Anda di halaman 1dari 1

Basuh dahulu telur sebelum digunakan.

Telur ayam atau telur apa sekalipun keluarnya adalah dari lubang dubur ayam atau binatang berkenaan.
Lubang dubur juga tempat keluar najis. Binatang ternak atau liar tidak pernah membersihkan najis atau
dubur mereka. Sekali pun mereka mencuci dubur selepas membuang najis, tidak diragukan bahawa telur
yang keluar dari lubang dubur tetap bernajis. Semasa proses telur keluar melalui lubang dubur, ia mesti
'membersihkan' najis atau baki najis yang masih ada pada dubur. Kadang-kadang kita dapat lihat najis
ayam masih terlekat pada telur ayam. Maka jelaslah bahawa terdapat najis pada kulit telur
ayam sama ada hukmi atau aini. Najis pada hukumnya (dikira masih najis walau pun tidak
nampak najis tersebut) atau najis aini(jelas masih terdapat najis melekat).

Sebab itu jika menu masakan atau resepi makanan yang mengandungi telur kena pastikan telur yang
digunakan dibasuh dengan air mutlak terlebih dahulu. Telur yang TIDAK dibasuh terlebih dahulu sebelum
digunakan akan mengakibatkan seluruh masakan atau makanan tersebut dikira bernajis. Najis adalah
haram dimakan. Masakan yang mengandungi telur tersebut juga HARAM dimakan.

Hati ditempa oleh makanan. Setiap makanan yang masuk ke dalam perut mestilah halal dari semua
sudut. Halal dari segi sumbernya, duit untuk membelinya, suci daripada najis pada bahan, perlaksanaan
memasak dan seterusnya sewaktu menjamah makanan tersebut.

Oleh yang demikian, amatlah diragui jika sesebuah syarikat BUKAN Islam mendapat taraf halal. Sedang
kebanyakan orang Islam pun masih jahil atau cuai menjaga disiplin halal terhadap makanan atau
hidangan seharian sekali pun.

Sijil halal tidak salah. Sijil halal hanyalah pengesahan halal sewaktu pemeriksaan rasmi dilakukan. Sijil
halal BUKAN jaminan amalan bersuci menurut syariat diamalkan. Jika orang Islam sendiri tidak faham dan
tidak berdispilin dengan syariat, apakah boleh diyakini tentang amalan bersuci menurut syariat pada
mereka yang bukan Islam?

kita memang sepatutnya basuh telur ayam kerana selain dari najis yang nampak secara zahirnya, kulit
telur ayam juga dicemari oleh bakteria salmonella...

Anda mungkin juga menyukai