Anda di halaman 1dari 7

Community College Eduresearch Conference 2015

Persepsi Pelajar Menggunakan Aplikasi Web 2.0 di Dalam Aktiviti


Pengajaran dan Pembelajaran
Mohd Azran Mohd Sallleh a, Mohd Mohsin Abd Rahim b*, Siti Nurul Mahfuzah Mohamad c
a
b

Sistem Komputer dan Sokongan, Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT),Masjid Tanah, Melaka
Unit Multimedia dan Sumber, Kolej Komuniti Bukit Beruang (KKBBM), Bukit Beruang, Melaka.
c
Sistem Komputer dan Sokongan, Kolej Komuniti Selandar (KKSL), Selandar, Melaka

Abstrak
Teknologi Web 2.0 telah mengubah cara pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Beberapa
aplikasi atas talian dan platform kini mentakrifkan bagaimana pengguna berkongsi pandangan,
pendapat, dan pengalaman menerusi aplikasi-aplikasi Web 2.0 yang popular seperti blogspot, Edmodo,
Online Whiteboard, Mind Map Maker dan sebagainya. Satu kelebihan utama Web 2.0 adalah alat ini
percuma dan mudah digunakan. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar
terhadap penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi
subjek rangkaian. Seramai 30 orang pelajar dari Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) dan Kolej
Komuniti Selandar (KKSL) memberi maklum balas kepada kajian ini. Soal selidik secara atas talian
telah digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengukur penggunaan Web 2.0 dalam pengajaran dan
pembelajaran. Berdasarkan kajian ini, penggunaan Web 2.0 boleh meningkatkan pembelajaran dalam
mata pelajaran rangkaian. Pelajar menunjukkan minat terhadap aplikasi tersebut dan secara tidak
langsung memberi motivasi kepada pelajar menggunakan pembelajaran atas talian di dalam kelas.

Kata Kunci: Web 2.0, Kolej Komuniti, Pengajaran dan Pembelajaran

Pengenalan
Web 2.0 adalah revolusi perniagaan dalam bidang industri perkomputeran yang disebabkan oleh
pergerakan internet sebagai platform, dan percubaan untuk memahami peraturan untuk berjaya pada
platform yang baru. Web 2.0 juga dikenali sebagai laman sesawang bijak, laman sesawang tumpuan
orang, laman sesawang yang turut serta dan laman sesawang baca-tulis. Dengan membaca serta menulis,
laman sesawang boleh menjadi dwi-arah. Web 2.0 adalah laman sesawang sebagai satu platform dimana
pengguna boleh meninggalkan kawalan-kawalan yang mereka telah gunakan dalam versi Web 1.0
(Aghaei et. al, 2012). Dengan kata lain, Web 2.0 adalah lebih fleksibel dari rekabentuk laman sesawang,
penggunaan semula kreatif, kemaskini, penghasilan kandungan kolaborasi dan pengubahsuaian. Salah
satu kelebihan Web 2.0 ini adalah ia menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Dalam kajian ini, tenaga pengajar menggunakan blogspot, Edmodo, online whiteboard dan mind map
sebagai salah satu pendekatan untuk mengajar yang mana menggalakkan interaktiviti dan pengguna,
motivasi dan memperkasa pelajar, dan mewujudkan kelainan dalam proses pembelajaran mereka.
Teknologi Web 2.0 telah mengubah cara mesej disebarkan merentasi laman sesawang. Terdapat

beberapa perkakasan atas talian dan platform yang mentaksirkan bagaimana pengguna berkongsi
perspektif, pendapat, pemikiran dan pengalaman.
Perkakasan Web 2.0 seperti weblogs, RSS, video casting, penandabuku sosial, rangkaian sosial,
podcasts dan laman perkongsian gambar telah menjadi bertambah popular. Salah satu kelebihan besar
perkakasan Web 2.0 adalah kebanyakannya percuma. Secara tidak langsung, Hsu et al (2014) bersetuju
bahawa aplikasi Web 2.0 memperkasakan pengguna dengan tempat untuk penyataan peribadi,
perkongsian, komunikasi, dan kolaborasi dengan yang lain. Pengarang juga menyatakan pembelajaran
melalui kolaborasi bersama aplikasi Web 2.0 memberi peluang kepada pengguna dan perlu digunakan
dalam pendidikan. Sumber dan interaksi di dalam kelas bergantung pada kurikulum yang digunakan di
dalam kelas. Internet bukan pendekatan kepada pendidikan, tetapi sebagai perkakasan yang boleh
digunakan dengan pelbagai jenis teori pendidikan. Ia menjadi sumber informasi tambahan yang ada; ia
meningkatkan komunikasi dinamik, dan membuatkan kolaborasi menjadi mudah dengan mengurangkan
keperluan untuk pengkolaborasi, dan pada tempat dan masa yang sama.
Sorotan Kajian
Pelajar mendalami sepenuhnya teknologi Web 2.0 (contohnya , blog, twitter, podcast, wiki, laman
rangkaian sosial, dunia maya, perkongsian video dan perkongsian gambar) dan Internet, yang mana
memainkan peranan penting dalam kehidupan sosial dan kehidupan akademik (Lego dan Towner,
2009). Tujuan utama kajian ini adalah untuk membuat kajian persepsi pelajar dalam penggunaan
perkakasan Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Rangkaian di Kolej Komuniti
Masjid Tanah dan Kolej Komuniti Selandar. Blog adalah salah satu aplikasi yang diambil dari 100
aplikasi yang paling popular yang telah diukur oleh Hart (2012). Dalam kajian yang berkaitan oleh Arsad
et al (n.d) yang telah melibatkan 64 guru dari sekolah menengah, penulis telah menyatakan bahawa 22%
daripada responden menggunakan jaringan blog (Blogger) dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas (Rajah 1). Dapatan kajian beliau menunjukkan, responden kerap menggunakan aplikasi mind map
Mindmeister (91%) dan juga Online Whiteboard seperti Wallwisher (86%) dan Blackboard (86%).

Rajah 1: Kekerapan Penggunaan Web 2.0

Rajah 2 pula menunjukkan tenaga pengajar mempunyai kemahiran menghantar maklumat di dalam blog
(28%), berkongsi maklumat (22%), menjemput pelajar dalam social networking (19%) dan sentiasa
mengemaskini laman blog masing-masing (19%).

Rajah 2: Aktiviti penggunaan aplikasi Web 2.0

Menurut Embi et. Al. (2012) yang diceritakan dalam Mohamad et al (2014), kekurangan masa
merupakan penyebab utama masalah penyediaan e-kandungan pengajaran dan pembelajaran. Salam et
al (2013) mencadangkan penggunaan perkakasan Web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran perlu
diimplimentasikan ke dalam pendidikan teknikal seperti di Politeknik dan Kolej Komuniti supaya
pensyarah dapat mengurangkan masa persediaan dan boleh menarik perhatian pelajar. Dalam
transformasi, walaubagaimanapun, cara terbaik untuk memperluaskan kegunaan Web 2.0 adalah dengan
mendapatkan perkakasan terlebih dahulu dalam mengoptimis aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Sejak pendekatan pengajaran bagi pensyarah boleh mempengaruhi sikap pelajar, yang mana sekarang
kebanyakannya golongan digital (Margaryan, Littlejohn, & Vojt, 2011), sesetengah rangka kerja
berdasarkan rekabentuk Web 2.0 telah dihasilkan supaya dapat menggalakkan lebih keyakinan dalam
mempelajari penggunaan perkakasan Web 2.0.
Bower et al. (2010), sebagai contoh, sediakan senarai komprehensif perkakasan Web 2.0 yg
dikategorikan kepada jenis pengetahuan, pedagogi, modul, dan keselarian. Sebagai tambahan, Grosseck
(2009), sediakan jadual untuk menyatukan teknologi Web 2.0 ke dalam aplikasi pendidikan pengajian
tinggi. Walaubagaimanapun, masih terdapat kekurangan dalam penyelidikan yang menggabungkan
perkakasan Web 2.0 ke dalam strategi pengajaran dan pembelajaran terutama sekali dalam kursus sains
komputer. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisa persepsi dan sikap ke arah penggunaan
perkakasan Web 2.0 dalam mempelajari subjek rangkaian. Laman sesawang blog telah digunakan untuk
menggabungkan beberapa sumber pendidikan dalam perkakasan Web 2.0 yang berbeza.

Metadologi Kajian
Kajian ini dijalankan terdiri dari 30 orang pelajar kolej komuniti yang mengambil matapelajaran
rangkaian (networking) dari program Sijil Sistem Komputer dan Sokongan (SKS) bagi menilai
keutamaan pelajar ke arah menggunakan perkakasan Web 2.0 dalam pembelajaran mereka. Pelajarpelajar ini dianggap telah mempunyai kemahiran menggunakan Internet. Setiap pelajar telah
melengkapkan soal selidik yang telah diberikan secara atas talian. Analisis soal selidik telah disiapkan
dengan menggunakan statistik deskriptif.
Rajah 3 menunjukkan muka depan blog yang digunakan untuk kajian ini. Rajah 4 merupakan Text Mind
Mapping yang disediakan oleh pelajar di dalam kelas.

Rajah 3: Muka depan blog untuk pendidikan

Rajah 4: Text Mind Mapping

Untuk mendapatkan pengukuran persepsi pelajar semasa menggunakan Web 2.0 dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran, soal selidik telah digunakan. Soal selidik mengandungi 23 soalan meliputi
kesangatgunaan (usefullness) (15 item) dan kebolehcapaian (accessibility) (8 item). Setiap item
mengandungi Five point Likert pilihan. Pilihan ini dikodkan sebagai 1 untuk Sangat Tidak Setuju,
2 untuk Tidak Setuju, 3 untuk Tiada Pilihan, 4 untuk Setuju dan 5 untuk Sangat Setuju. Satu
penilaian di laman blog telah dilengkapkan oleh 30 orang pelajar.

Dapatan Kajian
Jadual 1 menunjukkan demografi responden untuk kajian ini. Kajian ini melibatkan pelajar dari Sistem
Komputer dan sokongan sahaja.
Jadual 1: Demografi responden
Item
Jantina
Etnik

Kolej
Komuniti

Kategori
Lelaki
Perempuan
Melayu
Cina
India
KKMT
KKSL

Frekuensi
18
12
27
2
1
15
15

Jadual 2 menunjukkan julat min dari 4.01 hingga 4.49. Item 11 menunjukkan nilai min tertinggi yang
mana nilai min adalah 4.49. Analisis menunjukkan bahawa kebanyakkan pelajar bersetuju yang
informasi yang diberikan blog adalah terkini dan tepat. Pelajar juga bersetuju bahawa aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang disediakan dalam laman blog memberikan lebih banyak idea semasa di dalam
kelas (min = 4.40).
Jadual 3 pula menunjukkan analisis penerimaan senang digunakan. Analisis menunjukkan kebanyakkan
pelajar bersetuju bahawa web blog tiada masalah dengan masa muat turun dengan nilai min paling tinggi
iaitu 4.47. Diikuti dengan pautan adalah sah dan aktif (Min=4.35).
Jadual 2 Penerimaan Kesangatgunaan
No.

Kesangatgunaan

Min

1
2
3
4
5
6
7
8
9

Terdapat widget yang sangat berguna dalam bar sisi.


Terdapat gadget yang sangat berguna dalam bar sisi.
Saya akan mencadangkan blog ini kepada kawan saya
Blog ini memberi banyak informasi kepada saya
Tema yang digunakan sesuai untuk pembaca
Topik yang dikemukan sangat menarik setiap bulan
Blog ini memberi saya banyak idea.
Terdapat arkib, kategori, tag, profil pengarang dan info yang lain
Kandungan adalah percuma
Tidak terdapat sebarang ralat seperti kesalahan ejaan dan
sebagainya
Informasi adalah terkini dan tepat.
Pensyarah dan pelajar boleh berkomunikasi di antara satu sama
lain
Tugasan dapat dihantar secara atas talian
Saya dapat mempelajari subjek rangkaian dengan mudah
Kuiz boleh dilaksanakan di atas talian

4.18
4.01
4.23
4.30
4.15
4.02
4.40
4.03
4.46

Sisihan
Piawai
0.57
0.65
0.61
0.42
0.56
0.40
0.65
0.54
0.68

4.03

0.46

4.49

0.52

4.21

0.66

4.15
4.21
4.23

0.57
0.49
0.64

10
11
12
13
14
15

Jadual 3 Penerimaan Senang Digunakan


No.
1
2
3
4
5
6
7
8

Senang Digunakan
Tiada pautan yang rosak dalam blog ini.
Tiada masalah dengan masa muat turun.
Enjin pencarian dalam blog disediakan
Mempunyai pautan ke laman yang berkaitan
Kesemua pautan adalah sah dan aktif
Mudah untuk dapatkan maklumat yang terkini dan berguna
Blog ini mudah dicapai pada bila-bila masa
Pelajar boleh mendapatkan maklumat untuk sesi pembelajaran

Min
4.21
4.47
4.01
4.42
4.35
4.11
4.28
4.02

Sisihan
Piawai
0.56
0.56
0.67
0.52
0.49
0.58
0.62
0.66

Kesimpulan
Web 2.0 tidak perlu untuk memuat turun, pensyarah dan pelajar boleh menguasainya dalam masa
beberapa minit. Teknologi telah menjadi semakin senang atau lebih akses kepada semua. Dapatan dari
kajian ini telah membongkar yang kebanyakan pelajar menunjukkan paras minat yang tinggi dengan
pembelajaran menggunakan blog apabila mempelajari matapelajaran rangkaian. Oleh itu, pensyarah
perlu lebih kreatif dalam menyediakan aktiviti pembelajaran dan perlu menggabungkan semua
perkakasan Web 2.0 dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Rujukan
Aghaei, S., Mohammad, A.N dan Hadi, K.F. (2012). Evolution Of The World Wide Web: From Web
1.0 To Web 4.0. International Journal of Web & Semantic Technology (IJWesT). 3(1), pp. 1-10.
Arsad , N. M., Mohamad, A. E., Kamisah, O. dan Rian, V. (n.d). Use Of Web 2.0 Applications By
Teachers.
http://stemstates.org/assets/files/351_USE%20OF%20WEB%202.0%20APPLICATIONS%20BY%20
TEACHERS%20(ABSTRACT%20NO%20351).pdf
Bower, M., Hedberg, J. G., dan Kuswara, A. (2010). A framework for Web 2.0 learning design.
Educational Media International, 47(3), 177198.
Embi, M.A., Hanafi A., Sidek A.A., Norazah M.N dan Afendi H., 2012. Scenario Study Report eLearning Module Module. Higher Education Leadership Academy, Ministry of Higher Education,
Malaysia. pp. 9-13.
Grosseck, G. (2009). To use or not to use web 2.0 in higher education? Procedia - Social and Behavioral
Sciences, 1(1), 478-482.
Hart, J. (2012). Top 100 Tools for Learning 2012. Centre for Learning & Performance Technologies
(C4LPT) http://c4lpt.co.uk/top-100-tools-2012/
Hsu, Y, Yu-hui, C. dan Barbara, L. G. (2014). Web 2.0 Applications and Practices for Learning Through
Collaboration. Handbook of Research on Educational Communications and Technology. pp. 747-758.

Lego C. dan Towner T (2009). Opening facebook: How to use facebook in the college classroom. In I.
Gibson et al. (Eds.). Proceedings of Society for Information Technology and Teacher Education
International Conference , pp. 2623-2627. Chesapeake, VA: AACE.
Margaryan, A., Littlejohn, A., dan Vojt, G. (2011). Are digital natives a myth or reality? University
students use of digital technologies. Computers & Education, 56(2), 429-440.
Mohamad, S.N.M., Sazilah, S. dan Norasiken, B. (2014). Lecturers Perceptions and Attitudes Towards
the Usage of Online Learning at Polytechnic. International Journal of Science Commerce and
Humanities. 2(1), pp 169-172.
Salam, S., Siti, N.M.M, Norasiken, B., and Linda., K.M.S., 2013. The Designing of Online Multiple
Intelligence Tools for Lecturer at Polytechnic. International Journal of Soft Computing & Software
Engineering (JSCSE). 3(3), pp. 809-815.

Anda mungkin juga menyukai