Anda di halaman 1dari 5

Wikipedia.....

Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah
panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada dewa padi
untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan
melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.

Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok
yang dikenali sebagai 'ranyai' akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan
dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang
dikenali sebagai 'ngabang'. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang
ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan
perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok
ranyai tersebut.

Blog............. ( http://teorisejarah.blogspot.com/

Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak

untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali

sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir

bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut

dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian,

minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Pada hari pesta Gawai,

pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi

dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai di Sarawak telah disambut

secara besar-besaran semenjak 1964.

Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum

merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan

persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai

pembuka rasmi Pesta Gawai.


Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi

dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat

yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang.

Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak.

Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil

menjamu hidangan bersama air tuak.

Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong.

Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi

dengan menggunakan giginya.

Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat

daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya,

akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara/perawan orang Iban juga akan

mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa

mereka. Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat

dibuang.
gawai~istiadat ritual bersignifikan

Sarawak

teresang akan didirikan di


perkarangan rumah untuk digunakan semasa Adat Miring

pahlawan Iban .. Tuai Rumah Sengkuai


ngabang ke rumah bala kaban
belayan

Upacara Gawai Teresang Tinggi


ketika musim Gawai, banyak
perkahwinan dilangsungkan .. salah satu permainan untuk keluarga
pasangan

Adat Merik Anak Mit Mandi' ..


Gawai 2007

Anda mungkin juga menyukai