Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan

Faktor perpaduan rakyat di Malaysia

Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota


masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan
kebangsaan dalam kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan antara aspek
yang penting dalam membentuk perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh beberapa
kaum dan etnik yang bersifat majmuk yang membawa kepada wujudnya jurang
perpisahan .
Pada zaman pemerintahan British di negara ini , mereka mengamalkan dasar pecah
dan perintah terutama membiarkan penduduk
negara ini mengamalkan kegiatan
ekonomi masing-masing mengikut komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di
kampung yang terlibat dalam bidang pertanian dan penanaman padi serta menangkap
ikan manakala tenaga buruh di ladang diambil dari negara India dan di kawasan
lombong bijih timah tenaga imigran dari China diambil. Kesannya jurang perpaduan mula
timbul disebabkan kegiatan ekonomi yang diusahakan di samping tempat tinggal yang
berbeza . Keadaan ini mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India
bersama-sama dalam satu lokaliti.Kesan jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya
jurang pemisahan antara kaum.
Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941-1945
juga tak kurang mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan integrasi kaum di
negara ini. Pihak Jepun pula mengamalkan dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata
mengeruhkan lagi keadaan semasa dengan menyebabkan timbulnya perasaan benci dan
prasangka buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina bertindak
mengambil kesempatan utuk membalas dendam dengan menganggotai Bintang Tiga
atau lebih dikenali sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) dalam tempoh masa Jepun
menyerah kalah dan sebelum kedatangan kembali pihak British. Ketika inilah berlakunya
keganasan 14 hari seperti membunuh, menculik, membakar masjid dan bangunan
sebagai cara membalas dendam . Keadaan ini menyebabkan berlakunya persengketaan
kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Lebih memburukkan lagi keadaan adalah
apabila kebanyakan orang Cina terlibat dalam pergerakan PKM manakala orang Melayu
kebanyakannya merupakan anggota pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada
1948-1960.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCAMIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya
membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai
satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam
Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66
kerusi pada tahun 1969. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan
Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan
Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi. Pihak pembangkang yang memperoleh
pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11
Mei 1969 dengan mengadakan perarakan. Pihak pembangkang yang sebahagian besar
darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang,
mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di
Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan
melalui kawasan Melayu Kampung Baru. Sesetengah penunjuk perasaan membawa
penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari
Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal
Perikatan . Orang Melayu memandang perisitiwa ini sebagai kaduk naik junjung.
Natijahnya berlaku kemarahan yang meluap-luap dalam kalangan orang Melayu sehingga
menumpahkan darah .Maka berlakulah kejadian yang dinamakan Tragedi 13 Mei 1969.
Kepanasan isu ini cepat menular sehingga ke seluruh negara dalam masa yang begitu
singkat sahaja.

Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan agama dan
soal hak kerakyatan dan beberapa isu sensitif lain yang mampu menjejaskan perpaduan
kaum di negara ini . Ianya dibawa dan dimainkan oleh beberapa badan bukan kerajaan
yang cuba mendapatkan nama dalam usaha mendapatkan sokongan berterusan
sehingga ke tarikh pilihanraya akan datang. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa
diselesaikan atau dirungkai terlebih awal hal ini mampu merobek perpaduan kaum sedia
ada pada masa sekarang.
Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum.
Faktor pengukuhan perpaduan kaum di Malaysia adalah sejarah atau peristiwa 13
Mei 1996. Seperti sedia maklum, peristiwa 13 Mei adalah sejarah hitam terhadap
kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Mengenang peristiwa 13 Mei adalah punca
utama kepada pengukuhan kaum agar peristiwa berdarah tersebut tidak berulang lagi.
Selain itu, konsep program 1Malaysia yang diperkenal oleh Perdana Menteri
Malaysia Dato Seri Najib Razak merupakan salah satu faktor pengukuhan perpaduan di
negara ini. Intipati gagasan ini adalah idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian
etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati
dan bersikap menerima di antara satu sama lain.
Di samping itu, sikap saling menghormati antara satu sama yang lain merupakan
faktor pengukuhan perpaduan kaum. Setiap individu haruslah mempunyai sikap
menghormati dan bertoleransi terhadap bangsa dan agama yang lain. Contohnya, tidak
menghina atau mencaci agama yang dianuti oleh bangsa lain.
Program rumah terbuka juga dapat mengeratkan lagi perpaduan kaum di
Malaysia. Disetiap musim perayaan, terdapat program rumah terbuka yang dianjurkan
oleh kerajaan. Tujuan utama adalah untuk mendalami nilai budaya kaum-kaum yang
terdapat di Malaysia.
Pengaruh media massa juga adalah salah satu faktor pengukuhan perpaduan
kaum. Media massa seperti televisyen, majalah, internet dan akhbar memainkan peranan
penting dalam pengukuhan perpaduan kaum. Contohnya adalah menyiarkan rencana,
dokumentari dan drama khas untuk menyemaikan nilai perpaduan antara kaum.

Rumusan
Kita seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika
semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota.
Sikap bertolak-ansur, hormat-menghormati antara kaum harus sentiasa berada di dalam
jiwa nyawa setiap kaum demi memupuk persefahaman yang kukuh. Isu-isu sensitif yang
boleh menjejaskan perpaduan harus disingkirkan. Penekanan berterusan harus diberi
kepada pengecilan jurang ekonomi di bandar mahupun di luar bandar, pendapat politik
yang sepakat serta pembentukan masyarakat sehaluan.

Sumber Rujukan (Sejarah)


Orang Sumber

1. Nor Azliza Bte Abu Bakar, 35 tahun, No. 29, Jalan PRI 8, Tmn Paya Rumput Indah,
76450 Melaka.
2. Lom Kue Lion, 52 tahun, No 21, Jalan PRI 7, Tmn Paya Rumput Indah, 76450 Melaka.
Internet
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
2. http://brainly.my/tugasan/7075

Sumber Rujukan (Geografi)


Buku
1. Chang See Leong, Choo Yan Tong, Fadhilah binti Muhamad, Quek Yoke Hua, 2011.
Sains Tingkatan 1. Karangkraf Network Sdn Bhd.
2. Hasrina Roslani, TanSiew Fah, 2015. Revisi Poket PT3 Sains Bilingual. Ilmu Bakti Sdn
Bhd.
Internet
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara
Television
1. September 25, 2015 13:05 (MYT) Durasi : 2 min, 43 saat.
Tajuk : Perkembangan Jerebu Di Malaysia.

Orang Sumber
1. Fauzan Bin Saleh, 30 tahun, No 14 Jalan PRI 3, Tmn Paya Rumput Indah, 76450 Melaka

Anda mungkin juga menyukai