Anda di halaman 1dari 1

Penguasaan operasi asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi menjadi titik tolak

terhadap penguasaan murid dalam subjek ini. Jika salah satu operasi tidak dikuasai maka minat
murid terhadap subjek ini akan semakin kurang. Saya mendapati murid tahap 2 iaitu murid
tahun 4, 5 dan 6 masih belum menguasai operasi asas terutama pendaraban dan bahagi. Saya
telah memilih operasi darab sebagai masalah yang difokuskan semasa menjalani praktikum
kedua. Hal ini kerana murid perlu menguasai setiap operasi secara berperingkat. Murid
seharusnya memahami konsep pendaraban terlebih dahulu sebelum beralihkepada operasi
bahagi.
Pendaraban atau operasi darab merupakan salah satu kemahiran asas matematik.
Kepentingan kemahiran ini, sekiranya tidak dikuasai oleh para pelajar pada peringkat sekolah
rendah akan membantut penguasaan kemahiran-kemahiran matematik pada peringkat yang
lebih tinggi. Jadi, apabila saya mula mengajar topik pendaraban ini, saya menguji murid-murid
saya dengan menghafal sifir-sifir. Semasa menghafal sifir murid-murid memang tidak
bermasalah tetapi apabila murid diminta menjawab jawapan dengan segera, contohnya 7 x 5 =
35, beberapa orang murid didapati tidak dapat menjawab dengan segera.

Fokus ini adalah untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran fakta asas darab berasaskan
kepada pengajaran tradisional dibandingkan dengan kaedah petak sifir. Ini adalah kerana fakta
asas kira darab dan kemahirannya sangat penting sebagai asas pembelajaran matematik,
tambahan pula pada masa ini pelajar sudah dapat menguasai asas kira tambah dan asas kira
tolak.

Anda mungkin juga menyukai