Anda di halaman 1dari 3

AMALAN MENABUNG

Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Menabung Dalam Diri AnakAnak
Posted by Noraini Ismail
Sebagaimana yang kita tahu, pada tahun 2010, sebanyak tujuh
purnama telah mengucapkan salam permisi bulan demi bulan.
Bagaimanapun, dalam aspek sosial, pelbagai lakaran suram telah
terpahat akibat kurang kesedaran masyarakat tentang kepentingan
amalan menabung. Masyarakat lebih gemar menghabiskan wang yang
ada daripada menabung. Stigma yang negatif ini sememangnya sudah
lama berakar umbi dalam jiwa masyarakat. Walaupun pihak kerajaan
pernah memerah keringat untuk menggalakkan rakyat menabung,
khususnya anak-anak, tetapi usaha murni tersebut telah menemui jalan
buntu, seperti hujan di atas pasir. Secara literalnya, menabung dapat
ditakrifkan sebagai amalan menyimpan wang di bank, di dalam tabung
dan yang seumpamanya. Dalam usaha menjayakan amalan menabung,
ibu bapa memainkan peranan yang paling penting untuk memupuk
amalan menabung dalam kalangan anak-anak.
Kanak-kanak diibaratkan sebagai kain putih yang tanpa tompok, terpulanglah
kepada ibu bapa untuk mencorakkannya. Ibu bapa seyogia melakukan anjakan
paradigma untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak, sepantun
peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh hal yang demikian,
ibu bapa harus menjadikan diri sebagai suri teladan untuk anak-anak. Pada usia
yang muda, anak-anak tidak dapat berfikir dengan rasional dan matang serta
tidak dapat membezakan antara intan dengan kaca. Kesannya, mereka akan
mencontohi pelakuan dan tingkah laku ibu bapa. Bagaimana acuan, begitulah
kuihnya. Peribahasa yang sering terngiang-ngiang di telinga kita ini masih dapat
dibuktikan kebenarannya sehingga hari ini. Memandangkan anak-anak akan
mencontohi apa-apa jua tindakan dan gelagat ibu bapa, ibu bapa harus
mengamalkan tabiat menabung. Antaranya, ibu bapa harus menyimpanwang
yang berlebihan di dalam tabung. Ibu bapa juga harus membuka akaun bank
untuk menyimpan wang. Kontranya, sekiranya ibu bapa membazir wang mereka,
anak-anak tidak mungkin akan menabung. Gambaran di atas memanifestasikan
peranan ibu bapa sebagai suri teladan untuk memupuk amalan menabung
dalam kalangan anak.
Mutakhir ini, pihak bank telah memberikan galakan kepada masyarakat untuk
membuka akaun bank. Pihak bank juga menyediakan pelbagai insentif yang
menarik, seperti kadar faedah yang tinggi kepada sesiapa sahaja yang membuka
akaun bank untuk menambat hati masyarakat. Lantas ibu bapa harus
memanfaatkan peluang ini untuk membuka akaun bank bagi anak-anak mereka.
Amalan menyimpan wang di dalam bank dapat dicerminkan dengan peribahasa,
menyediakan payung sebelum hujan. Hal ini berlaku demikian kerana wang
yang akan disimpan di dalam bank dapat digunakan semasa kecemasan. Dengan
membuka akaun bank, anak-anak berpeluang didedahkan dengan kepentingan
amalan menabung. Anak-anak juga akan mengambil iktibar bahawa menabung
merupakan amalan kudus yang harus disemai. Ibu bapa juga harus mengambil
inisiatif tanpa mengenal penat dan lelah untuk membawa anak-anak ke bank

dua bulan sekali. Usaha untuk menyimpan wang di bank harus dilakukan secara
istiqamah dan konsisten, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Ilustrasi di atas menggambarkan bahawa ibu bapa harus mengorak langkah yang
proaktif untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak.
Semasa meraikan hari ulang tahun kelahiran anak-anak, ibu bapa gemar
menghadiahkan hadiah yang mahal-mahal kepada anak-anak sebagai tanda
kasih sayang terhadap anak-anak. Sebagai misalan, terdapat segelintir ibu bapa
yang akan menghadiahkan komputer, alat permainan video dan sebagainya
kepada anak-anak sebagai bukti mereka telah menatang minyak yang penuh.
Pernahkah terlintas dalam jalur fikiran anak-anak tentang impak negatif
pemberian hadiah-hadiah sedemikian kepada anak-anak? Kesan yang paling
ketara ialah anak-anak akan bersifat hedonistik. Lantaran itu, langkah yang
paling afdal ialah ibu bapa sewajarnya menghadiahkan tabung kepada anakanak sempena ulang tahun kelahiran anak-anak. Hal ini bukan sahaja dapat
menyerlah kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak, tetapi juga dapat
menanam amalan menabung dalam hati nurani anak-anak. Ibu bapa digalakkan
menghadiahi anak-anak tabung yang cantik dan bercorak menarik agar anakanak akan menggunakannya untuk menabung. Anak-anak juga akan menyedari
kepentingan amalan menabung dalam kehidupan seharian. Deduksinya,
memang tidak ada sesiapa yang berupaya menyangkal bahawa tindakan ibu
bapa memberikan tabung sebagai hadiah adalah sangat wajar untuk memupuk
amalan menabung dalam kalangan anak.
Sementelahan itu, ibu bapa harus memberikan penerangan kepada anak-anak
untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan anak. Alternatif ini dapat
diibaratkan sebagai perisai yang amouh kerana dengan adanya penerangan,
anak-anak akan dapat meluaskan horizon mereka tentang kepentingan amalan
menabung. Sebagai contoh, amalan menabung dapat menggarap nilai berjimatcermat dan mengikis sikap boros anak-anak. Anak-anak juga berupaya
menguruskan kewangan dengan lebih efektif untuk mengelakkan pembaziran.
Pada masa yang sama, ibu bapa harus memberitahu anak-anak tentang kesankesan negatif sekiranya amalan menabung tidak dipraktikkan dalam kehidupan
seharian. Antaranya, anak-anak akan dikuasai keborosan. Penerangan harus
diberikan secara berhemah dan lemah lembut supaya lebih mudah diterima oleh
anak-anak. Ibu bapa juga wajar menjadikan cerita, teka-teki dan tayangan video
sebagai saluran untuk menyampiakan informasi tersebut kepada anak-anak. Hal
ini demikian kerana media-media tersebut amat mujarab untuk memupuk
amalan menabung dalam kalangan anak. Sebagai penalinya, ibu bapa harus
menggembleng tenaga dan mendukung obligasi untuk membentuk generasi
masa hadapan yang menyemai amalan menabung dalam sanubari.
Setiap tahun, pihak kerajaan akan bahu-membahu dengan organisasi bukan
kerajaan (NGO) untuk menganjurkan Kempen Menabung. Matlamat utama
aktiviti tersebut dianjurkan adalah untuk mempraktikkan amalan menabung
dalam kalangan anak. Dalam majlis pelancaran Kempen Menabung, pelbagai
aktiviti yang menarik akan diadakan, seperti sayembara menulis esei, kuiz
pengetahuan am dan pertandingan melukis. Hadiah-haidah yang lumayan telah
disediakan untuk pemenang-pemenang. Oleh itu, ibu bapa harus membawa
anak-anak untuk memeriahkan majlis tersebut serta memberikan kerjasama
yang padu untuk menjayakan kempen tersebut. Usaha pihak kerajaan yang

bekerjasama dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) adalah seperti sambil


menyelam minum air. Hal ini demikian, usaha yang murni ini bukan sahaja dapat
merapatkan hubungan kekeluargaan, tetapi juga dapat memupuk amalan
menabung dalam kalangan anak. Anak-anak memang akan memperoleh
kemaslahatan yang banyak sehingga tidak dapat dihitung oleh jari. Antaranya,
anak-anak akan diperkenalkan kepada teknik menabung yang berkesan. Anakanak juga dapat menghabiskan masa dengan berfaedah. Natijahnya, ibu bapa
berperanan untuk membawa anak-anak ke Kempen Menabung agar dapat
memupuk amalan menabung dalam kalangan anak.
Akhirulkalam, seluruh strata masyarakat khususnya ibu bapa harus melangkah
sederap dengan pihak-pihak ataupun agensi-agensi yang lain untuk memupuk
amalan menabung dalam kalangan anak. Amalan menabung merupakan nadi
pembangunan dan kesentosaan negara. Justeru, jangan meranapkan impian
Wawasan 2020 yang lantang diuar-uarkan oleh mantan perdana Menteri
Malaysia, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammah. Bersama-samalah kita
memanifestasikan iltizam Malaysia untuk menjadinegara yang maju yang dapat
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara moden di seantero
dunia. Hal ini kerana salah satu elemen kearah kemajuan negara ialah amalan
menabung. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan
biarlah Malaysia terus gilang-gemilang di persada antarabangsa hingga kekal
abadi. Semoga dengan saranan-saranan pragmatik di atas menjadi kenyataan,
fajar sidik 2020 yang akan menyingsing nanti akan membawa sinar baru kepada
masa hadapan anak watan Malaysia. Nik kasa nir jaya. Ungkapan berirama
Sanskrit ini mencerakinkan bahawa kejayaan tidak mungkin dibuahkan tanpa
usaha yang padu dan konkrit daripada ibu bapa untuk memupuk amalan
menabung dalam kalangan anak, seperti juga yang digambarkan dalam rangkap
puisi berikut:

Kulit upih dihiris mayang,


Bersarang ulat di tepian kolek,
Yang pipih tidak dating melayang,
Yang bulat tak dating bergolek.

Anda mungkin juga menyukai