Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH 2016

SKK SK ST. ANNE, W.P LABUAN


1.0 Pengenalan
Pengawas-pengawas sekolah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Disipilin
Sekolah untuk membantu guru mengawal dan menjalankan tugas yang berkaitan
dengan peraturan-peraturan sekolah. Pengawas-pengawas ini akan menjadi role
model kepada murid-murid lain di sekolah. Oleh itu perlulah diterapkan nilai-nilai
murni dan sikap bertanggungjawab di dalam diri pengawas-pengawas ini.
Selain program ini, InsyaALLAH U/BK akan merangka dan menyusun program
susulan serta beberapa program lain untuk melihat perkembangan dan sebagai
pengukuhan terhadap pelaksanaan tugasan pengawas di sekolah.
2.0 Matlamat
Ke arah meningkatkan kesedaran tentang kebolehan, keupayaan , dan membina
semangat keyakinan diri untuk menjadi seorang pemimpin yang berdisiplin,
beramanah dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, agama dan
negara.
3.0 Rasional
Kursus kepimpinan ini dianjurkan bertujuan menerapkan nilai-nilai kepimpinan yang
berkesan dalam menjalankan tugas-tugas sebagai seorang pengawas sekolah.
Bersesuaian dengan cabaran pada alaf baru ini, pengawas-pengawas sekolah perlu
ditanam dengan kekuatan mental, fizikal dan spiritual bagi menghadapi cabaran
dalam melaksanakan tugas-tugas yang akan diamanahkan kepada mereka.
4.0 Objektif Pada akhir kursus ini para pengawas dapat :
4.1 Mengetahui tugas dan peranan sebagai seorang pengawas.
4.2 Mengetahui dan mendalami peraturan-peraturan sekolah.
4.3 Menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan lebih berkesan.
4.4 Mendisiplinkan diri dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
5.0 Sasaran Program Kumpulan sasaran utama kursus ini ialah pengawas-pengawas
Tahun 4, 5, & 6 seramai 40 orang peserta.
6.0 Anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKK SK St. Anne, W.P Labuan.

7.0 Pelaksanaan

Tarikh : 04 Mac 2016


Hari : Jumaat
Tempat : Datararan Mesra SKK SK St. Anne.
8.0 Perbelanjaan
Bil
1.

Perincian Program
Makan dan Minum

Kos Aktiviti

a. Murid
RM 5 X 80 Org

RM 480.00

b. Guru
RM 6 X 10 Org

RM 60.00

Jumlah

RM 530.00

9.0 Ahli Jawatankuasa


JAWATANKUASA KERJA
PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS
SKK SK ST ANNE W.P LABUAN 2016
Pengerusi

: Cik Shim Ching Teo (Guru Besar)

Naib Pengerusi I

: Pn. Shamsuria Ebni (GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi II

: Pn. Amrel @ Martinah Yubai (GPK Kurikulum)

Naib Pengerusi III


Kokurikulum)

: Pn. Nursyafeena @ Josephine James Adong(GPK

Setiausaha

: Cik Kamaliah Bte Md. Yusop

Timb Setiausaha

: Pn Nor Adliha Bte Mohamed

Pendaftaran

: Cik Nuratiqah Bte Ahmad Zaki


Cik Nor hani Bte Misbah

Peralatan Ceramah

: En. Lau Lee Soh

Cik Diana Farahdilla Bte Fadli


Persiapan Dewan

: Pn. Muharna Bte Shariff Mucklie


Pn. Khatijah Bte Lamudin
Pn. Surianty Bte Darsa

Makan/Minuman Murid

: Pn. Jainah Bte Timbang


Cik Yusnira Bte Abdullah

Kebersihan/Keselamatan : Semua Guru


11.0 Penutup
Diharapkan selepas mengikuti kursus ini, pengawas-pengawas yang dilantik untuk
menjalankan tugas di Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Malim Nawar akan lebih
bersedia menjalankan tugas-tugas yang akan diamanahkan kepada mereka. Semoga
apa yang diusahakan ini akan membuahkan hasil yang membanggakan semua pihak.
Disediakan oleh,

Disokong/Tidak disokong,

(KAMALIAH BTE MD.YUSOP)


Guru Bimbingan Dan Kaunseling
SKK Sk St Anne, W. P Labuan.

(SHIM CHING TEO)


Guru Besar
SKK SK St Anne, W.P Labuan.

Ikrar Pengawas
KAMI
PENGAWAS-PENGAWAS SKK SK ST. ANNE
DENGAN INI BERIKRAR:
BAHAWA KAMI
AKAN MENJALANKAN
SEGALA TUGAS KAMI
DENGAN ADIL JUJUR DAN IKHLAS.
KAMI BERJANJI
AKAN PATUH KEPADA
PRINSIP-PRINSIP
RUKUN NEGARA
KAMI JUGA BERJANJI
AKAN SENTIASA
MEMATUHI
SEGALA PERATURAN SEKOLAH
DAN
ARAHAN GURU-GURU KAMI.
KAMI JUGA
AKAN SENTIASA
BEKERJASAMA /DENGAN GURU-GURU
UNTUK MEWUJUDKAN
DISIPLIN YANG BAIK DI SEKOLAH INI.
KAMI AKAN
BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH

UNTUK MENJAMIN
DISIPLIN SEKOLAH INI
DIPATUHI OLEH SEMUA PELAJAR.
KAMI JUGA
AKAN SENTIASA BERUSAHA
MENINGGIKAN MUTU PELAJARAN KAMI
DEMI MENJAGA
NAMA BAIK
IBU BAPA/
GURU-GURU
DAN SEKOLAH KAMI