Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN FIESTA KOKURIKULUM DAN PENDIDIKAN

ANJURAN BERSAMA UNIT KOKURIKULUM, KOPERASI SEKOLAH,


PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN UNIT ICT.
SMK RAHMAT 2 HINGGA 6 JULAI 2012
NAMA PROGRAM

: FIESTA KOKURIKULUM DAN PENDIDIKAN

TEMA

: INOVASI PEMACU TRANFORMASI

TARIKH PELAKSANAAN : 2 HINGGA 6 JULAI 2012


SASARAN

: SEMUA WARGA SMK RAHMAT

LAPORAN

a) Kehadiran dan penglibatan

1. Fiesta Kokurikulum dan Pendidikan melibatkan semua warga SMK Rahmat.


2.

Majlis dirasmikan oleh Puan Sapiah Binti Ahmad, Ketua Sektor Kerajaan,
TM Negeri Melaka.

b) Pencapaian objektif / matlamat program

Memberi peluang kepada warga sekolah terutama para pelajar mengaplikasikan


ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti koakademik, unit
beruniform, sukan dan permainan. Di samping itu, fiesta ini juga dapat mendidik
para pelajar mempunyai jati diri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan
amalan koperasi dan budaya membaca sepanjang hayat.
Antara objektif program ini ialah :
1. Memberi peluang, menarik minat dan mengcungkil bakat para pelajar
dalam pelbagai bidang.
2. Melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.
3. Meluaskan minda, pengetahuan dan kemahiran pelajar terhadap pelbagai
aspek.
4. Menggalakkan anggota koperasi mengamalkan cara hidup bermasyarakat
ssecara demokratik.
5. Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.
1

c) Kekuatan program

1. Kekuatan utama program ini adalah melalui sokongan dan kerjasama


daripada semua pihak khususnya guru-guru dan jawatankuasa pelaksana
program.
2.

Kehadiran Puan Sapiah Binti Ahmad, Ketua Sektor Kerajaan, TM Negeri


Melaka sebagai perasmi menyuntik semangat Warga SMKR meneruskan
kecemerlangan sekolah.

3.

Kerjasama semua pihak dalam menjayakan aktiviti yang dirancang.

Kelemahan program :
1. Kelemahan utama program ini adalah ruang atau tempat majlis diadakan
agak sempit dan terhad. Suasana yang kurang kondusif disebabkan
diadakan di ruang terbuka yang menyebabkan silau di kalangan para
pelajar. Ketiadaan dewan yang besar menyebabkan majlis ini terpaksa
diadakan di dataran terbuka.
Cadangan penambahbaikan

2. Menjemput para ibu bapa/ penjaga untuk turut serta bagi melihat sendiri
program-program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.
3. Mendapatkan kerjasama daripada agensi/pihak luar misalnya daripada
IPTA atau IPTS mahupun agensi-agensi NGO yang lain bagi meraikan
program membaca ini lebih meriah.
4. Impak

:
Secara keseluruhan, program yang dijalankan adalah program yang amat

baik bersesuaian dengan objektif program ini iaitu berfokus ke arah melahirkan
generasi pelajar sihat, aktif, berdaya saing celik ICTl disamping menggalakkan
dan menanamkan sifat suka membaca. Fiesta ini merupakan proses awal bagi
mendorong

dan

melahirkan

individu

yang

berilmu

pengetahuan

dan

berkemahiran..

5. Aktiviti sepanjang minggu.


Isnin 2.7.2012.
1. Majlis perasmian fiesta kokurikulum dan pendidikan.
2. Pengunjung bertuah ke PSS.
3. Pertandingan Kuiz Pengetahuan. (Guru/ Pelajar).
4. Pertandingan Mencipta Buku Skrap.
5. Pertandingan Ulasan Buku.
6. Pertandingan Jejak Maklumat
Selasa 3.7.2012
1. Program NILAM pagi.
2. Bicara Akademik.
3. Ceramah Motivasi oleh Tn. Hj. Yusof Hussin, Multimedia College Sauthern, TM
Group Negeri Melaka disertai oleh Pengawas PSS, Jawatan kuasa Tertinggi
Pengawas Sekolah, Briged Bestari, Jurujual dan Ahli Lembaga Koperasi Sekolah.

Rabu 4.7.2012
1. Ceramah Nifsu Syaaban.
2. Aktiviti Jualan oleh Kelab/Persatuan Akademik
3. Aktiviti Permainan Tradisional dan Sukan Rakyat oleh Unit Beruniform
4. Aktiviti Pertunjukan Kompang Fomasi oleh murid- murid SK Othman Syawal.
5. Pertandingan Menaip Pantas Menggunakan Komputer.

6. Aktiviti Pameran dan Jualan Produk oleh:


6.1 . TM Negeri Melaka
6.2 . Bas e- komputer oleh PERPUSTAM.
5.3. Zoo Melaka
5.4. Pusat Giat Mara
5.5. Kolej Kemahiran Tinggi Mara
5.6. Pemeriksaan Kesihatan Klinik Kesihatan
5.7 Balai Bomba Masjid Tanah.
5.8. Bank Islam
5.9 Bank Rakyat
5.10 Bank CIMB
5.11 Proton preve
5.12 Celcom
5.13 Utusan Malaysia
Khamis 5.7.2012
1. Pertandingan Jejak Kamus
2. Pertandingan Mencari Perkataan Tersembunyi
3. Jigsaw Puzzle ICT
4. Ceramah Teknik Menjawab Soalan Geografi SPM oleh Pn. Rohani Hamzah,
Guru Cemerlang Geografi , SMK Durian Daun, Melaka.
Jumaat 6.7.2012
Bacaan Yassin dan Penyampaian Hadiah pemenang pertandingan.
Sabtu 7.7.2012
Khidmat masyarakat warga SMK Rahmat bersama JKKK Teluk Gong, Melaka.

Anda mungkin juga menyukai