Anda di halaman 1dari 5

Bahasa Melayu walaupun diberi pelbagai paparan baik lagi indah oleh sesetengah

pihak.sebenarnya ia melukut ditepi gantang dalan beberapa hal di bumi watan

sendiri.Ekologi linguistk di negara ini tidak selalu memperlihatkan kepentingan bahasa

Melayu sebagai bahasa negara iaitu dalam konteks sebagai bahasa kebangsaan dan

bahasa rasmi.Sebagai contoh ,penamaan awam di Malaysia tidak banyak menggunakan

bahasa Melayu.

Penggunaan bahasa Inggeris lebih menjadi norma.”Bangsar South”untuk sebuah

perbandaran baru di Kuala Lumpur serta “Mara Liner” bagi bas yang memberi

perkhidmatan di kawasan luar Bandar.Khususnya penempatan komuniti Melayu adalah

antaranya.

Semua ini memberi mesej bahawa bahasa Melayu tidak penting.Masyarakat

tempatan turut memberi gambaran negatif terhad bahasa Melayu apabila mereka tidak

banyak menggunakannya.Khususnya dalam konteks sebagai bahasa Negara untuk

komunikasi sesama sendiriMereka lebih gemar dan bangga menggunakan bahasa lain dan

jika bahasa Melayu digunakan, ia digunakan dalam bentuk campur aduk.

Sikap jelek kita ini memberi gambaran bahawa masyarakat Melayu tidak bangga,

sayang dan setia kepada bahasa negara sendiri.Komuniti Melayu selaku penutur natif

atau asal bahasa Melayu perlu mempamerkan teladan yang baik dalam memperlihatkan

sikap positif terhadap bahasa Melayu.

Masyarakat Melayu perlu pada setiap masa”memperlakukan “ bahasa Melayu

yang bukan sahaja menjadi bahasa ibunda kita tetapi kini sudah menjadi bahasa negara

yang mewakili dan dimiliki oleh semua dengan penuh tertib dan adab.Bahasa Melayu

yang baik dan dan betul serta yang tidak bercampur aduk,khususnya pada majlis dan

1
upacara rasmi.

Penggunaan seperti itu bukan saja penting dalam meyampaikan mesej bahawa

bahasa Melayu berwibawa,tetapi dibangga selain diyakini sendiri oleh kalangan penutur

natifnya mengenai kewibawaan itu.Sebetulnya kewibawaan bahasa Melayu perlu wujud

dalam pelbagai bentuk yang mantap.Antaranya ialah pengetahuan dan penguasaan bahasa

Melayu dalam kalangan masyarakat Malaysia,khususnya yang bukan asal ,yang perlu

dipertingkatkanagar melepasi bentuk yang dikenali sebagai “bahasa pasar

Dalam soal pengenakalan bahasa Melayu dalam bentuk daif,komuniti Melayu

boleh ikut dipersalahkan.Mereka sering berkomunikasi dengan komuniti bukan asal

dalam bahasa Melayusebegini,walaupun ketika berkomunikasi dengan mereka yang

amat fasih.Sifat akomodatif ini daripada komuniti Melayu perlu dihentikan dan

digantikan dengan komunikasi dalam bahasa Melayu yang baik dan betul tetapi dalam

bentuk yang mudah.

Masyarakat Malaysia perlu memperlihatlkan sikap yang lebih positif terhadap

bahasa Melayu.Bahasa Melayu yang menjadi alat perpaduan bangsa dan kemajuan

negara, sudah “dikodifikasikan” dalam sistem pendidikan Malaysia.Sesungguhnya

bahasa Melayu yang juga bahasa kelima terbesar di dunia mempunyai banyak potensi.

Rujukan: Teo Kok Seong


Profesor Sosiolinguistik,
Institut Alam dan Tamadun Manusia
U.K.M
Berita Minggu, Ahad 28 Mac 2010.

2
Kabinet bersetuju masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris ditambah disekolah rendah dan menengah selaras dasar memartabatkan Bahasa

Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris(MBMMBI)

Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata waktu bagi B.M

ditambah dari 270 minit kepada 330 minit seminggu bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

dan Tamil(SJKC/SJKT),manakala untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dikekalkan kepada

240 minit seminggu.

Katanya, masa pengajaran dan pembelajaran B.I ditambah daripada 240 minit

kepada 330 minit di SK dan Sekolah Menegah manakala di SJKC/SJKT ditambah

daripada 60 minit kepada 120 minit seminggu.Namun, waktu persekolahan tidak

dipanjangkan, tetapi diolah menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan untuk pelajar.

Dasar MBMMBI diperkenalkan kerajaan berikutan pemansuhan Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tahun lalu.

RUJUKAN:BERITA MINGGU,ahad 21 Mac 2010

Mekanisme pelaksanaan MBMMBI

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan


akhbar bagi menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan
pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa
Inggeris (MBMMBI).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, berdasarkan
keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI
akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4,
Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

3
Menurutnya, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan
mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-
pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan.

``Mekanisme “soft landing” adalah melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam
dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah.

``Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P
Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan
bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan
Tamil,'' jelas beliau.

Katanya, perlaksanaan dasar tersebut akan bermula pada 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun
1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Walaubagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-


pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan
dalam dwibahasa.

Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:

(a) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(b) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.

(c) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.

(d) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.

(e) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(f) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015

Beliau turut menjelaskan tentang pentaksiran bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR) dimana mata pelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam
dwibahasa sehingga 2016.

Mata pelajaran Sains dan Matematik bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula
diteruskan dalam dwibahasa sehingga 2013 manakala bagi Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) akan dilaksanakan sehingga 2015.

``Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda
bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan
dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di
sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016,'' jelasnya.

4
Bagaimanapun beliau berkata, pengajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan 6 dan
Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.

Anda mungkin juga menyukai