Anda di halaman 1dari 12

0

SEMESTER 1 SESI 2010/2011


KRB 3033: PENGANTAR BAHASA MELAYU

TAJUK

ESEI : PERANAN GURU DALAM MENJAYAKAN DASAR


MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DAN MEMPERKUKUHKAN
BAHASA
INGGERIS
KUMPULAN
EL-B35
DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

HAMIDAH BINTI ASBULLEH

D20102045949

019-5385962

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROFESOR MADYA DR. HAJI ISHAK BIN SAAT

TARIKH SERAH: 27 NOVEMBER 2011

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

ABSTRAK
1.0

PENGENALAN

3-4

2.0

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN

4-9

DASAR MBMMBI
3.0

RUMUSAN

9 - 10

BIBLIOGRAFI

Abstrak

Rentetan pemansuhan dasar pengajaran dan Pembelajaran Sains dan


Matematik dalam bahasa inggeris (PPSMI) pada 8 Julai 2009, maka dasar Memartabatkan
Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah mengambil tempat. Sejak
sekian lama, Bahasa Melayu telah dianggap sebagai lingua franca dan sesuai menjadi bahasa
ilmu serta bahasa perpaduan ke arah melahirkan Negara Bangsa berlandaskan prinsip
1Malaysia. Bahasa Inggeris pula merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang amat perlu
dikuasai oleh para pelajar supaya kelak mereka mampu bersaing sama ada di peringkat
nasional mahupun global. Justeru, Dasar MBMMBI yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah
amat relevan dan bertepatan dengan keperluan pembangunan negara pada masa ini dan pada
masa akan datang.
Bagi mengelakkan Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, maka Dasar
PPSMI terpaksa dimansuh dan digantikan dengan dasar MBMMBI. Sementelahan pula,
didapati tahap penguasaan pelajar dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris masih rendah
dan hal ini sangat dipengaruhi oleh faktor latar belakang dan lokasi pelajar itu sendiri.
Kekangan-kekangan yang dihadapi dalam mencapai keberkesanan serta kejayaan PPSMI
menyerlahkan kepentingan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang perlu lebih
diberikan fokus oleh pelbagai pihak khususnya kerajaan.
Kerajaan sedang meneliti kemungkinan untuk melaksanakan dasar baru iaitu
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi murid
Tahap Satu mulai tahun 2011. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin
memaklumkan murid tahun satu yang baru memasuki persekolahan tidak terlibat dengan dasar
lama. Namun demikian, perkara ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya bilangan
guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru serta buku teks untuk mata pelajaran Sains
dan Matematik sekiranya ia dapat disiapkan pada akhir tahun 2010. Langkah itu, katanya,
adalah untuk membolehkan Kementerian Pelajaran membuat persiapan rapi dengan
mengambil kira semua keperluan pengajaran dan pembelajaran disediakan secara teratur.
Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin

bin Yassin yang juga Menteri Pelajaran menegaskan,

kerajaan komited tidak akan kembali kepada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana dasar baru iaitu MBMMBI adalah selaras
dengan keperluan negara untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
1.0 Pendahuluan

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di
sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Dalam melaksanakan Dasar MBMMBI, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Dengan
pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklah
menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar dalam pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik, manakala di SJK (C) dan SJK(T) menggunakan bahasa
penghantar masing-masing.
Pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri

telah memutuskan supaya dasar

MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010.Semakin kita berjuang


memartabatkan bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris di sekolah ini guru
ialah agen pelaksana yang berperanan penting untuk melaksanakan dasar MBMMBI di sekolah.
Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakan bahasa Melayu pada tempat
yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukan bahasa tersebut sebagai bahasa kebangsaan
seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga
merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta pendidkan 1996.
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris pulaadalah dengan meletakkan bahasa tersebut sebagai
salah satu cabang yang akan membantu pelajar bersaing dalam semua bidang pekerjaan dan
kerjaya bertaraf dunia. Penguasaan bahasa Inggeris kalangan masyarakat akan membolehkan
masyarakat menceburi pelbagai bidang pekerjaan melalui pendidikan.
Tujuan memartabatkan Bahasa Melayu adalah kerana bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa
ilmu kea rah membina Negara banagasa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Memperkukuh
bahasa Inggeris adalah kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa
yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehakan penerokaan pelbaai ilmu
untuk bersaing diperingkat nasional dan global.
Strategi memartabatkan Bahasa Melayu melibatkan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan
dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran

bahasa Melayu. Manakalah, strategi memperkukuhkan penguasaaan Bahasa Inggeris


melibatkan penambahbaikan kurikulum

Bahasa Inggeris serta penyediaan guru dan bahan

yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut.


Beberapa Strategi bagi Memartabatkan Bahasa Melayu termasuklah pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa Melayu di Tingkatan Satu hingga
Lima di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah kebangsaan , manakalah Bahasa Cina di
Sekolah Kebangsaan Jenis Cina dan Bahasa Tamil
menambah waktu pengajaran dan pembelajaran

di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,


bahasa Melayu

di Sekolah

Jenis

Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, menggunakan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu, menyediakan bahan bacaan bahasa Melayu yang saling
melengkapi dan bersesuaian dengan aras dan garis panduan kurikulum terkini, serta
memperkenalkan seni bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu
seperti bercerita, drama, nyanyian, puisi, bahas, syarahan dan pengucapan awam.
Bagi memperkukuhkan

bahasa Inggeris pula, strategi pelaksanaan yang digunakan

termasuklah menyediakan guru Bahasa Inggeris yang mencukupi menerusi pengambilan guru
bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA,
menyediakan guru bahasa Inggeris

di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas

berenrolmen tinggi contohnya jumlah melebihi 35 murid bagi setiap kelas, menyediakan bahan
bacaan bahasa Inggeris yang lebih interaktif dan pelbagai bentuk ilustrasi serta penyampaian
dan

memperkenalkan language arts dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris

seperti

story telling, drama, singing, poetry,

debate, public speaking dan apa sahaja

pendekatan yang sesuai termasuk juga pendekatan menggunakan ICT yang menyeronokan.

2.0 Peranan guru dalam melaksanakan Dasar MBMMBI


Antara peranan dan fungsi guru dalam pelaksanaan MBMMBI ini ialah salah satunya
cabaran guru memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan bahasa inggeris dalam
diri guru itu sendiri. Kita sedia maklum bahawa guru ialah penggerak dan agen untuk
melaksanakan dasar yang diberikan oleh kerajaan. Oleh itu, guru seharusnya memantapkan
ilmu dan pengetahuan dari segi kedua-dua bahasa itu. Banyak usaha dapat dilakukan agar
dapat direalisasikan sepenuhnya dasar ini. Antaranya, melalui kursus-kursus dan kesedaran
untuk terus menimbah ilmu untuk kepentingan diri sendiri dan generasi akan datang. Guru tidak

sepatutnya menganggap bidang perguruan dan pendidikan ini hanya sebagai satu kerjaya.
Malah minda guru perlu diterapkan bahawa kita mempunyai tanggungjawab besar untuk
memikul amanah bagi melaksanakan semua dasar-dasar kerajaan demi membina sebuah
bangsa yang berjaya. Guru mestilah sentiasa menimba ilmu dari segi bahasa

walaupun

sebenarnya bahasa Malaysia itu ialah bahasa kita namum, orang Melayu lah yang banyak
merosakkan dan menghilangkan martabat bahasa kita sendiri. Begitu juga dengan kemahiran
berbahasa Inggeris. Guru haruslah sentiasa berusaha meningkatkan dan menguasai bahasa
Inggeris kerana bahasa itu ialah bahasa antarabangsa. Guru perlu tahu kepentingan menguasai
kedua-dua bahasa itu dalam bidang ilmu kerana apabila seseorang guru itu dapat menguasai
dengan baik bererti mudahlah untuk guru menyampaikan ilmu kepada anak-anak didik dengan
baik dan berkesan. Contohnya dengan mengambil kursus bahasa secara berbayar di luar dan
selalu mengiatkan diri dengan program-program yang berkaitan dengan pemantapan bahasa
yang dianjurkan.
Seterusnya usaha lain yang boleh dilakukan oleh seseorang guru bagi melaksanakan
dasar MBMMBI ini ialah Kompetensi Guru. Sekolah ialah sebuah institusi yang masyarakat
sedia maklum amat penting untuk melahirkan insan yang kompeten dari segi bahasa.
Sehubungan dengan ini jelaslah bahawa keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru
dalam bahasa dapat memupuk jiwa cintakan bahasa kalangan murid-murid khususnya bahasa
Melayu. Jadi, peranan guru di sini ialah sentiasa merancang pengajaran dan pembelajaran
yang menyeronokkan

kerana pemerolehan bahasa

berkait rapat dengan pendedahan

kemahiran berbahasa. Contohnya, pembelajaran yang menggunkan ICT dan pengajaran


berbantukan teknologi computer dalam kelas. Kaedah dan teknik-teknik yang lebih berkesan
sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ini akan menarik minat
murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Begitu juga
dengan penyediaan guru opsyen yang mencukupi bagi mata pelajaran bahasa Inggeris. Kita
sedia maklum bahawa guru opsyen lebih berpengetahuan dan berkemahiran untuk merancang
dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang lebih berkesan
berbanding dengan guru yang bukan opsyen. Seharusnya negara kita pada masa ini telah
menyediakan guru-guru terlatih yang mencukupi dan pakar dalam bidang masing-masing untuk
memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi guru opsyen agar mencukupi. Namun begitu guruguru opsyen kenalah sentiasa dan digalakkan menghadiri kursus-kursus peningkatan
profesionalisme yang dapat memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu
pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dalam dan luar negara. Kerana kita

sedia maklum bahawa ilmu pendidikan kita pada masa ini sentiasa berubah dan ada
pembaharuan dari masa ke masa.
Dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa
Inggeris institusi pendidikan di Malaysia pada masa ini memerlukan seseorang guru itu
menggunakan pelbagai pendekatan secara holistik dan bersepadu. Hal ini sangat penting
kerana kita sedia maklum bahawa bahasa Malaysia ialah bahasa yang digunakan untuk
memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran, dan nilai tetapi juga sebagai bahasa perpaduan di
negara kita. Begitu juga dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu yang penting di peringkat
global. Oleh itu, keberkesanan pengajaran yang disampaikan oleh guru sangat penting untuk
menjayakan dasar ini. Guru-guru perlu mengajar bahasa Melayu dengan berkesan dan
menyeronokkan agar dapat menarik orang lain walaupun bukan penutur jati Melayu. Apabila
kita merujuk kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan secara tidak
langsung guru-guru berperanan penting menjayakan dasar ini dengan mengajar menggunakan
kaedah yang pelbagai dan segar. Penyediaan dan penggunaan bahan bantu mengajar dalam
kelas juga perlulah pelbagai dan berkesan untuk murid-murid. Misalnya bahan bantu yang
berwarna warni, interaktif, bersesuaian dengan aras murid, dan bersesuaian dengan
perkembangan dunia teknologi masa ini.

Apabila guru-guru menyediakan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan ini akan dapat membantu penguasaan
bahasa di kalangan murid-murid tidak kiralah sama ada bahasa Melayu ataupun bahasa
Inggeris. Contohnya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta tatabahasa
dan seni bahasa akan diajar dan disampaikan oleh guru beserta aktiviti penerokaan, pencarian
maklumat, peloporan dan penghasilan produk. Kaedah sebegini akan menimbulkan rasa
seronok dalam diri murid-murid dan perasaan ingin tahu mereka mendorong minat mereka
untuk mempelajari bahasa dengan lebih mendalam lagi. Dengan cara ini guru-guru juga boleh
memperkayakan pedagogi dalam kelas melalui kursus dalam perkhidmatan (LDP) bertujuan
untuk meningkatkan prestasi guru Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris supaya dapat
menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Guru-guru perlulah mempraktikkan pelbagai bentuk
dan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan minat dan motivasi murid untuk
menimba ilmu pengetahuan. Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk
hafalan perlulah dirangkumkan dengan kaedah-kaedah pengajaran berbentuk praktis,
kolaboratif, dan penyelidikan. Guru juga harus mengikuti perkembangan arus kemodenan pada
masa ini. System pendidikan kita sentiasa berubah dari masa ke masa bersesuain mengikut
tuntutat global. Penggunaan teknologi dalam pengajaran bahasa tidah harus dipandang remeh.
Jikalau dulu kerajaan menyediakan peruntukan yang banyak untuk melaksanakan dasar

PPSMI. Kita boleh mengambil contoh itu sebagai laternatif kita mengajar bahasa menggunakan
teknologi agar ia lebih menyeronokkan. Contohnya guru menggunakan teknologi maklumat
seperti perisian digital, e-mel,laman sembang, dan lamam sesawang dapat menjadikan
pengajaran dan pembelajaran yang bersifat interaktif, serta menghiburkan kerana ini perkara
baru yang dijelmakan untuk murid-murid kita. Sudah tentu mereka mempunyai semangat yang
tinggi untuk meneroka dan mencuba. Murid-murid juga boleh mencari pelbagai maklumat
tentang bahasa dalam internet. Seperti pepatah mengatakan Maklumat Di Hujung Jari. Hal ini
akan menjamin penguasaan dan pencapaian bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang lebih
mantap dan berkembang maju sebagai bahasa yang berdaya saing.
Antara peranan yang guru boleh mainkan dalam pelaksanaan dasar MBMMBI ini juga
ialah menjelmakan transformasi kurikulum dan peningkatan kapasiti guru. Kita sedia maklum
bahawa tujuan MBM diperkenalkan adalah untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai alat
perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina Negara bangsa
untuk mencapai hasrat 1 Malaysia. Manakala MBI pula bertujuan diperkenalkan kepada
generasi di Malaysia supaya kita

dapat menghasilkan murid-murid yang dapat menguasai

bahasa Inggeris dengan baik agar mereka mampu bersaing dan meneroka ilmu di peringkat
nasional dan antarabangsa kerana dunia pada masa ini telah bersetuju untuk menjadikan
bahasa Inggeris sebagai bahasa Pengantara antarabangsa. Dengan ini guru harus sedar
bahawa menguasai kedua-dua bahasa ini dengan baik sangat penting. Penggunaan Bahasa
Malaysia Standard Merentas Kurikulum. Pihak sekolah mestilah selalu memantau guru-guru
agar menggunakan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain walaupun bukan dalam
Bahasa Malaysia. Bahasa yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
haruslah menggunakan bahasa yang betul dan tidak dicampur adukkan

dengan dialek

tempatan atau bahasa pasar yang lain. Hal ini jika tidak dipantau akan mengganggu gugat
martabat Bahasa Malaysia kerana usaha untuk memartabatkannya mestilah dimainkan oleh
semua guru tidak kirala guru yang mengajar mata pelajaran lain selain bahasa Malaysia.
Kerana tidak relevenlah kalau hanya guru-guru bahasa Malaysia sahaja yang harus
menggunakan bahasa yang betul sedangkan guru-guru lain juga sebagai model yang akan
menjadi ikutan murid-murid.
Guru-guru juga boleh melaksanakan dasar MBMMBI ini dengan cara memperkukuhkan
budaya membaca kalangan diri guru-guru dan seterusnya murid-murid kita. Kita sedia maklum
bahawa

budaya

membaca

ialah

asas

dalam

memartabatkan

bahasa

Melayu

dan

memperkukuhkan bahasa Inggeris. Bagi memperkukuhkan kemahiran berbahasa pada masa

ini banyak program-program yang telah dirancang dan perlu dilaksanakan oleh guru di sekolah.
Antaranya ialah program Literasi untuk murid-murid Tahap 1 yang tidak dapat menguasai
kemahiran membaca dan program PROTIM untuk murid-murid tahap 2 yang masih belum
dapat menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Selain itu program lain ialah Program
Bacaan Awal Berstruktur untuk murid Tahun 1, Program Bacaan Ekstensif untuk murid Tahun 3
dan Program Bacaan Sastera Kontemporari untuk murid-murid tahap 2 serta bacaan nilam
yang perlu dijalankan de sekolah-sekolah di seluruh Negara. Bagi merealisasikan semua
program-program ini tanggungjawab besar ada di bahu setiap guru. Guru-guru haruslah
bersungguh-sungguh melaksanakannya dan mestilah telus agar penilaian yang diberikan pada
setiap program tidak dipertikaikan dan supaya hasilnya kita berjaya melaungkan Sifar Buta
Huruf pada masa hadapan. Begitu juga dengan bahasa Inggeris. Guru-guru haruslah
menyediakan pelbagai program untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh
murid-murid

kita.

Guru-guru

boleh

menyediakan

pertandingan-pertandingan

untuk

memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara aktivit-aktiviti
yang dapat dilaksanan oleh guru ialah seperti Drama, Oratory,Choral Speaking, Debate, Action
Song, dan Story Telling serta aktiviti English-In-Camp. Aktiviti-aktiviti sebegini member peluang
kepada murid-murid menggunakan kemahiran yang dipelajari secara maksimum. Penglibatan
sebegini secara tidak langsung akan memupuk minat murid untuk sentiasa menggunakan
bahasa Inggeris dengan betul dan berkesan. Guru-guru juga mesti memupuk budaya membaca
buku dalam kalangan diri murid-murid. Kerana semua kelemahan yang kita dapat daripada
bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia ini ialah kerana kurangnya budaya membaca dalam diri.
Guru-guru haruslah menyediakan ruang yang pelbagai bukan sahaja dalam pusat sumber
malah dalam kelas atau di sudut-sudut yang sesuai di sekolah agar murid-murid menjadikan
amalan membaca ini amalan rutin mereka. Jika ini dipantau dan dilaksanakan secara
berterusan oleh semua guru di sekolah-sekolah secara tidak langsung akan membantu
menjayakan dasar MBMMBI ini.
Jelaslah bahawa peranan guru sangat penting untuk menjayakan dasar MBMMBI ini.
Peranan guru tidak dapat dinafikan lagi sebagai tunjang utama bagi merealisasikan impian
negara untuk menghasilkan masyarakat yang mempunyai etika dan nilai martabat yang tinggi
dalam bahasa kebangsaan tetapi juga dapat menguasai bahasa antarabangsa dengan baik
agar tidak ada seorang pun generasi akan datang yang akan tercicir daripada menikmati arus
kemajuan negara di peringkat global.
3.0 Rumusan

Sebagai rumusan kepada rasional Dasar MBMMBI ini jelaslah bahawa terdapat
beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum menentukan sesuatu dasar yang
melibatkan perubahan dalam penentuan sistem pendidikan. Hal ini kerana sebelum
pelaksanaan reformasi dibuat secara total ke atas sistem pendidikan negara, apakah sema
yang akan terlibat dalam mendokong dan melaksanakannya telah tersedia? Kementerian
Pendidikan perlu terlebih dahulu memastikan semua dalam keadaan bersedia bagi mendokong
semua dasar atau sistem baru yang lebih futuristik.
Sebagai contoh yang terdekat, sudah jelas lagikan bersuluh kegagalan PPSMI dalam
menyarung dan mendokong hasrat perkembangan pendidikan negara hampir sahaja
mematahkan jambatan pendidikan ketahap yang lebih tinggi. Pelbagai kesan negatif yang
muncul dan apa yang paling jelas adalah jurang ketara antara pelajar dan masyarakat luar
bandar dengan bandar. Menurut satu memorandum yang dikarang bersama oleh 11 pertubuhan
pendidikan sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untuk
membuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah, termasuk
amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa 500,000 orang pelajar Melayu akan
keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai bahasa Inggeris; formulaformula "2-4-3" dan "6-2-3-2" bagi SJK(C) bukan sahaja menjejaskan pembelajaran Sains dan
Matematik, bahkan juga bahasa Cina di kalangan murid-murid; Persatuan Pendidikan Tamil
juga meluahkan kebimbangan murid-murid SJK(T) yang kebanyakannya berasal dari keluarga
miskin turut akan menghadapi keciciran kerana ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris,
sekaligus memburukkan keadaan sosio-ekonomi masyarakat India kerana anak-anak sukar
disalurkan ilmu untuk menaikkan taraf hidup masyarakat mereka.
Memorandum

11

pertubuhan

tersebut

turut

menyentuh

satu

laporan

kajian UNESCO yang turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di
peringkat sekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan
resolusi pendidikan yang diluluskan oleh UNESCO (1951:691) yang berbunyi:

Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan


selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting
supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai
bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan
bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di
sekolah.

10

Selain itu, memorandum juga merujuk laporan bertajuk Education for All: Policy Lessons
From High-Achieving Countries ditulis oleh Santosh Mehrotra pada tahun 1998. Mehrotra
menegaskan kepentingan mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa perantara dalam
buku yang dikarangnya bersama Enrique Delamonica bertajuk Eliminating Human Poverty:
Macroeconomic & Social Policies for Equitable Growth yang mencatatkan pemerhatian
terhadap persada pendidikan di benua Asia Selatan dan Afrika sub-Sahara, di mana adalah
didapati bahawa jika bahasa perantara bukan bahasa ibunda, lebih-lebih lagi jika ibu bapa
pelajar itu buta huruf, maka bertambah buruklah masalah belajar dalam persekitaran yang
dikelilingi kemiskinan, diiringi kemungkinan keciciran bertambah. Bill Templer, seorang
pensyarah kanan yang melawat di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, berhujah dalam satu
surat kepada akhbar, bahawa dasar ini berat sebelah kepada anak-anak keluarga bandar yang
berpendapatan tinggi, sambil meluaskan lagi jurang antara yang kaya dan miskin, baik di
bandar mahupun di luar bandar, malahan boleh juga menjejaskan pemahaman konsep sains
dan matematik kepada murid-murid biasa kerana mereka tidak mempelajarinya dalam bahasa
ibunda mereka. Jelaslah di sini bahawa Dasar MBMMBI yang diketengahkan dalam arus
tranformasi pendidikan akan dapat membuka ruang kepada alaf baru alam pendidikan, melalui
pengembangan bakat yang sedia ada kepada perkembangan pendidikan secara holistik. Hanya
apa yang kita perlu ingat bahawa kejayaan itu tidak akan datang bergolek.

Usaha dan

kerajinan adalah kunci utama bagi merealisasikan apa yang kita inginkan. Kesatupaduan,
kekuatan mental dan keagungan sesuatu tamadun, hanya akan kekal melalui pendidikan yang
mampu merentas kurikulum dan arus semasa. Bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ
langit dijunjung.

RUJUKAN
1. Asmah Haji Omar.1979, Language Plaining for Unity and efficiency. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaysia.
2. Datu Dr Haji Julaihi Haji Bujang. Pengarah Pelajaran Sarawak. Usaha-usaha Memantapkan
Bahasa Inggeris Dalam Bidang Kurikulum dan Kokurikulum Sekolah ( The Kenyalang Way)

11

3. Dr Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah. Memartabatkan Bahasa Melayu di


Sekolah: isu,pendekatan, dan cadangan.
4. Prof. Dato Dr Sidek Baba. Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan
Intelektual. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
5. Surat Pekeliling Ikhtisas BIL.2/2010: Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia
dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Anda mungkin juga menyukai