Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENUTUP
MAJLIS TILAWAH ALQURAN
PERINGKAT ZON SEMENYIH
9 MAC 2015

TINDAKAN
ZAHIDAH

ZAHIDAH

ZAHIDAH

ZAHIDAH

TEKS
PARA TETAMU MENGAMBIL TEMPAT
MAKLUMAN AWAL
Para hadirin sekalian. Makluman kepada semua peserta Majlis
Tilawah Al-Quran. Sekiranya diumumkan sebagai pemenang,
untuk mengambil hadiah di atas pentas, sila gunakan tangga sebelah
kanan pentas dan turun di sebelah kiri . Manakala untuk Johan,
mohon ada seorang pengiring yang ikut bersama pemenang
naik ke atas pentas membantu membawa piala yang akan
disampaikan.
Para hadirin sekalian. Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita
diminta para hadirin dapat mengambil tempat masing-masing. Majlis
memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta
hadirin agar dapat mematikan telefon bimbit atau tukarkan ke
senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak mengganggu
kelancaran majlis. Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima
kasih.
SETELAH DIBERI ISYARAT
UCAPAN PENGUMUMAN
Diumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Hj Johan bin Abd Aziz
dan dif-dif jemputan.
PERARAKAN MASUK PERASMI & VIP
SETELAH PERASMI DAN VIP DUDUK
Hadirin dipersilakan duduk.
BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum wbk,
Alhamdulillahirabbilalamain, Wasalatuwassala Ala asyrafil
Anbiayaul Wamursalin Waala alihi wasahbihi ajmain.
Rabbisrahli Sadri Amri Waala Ukhdatulminlisani YafkahuQauli,
Yang Berhormat Datuk Hj Johan bin Abd Aziz, DMSM,AMS, JP,Ahli
Dewan Undangan Negeri Kaw Semenyih,
Yang Berusaha Puan Sadiah binti Ahmad, Guru Besar Sek Keb
Semenyih, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tilawah Al-Quran
Peringkat Zon Semenyih 2015M/1436H ,
Yang Berusaha Guru Besar-Guru Besar sekolah-sekolah Zon
Semenyih,
Barisan Guru Penolong Kanan Sek Kebangsaan Semenyih,
Guru-guru Pengiring, Para peserta dan seterusnya para hadirin
muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismilah pembuka kata.
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa
kesyukuran kehadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana
dengan limpah dan izinNya jua, dapat kita dipertemukan dalam
Majlis Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat zon Semenyih
bagi Tahun 2015M bersamaan 1436h pada hari ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran Yang
Berhormat Datuk Hj Johan Bin Abd Aziz yang sudi hadir merasmikan
Majlis Penutup Majlis Tilawah Al- Quran sekolah-sekolah Zon
Semenyih ini.
BI
BA
ZAHIDAH

BI
BA
ZAHIDAH

Dengan tema kali ini iaitu Al-Quran Pemangkin Modal Insan


Cemerlang, semoga majlis seperti ini akan dapat menyemai rasa
kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya
mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan
petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang di dunia
dan akhirat. Semenjak pagi tadi sebanyak ___________acara telah
dipertandingkan iaitu acara
_______________________________________________________________________
yang melibatkan seramai _______ orang peserta mewakili setiap
sekolah dalam semenyih.
Al-Quran diturun sebagai penyuluh,
dikurnia pahala dan juga rahmat,
Angkat doa jari sepuluh,
Doa minta biar selamat.
Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis, dipersilakan
__________________________ untuk memimpin bacaan doa.

BI
BA
ZAHIDAH
ZAHIDAH

Dipersilakan...
BACAAN DOA
Majlis mengucapkan terima kasih kepada
______________________________ atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dimuliakan, majlis diteruskan lagi dengan
mempersilakan Yang Berusaha Puan Sadiah binti Ahmad,GB Sekolah
Kebangsaan Semenyih MerangkapPengerusi Jawatankuasa Pelaksana
Majlis Tilawah Al-Quran Sekolah-sekolah Zon Semenyih 2015M/1436H
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

BI
BA
ZAHIDAH
ZAHIDAH

BI
BA
ZAHIDAH

Dengan segala hormatnya puan dipersilakan..


UCAPAN BESAR
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Puan Sadiah binti
Ahmad Guru Besar SK Semenyih atas ucapan aluan itu tadi. Kini
menyusul pula ucapan perasmian penutup. Untuk itu, majlis dengan
segala hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berhormat Datuk
Hj Johan bin Abd Aziz ADUN Semenyuh untuk menyampaikan ucapan
& perasmian penutup Majlis Tilawh Al-Quran Sekolah-sekolah
Peringkat Zon Semenyih.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan YB Datuk.


UCAPAN YB JOHAN

ZAHIDAH

BI
BA
ZAHIDAH

Terima kasih majlis ucapkan kepada YB Datuk Hj Johan Radzi atas


ucapan yang disampaikan sebentartadi. Hadirin yang dihormati
sekalian, kini sampailah masanya untuk kita mengetahui keputusan
pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Semenyih.
Tetapi sebelum itu, mari kita samasama kita saksikan satu
persembahan menarik yang akan dipersembahkan oleh
_____________________. Persembahan ini
______________________________________________________________
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Seterusnya, sebelum kita mengetahui keputusan marilah sama-sama


kita ikuti ulasan Pengerusi Jemaah Hakim Majlis Tilawah Al Quran kali
ini mengenai pertandingan2 yang telah dijalankan. Untuk itu majlis
mempersilakan
________________________________________________________
ULASAN PENGERUSI JEMAAH HAKIM

ZAHIDAH

BI
BA
ZAHIDAH

Terima kasih diucapkan. Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu


pengumuman keputusan pertandingan dan penyampaian hadiah dan
cenderamata. Bagi menyempurnakan majlis ini, dijemput YB Datuk
Johan bin Abd Aziz dengan diringi oleh Puan Sadiah binti Ahmad untuk
menyampaikan cenderamata dan hadiah kepada para pemenang.

Dipersilakan...

PERASMI & PPD NAIK KE ATAS PENTAS


ZAHIDAH

BI
BA
ZAHIDAH

Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderamata kepada para


hakim yg telah mengadili peserta2 dengan penuh adil dan saksama.
Mendahului senarai dijemput
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

Dipersilakan..Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada


sekolah-sekolah yang mengambil bahagian. Untuk itu dipersilakan
wkil-wkil sekolah untuk menerima sijil penyertaan.
Dimulai dengan sekolah
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
Tua-puan sekalian.Kini sampailah saat yang ditunggu-tunggu,
pengumuman keputusanpertandingan dan penyampaian hadiah
kepada para pemenang.Keputusan telah berada di tangan kami.
UMUMKAN PEMENANG
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG

ZAHIDAH

ZAHIDAH

BI
BA
ZAHIDAH

Tahniah diucapkan kepada para pemenang Majlis Tadarus Al-Quran


Sekolah-sekolah Peringkat Zon Semenyih 2015/1436Hkali ini.Dan
terima kasih kepada YB Datuk kerana sudi
menyampaikancenderamata dan hadiah kepada para
pemenang.Sebagai penghargaan pihak majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha Puan Sadiah binti Ahmad untuk menyampaikan
cenderamata kepada YB Datuk Johan bin Abd Aziz.
PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PENGARAH
Terima kasih sekali lagi YB Datuk dan terima kasih juga kepada Puan
Sadiah kerana sudimenyampaikan cenderamata sebentar tadi.Acara
penutup tengahari ini ialah __________________________________,Majlis
Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Zon Semenyih . Majlis dengan
segala hormatnyamempersilakan ------------------------------------------Bunga melur bunga kenanga
Cantik disusun penyeri anjung
Al-Quran bagaikan intan permata
Al-Quran dijunjung umat disanjung

Bunga mawar cantik berseri


Mekar disirami si embun pagi
Tadarus Al-Quran mengundur diri S
emoga tahun hadapan berjumpa lagi.
Alhamdulillah.. Dengan persembahan ________________________
sebentar tadi maka Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah
Zon Semenyih pada kali ini sampai ke penghujungnya.
Sekalung budi penghargaan terima kasih pihak majlis kalungkan
kepada YB Datuk Johan bin Abd Aziz kerana sudi hadir ke majlis pada
hari ini. Terima kasih juga kepada semua dif-dif jemputan, pegawaipegawai
Guru-guru
serta
para peserta
mengambil bahagian, JawatankuasaPengelola dan seluruh pihak yang
telah
menjayakan
Majlis
Tadarus
Al-QuranSekolah-sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Perak2009M/1430H
ini.
BI
BA
ZAHIDAH

Seterusnya.. Dijemput kepada YB Datuk________________dengan diiringi


oleh __________________________ dan dif-dif jemputan ke jamuan makan
tengahari.
Kalau ada kepuk di ladang,
juga tumpang mandi;
Allah umur panjang,
kita jumpa lagi.
Selamat pulang ke destinasi masing-masing. Semoga tiba dengan
selamat.

BI
BA
ZAHIDAH

Akhir kalam, marilah kita tutup majlis ini dengan sama-sama


membaca SurahAl-Asr.Sekian.WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH
WASSALAMUALAIKUM W.RT.

Anda mungkin juga menyukai