Anda di halaman 1dari 27

DISEDIAKAN OLEH :

LO MOONG GIN
890831-14-6260
Pemulihan (BC)/MT/BI
IPG TEMENGGONG IBRAHIM
1

80350 JOHOR BAHRU

Nilai ialah asas pembentukan sikap,


nilai dan tanggungjawab.
Sikap yang ditunjukkan oleh seseorang
merupakan lambang kepada nilai
pegangan sama ada positif atau
negatif.
Nilai lebih bersifat keyakinan atau
pegangan.
2

1.PENYATAAN NORMATIF

Ilmu yang menilai, mengkritik dan


membuat keputusan terhadap sistem moral
yang ada.
Menerangkan sesuatu undang-undang
moral yang dianggap terbaik, bukan
undang-undang moral yang telah sedia ada.
Terdapat juga nilai moral yang tetap sesuai
dengan keseluruhan perubahan situasi
manusia.
Sesetengah pernyataan normatif memberi
kesan langsung dan segera terhadap
tingkah laku.
3

2. PENYATAAN DESKRIPTIF
Suatu disiplin yang membicarakan
sejarah sistem moral, apakah sistem
moral yang dianuti oleh individu atau
golongan tertentu. Pelbagai etika
wujud seperti etika Kristian, Buddha,
Yahudi, Islam, dan sebagainya.
Ia tidak akan membuat penilaian dan
pengadilan atau keputusan terhadap
sistem moral tersebut.

Ciri-ciri Nilai
a) Nilai boleh digambarkan melalui
pertuturan atau perlakuan.
Nilai boleh dilihat atau ditonjolkan
melalui tingkahlaku dan pertuturan
seseorang.
Contohnya, seseorang yang
bertanggungjawab akan menunjukkan
nilai tersebut dalam kelakuannya
tanpa perlu disuruh. Biasanya dia juga
akan mempertahankan nilai
tanggungjawab dan mengkritik orang
lain yang kurang bertanggungjawab
5

b) Nilai boleh berubah tetapi masih


stabil dalam kehidupan
perseorangan dan kumpulan.
Nilai boleh berubah mengikut
peredaran zaman tetapi masih
digunakan.
Perubahan yang berlaku mungkin dari
segi cara nilai dipraktikkan.
Contohnya nilai hormat kepada ibu
bapa masih stabil dalam kehidupan
perseorangan dan masyarakat.
6

c) Nilai berlainan antara individu.


Nilai antara individu berbeza antara
satu sama lain.
Contohnya Amir mungkin
mengutamakan nilai tanggungjawab
berbanding dengan nilai kemesraan
yang ditunjukkan oleh rakannya Abu.
d) Satu kepercayaan preskriptif
sama ada diharapkan atau tidak
diharapkan.
cth: rajin & malas.
7

Bertindak sebagai ukuran yang membantu


individu mengenalpasti kedudukannya
dalam sesuatu isu sosial atau moral.
Sebagai tunjuk arah bagaimana dia patut
berkelakuan terhadap orang lain dan untuk
menilai tingkah laku sendiri serta orang lain.
Panduan untuk menyelesaikan konflik serta
membuat keputusan.
Mempengaruhi individu untuk lebih
menyukai ideologi politik tertentu dibanding
ideologi politik yang lain.

Bentuk nilai yang digunakan oleh


individu dalam pelbagai konteks:
NILAI INSTRUMENTAL
NILAI INTRINSIK
NILAI SUBJEKTIF
NILAI OBJEKTIF
NILAI MUTLAK
NILAI RELATIF
Oleh:Ahmad'Zainal, IPTI

o
o
o
o

Kualiti yang diterima atau ditolak


sebagai alat mencapai sesuatu
matlamat.
Nilai yang memerlukan kepada nilai
lain untuk mencapai sesuatu matlamat.
Contoh:
Mengebom Hiroshima untuk
menamatkan Perang Dunia II.
Mengenakan hukuman bunuh kepada
pengedar dadah bagi menghapuskan
kegiatan pengedaran dadah.
10

Kualiti yang diterima atau ditolak sematamata kerana ia baik atau buruk tanpa
mengambil kira kesannya.
Nilai yang tidak memerlukan kepada nilai
lain untuk mencapai matlamatnya (nilai itu
sendiri merupakan matlamat akhir).
Contoh:
Seorang hakim menjatuhkan hukuman
gantung sampai mati kepada seorang
pengedar dadah semata-mata kerana
kewajipannya berbuat demikian mengikut
peruntukan undang-undang yang ada,bukan
kerana ia ingin turut sama membasmi
kegiatan pengedaran dadah.

11

Nilai yang diterima ataupun ditolak oleh


seseorang berdasarkan kepada
pandangannya sendiri.
Contoh:
Kes Amerika menyerang Iraq:
Britian menyatakan bahawa ia perlu demi
keamanan jangka panjang dunia supaya Iraq
tidak meneruskan kerja membuat senjata
yang boleh memusnahkan ramai manusia.
Perancis pula berkata ia tidak boleh kerana
serangan itu akan menyebabkan ramai rakyat
Iraq yang tidak berdosa akan terkorban.
12

Nilai yang bebas daripada pilihan


peribadi.
Diterima atau ditolak berdasarkan apa
yang dipersetujui oleh kebanyakkan
orang.
Contoh:
Perhambaan tidak mencerminkan nilai
perikemanusiaan
Penderaan kanak-kanak adalah satu
kezaliman dan mesti dihapuskan.
13

Nilai yang diterima ataupun ditolak oleh


peraturan sesuatu masyarakat untuk
mencapai sesuatu matlamat masyarakat.
Nilai yang tidak tertentu dan berbezabeza antara masyarakat yang berlainan.
Boleh berubah mengikut masa
Contoh:
Di Kuala Lumpur sebuah keluarga boleh
dibina hanya melalui perkahwinan rasmi.
Di California keluarga boleh dibentuk
tanpa perlu melalui perkahwinan rasmi.
14

Nilai yang dihargai dan tidak terikat


kepada sesuatu kebiasaan dalam
sesebuah masyarakat.
Diterima umum dan telah diuji atau
terbukti sebagai baik atau buruk.
Kekal sepanjang masa dan di semua
tempat serta hampir semua masyarakat.
Contoh:
Jangan mencuri
Hidup berkeluarga adalah satu amalan
kehidupan yang baik.
15

Kepercayaan kepada Tuhan


Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta
alam dan mematuhi segala suruhannya
berlandaskan pegangan agama masing-masing
selaras dengan Prinsip Rukun Negara.
Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh
menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang
lain.

16

Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu
memulia dan menjaga maruah diri dalam
kehidupan.
Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan
melaksanakan tugas serta kewajipan dengan
sempurna.
Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam
pergaulan seharian.
17

Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan
mengawal diri bagi mengelakkan
berlakunya pertelingkahan dan
perselisihan faham demi kesejahteraan
hidup.
Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan
sesuatu tanpa bergantung kepada orang
lain.
Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan
semangat ketekunan, kecekalan,
kegigihan, dedikasi dan berdaya maju
dalam melakukan sesuatu perkara.
18

Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam
serta berkekalan yang lahir daripada hati yang
ikhlas.
Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta
tidak berat sebelah.
Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang
nyata dan mengambil tindakan berasaskan
pertimbangan yang wajar.
19

Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat
pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa
mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
Kasih Sayang terhadap keluarga
Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam
dan berkekalan terhadap keluarga.
Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan
berinteraksi dan memberi layanan secara
bersopan untuk mewujudkan keluarga yang
bahagia.
20

Mengekalkan tradisi kekeluargaan


Menerima,menghormati,mengamalkan adat
dan kepercayaan yang diwarisi secara turun
temurun dalam keluarga.
Tanggungjawab terhadap keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap
individu terhadap keluarga untuk melahirkan
keluarga bahagia, meningkatkan imej dan
menjaga maruah keluarga.
Menyayangi dan menghargai Alam Sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan
memulihara alam sekeliling untuk
mengekalkan keseimbangan ekosistem.

21

Keharmonian antara manusia dengan


alam sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang
harmonis antara manusia dengan alam sekeliling
supaya kualiti kehidupan manusia dan alam
sekeliling terpelihara.

Kemapanan Alam Sekitar


Pengekalan keseimbangan alam sekeliling
sebagai tanggungjawab bersama untuk
kesejahteraan hidup.

Peka terhadap isu-isu Alam Sekitar


Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan
dengan alam sekeliling dan berusaha
menyelesaikannya.
22

Cinta akan Negara


Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta
meletakkan kepentingan negara melebihi
kepentingan diri.

Taat Setia kepada Raja dan Negara


Kepatuhan dan kesetiaan kepada raja dan Negara.

Sanggup berkorban untuk Negara


Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu
sebagai tanda berbakti untuk negara.

23

Melindungi Hak kanak-kanak

Membela, memberi naungan dan memelihara


hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan
meraka yang sempurna.

Menghormati Hak Wanita


Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai
individu yang boleh memberi sumbangan dalam
pembangunan keluarga,masyarakat dan negara.

Melindungi hak pekerja


Menghormati,menghargai dan mengiktiraf
perkhidmatan jasa dan sumbangan golongan
pekerja dalam pembangunan negara.
24

Menghormati hak golongan kurang


berupaya
Memberi layanan yang sopan kepada golongan
kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan
mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.

Melindungi hak pengguna


Membela dan memelihara hak individu untuk
menjadi pengguna yang berilmu, mendapat
perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan
tidak mudah dieksploitasi.

Mematuhi peraturan dan undang-undang


Menerima dan mematuhi peraturan dan undangundang yang telah ditentukan tanpa mengira
sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
25

Kebebasan bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah
fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga
keselamatan dan ketenteraman.

Kebebasan beragama
Kebebasan setiap individu menganuti dan
mengamalkan agamanya seperti yang
diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia.

Penglibatan diri dalam pembangunan


Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai
aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi
peraturan,undang-undang dan perlembagaan
Malaysia.
26

Sikap keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima
pandangan,pembaharuan dan kritikan selaras
dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat
Malaysia.

Hidup bersama secara aman


Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan
mengutamakan kedamaian dan keharmonian
hidup tanpa mengira agama,bangsa dan budaya.

Saling menghormati antara negara


Menghargai dan memuliakan hubungan antara
Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.
27