Anda di halaman 1dari 5

SJK(T) LADANG SEMPAH ,

14200 SUNGAI JAWI , SPS.

KERTAS KERJA

PROGRAM INTERVENSI KHAS


PROGRAM LINUS 2.0

PENGENALAN LINUS & PEMULIHAN KHAS


Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana Minister Key
Performance Indicators ( MKPI ) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid normal
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti
pendidikan rendah menjelang 2012.Justeru,setiap segala yang diatur,disusun dan dijalankan
adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan program LINUS. Sehubungan dengan itu,bagi
merealisasikan hasrat ini,satu bentuk perancangan yang baik,tersusun,terarah,bermatlamat dan
bermakna perlu direncanakan.Perancangan Strategik LINUS merupakan satu usaha untuk
menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS sekolah ini agar dapat menyumbang sesuatu
kepada murid-murid tahap satu.Perancangan stategik yang disusun ini akan menjadi pelan
operasi bagi setiap program yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa LINUS sekolah ini.
Program Pemulihan Khas ialah satu usaha untuk mengatasi masalah murid yang menghadapi
kesulitan
pembelajaran
khususnya
dalam
menguasai
kemahiran
asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kelas Pemulihan Khas dikendalikan oleh guruguru
pemulihan
yang
telah
menerima
latihan
khas
dalam
bidang ini. Pada tahun 2016, Guru Matapelajaran telah dipertanggungjawabkan untuk
mengajar murid Linus yang tidak melepasi saringan 2 2015.

TUJUAN
Membolehkan murid murid yang tidak melepasi saringan 2 2015 dapat menguasai konstruk
1-12 dalam literasi Bahasa Melayu.

MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memastikan murid Tahun 4 SJKT Ladang Sempah
berkeupayaan untuk menguasai asas literasi

OBJEKTIF PENDIDIKAN NKRA


Objektif

Program Literasi

Pada akhir Program Literasi murid berupaya:


Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata
tertutup ng.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal
berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan
bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan
dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.

SASARAN
Murid tahun 4 yang tidak menguasai saringan 2 2015.
( DINESHWARAN A/L SUMARAN )

TEMPOH
JANUARI MAC 2016

TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM


Hari
Tempat

: ISNIN - JUMAAT
: PSS SEKOLAH

GURU BERTANGGUNG JAWAB :


1. Pn P.Kavitha Guru BM Tahun 4

SUMBER KEWANGAN
1) Panitia Bahasa Malaysia
2) Panitia Bimbingan & Kaunseling

PENUTUP
Adalah diharapkan agar kertas kerja ini diluluskan untuk membanteras masalah linus di
sekolah dan sekaligus menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengatasi
masalah literasi dan numerasi. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan program
ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA. Kerjasama semua pihak didahulukan dengan ribuan
terima kasih.

Disediakan Oleh,
...........................
(YOGESWARY A/P GOBALKRISHNAN)
SU LINUS
SJKT LADANG SEMPAH.

Anda mungkin juga menyukai