Anda di halaman 1dari 3

Soalan 3(a) - Bincangkan peranan Syah Waliyullah Dehlavi dalam membangunkan umat Islam

di India.

Pengenalan
Syah Waliyullah Dehlavi atau dikenali sebagai Qutub-Ub-Din bin Abdul Rahim, dilahirkan
pada 4 Syawal 1114 H/1702 M bersamaan 10 Februari pada hari Rabu di sebuah kampung
yang tidak jauh dari Delhi bernama Phalt di India.
Nama asal beliau ialah Ahmad sementara nama keduanya ialah Qutubuddin. Salasilah
keturunannya di sebelah ayahnya sampai kepada Sayyidina Umar Al-Farouq r.a manakala di
sebelah ibunya pula sampai kepada Imam Musa Kazim r.a.
Ayahnya adalah seorang ulamak yang terkenal di zaman Sultan Alamgir. Kerana
kealimannya beliau telah diminta oleh Sultan Alamgir supaya ikut serta sebagai panel yang
ditugaskan menyusun Fatawa Alamgiriyah yang kemudiannya menjadi panduan dan rujukan
kerajaan terutamanya di bidang undang-undang. Syah Waliyullah mempunyai 6 orang anak
iaitu Muhammad, Amatul Aziz, Syah Abdul Aziz, Syah Rafieuddin, Syah Abdul Qadir dan Syah
Abdul Ghani.
Syah Waliyullah memulakan pengajiannya ketika berumur 5 tahun. Ketika berumur 7
tahun beliau telah berjaya menghafal Al-Quran dan ketika berumur 10 tahun beliau telah
mampu memahami kitab Syarrah Mula Jami iaitu sebuah kitab nahu Arab yang lebih kurang
setaraf dengan Ibnu Aqil. Dapat dikatakan bahawa semua asas ilmu umum yang dipelajari oleh
penuntut-penuntut di madrasah-madrasah Islam di India ketika itu dipelajari oleh Syah Waliyullaj
dari ayahnya sendiri. Di antara bidang ilmu yang dipelajari dari ayahnya ialah Tafsir, Hadits,
Fiqh, Usul Fiqh, Mantiq, Ilmu Al Kalam, Tasauf, Ilmu Khawas Al Asma Wa Al Ayat, Perubatan,
Falsafah, Nahu, Saraf, Balaghah, Hisab dan Handasah.

Ketika berumur 15 tahun, ayahnya telah mengizinkannya untuk menggantikannya


mengajar dan Syah Waliyullah pada masa itu telah pun dianggap sebagai salah seorang tokoh
ulamak yang disegani. Semasa beliau berumur 17 tahun pula,ayahnya wafat dan dengan itu
Syah Waliyullah menggantikan ayahnya mengajar selama 12 tahun. Bagi melengkapkan
pengajiannya, Syah Waliyullah berangkat ke Tanah Haram dan di sana beliau berguru dengan
Syeikh Abu Tahir, Muhammad bin Ibrahim Al Kurdi Al Madani dan lain-lain lagi.
Syah Waliyullah berpendapat, berjuang bersenjatakan pena adalah lebih sesuai
berbanding berjuang bersenjatakan pedang. Beliau telah melancarkan perangnya dengan
gagah berani dengan tidak bersikap berat sebelah dan tidak mempedulikan sesiapa. Sesiapa
sahaja yang menyeleweng dari Islam,diserangnya khususnya ulama yang dianggap pemegang
obor Islam(iaitu ulama yang menyeleweng) dan juga sufi-sufi palsu yang kononnya ada
menyimpan rahsia Ketuhanan.1 Para ulama pada ketika itu begitu sibuk bertelingkah dengan
perkara-perkara yang kecil, pentafsiran yang ganjil-ganjil tentang hokum syariah dan membuat
kesimpulan tentang taklid buta kepada imam-imam yang mereka sokong dan sesiapa yang
menyeleweng dari keputusan itu, maka orang itu dianggap menyeleweng keseluruhan dari
agama. Keadaan ini menimbulkan puak-puak, golongan-golongan dan parti-parti yang sentiasa
bertelingkah dan bertelagah, serang-menyerang, tuduh-menuduh dan caci-mencaci antara satu
sama lain.
Syah Waliyullah berjuang memperkenalkan Islam sebagaimana yang sebenarnya dan
menyerang bidaah dan pendapat menyeleweng yang dikemukakan oleh para ulama yang
sempit fikiran dan para sufi yang palsu. Beliau tidak bertaklid buta dan tidak menurut sahaja
secara membuta tuli 4 mazhab yang sedia ada. Beliau menyiasat terlebih dahulu pendapat

1 Abdul Majid bin Haji Khatib. 1977.Ajaran Syah Waliyullah, Kelantan.Pustaka Aman
Press, hlm 14.

imam-imam tersebut dengan menguji Al-Quran dan Hadis. Yang mana sesuai dengan Al- Quran
dan Hadis diterimanya manakala yang tidak sesuai terus dibuang.