Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN
Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan golongan pelajar yang dikategorikan
mempunyai keperluan pembelajaran yang khusus, juga memperlihatkan kelebihan
intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka (Ng & Sandiyao, 2005).
Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan
ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih
awal (Atan Long, 1980). Slavin (1997) pula berpendapat perkembangan adalah
berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar,
menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaran masa. Beliau
berpendapat

individu

akan

mengalami

perkembangan

sepanjang

hayat

iaitu

perkembangan dari segi fizikal, personaliti, sosioemosi dan kognitif serta bahasa.
Kajian awal tentang pintar cerdas dimulakan sekitar tahun 1920-an dan 1930-an
dan melibatkan kajian berkaitan dengan baka, kanak-kanak separa normal dan juga
pembangunan peralatan yang digunakan untuk menguji tahap kanak-kanak pintar
cerdas dan juga mewujudkan kesedaran bahawa sekolah-sekolah biasa tidak dapat
memenuhi keperluan semua kanak-kanak. Lewis Terman dan Leta Hollingworth
merupakan antara pengkaji awal yang mengambil inisiatif menjalankan kajian awal dan
aktiviti awal yang pertama kali dihasilkan dan diterbitkan secara besar-besaran
berkenaan dengan kajian ke atas kanak-kanak pintar cerdas.
Bidang kajian bagi pendidikan pintar cerdas semakin berkembang apabila
keperluan bagi sesebuah negara berubah, terutamanya selepas pelancaran Spuntik
pada lewat 1950-an oleh Soviet Union. Usaha berterusan diadakan oleh kerajaan
Amerika pada awal tahun 1970-an menjadikan sekolah bagi kanak-kanak pintar cerdas
sebagai tumpuan dan secara tidak langsung, definisi pintar cerdas semakin
berkembang dengan adanya pelbagai program disediakan untuk murid-murid pintar
cerdas.

PROGRAM
PENDORONG
KEJAYAAN
PELAJAR PINTAR
CERDAS
3

2.0 PROGRAM PENDORONG KEJAYAAN PELAJAR PINTAR CERDAS


Kanak-kanak pintar cerdas adalah sumber semula jadi negara. Mereka mempunyai
keperluan khas yang berlainan daripada pelajar-pelajar sederhana atau kanak-kanak
istimewa. Kajian ke atas profil pelajar-pelajar pintar cerdas menunjukkan bahawa
terdapat seorang pelajar pintar cerdas bagi setiap 10,000 orang kanak-kanak (Tidwell,
1980). Malaysia mempunyai seramai 3.5 juta pelajar-pelajar dari umur sembilan hingga
15 tahun. Ini menjadikan bilangan pelajar pintar cerdas di Malaysia seramai 350,000
orang. Pelajar-pelajar pintar cerdas juga terdapat dalam kalangan pelajar-pelajar khas
seperti masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah fizikal, masalah
pembelajaran, masalah emosi dan tingkah laku serta dalam kalangan pelajar
pemulihan.

Mereka

dikategorikan

golongan

keistimewaan

pelbagai

(multiple

exceptionalities). Kanak-kanak pintar cerdas adalah aset negara yang perlu dicari,
digilap dan ditonjolkan demi mencapai cita-cita negara. Ibu bapa dan guru-guru
berperanan untuk mempercepatkan dan mendorong kejayaan pendidikan mereka.
Terdapat beberapa program yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa atau guru-guru bagi
mempercepatkan dan mendorong kejayaan pendidikan mereka
Antara program yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan guru-guru untuk
mempercepatkan dan mendorong kejayaan pendidikan pelajar pintar cerdas ialah
program perantis. Program perantis (pelatih) mula diperkenalkan sejak tahun 1978 lagi.
Apprentice bermaksud terikat atau ditempatkan bersama majikan, mereka yang pakar
4

atau mahir dalam sesuatu bidang supaya mendapat bimbingan secara terus. Pelajar
pintar cerdas akan bertemu dan bekerja bersama golongan profesional yang berkongsi
pengalaman mereka, kepakaran, kegiatan yang mereka lakukan serta semangat
profesionalisme yang berkobar-kobar.

Program ini menyediakan latihan hands-on,

kerja-kerja belakang tabir serta memberi peluang kepada kanak-kanak ini membuat
pertalian dengan organisasi dan persekitaran yang dapat membantu mereka jika
mereka meneruskan pembelajaran dalam bidang tersebut. Pelajar pitar cerdas yang
mengikuti program ini dapat membuka mata dan minda mereka terhadap bidang kerja
yang sebenar serta menggalakkan mereka menyelesaikan masalah secara kritis dan
menyedari potensi sebenar tahap intelektual mereka. Sebagai seorang perantis, pelajar
pintar cerdas ini akan bekerja bersama sekumpulan saintis, penyelidik, artis atau
golongan profesional dalam industri, mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan
dalam dunia sebenar, memaksimakan potensi dan daya intelek, menyumbang sesuatu
kepada masyarakat menggunakan anugerah (gifted) yang ada, mempelajari cara
penyelesaian masalah secara kritis yang boleh diguna pakai dalam apa jua bidang
kerjaya, membina kemahiran berpasukan, serta boleh berkongsi minat, keinginan dan
cita-cita bersama pelajar pintar cerdas yang lain.
Program yang kedua yang boleh dilaksanakan bagi mempercepatkan kejayaan
pendidikan pelajar pintar cerdas ialah program teleskop. Telescoping bermaksud
memampatkan kurikulum bagi sesuatu subjek. Sebagai contoh, dalam pengajaran
algebra atau biologi yang biasanya dihabiskan dalam 3 tahun diselesaikan dalam
tempoh 2 tahun. Di samping itu, para pelajar pintar cerdas dan berbakat perlu
mempelajari sesuatu konsep dan isi pembelajaran pada peringkat awal mengikut
susunan dan kesesuaian dalam sesuatu topikyang ingin dipelajari dan mereka
kemungkinan akan mengalami ketinggalan dalam sesetengah topik atau konsep yang
penting. Program ini juga memerlukan pelajar pintar cerdas merancang sendiri
pembelajaran di sekolah menengah agar bersesuaian dengan minat dan kemampuan
pelajar sendiri. Ini memudahkan bagi pelajar pintar cerdas ini untuk memulakan
pembelajaran mereka dengan lebih awal dan konsisten. Program ini juga memerlukan
seorang kaunselor yang khusus kepada pelajar pelajar pintar cerdas dan boleh
5

membantu para pelajar membuat keputusan dan merancang masa depan selepas
mengikuti kursus pelajar memperoleh pengalaman di sekolah tinggi atau universiti.
Selain itu, pelajar pintar cerdas seharusnya dibenarkan untuk melanjutkan
pelajaran ke universiti dengan lebih awal. Kemasukan awal ke universiti atau kolej
merupakan salah satu kaedah dibawah program pemecutan yang dilaksanakan di luar
negara. Kanak-kanak pintar cerdas di Amerika Syarikat biasanya sudah bersedia
memulakan alam persekolahan seawal usia 4 tahun. Pada waktu itu, ada di antara
mereka sudah boleh membaca atau paling tidak sudah bersedia untuk belajar
membaca. Kajian ke atas kanak-kanak yang memasuki prasekolah lebih awal, tidak kira
lelaki atau perempuan, akan menunjukkan keupayaan intelek yang tinggi jika mendapat
sokongan ibu bapa dan guru secara realistik. Feldhusen (1992), menyatakan bahawa
majoriti kanak-kanak yang telah bersedia dan memasuki prasekolah lebih awal dapat
menyesuaikan diri, seterusnya memiliki pencapaian yang seiring atau lebih baik dari
rakan sekelasnya yang lebih berusia. Kajian juga menunjukkan bahawa tiada sebab
untuk membuat kesimpulan tentang pencapaian akademik dan penyesuaian sosial
akan lebih baik apabila kanak-kanak pintar cerdas memasuki alam persekolahan seiring
dengan rakan sebaya mereka. Maksudnya tiada masalah bagi pelajar pintar cerdas
untuk memasuki universiti dengan lebih awal dan bersaing dengan orang yang lebih tua
daripada mereka.
Program yang keempat untuk yang boleh dilaksanakan bagi mempercepatkan
kejayaan pendidikan pelajar pintar cerdas ialah program kreatif. Matlamat utama
program kreatif ialah untuk membimbing pelajar membina skim pengetahuan yang
tinggi dalam bidang yang mereka minati. Pendekatan pembelajaran bagi program ini
lebih bersifat perseorangan dalam mana guru membimbing murid menjalankan projek
individu, kajian kes atau aktiviti dalam kelompok yang kecil. Umumnya, tiga waktu
seminggu digunakan untuk mata pelajaran kreatif. Murid-murid disyorkan oleh guru
untuk mengikuti pelajaran dalam bidang kreatif yang tertentu berdasarkan kebolehan
dan minat mereka. Misalnya, murid-murid darjah lima yang berminat dan berkebolehan
tinggi dalam bidang matematik mungkin diajar beberapa topik matematik darjah enam
6

atau beberapa topik matematik tingkatan satu. Pembinaan ilmu dalam program kreatif
adalah dibuat dengan pembelajaran melalui penglibatan aktif, refleksi, dan abstraksi.
Program yang terakhir yang dapat dilaksanakan bagi mempercepatkan kejayaan
pelajar pintar cerdas ialah program pengkayaan. Istilah pengkayaan merujuk kepada
penyediaan pengalaman belajar yang berbeza daripada oleh guru bilik darjah dalam
kelas biasa tanpa bantuan daripada sumber luar atau guru penasihat. Program
pengkayaan ini menjadi berkesan dalam dan meransangkan hanya apabila guru
menyediakan pembelajaran yang berbeza untuk pelajar pintar dan berbakat dalam
aktiviti yang yang tersusun rapi, yang memerlukan pelajar tersebut menggunakan
kebolehan kognitif pada peringkat tinggi membabitkan isi kandungan yang meluas dan
mendalam, dan memerlukan komunikasi yang mencabar. Program pengkayaan yang
baik memerlukan tenaga, masa, usaha, sumber dan komitmen yang tinggi daripada
guru bilik darjah. Dalam kebanyakan kes, guru bilik darjah perlu mengikuti latihan yang
khusus. Salah satu faktor yang menjadi penghambat bagi program pengkayaan ialah
salah tafsir yang dibuat oleh sesetengah guru yang tidak terlatih terhadap kosep
program pengkayaan. Mereka menyalahtafsirkan program pengkayaan sebagai
pernyediaan aktiviti yang berbeza daripada segi kuantiti, tetapi sama dari segi kualiti,
kepada pelajar pintar cerdas; penglibatan pelajar pintar cerdas sebagai tutor kepada
pelajar-pelajar yang lain; penglibatan pelajar cerdas dalam projek kajian tanpa
bimbingan dan pengawasan yang sewajarnya; atau penyediaan pengalaman yang unik
tetapi tidak secocok dengan dengan rancangan pendidikan yang sepadu, sehingga
aktiviti unik yang dilakukan oleh pelajar pintar cerdas menjadi tidak bermakna. Menurut
Kitano dan Kirby (1986) serta Weiss dan Gallagher (1982), terdapat beberapa kaedah
untuk memperkayakan kurikulum iaitu kajian bebas, peluang untuk menghabiskan
sukatan pelajaran dengan cepat dan mengambil peperiksaan lebih awal, penggunaan
proses pemikiran pada tahap tinggi, program ceramah, program mentor, dan program
guru penasihat.

KESIMPULAN
8

3.0 KESIMPULAN
Seseorang yang mempunyai kemampuan kognitif yang tinggi tidak sentiasa pada setiap
ketika boleh dianggap pintar cerdas. Menurut Gagne (1995) dan Piirto (1999),
seseorang itu dianggap pintar cerdas sekiranya dia bukan sahaja memiliki kemampuan
kognitif yang tinggi bahkan boleh menggunakan kemampuan tersebut dengan baik.
Lantaran itu, individu terbabit tidak akan mempamerkan sifat pintar cerdasnya sekiranya
persekitarannya tidak menyokong penggunaan kemampuan semula jadi yang ada pada
dirinya. Sokongan yang dimaksudkan boleh diberi menerusi pelbagai pendekatan
pembelajaran yang boleh dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa. Secara holistik,
kestabilan personaliti, emosi, kognitif dan tingkah laku pelajar pintar cerdas adalah
penting bagi menjamin kesinambungan sesuatu program pendidikan. Pelajar ini perlu
dibimbing dalam segala aspek agar sikap dan tingkah laku negatif cenderung
menimbulkan masalah di sekolah. Mereka akan mudah merasa bosan, malas, tidak
memberi kerjasama, sukar untuk fokus dan menunjuk-nunjuk kebolehan. Justeru, satu
program atau kurikulum khas perlu diadakan khas untuk pelajar-pelajar pintar cerdas
ini.

BIBLIOGRAFI
10

4.0 BIBLIOGRAFI

Rosadah Abd Majid, Noriah Mohd Ishak & Zalizan Mohd Jelas (2006). Pelajar Pintar
Cerdas. Profil Pemprosesan Kognitif Pelajar Pintar Cerdas Akademikdi Sekolah
Menengah, 35-49
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Penilai Tahap Satu (PTS). Kementerian
Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.
Mohd Zuri Ghani & Suzana Ibrahim. (2011). Program Pemecutan Dalam Pendidikan
Pintar Cerdas Dan Berbakati (pp. 3-16) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti
Sains Malaysia
Nik Azis Nik Pa. (1990). Program Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas: Teori dan Praktik.
Selangor: Dewan Pustaka Islam
Mohd. Hussain Ibrahim. (1995). Pendidikan Pintar Cerdas: Teori dan Pendekatan.
Kuala Lumpur: Pustaka Aman Press.
Open 4 Learn. (2011). Perkembangan pendidikan pintar cerdas di Malaysia.
http://open4learn.my/new/unit/perkembangan-pendidikan-pintar-cerdas-dimalaysia/. (diakses pada 28 Ogos 2015)

11

Noriati A. Rashid et al. (2014) Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

12