian, sayur-sayuran tersebut tumbuh
dengan suburnya. Tuan Peladang berasa sangat gembira. Di
samping itu, Tuan Peladang juga menperolehi pendapatan
daripada hasil menjual air. Semakin bertambah lumayan
pendapatan Tuan Peladang.
Pada suatu hari, Tuan Peladang datang ke kawasan perigi untuk
memetik sayur-sayurannya tetapi alangkah terkejutnya Tuan
Peladang apabila mendapati sayur-sayurannya terkorek di sanasini. Tuan Peladang menuduh Sang Lembu memakan dan
merosakkan tanaman yang ditanamnya. Sang Lembu tidak
mengaku bersalah. Tuan Peladang semakin marah dan memukul

belakang Sang Lembu sekuat-kuat hatinya. Sang Lembu menjerit


kesakitan dan terpaksalah dia berterus-terang. Mendengarkan
cerita Sang Lembu, Tuan Peladang rasa tertipu.
Tuan Peladang tidak mempercayai bahawa ulat tanah boleh
membantu memberikan air. Tuan Peladang mencari ulat tanah di
merata-rata tempat. Beberapa kawasan tanah digali oleh Tuan
Peladang. Akhirnya Tuan Peladang berjumpa dengan
sekelompok ulat tanah. Tanpa membuang masa lagi, Tuan
Peladang mengambil racun lalu disemburkannya ke arah ulat-ulat
tersebut. Banyaklah ulat tanah yang menjadi korban.
Seekor ulat tanah sempat melarikan diri. Ulat tanah itu tahu Tuan
Peladang tidak berhati perut dan mengenang budi. Ulat tanah
bersumpah untuk membalas dendam. Ulat tanah tidak mahu
melihat Tuan Peladang dan Sang Lembu di kawasannya lagi.
Sememangnya Sang Ulat Tanah menyimpan kemarahan yang
amat sangat.
Tiba-tiba air perigi menjadi kering kembali. Habis kesemua
tanaman Tuan Peladang terkulai layu. Tuan Peladang tersentak
melihat perubahan yang mendadak itu. Dia berasa sangat
menyesal kerana membunuh ulat-ulat tanah. Sang Lembu pun
turut bersedih mengenangkan bencana yang bakal diterimanya
nanti. Dari satu arah Sang Lembu terdengar suara Sang Ulat
Tanah berkata sesuatu.
Tidak semua orang itu boleh dijadikan kawan. Lebih baik hidup
bersendirian dari berdampingan dengan orang yang tak tahu
mengenang budi.
Kini Sang Lembu mengerti tentang kesilapannya. Dialah yang
patut disalahkan kerana memberitahu Tuan Peladang tentang
ulat tanah yang tinggal di kawasan itu.

BERUK TUNGGAL
Kononnya, ada sebuah istana terletak di tebing sebatang sungai.
Rajanya mempunyai tujuh orang puteri. Baginda amat sayang
kepada Puteri Bongsu. Di tebing sebelah istana ada sebuah
pondok buruk. Penghuninya seorang perempuan setengah umur.
Kerjanya bertani. Perempuan itu sangat inginkan seorang anak.
Pada suatu hari, dia minum air di sebuah tempurung. Selepas itu
dia mengandung lalu melahirkan seekor beruk. Ia dinamakan
Beruk Tunggal.
Setelah besar, Beruk Tunggal menolong ibunya bertani. Tahun itu
padi menjadi tetapi diserang tikus. Beruk Tunggal menangkap
semua tikus yang menyerang padinya. Kemudian dia mencari
Raja Tikus. Apabila bertemu, Raja Tikus itu diberi amaran. Raja
Tikus ketakutan kerana ia tahu Beruk Tunggal jelmaan seorang
anak raja kayangan.
Hamba tidak tahu huma ini kepunyaan tuanku, kata Raja Tikus.
Padi aku sudah habis. Apakah tindakan kamu? Tanya Beruk
Tunggal.
Hamba akan suruh rakyat hamba mengumpulkan butir emas,
kata Raja Tikus.
Baiklah, aku terima pemberian itu! kata Beruk Tunggal.
Kemudian, segala tikus itu datang membawa butir emas.
Banyaklah emas di pondok Beruk Tunggal.
Beruk Tunggal meminta emaknya meminang puteri raja.
Emaknya pun pergi ke istana. Raja terkejut mendengar
permohonan perempuan itu. Namun raja menyampaikan juga
permohonan itu kepada ketujuh-tujuh orang puterinya.
Kahwin dengan beruk? Tanya Puteri Sulung. Puteri yang lain

turut hairan. Hanya Puteri Bongsu yang bersopan-santun sahaja


yang sanggup menjadi isteri Beruk Tunggal.
Raja dan permaisuri kasihan kepada Puteri Bongsu. Baginda
meminta hantaran sebentuk cincin berlian. Pada fikiran raja,
tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya menyediakannya.
Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan.
Pada malam itu, ayahanda Beruk Tunggal menghantar secupak
cincin berlian. Emak Beruk Tunggal pun mempersembahkan
cincin berlian yang secupak itu ke istana.
Dia meminta baginda memilih sebentuk cincin yang sesuai. Raja
tidak dapat mengelak. Puteri Bongsu pun dikahwinkan dengan
Beruk Tunggal.
Selepas itu baginda tidak mahu mereka tinggal di istana. Puteri
Bongsu mengikut Beruk Tunggal tinggal dipondoknya. Pada
malam pertama, Puteri Bongsu menemui sarung beruk. Esoknya,
Beruk Tunggal tidak bersarung lagi. Dia bertukar menjadi
seorang pemuda yang kacak.
Kekanda sebenarnya putera Raja Kayangan. Bakarlah sarung
beruk itu. Taburkan sedikit debunya di luar pondok. Pintalah
sesuka hati adinda, kata putera Raja Kayangan.
Puteri Bongsu mengikut suruhan putera raja itu. Sebentar itu juga
pondoknya bertukar menjadi istana, lengkap dengan taman yang
indah.