Anda di halaman 1dari 8

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik kerana memberi peluang
kepada saya menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti
perpustakaan dan internet bagi memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang
berkaitan dengan tajuk tugasan saya.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Musatafa yang telah banyak
memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya dari awal lagi sejak
tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya
juga ingin mengucapkan terima kasih kepada encik kerana memberi kepercayaan kepada
saya dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan
dorongan serta wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan
dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan sempurna
seperti rakan-rakan yang lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan juga
bertukar-tukar idea dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat menambahkan
ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu, harapan saya agar tugasan ini dapat
memberi manfaat kepada diri saya sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita
sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan maklumat
bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah dalam kepada masyarakat setempat
khususnya.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun.
Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

TUGASAN 2: PENULISAN ESEI


PENGENALAN MASALAH KECICIRAN
Menurut kajian kes Droppingout of school in Malaysia: What we know and what
needs to be done oleh IDEAS (Institute of Democracy and Economic Affairs) pada 2013
menyatakan bahawa ribuan murid menghadapai masalah keciciran sebelum mereka sempat
untuk melangkah ke peringkat sekolah menengah. Pengertian keciciran bermaksud
ketinggalan dalam proses pendidikan yang disebabkan pelbagai aspek. Untuk pengetahuan
anda terdapat 2 jenis keciciran iaitu keciciran sengaja dan keciciran terpaksa. Keciciran
sengaja disebabkan oleh faktor sosio ekonomi, rangsangan dan sikap. Contohnya, pelajar
boleh pergi ke sekolah tetapi pelajar tersebut memilih untuk tidak menghadiri sekolah.
Manakala keciciran terpaksa pula disebabkan kengagalan dalam peperiksaan atau
disebabkan masalah kewangan keluarga. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di bandar
tetapi juga di luar bandar. Menurut kajian, 40% pelajar sekolah di Malaysia mengalami
keciciran. Manakala 35% pelajar sekolah yang berada di antara Tingkatan Satu hingga
Tingkatan Tiga, tercicir dalam persekolahan (Murad Mohd Noor, 1973).

MASALAH KECICIRAN MENJEJASKAN PENCAPAIAN ASPIRASI PENDIDKAN


NEGARA
Antara sebab-sebab berlakunya gejala keciciran di Malaysia ialah disebabkan oleh
masalah peribadi pelajar itu sendiri. Pelajar berkenaan tidak minat atau bosan belajar dan
bersekolah, mental pelajar tidak menganggap pelajaran itu penting dan pelajar putus asa
hendak ke sekolah. Seterusnya, fenomena keciciran ini juga berlaku disebabkan oleh
masalah pengaruh kawan. Pengaruh kawan menyebabkan pelajar malas ke sekolah kerana
terjebak dengan pelbagai masalah sosial seperti penagihan dadah, mat rempit dan
sebagainya dan akhirnya menyebabkan keciciran dalam pelajaran. Di samping itu, cara atau
gaya guru menyampaikan pengajaran juga memain peranan dalam fenomena ini.
Pengajaran guru yang tidak mempunyai teknik serta membosankan juga boleh menjurus
kepada kebosanan dan kemalasan pelajar ke sekolah. Akhir sekali, pelajar juga akan
mngalami keciciran disebab oleh faktor persekitaran pelajar itu sendiri. Budaya pengaruh
masyarakat sekitar pelajar juga menggalakkan masalah keciciran terjadi seperti contoh
masyarakat membiarkan sahaja para pelajar yang ponteng sekolah terlibat dengan gejalagejala negatif kerana tiada budaya yang kuat dalam masyarakat secara lebih menyeluruh
untuk membendung gejala ini.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia berhasrat untuk mencapai lima
keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti,
perpaduan, dan kecekapan. Cita-cita Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ini akan
berhadapan dengan ujian yang sukar disebabkan oleh fenomena keciciran yang makin
serius di Malaysia ini. Kanak-kanak Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang
pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Jika kebanyakan
pelajar mempunyai sikap-sikap yang tidak mahu untuk belajar, kanak-kanak tersebut tidak
akan mendapat kesamarataan peluang pendidkan dan tidak akan mencapai potensi yang
mereka perolehi.
Selain itu, semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang
berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem
pendidikan antarabangsa. Berdasarkan kenyataan ini, kementerian berharap agar Malaysia
dapat bersaing dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa
2

mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS
dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Perkara ini tidak akan terjadi
jikalau para murid tidak dapat menghadiri kelas disebabkan oleh masalah-masalah keciciran
tersebut
Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid
bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga
50% menjelang 2020. Berdasarkan pemerhatian saya, kes keciciran lebih kerap berlaku di
kawasan luar bandar. Jadi, hasrat kementerian untuk merapatkan jurang antara bandar dan
luar bandar akan mengalami sedikit masalah jikalau murid-murid yang bermasalah ini tidak
dikauselingkan.
Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang
kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan
lagi asas perpaduan rakyat Malaysia. Pelajar sekarang tidak mendapat didikan yang
sepatutnya kerana tidak menghadiri kelas dan perpaduan rakyat tidak mungkin akan
dikecapi kerana para murid pada masa sekarang tidak mempunyai tingkah laku yang
diharapkan oleh kementerian disebabkan oleh masalah keciciran ini.
Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun
peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan
ke dalam sistem. Merujuk perkara ini, sudah terang lagi bersuluh perkara ini berpunca
daripada fenomena keciciran yang sedang meningkat.

INISIATIF UNTUK TANGANI MASALAH KECICIRAN


Sebanyak 14 inisiatif yang menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan dalam
pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, menampakkan
hasil positif. Inisiatif yang menjadi keutamaan itu membabitkan penyediaan infrastruktur
asas di semua sekolah, mengoptimumkan pengurusan kewangan untuk keberhasilan
program, pelaksanaan piagam guru dan Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi (KBAT). Yang lain
ialah peningkatan pencapaian Jawatankuasa Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains
Antarabangsa (TIMSS) serta Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) dan
peningkatan prestasi literasi bahasa Inggeris (LINUS 2.0), program transformasi daerah dan
peningkatan enrolmen serta kualiti prasekolah. Turut dilaksanakan ialah perluasan
pembabitan ibu bapa serta komuniti dalam ekosistem sekolah, pengukuhan fungsi teras
organisasi dan penstrukturan semula Kementerian Pendidikan, peningkatan penyertaan
dalam vokasional, penyediaan 1BestariNet serta perisian ke sekolah, penguasaan bahasa
Inggeris untuk guru dan pelaksanaan piagam pemimpin sekolah.
Inisiatif Transformasi Pendidikan Vokasional merupakan salah satu usaha untuk
meningkatkan pencapaian akses seiring dengan aspirasi sistem di dalam PPPM. Inisiatif ini
jelas menunjukkan impak positif untuk membendung masalah keciciran yang menjadi topik
hangat sekarang. Dr Khair berkata, KPM kini sudah mencapai sasaran 5.17 peratus atau
22,079 murid lepasan Tingkatan Tiga didaftarkan mengikuti pendidikan vokasional,
meningkat daripada 4.7 peratus atau 20, 289 pada tahun 2013. Pendidikan vokasional suatu
ketika dulu dianggap sebagai pendidikan kelas dua dan hanya diceburi oleh murid yang
tidak berminat untuk belajar dalam aliran akademik. Kini, melalui Transformasi Pendidikan
Vokasional, murid yang menyertai aliran vokasional dipersiapkan dengan kelayakan dan
kemahiran yang diiktiraf oleh industri supaya diterima dalam pasaran kerja serta mampu
menjadi usahawan yang berdaya saing pada masa hadapan.
3

Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri,


Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalam
sistem pendidikan negara. Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat
diploma secara jalan pintas melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga.
Jadi para murid yang tidak suka untuk belajar dalam bidang akademik di sekolah menengah
boleh mula didedahkan kepada asas mata pelajaran vokasional dan boleh memilih jurusan
kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa berada di tingkatan satu. Transformasi
pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013 nanti memberi penekanan kepada
amalan industri atau amali teknikal dan akan mengurangkan komposisi akademik. Oleh
sebab itu masalah pelajar tidak minat untuk belajar akademik dan tidak mampu untuk
meneruskan pengajian di peringkat sekolah menengah akan dapat dibendung. Pada tahun
2013, peratus murid ditingkatkan kepada 20 peratus melalui kerjasama serta pelibatan pihak
swasta dalam menyediakan kemudahan pendidikan tersebut.
Mengapakah perlu dilakukan transformasi pendidikan vokasional ini? Perubahan ini
diperlukan tidak lain tidak bukan untuk menyediakan tenaga kerja terlatih yang
berkemahiran bagi memenuhi keperluan negara untuk memasuki pasaran pekerjaan.
Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan amali
sejak dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan mudah
dalam alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah mengikuti
latihan amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini. Berdasarkan kenyataan
ini, murid yang ketinggalan dalam pelajaran akademik tidak semestinya tercicir dan tidak
akan berjaya, kerajaan telahpun berjaya membuat inisiatif bagi murid-murid yang mengalami
masalah ini. Memartabatkan aliran pendidikan ini juga ada kaitan dengan usaha membantu
kerajaan bagi menyediakan peluang pekerjaan. Jika kebaikan pendidikan vokasional ini
didedahkan kepada masyarakat, ibu bapa kanak-kanak besar kemungkinan akan
menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Peningkatan pertambahan penduduk
dan jumlah pelajar yang meninggalkan bangku sekolah lebih daripada setengah juta orang
setiap tahun menyukarkan pihak kerajaan dan swasta menyediakan pekerjaan.
Transformasi pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramai
pelajar cemerlang memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan peluang
pekerjaan yang baik dan pendapatan yang tinggi kepada pelajar maka sudah tentu ibu bapa
turut menggalakkan anak-anak mereka mengambil peluang untuk mengikuti aliran ini.

RUMUSAN
PPPM 2013-2025 merupakan kesinambungan daripada PIPP kedua-dua pelan ini,
merupakan unjuran pendidikan yang telah ditambahbaik daripada masa ke semasa. Hal ini
merupakan pendidikan adalah suatu perkara yang bukannya statik akan tetapi ia merupakan
perkara yang dinamis iaitu suatu perkara yang bergerak. Pendidik merupakan salah satu
faktor terpenting dalam keberhasilan proses belajar-mengajar. Daripada pendidiklah, anakanak watan mendapatkan media, motivasi, dan pengetahuan yang boleh mereka gunakan
sebagai bekal mengharungi kehidupan. Oleh kerana itu, pendidik hendaklah benar-benar
mengetahui peranan dan sebagai penyampai dalam memberikan proses kependidikan.
KPM telahpun menyatakan hasratnya dalam pelbagai aspek, falsafah dan kurikulum yang
dibangunkan tujuan utamanya ialah untuk membantu meningkatkan keintelektualan para
pelajar di Malaysia.
Dalam PPPM, KPM telah mengadaptasikan program PTV iaitu Pendidikan Teknik
dan Vokasional dan ia juga telahpun diperkasakan dalam proses perlaksanaanya. Dalam
penerangan di atas, telahpun dinyatakan dengan terang dan jelas maksud dan
bagaimanaka PTV ini berfungsi dalam mengelakkan masalah keciciran pelajar berlaku.
Pendekatan PTV yang digunakan oleh KPM telahpun dikaji selaras dengan hasrat Malaysia
melalui RMK yang telahpun diutarakan iaitu untuk menjadi sebuah negara industry. Oleh hal
yang demikian, para pelajar lepasan SPMV iaitu di bwah program PTV akan mendapat
tempat bekerja dalam sektor industri dalam negara dengan lebih mudah kerana mereka
memenuhi aspek-aspek yang dikehendaki oleh pasaran dan permintaan industri terkini. Kita
sedia maklum bahawa pelajar yang kurang berminatlah merupakan pelanggan utama dalam
PTV, disebabkan itu negara secara tidak langsung mengalami kerancakan dalam sektor
industri dalam negara. Selain itu, kita juga tidak memerlukan tenaga mahir daripada negara
luar kerana industri di negara ini telahpun dicukupkan dengan tenaga mahir dalam negara
kita sendiri. Sehasrat dengan itu, kadar pertumbuhan ekonomi dijangka akan meningkat
kerana pengaliran wang Ringgit Malaysia kebanykannya akan berlaku dalam negara tanpa
perlu mengalir keluar kerana tenaga mahir terdiri daripada tenaga tempatan dan tidak perlu
diimport lagi.

REFLEKSI
Saya bersyukur pada Tuhan kerana di atas limpah kurniaNya saya telah berjaya
menyiapkan tugasan untuk subjek Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Pertama sekali,
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya, Sharifah Rafidah Binti Syed
Idris dan kepada bapa saya, Ahmad Marzuki Bin Tabligh kerana telah memberikan
sokongan moral dan semangat selama saya membuat kerja kursus ini. Penghargaan juga
ingin saya tujukan kepada pensyarah saya Encik Mustaffar Bin Abd Majid yang telah
memberikan bimbingan yang mantap lagi berkaliber sepanjang proses penghasilan kerja
kursus ini. Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga rakanrakan sekelas saya yang banyak membantu dan juga banyak memberi nasihat mengenai
rubrik kerja kursus.
Tugasan yang perlu saya selesaikan secara individu ialah tentang model pembinaan
kurikulum dan tentang masalah keciciran pendidikan di Malaysia. Objektif bagi projek yang
dijalankan ini ialah untuk mengetahui atau mempelajari tentang isi model pembinaan
kurikulum dan mengkaji tentang masalah keciciran pendidikan di negara dan inisiatif yang
dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tempoh masa yang diberi untuk menyempurnakan kerja kursus ini ialah lebih kurang
empat minggu. Saya telah menggunakan tempoh satu minggu yang pertama untuk
menganalisi model pembinaan kurikulum dengan menggunakan Thinking Maps yang
sesuai. Terdapat kesulitan untuk mencari maklumat mengenai model pembinaan kurikulum
kerana sukar untuk mendapatkan bahan rujukan buku yang berkaitan. Saya terpaksa
membuat banyak carian sumber internet dalam mencari maklumat mengenai teori serta
model pembeniaan kurikulum.
Dalam menghasilkan tugasan 1 iaitu pembentangan, saya dapat belajar membina
beberapa peta pemikiran yang sesuai bagi isi yang telah saya bincangkan. Saya
dikehendaki untuk membuat pembentangan tentang model pembinaan kurikulum dan carta
alir pembentukan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Semasa proses
menganalisa model pembinaan kurikulum saya perlu membaca dan memahami dengan
sebaiknya semua teori dan model pembinaan kurikulum iaitu model kurikulum Tyler, Taba
dan Stenhouse.
Setelah mengkaji semua teori-teori dan model pembinaan kurikulum tersebut, saya
dapat membanding beza teori setiap tokoh-tokoh tersebut. Seterusnya saya juga dapat
menyenaraikan carta alir pembentukan KSSR. Jelas sekali model pembinaan kurikulum dan
elemen falsafah pendidikan kebangsaan amat penting bagi aspirasi pendidikan Negara.
Manakala bagi tugasan 2 pula saya telah diberi tugas untuk membuat esei
berkenaan masalah keciciran pendidikan di Malaysia. Dalam melaksanakan tugasan 2 ini
saya dapat mengenal pasti dan mengetahui sebab berlakunya masalah ini. Contoh sebab
berlakunya fenomena ini telah saya lampirkan di dalam esei saya iaitu disebabkan sikap
peribadi pelajar itu sendiri, masalah pengaruh kawan, cara atau gaya guru menyampaikan
P&P dan factor persekitaran yang mempengaruh pelajar berkenaan.
Sebagai seorang bakal guru, saya perlu mengetahui tentang fenomena ini bagi
menolong para murid yang menghadapai masalah keciciran ini dan memperbaiki teknik
menyampaikan P&P dengan berkesan agar setiap pengajaran benar-benar dirancang dan
dapat membawa faedah kepada para pelajar. Jika perkara ini dipandang sebelah mata,
masalah keciciran ini akan terus meningkat dan akan menjejaskan pencapaian aspirasi
pendidikan di negara kita. Tugasan yang diberikan ini mendekatkan diri saya dengan
6

kesedaran moral terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Semasa
proses pelaksanaan tugasan ini, saya dapati masalah keciciran di negara kita agak serius
dan perlu dibendung dengan segera.
Jadi saya juga telah menyenaraikan inisiatif yang telah dilaksana oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dan saya telah memilih satu inisiatif daripada 14 inisiatif tersebut untuk
dikupas dengan lebih mendalam dan saya telah bincangkan bagaimana inisiatif tersebut
dapat membantu untuk tangani masalah keciciran ini.
Akhir sekali, terdapat pelbagai impak positif yang saya dapat sepanjang menyiapkan
tugasan ini. Masalah-masalah yang timbul hanyalah sekadar ujian mahupun dugaan yang
harus ditempuh oleh setiap manusia yang bergelar pelajar. Guru yang berwawasan mestilah
bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai
fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu
menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.
Sekian, terima kasih

RUJUKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2014, oktober, 29). Teks ucapan. Portal
Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Retrieved April 1, 2015, from
http://moe.gov.my/v/teks-ucapan-view?id=4474&

Dropping out of school in Malaysia: What we know and what needs to be done.
Retrived from
http://ideas.org.my/wp-content/uploads/2014/08/PolicyNo14-4-1.pdf

http://www.bharian.com.my/node/16649

http://lohanranau.blogspot.com/2011/06/punca-punca-keciciran-pelajar_09.html

Anda mungkin juga menyukai