Anda di halaman 1dari 20

Adat Persawahan Di Negeri Kedah

Sesungguhnya menulis perkara seumpama ini memanglah susah sedikit. Pertama kerana
cara dan upacara - upacara untuk mengisi adat ini kedapatan berlainan antara seorang
dengan seorang, masing-masing mengikut petua yang tersendiri. Kedua , kerana ilmu
persawahan , seperti ilmu-ilmu lain juga sangat-sangatlah di cemburui kalau tidak kepada
anak sendiri atau sesiapa yang di kasihi lagi di percayai, tidaklah diceritakan. Ketiga ,
kerana tidak semua orang yang bersawah ada dan mengamalkan adat itu lebih-lebih lagi
dalam masyarakat hari ini yang kebanyakannya telah tidak memakai alat itu sepenuhnya.

Kita terpaksa mencari orang tua-tua. Tetapi malangnya tidak semua mereka dapat
menolong kita kerana tidak semua mereka mengetahui hal yang kita kehendaki itu. Lagi
pula tidak semua yang mengetahui hal itu mahu memberi segala apa yang dia tahu. Namun
begitu, oleh sebab pada dasarnya faham dan kepercayaan orang tua kita itu sama, tentu
samalah pula pekerjaan mereka dalam mengisi adat itu dasarnya.

Piama (musim) bendang

Sebelum membicarakan 'piama bendang' eloklah terlebih dahulu diterangkan bagaimana


keadaan hujan dan panas tahun di negeri kedah . negeri Kedah mengalami dua musim.
Iaitu musim panas dan musim kemarau. Musim hujan datang kira-kira dari bulan empat
hingga bulan sebelas masihi dan musim kemarau dari bulan sebelas hingga bulan empat
Masihi. Musim hujan sebenarnya merupakan musim menanam dan musim kemarau pula
musim memotong padi.

Kira-kira tengah dua bulan lamanya penduduk-penduduk Kedah berada dalan suatu musim
yang hampir-hampir setitik pun tidak turun hujan, iaitu sejak dari dari lepas memotong padi
(kira-kira dalam bulan Februari), hingga kebulan April. Mulai dari bulan itu hujan mula
menampakkan diri dan panas terik yang membakar muka dan memeningkan kepala itu pun
beransur-ansur kurang. Pohon-pohon yang sebelumnya kelihatan layu, setengah gondol
kerana daunnya luruh, kini setelah direnjis hujan itu kering dan berdebu mulai basah.
Rumput di padang mula menghijau mengembirakan kerbau dan lembu. Mengikut kata
orang tua-tua, hujan itulah 'hujan kopak keranji', iaitu buah kayu di Kedah, dan itulah juga
masanya binatang-binatang seperti kerbau dan lembu mulai galak dan mengiring. Ular
keluar mencari air, disana sini kedengaran orang menjadi mangsanya. Itulah bermulanya
piama bendang di Kedah.

Pada umumnya, orang-orang bendang tidak begitu mahir dengan tahun masihi. Mereka
lebih biasa dengan tahun hijrah, tetapi dalan persawahan, tahun hijrah tidaklah menjadi
seratus peratus bahan pengiraan mereka. Mereka ada satu cara pengiraan lagi iaitu
mengikut 'bulan piama'. Perkara yang berhubung dengan musim persawahan bulan piama
itulah yang menjadi pokok pengiraan mereka dari mana ambilan bulan piama itu dan
perhubungan-perhubungan lain selanjutnya. Sungguhpun orang tua-tua kita tidak
mempelajari Ilmu Alam, tetapi mereka yang ahli dalam persawahan juga tahu yang piama
bendang itu bergantung kepada matahari. Selanjutnya mereka berkata bahawa matahari
beredar enam bulan di utara dan enam bulan di selatan. Mereka juga tahu yang matahari
beredar hingga penghabisannya ke utara dan ke selatan daripada Khatulistiwa selama.tiga
bulan.
Apabila matahari berada di tengah-tengah, mengikut pengecaman mereka itulah
menunjukkan bulan lima. Dalam bulan itulah hujan mulai turun dan bulan itu jugalah
bermula piama bendang. Cara mereka mengetahui matahari berada di tengah-tengah ialah
dengan melihat bayang-bayang ketika rembang. Jika bayang-bayang kita betul-betul
berada di bawah tapak kaki atau jika memijak bayang-bayang itu menunjukkan masa itu
bulan lima. Anggaran sebulan daripada itu masuklah bulan enam, diikuti dengan bulan tujuh
selepas sebulan daripada itu. Demikianlah seterusnya. Ini bermakna apabila hujan mulai
turun, bermulalah piama bendang.

Selain daripada itu pula pada orang tua-tua kita beberapa pengecaman yang berhubung
dengan hujan ini. Pengecaman-pengecaman itu juga menolong mereka mengetahui masa
hujan akan turun. Pengecaman-pengecaman itu samalah seperti hal-hal lain juga masing-
masing dengan petuanya.

Setengah orang mengecamkan, bila tiba-tiba dalam musim kemarau atau dalam masa
ketiadaan hujan ada ayam melompat ke atas pagar menunjukkan hujan akan turun. Selain
daripada itu kata mereka, kalau kita bersin beberapa kali berturut itu pun menandakan
akan turun hujan. Ada pula orang bendang yang mengambil pengecaman hujan daripada
ikan. Kononnya ikan lebih mengetahui akan hal-hal yang berhubung dengan hujan (bila
akan turun dan bila akan berhenti) daripada kita manusia. Selanjutnya mereka percaya
bahawa pengecaman daripada ikan merupakan pengecaman yang tidak boleh silap. Mereka
percaya bila kelihatan ikan melompat-lompat dalam tempayan, telaga atau sebagai itu juga
menunjukkan hujan hampir akan turun. Orang-orang yang mengetahui rahsia-rahsia ikan
dengan lebih dalam lagi mereka mengetahui tentang keadaan hujan sama ada hendak turun
atau berhenti. Daripada telur-telur ikan dan daripada ikan-ikan yang mencerus (sekumpulan
ikan menangkap di atas permukaan air) mereka mempelajari keadaan hujan.

Setengah ahli persawahan pula mengatakan bahawa cara mengetahui hujan itu ada pada
diri kita sendiri. Kononnya apabila badan kita keluar air (kecuali kalau badan kita dalam
keadaan yang kurang sihat), itu juga adalah alamat hujan akan turun. Perbezaan antara air
dengan peluh itu mengikut petua mereka ialah peluh masin rasanya tetapi air tidak. Selain
daripada itu, peluh lambat kering, tetapi air sebaliknya. Sejauh mana benarnya
pengecaman ini, sama ada logik atau tidak, terpulanglah kepada kita memikirkannya
bersama.

Masa turun ke bendang

Setelah piama bendang menjelang, iaitu dalam bulan lima, sejak itu hujan mulai turun
menyebar bumi. Lebih kurang sebulan lamanya dalam keadaan hanya menyebar itu, pada
penghujung bulan lima itu atau pada awal bulan enam, suara seakan-akan guruh berbunyi
meletus sayup-sayup kedengaran di sebelah barat. Itulah 'guruh pesan' namanya.

Bahana yang berbunyi dari kaki langit itu menjadi alamat yang menunjukkan hujan akan
turun. Tidak lama selepas itu hujan lebat turun bersambut dengan guruh dan petir. Petir
bulan itu merupakan petir yang paling merbahaya. Tiap-tiap tahun ada saja orang, kerbau,
kayu-kayan yang menjadi mangsanya. Itulah 'petir bulan lima'. Hujannya disebut sebagai
'hujan reput jerami' kerana hujan itulah yang mereputkan tunggul-tunggul jerami di
padang. Dengan turunnya hujan itu jugalah air mulai bertakung di dalam petak-petak
sawah. Dari bunyi guruh pesan yang menandakan akan datangnya barat (musim barat atau
musim hujan) itu ada juga pengecaman orang tua-tua. Kalau bahana itu datang dari arah
barat laut, menunjukkan hujan lebat berserta angin yang kencang dan ribut di laut. Kalau
bahana itu datang dari arah barat sepat (barat benar) alamat hujan banyak tetapi angin
kurang. Sekiranya dari arah barat daya datangnya bermakna kuranglah hujan pada tahun
itu.

Setelah hujan lebat turun mencurah-curah biasanya pada waktu petang hingga ke malam
persediaan-persediaan untuk turun ke bendang disiapkan. Setelah siap sedia alatan-alatan
itu, pada bulan enam atau bulan tujuh turunlah pesawah ke bendang masing-masing.

Kayu tenggala

Persediaan yang mula-mula dalam kerja-kerja persawahan ialah mengadakan tenggala.


Mengikut penerangan orang-orang yang ahli dalam ilmu persawahan, kayu asal untuk
dibuat tenggala itu ialah kayu 'halban'. Kononnya sebab kayu halban itu dipilih menjadi
kayu tenggala kerana selain daripada kayu itu liat dan teguh, pada pokok halban itu ada
sekurang-kurangnya satu daripada alat-alat tenggala. Kalau berjumpa pokok halban, sudah
tentu pokok itu tidak akan menghampakan kita. Kalaupun tidak terdapat kesemua daripada
alat-alat tenggala yang lima itu (bor, nanyam, sepak, kok dan pukang), sekurang-
sekurangnya satu pun memadai. Itulah sebabnya kayu halban menjadi asal kayu tenggala.
Ada pula yang memberi pendapat bahana pokok halban itu dijadikan kayu tenggala kerana
pokok halban itu biasanya tidak tumbuh lurus tegak, melainkan di sebaliknya.

Turun ke bendang

Sudah adat orang Melayu, dalam memulakan sesuatu pekerjaan , mereka ada dengan
syarat-syarat dan petua-petua serta langkah-langkah tertentu mengikut guru masing-
masing, yang berasaskan kepada ketika atau saat-saat yang sempurna. Orang-orang yang
berpegang kuat kepada adat dan orang-orang yang masih tebal dengan kepercayaan-
kepercayaan ini terutama dalam masyarakat silam, tidaklah mereka mahu mencuaikan
langkah mula ini, terutama dalam pekerjaan besar seperti kerja persawahan ini .

Pendeknya, pada orang-orang ahli bendang atau anak bendang jati mereka tidak akan
memulakan 'menggala' (menenggala) tanah sawah mereka jika tidak pada hari dan saat
yartg sudah dikira tidak mendatangkan apa-apa aral yang boleh menyebabkan
terbengkalainya pekerjaan yang besar itu. Hari, masa dan ketika itu terpulanglah kepada
petua masing-masing. Ada yang mengira mengikut tilik daripada 'peredaran naga' yang
empat kali setahun itu. Ada pula yang mengikut 'peredaran jekin', dan ada pula yang
meniliknya dari hari lahirnya dan berbagai-bagailah lagi.

Biasanya pada hari mula mengala, mengikut amalan mereka hendaklah sekurang-
kurangnya ditenggala tiga kali keliling petak sawah itu. Menjadi satu laranganlah sekiranya
ditenggala kurang daripada tiga keliling pada hari mula itu. Selama tiga hari berturut-turut
pula dan janganlah diselang. Takdirnya ada kematian atau apa-apa hal mustahak yang
mesti didahulukan dalam hari yang kedua dan ketiga itu hendaklah pergi ke sawah juga
walaupun dapat ditenggala satu keliling sahaja.

Oleh sebab tapak semaian merupakan petak yang mesti disiapkan dahulu, terawal daripada
petak-petak lain, petak itulah yang biasanya didahulukan kerja menenggalanya. Kerja-
kerja menyiapkan petak itu pula lebih dihalusi daripada yang lain-lainnya kerana dari petak
tersebutlah akan terbitnya semai-semai yang nanti menentukan baik buruknya hasil padi
pada tahun itu.

Elok juga diterangkan bahawa kerja yang mula-mula sekali dalam menyediakan tanah itu
ialah 'mengala'. Kerja mengala ini biasanya tiadalah memadai dengan sekali lalu sahaja.
Bagi orang-orang yang rajin, ditenggalanya tanah itu dua tiga kali sehingga cukup elok.
Mengala kali yang kedua dan seterusnya itu biasanya dipanggil 'memalik'.

Setelah siap mengala, tanah tenggala itu kemudian dibongkar. Kerja 'membongkar' ialah
meratakan tahi-tahi tenggala (ketul-ketul tanah yang timbul selepas mengala) dan
membuat batas daripada rumput yang terbit dari tahi tenggala tadi. Lima malam kemudian,
batas itu dialih dan diubah tempatnya. Kerja tersebut dipanggil 'mengalih'. Kerja mengalih
ini juga dibuat hingga beberapa kali sehingga reput relai rumput itu.

Kerja yang ketiga pula dalam persiapan tanah ini ialah 'merata'. Apabila kerja menggala
sudah selesai beberapa kali dibuat sehingga rumput menjadi reput, tanah petak diratakan.
Lepas itu barulah tanah itu siap dan boleh dilakukan pula pekerjaan menanam atau
menabur benih.

Pada orang-orang yang cermat lagi halus terutama pada petak semai, setelah siap
diratakan dikerjakan pula sekali lagi tanah itu sehingga menjadi lebih halus dan rata. Kerja
itu disebut 'badai'. Pekerjaan 'membongkar', 'mengalih', 'merata' dan 'badai' ini, semuanya
menggunakan alat yang dipanggil 'sisir'.

Di setengah-setengah tempat berlainan sedikit cara menyediakan tanah itu. Perbezaan yang
dimaksudkan itu ialah tentang 'menajak' sebagai menggantikan 'mengala'. Ada beberapa
sebab terjadinya perbezaan itu. Pertama kerana di tempat orang menajak itu airnya dalam
dan tanahnya serua (lembut gebu). Kalau digunakan tenggala pada tanah itu tentulah kaki
kerbau yang menarik tenggal itu akan terperus ke dalam tanah, demikian juga kaki kita
sendiri, menyebabkan pekerjaan menyediakan tanah menjadi lebih susah.

Mengikut penerangan yang diberi, oleh kerana tanah itu terlalu lembut terlalu dalamlah
makannya mata tenggala itu sehingga tidak berkuasa lagi kerbau menariknya keluar.
Lagipun tujuan mengala ialah kerana hendak melembutkan tanah supaya padi menjadi
subur, pada hal tanah di situ telah cukup lembut tentulah sia-sia pekerjaan mengala itu
dilakukan di situ, menyebabkan padi menjadi 'gila daun' (menjadi gemuk hingga
menyebabkan kurang buahnya).

Ada pula orang menajak sebab tanahnya gambut atau menerung terlalu tinggi. Sekiranya
demikian susahlah hendak mengala kerana mata tenggala tidak dapat masuk ke dalam
tanah. Selain daripada itu ada pula tempat-tempat yang terlalu banyak tunggul kayu.
Tempat-tempat yang seumpama itu mustahillah dapat dikerjakan dengan tenggala. Ini
biasanya terdapat pada tanah-tanah yang baru dibuka seperti tanah hutan gelam atau lain-
lain.

Selanjutnya, setengah-setengah tempat pula orang menajak kerana sudah menjadi adat
mereka melakukan demikian. Pada mereka mengala boleh merugikan mereka, kerana di
atas batas-batas kapar itu, dapat ditanam dengan labu, kundur dan sebagainya. Sebelum
padi masak mereka dapat makan sayur-sayuran itu.

Setengah daripada mereka yang menajak pula menganggapkan kerja mengala itu lebih
teruk daripada menajak. Di Kedah pada umumnya, orang lebih suka mengala. Tanah yang
baru dipugar diikhtiarkan seberapa daya supaya dalam setahun dua sahaja selepas diipugar
tanah itu dapat ditenggalakan.

Biasanya, selepas menajak ditenggilingkan pula tanah itu dengan 'tenggiling' supaya tanah
menjadi lumat. Lepas itu dikais kapar (sampah sarap) lalu dibuat batas atau longgok-
longgok kecil. Setelah beberapa kali mengalih kapar dan merintis rumput yang masih
menonjol keluar, telah sedialah tanah itu untuk ditanam.

Piama menabur

Selesai pekerjaan menyediakan tapak semaian, persediaan untuk menabur padi benih pula
dilakukan.

Menabur merupakan satu rukun persawahan. Di sinilah tempat pergantungan yang paling
besar sama ada pekerjaan persawahan itu berhasil atau tidak. Kalau tidak berhati-hati
dalam pekerjaan menabur ini tidaklah mungkin akan mendapat hasil padi yang baik lagi
memuaskan. Seseorang yang ingin melihat padinya berbuah bernas, banyak, terhindar
daripada bahaya-bahaya kekeringan atau sebaliknya, jauh daripada serangan-serangan
binatang seperti burung, tikus, ketam, babi dan lain-lainnya, haruslah berhati-hati dalam
pekerjaan yang paling besar ini. Semasa menabur apa padinya, apa petua-petuanya, dan
lain-lain mustahaklah diawasi.

Mengikut petua daripada orang-orang yang ahli dalam persawahan, masa atau piama
menabur itu ialah pada bulan lapan, kerana bulan lapan itulah masanya. 'Bintang ketika'
jatuh ke benih. Seberapa daya berikhtiarlah menyiapkan tanah dan persediaan-persediaan
lain supaya dapat menabur pada bulan itu. Selanjutnya siapa yang menabur pada bulan itu
tidaklah menerima bahaya kekeringan atau sebaliknya, begitu juga bahaya-bahaya lain.
Takdirnya bendang ketiadaan air pada bulan itu hendaklah juga dikerjakan menabur itu
walaupun terpaksa mengandar air dari tempat-tempat lain.

Bintang Ketika (Bintang Thuraiya)

Sebenarnya ilmu bintang ketika yang berguna kepada mereka yang mengerjakan sawah
bukanlah ada pada tiap-tiap orang lebih-lebih pada orang-orang dalam masyarakat hari ini.
Bintang ketika itu ada tujuh biji semuanya. Empat daripadanya seolah-olah menjadi kepala
dan tiga lagi menjadi ekor. Sebiji yang di ekornya itu kalau kurang-kurang diperhatikan
tidak kelihatan kerana cahayanya tidak begitu terang seperti yang lain-lainnya. Setengah
orang pula mengatakan bintang ketika itu ialah yang asalnya tujuh biji, kemudian hilang
sebiji lalu tinggal enam sahaja seperti pantun:

Bintang tujuh tinggal enam,


jatuh sebiji di Majapahit,
Hilang sepuh tinggal senam,
Baru kutahu emas tak baik.
Bintang ketika itu boleh dilihat di langit pada bila-bila masa juga waktu malam hari yang
berbintang kecuali lima belas hari setahun, iaitu ketika ia menyelam dalam bulan tujuh.
Masa menyelamnya itulah masa terjadinya ribut yang kuat dari barat.

Apabila bintang ketika itu timbul semula di sebelah timur, itu menunjukkan sudah bulan
lapan. Itulah masa yang sebaik-baiknya bagi pekerjaan menabur padi benih. Mengikut
kepercayaan orang tua-tua timbulnya bintang itu bererti bintang ketika mula tumbuh pada
tahun itu. Itulah sebabnya mereka memanggil bulan lapan itu bulan benih.

Bintang ketika itu mengikut pengecaman duduknya setentang dengan bintang belatik.
Bintang ketika arah ke utara dan bintang belatik terletak arah ke selatan. Bintang ketika
beredar dari sebulan ke sebulan arah ke barat. Dalam bulan enam dan tujuh ia berada di
sebelah barat kemudian tenggelam lima belas hari lamanya, timbul semula dalam bulan
lapan. Demikianlah edarannya.

Padi benih

Pada orang tua-tua yang mengerti lagi berpegang teguh pada adat, padi benih bukanlah
daripada sebarang padi. Padinya hendaklah padi yang berbangsa dan berjenis baik. Oleh
yang demikian padi tersebut di beri keutamaan dalam membela, mengambil, menyimpan
dan sebagainya.

Masa padi sedang masak di padang, ketika itulah petani memerhati mana-mana tempat
dalam sawahnya yang padinya lebih elok. Padi di kawasan seluas mengikut anggaran
banyaknya benih padi yang dikehendaki itu tidak dikerat atau digiau (mengambil padi cara
lama dipotong pendek sedikit daripada mengerat dan panjang sedikit daripada mengetam),
melainkan dibiarkan sehingga tangkai padi kering betul. Tangkai tersebutlah menunjukkan
padi yang cukup masak. Padi itu diketam dengan renggam (sejenis alat mengetam padi),
tidak dengan pisau pengerat biasa seperti sekarang, walaupun umumnya hari ini orang
sudah menggantikan 'mengetam' dengan `mengerat'. Selesai diirik dan diurui seperti
lazimnya , padi benih itu dijemur supaya menjadi lebih kering dan hilang langsung air
embun yang mungkin masih membasahinya. Lepas ditampi dimasukkan ke dalam guni atau
bakul lalu dibawa kembali ke rumah dan dimasukkan ke dalam jelapang. Tahun
kemudiannya bila masa kegunaannya tiba, sekali lagi padi itu ditampi supaya bertambah-
tambah baik keadaannya tidak bercampur dengan hampas atau biji-biji padi yang lain.
Kemudian barulah padi benih itu direndam untuk dijadikan benih.

Kebanyakkan orang sekarang tidak begitu halusi lagi tentang padi benih ini. Itulah mengikut
kata orang tua-tua pekerjaan mereka tidak begitu mendatangkan perolehan yang tinggi.

Sekiranya hendak membawa (menanam) sesuatu bangsa padi, padi benih yang diambil
hendaklah daripada orang yang lebih muda daripada kita, Lantaran itu seringkali orang
muda sekarang ditertawakan oleh orang yang lebih mengerti. Mereka tidak berhati-hati
dalam pekerjaan memilih dan menyediakan benih. Apabila kejayaan tidak mereka perolehi
sebagaimana yang mereka harapkan mereka gaduh mengapa mereka gagal.

Memilih padi benih


Dalam memilih padi benih pada orang yang mengerti, tidaklah memadai dengan memilih
padi yang bernas dan yang lazimnya mengeluarkan hasil yang baik sahaja. Mereka
berpendapat dan mereka percaya hal itu sememangnyalah tetapi mengenai jenis padinya
yang patut dibawa pada sesuatu tahun itu tidaklah dapat ditentukan dengan kemahuan diri
sendiri sahaja melainkan dengan petua-petua yang lebih sulit lagi. Ada petua yang
berasaskan bintang ketika, ada yang mengikut raksi padi itu dengan diri sendiri, dan ada
yang lain-lain lagi. Padi yang elok dibawa itu sentiasa berubah-ubah. Tahun ini berlainan
dengan tahun lepas dan seterusnya, masing-masing mengikut bintang ketika dan lain-
lainnya yang menjadi pegangan seseorang itu.

Sekiranya pegangan seseorang itu pada bintang ketika, menjelangnya bintang tersebut
pada awal bulan lapan hendaklah diperhatikan keadaan bintang itu. Menurut petua
sekiranya didapati bintang ketika itu sigih (terang atau bercahaya) di kepala dan kelabu
atau kurang terang cahaya ekornya, seelok-eloknyalah pada tahun itu dibawa padi putih.
Oleh kerana sigih di kepala itu menunjukkan hujan akan berkurangan atau tidak
berlanjutan, sepatutnyalah pula dibawa padi ringan supaya terjauh daripada kekeringan.
Sebaliknya jika bintang tersebut suram kepalanya dan sigih ekornya, sebaik-baiknyalah
pada tahun itu dibawa padi merah yang berat. Kalau dibawa juga padi ringan pada tahun itu
kerana mungkin hendak mencuba padi baru, kemungkinan bahaya tenggelam oleh bah atau
kelebihan air terpaksa dihadapi. Sigih diekor itu menandakan hujan berpanjangan dan lebat
di hujung. Keadaan seumpama inilah seringkali terjadi kekurangan air semasa. hendak
menabur dalam bulan lapan.

Satu cara lagi ialah sekiranya kita berasa hendak membawa padi merah pada tahun ini,
pertama sekali hendaklah diambil padi itu kira-kira sejemput. Buatlah longgok empat-
empat, atau bahagikan jumlah semua biji padi itu dengan empat. Kalaulah berlebihan sebiji
alamat terkena pada tanah. Ini bererti padi tersebut tidak boleh dibawa pada tahun itu.
Kiranya dibawa juga, nanti diserang ulat dan lain-lain bahaya dari bumi. Kalau berlebihan
dua, menunjukkan terjatuh pada air. Itulah alamat yang paling baik sekali yakni boleh
dibawa padi itu pada tahun itu. Kalau berlebihan tiga pula alamat terkena pada api. Jika
demikianlah halnya alamat akan terkena penyakit merah. Seterusnya jika tidak berbaki
apa-apa (sekiranya padi yang dijemput itu genap), beralamat jatuh kepada angin dan padi
itu elok dibawa.

Demikianlah, kiranya padi putih yang menjadi pilihan dicubalah juga seperti itu. Kalau padi
yang diinginkan itu memberi alamat yang tidak memuaskan dicubalah juga meraksikannya
dengan jalan yang lain pula. Begitulah seterusnya dicari sehingga jumpa dengan cara yang
sesuai.

Rupa-rupanya ada pula tolak ansur dalam hal ini. Kalau terlalu ingin membawa sesuatu
jenis padi itu pada hal raksinya tidak mengizinkan, ada pula cara yang mungkin dapat
meluluskan hasrat itu. Jalannya ialah hendaklah dicuba membuat raksi sehingga tiga kali
sambil berdoa meminta bersungguh-sungguh kepada Tuhan supaya dimakbulkan
permintaan itu. Takdirnya sehingga kali yang ke tiga pun tidak juga memberi alamat baik,
seelok-eloknya janganlah dibawa padi itu. Kiranya dibawa juga buruklah padahnya.

Setelah siap pekerjaan memilih padi yang bernas lagi selamat dibawa pada tahun itu, padi
itu diisikan ke dalam bekas, biasanya karung lalu direndam ke dalam telaga atau parit.
Mengikut pengecaman orang tua-tua kononnya pada masa merendam itu lagi sudah dapat
di ketahui setakat mana hasil padi itu akan diperolehi. Jika pada masa melepaskan karung
padi itu kelihatan air yang naik berbuih-buih itu kasar-kasar atau sebiji-biji buihnya, alamat
kuranglah padinya nanti. Sebaliknya kalau halus-halus dan banyak pula buihnya, alamat
padi tersebut akan menghasilkan perolehan yang baik.

Tiga malam lamanya karung itu direndam di dalam air, kemudian dibiarkan pula selama dua
hari di atas darat

Menabur

Oleh sebab menabur merupakan salah satu rukun pesawahan, yakni pekerjaan yang tidak
boleh dilebihkurangkan, masa dan ketika turun dari rumah untuk mengerjakan pekerjaan
tersebut sama keadaannya dengan turun mengala, dan hendaklah ditilik hari dan ketikanya.
Lagi sekali di sini berbagai-bagai cara yang dibuat mengikut ilmu masing-masing. Biasanya
hari turun menabur ini dikira pada haribulan yang tidak ganjil, iaitu pada dua, empat, enam,
lapan dan seterusnya. Haribulan itu mengikut haribulan hijrah, tidak pula mengikut bulan
biasa.

Supaya kerja bertambah baik sebelum merendam padi benih hendaklah terlebih dulu dikira
dan ditetapkan hari menabur itu. Kalau hari hendak turun menabur itu terpilih pada lapan
haribulan umpamanya , rnaka. hendaklah mula merendam pada tiga haribulan, kerana
dengan demikian tidaklah nanti padi itu terlalu lama. di dalarn air atau di atas dapat.

Persiapan menabur

Lazimnya persiapan yang pertama lagi utama dalam hal ini ialah `tepung tawar'. Kepada
orang-orang yang lebih mengerti dicampurkannya ke dalam tepung tawar itu beberapa
perkara. Segala campuran tersebut ada dengan sebab-sebabnya. Daun-daun yang digiling
sekali dengan tepung itu, selain daripada daun tepung tawar atau daun sirih (kalau daun
tepung tawar tidak ada), sering dicarnpurkan pula daun kandang rusa, daun cekur, daun
jerangau dan daun bernas(daun duit-duit). Jerangau dan cekur dicampurkan kerana
menjadi seolah-olah semacam menintuk limau padi benih itu, untuk membuangkan segala
gerunya yang mungkin ada dalam menempuh pekerjaan yang sebegitu besar yang
ditangguhkan.

Sebab pun dicampurkan daun bernas itu ialah kerana bertujuan semoga padi mereka kelak
bernas dan padat berisi dan tidak kesip. Daun bernas itu pula tidak diambil membuta tuli
begitu sahaja melainkan daun yang tumbuh di pokok nangka dan cempedak, dan mestilah
pula daun betina (bukan daun jantan). Untuk mengenalinya mudah sahaja, daun betina
bulat-bulat, dan daun jantan sebaliknya. Setelah siap tepung tawar digiling, dicampurkan
pula sedikit Minyak kelapa. Minyak yang menjadi campuran itu pula ditanak khas untuknya
atau Minyak tanak yang baik lagi baru.

Apabila semuanya. telah selesai, padi benih dikeluarkan dan diisikan pula ke dalam bakul.
Seringkali pula mulut bakul itu dililit dengan benang mentah, ribu kecil dan pokok bernas.
Bakul itu ditutup dengan kain putih. Selalunya bakul yang akan dibawa dahulu yang akan
menjadi kepala dalam perarakan menuju ke sawah itu sahaja yang dihiaskan demikian.
Pada ketika yang baik mengikut tilikan yang telah dikirakan orang yang ketua dalam
pekerjaan itu melangkah turun dari rumah-rumah dengan langkah yang penuh isyarat dan
petua serta pula dengan mentera-mentera yang tertentu mengikut petua guru yang telah
dipusakai turun temurun, dituruti dan diiringi oleh yang lain-lain dengan segala alatan itu.
Mengikut kebiasaannya, bakul-bakul itu tidaklah pernah dikilik melainkan di junjung atau
dikandar.

Upacara menabur

Sesampainya angkatan tadi ke petak semaian dengan masuknya dari arah-arah yang
tertentu mengikut peredaran dan pengiraan naga atau lainnya., angkatan tersebut akan
berhenti di tepi petak dengan hadap masuk tadi, tidak berubah.

Setengah orang apabila sampai sahaja ke petak sernai dicarinya di sebelah mana. 'pintu
langit terbuka' di kaki langit (mana-mana bahagian di kaki langit yang tidak berawan dan
kelihatan kelabu atau hitam lapang terbentang, itu tempatnya pintu langit terbuka). Arah
pintu langit yang terbuka di kaki langit itulah merupakan hadap yang baik untuk mula
menabur.

Upacara dimulakan dengan menabur tepung tawar. Dari atas batas petak itu tepung tawar
dipercikkan sambil berjalan berkeliling petak tersebut mengikut arah kanan sehingga
sampai balik ke tempat bermula tadi. Daun-daun cekur, jerangau dan lain-lain yang telah
diikat dalam bentuk alat pemercik dipacakkan di situ. Tepung tawar yang masih berbaki
dalarn bekas dituangkan kesemuanya ke dalam petak sawah.

Ketua mengambil segenggam padi daripada bakul yang berisi aneka daun itu lalu
membetulkan hadapnya seperti mula-mula tadi, dipejamkan matanya sambil bertafakur
menggambarkan sernai atau anak padi yang elok subur. Setelah nyata seolah-oleh
tergambar di ruang matanya semai yang elok seperti hajatnya, ditaburkanlah padi yang
digenggamnya itu ke dalam petak. Dituruti oleh orang-orang lain.

Perbuatan rnemejamkan mata semasa menabur itu ada juga tujuannya, iaitu supaya buta
segala mata penyakit dan berat badannya tidak dapat bergerak datang mengganggu
ketenteraman semai itu.

Untuk menjauhkan daripada ayam itik dan kerbau lembu, keliling petak sawah semaian itu
dipagar. Seringkali juga selain daripada. masa menyediakan padi benih dan masa menabur
itu, digunakan mentera-mentera dan lain-lainnya agar terjauh daripada segala penyakit,
musuh dan marabahaya. Di petak semaian itu ditanam azimat-azimat untuk tujuan
tersebut.

Mencabut semai dan menanam

Empat puluh empat hari sekurang-kurangnya umur semai, setelah tanah siap ditenggala,
dibongkar, dialih dan diperata, setelah air memenuhi sawah, kira-kira dalam bulan sembilan
atau bulan sepuluh mengikut pengiraan bulan piama, semai yang telah cukup umur itu
dicabut dan ditanam ke dalam petak yang disediakan. Dalam pekerjaan ini juga ada dengan
pengiraan tertentu tidak dilebihkurangkan. Hari rnencabut semai dan hari mula menanam
itu hendaklah mengikut 'bintang celaka'. Kononnya bintang celaka itu sepanjang masa
berjalan naik turun dari langit ke bumi dan sebaliknya. Pada satu haribulan Hijrah bintang
itu berada di burni. Pada dua haribulan ia berada di awang-awangan dalam perjalanannya
ke langit. Pada tiga haribulan ia berada di langit:, empat haribulan berada di awang-
awangan pula hendak turun ke bumi semula dan pada lima haribulan pula. bintang tersebut
berada di bumi semula. Demikianlah seterusnya. Oleh kerana itu hari rnencabut semai
hendaklah dipilih pada dua. haribulan, enam haribulan atau lainlain iaitu pada hari yang
bintang celaka itu berada di awang-awangan dan perjalanannya naik ke langit.

Apabila semai telah siap dicabut pekerjaan mula menanam dijalankan. Perkara besar yang
rasanya ekok disebutkan dalam hal 'mula menanam' ini ialah tempat yang hendak
dirnulakan menanam itu bukanlah di sebarang tempat. Dalam masa mengerjakan tanah,
iaitu semasa mengala, membongkar, mengalih atau dalarn masa rnerata hendaklah clieari
tempat di rnana lebih sejuk. buminya. Setelah tempat tersebut dijumpai tempat itu ditanda
supaya jangan hilang atau tercari-cari pula kemudiannya. Pada tempat itulah dimulakan
menanam Seringkali pekerjaan memulakan menanam itu ditugaskan kepada orang lain
yang dianggap lebih mengerti. Orang itulah lazimnya yang nanti akan mencari tempat yang
sejuk itu.

Kayu yang dibuat penanda bumi sejak itu pun ada pula dengan kiraan-kiraan tertentu, tidak
sekali-kali boleh digunakan sebarang kau. Tentang itu terdapat bermacam-macam pilihan
orang. Ada yang memilih kayu 'mali' kononnya supaya padinya nanti jadi teras berisi
macam buah mali. Ada pula yang memilih batang bemban, kerana berkehendakkan pokok
padinya licin sebagai batang bemban itu sendiri dan tidak akan dapat dihinggapi penyakit.
Selain daripada itu, setengah orang pula memilih turus pagar menjadi penandanya, kerana
selagi turus pagar yang mati itu tidak mungkin berpucuk semula, selama itulah pula
penyakit-penyakit tidak mungkin dapat menghampiri padinya.

Selanjutnya dalam memilih kayu buat menanam bumi sejuk itu, ada orang tidak memilih
kayu mali, bemban atau lain-lain tetapi mereka memilih buluh. Kononnya, buluh itulah
tumbuh-tumbuhan yang mula-mula sekali tumbuh di atas muka bumi ini. Kononnya,
mengikut cerita, pada masa Tuhan hendak menumbuhkan tumbuh-tumbuhan di atas muka
bumi ini Tuhan telah bertanya siapa di antaranya yang sanggup menerima segala bahaya,
celaka, malang dan sial yang nanti berlaku di atas dunia ini. Itulah ditumbuhkan dahulu.
Mendengar perkataan itu, semua tumbuhan diam termenung. Akhimya bangunlah buluh
menerima cabaran tersebut. Oleh yang demikian buluhlah yang dijadikan tumbuh-
tumbuhan yang mula-mula sekali hidup di bumi ini, manakala tumbuh-tumbuhan yang
mula-mula sekali tumbuh di kawasan tanah rata ialah sirih, kerana sirih sanggup menerima
segala penawar dan hikmat yang sangat-sangat berguna untuk menolak malang dan sial
yang datang daripada buluh.

Menanam

Setelah ditetapkan tempat bumi itu dan apabila segala-galanya telah selesai disediakan,
pertamanya hendaklah ditilik hadapnya. Hadap dalam memulakan menanam berlainan pula
dengan hadap menabur, kerana ketika melakukan kedua-dua pekerjaan tersebut tidak
sama. Di sini juga boleh digunakan sebarang cara untuk menilik mengikut pegangan sendiri
seperti yang telah diperkatakan halnya dalam bahagian-bahagian yang telah la1u.
Pengiraan mengikut 'peredaran naga', 'peredaran jekin', 'mengikut tempat langit terbuka'
dan lain-lainnya. itu adalah di antara cara-cara yang seringkali digunakan.
Dengan hadap yang tertentu itu pekerjaan menanam dimulakan dari bumi sejuk yang
bertanda dengan kayu terpilih itu. Mula-mula. hendaklah ditanam dengan sembilan perdu
dengan membuat tiga baris iaitu tiga perdu dalam sebaris, lepas upacara 'mula menanam'
itu dilakukan barulah boleh ditanam kesemuanya sekali semai-semai yang baru dicabut itu
ke dalam petak-petak sawah yang lain. Jarang sekali orang tua-tua kita menanam terus
dengan tidak lebih dahulu mengadakan upacara 'mula menanam' itu. lazimnya, pekerjaan
menanam yang berikutnya dibuat selepas tiga hari dari tarikh 'mula menanam', tetapi
dalam masyarakat hari ini terutarnanya hari itu juga sudah disekalikan.

Memelihara pokok padi

Petua yang pertarna sekali bagi mendapat kejayaan yang baik dalam pekerjaan bersawah
padi ini ialah cermat, halusi, tidak dilebihkurangkan dan hendaklah ada pada diri pesawah
itu sendiri perasaan kasih kepada padi seperti kasih kepada anaknya sendiri. Hendaklah
menjaga padi seperti menjaga anak sendiri. Hendaklah disifatkan padi seperti manusia
juga, (demikianlah nasihat yang nanti akan terdapat daripada orang tua-tua ahli
persawahan dalam masyarakat kita).

Selanjutnya mereka selalu berhati-hati menjaga takut kalau-kalau padi rnereka berada
dalam keadaan yang tidak baik. Mereka takut padi akan merajuk. Itulah nanti akan
menyebabkan kegagalan mereka .Padi juga tahu sakit, tahu itu dan ini seperti manusia,
Mereka yakin jika diturutkan mengamalkan petua-petua tersebut dan menjauhkan pantang
larangnya, nescaya pekerjaan bersawah padi akan mendapat berkat, yakni akan mendapat
hasil yang memuaskan dan tidak mudah habis makan. Buat dua tiga relung sahaja, dapat
menyarakan kehidupan seluruh keluarga setahun, kadang-kadang lebih pula daripada itu.
Demikian asas ilmu padi menjadi pegangan orang-orang yang mengerti. Bahkan dengan
mengamalkan petua-petua dan pantang larangnya sahaja pun sudah memadai, tidak begitu
perlu sangat kepada ilmu-ilmu yang lebih sulit lagi.

Apabila padi sudah ditanarn, selesailah sudah pekerjaan yang berat buat sementara waktu.
Dalam masa perantaraan menanam dan mengerat atau memotong itulah kaum petani
berehat sekejap, untuk mengembalikan tenaga bagi menghadapi pekerjaan yang akan
datang. Namun begitu, terutama orang-orang yang rajin, tidaklah hanya mereka berleka di
rumah dengan membuang masa dengan percuma sahaja melainkan selain daripada
membuat bubu, sempilai (sempilai atau sernpila) (dan alat-alat menangkap ikan darat yang
lain mereka selalu sahaja pergi ke sawah melihat padi. Kalau ada yang tidak betul
dibetulkan, kalau ada yang rebah atau yang terapung pokok padi yang kasih kecil itu di
tamankan semula dan sekiranya ada pula rumput-rumput menjolok ke atas di celah-celah
pokok padi itu dicabut clan dibuangkan.

Selain perkara yang tersebut itu ada satu lagi kerja yang penting mengikut kefahaman
mereka. Kerja itu ialah kerja 'memandikan padi'.

Oleh sebab dasar pegangan orang tua-tua ialah padi itu sama seperti manusia, juga,
mereka percaya sebagaimana manusia gemuknya kerana sebahagiannya. tergantung
kepada mandinya, padi pun pada pendapat mereka serupa. Padi hendaklah dimandikan
selalu supaya ia. subur.
Pagi-pagi dan petang-petang hari bersambilan dengan memasang bubu, sempilai dan lain-
lain, petani turun ke dalarn petak sawah mengkuak-kuakkan air ke pokok padi mereka
dengan membaca mentera yang berirama dalam lagu-lagu yang mengkhayalkan. Perbuatan
demikian juga seolah-olah memberi ketenteraman kepada kesayangan mereka. yang
sedang lena. Setengah-setengah orang memandikan padi dengan mengambil syarat sahaja,
iaitu dibasuh tangan, kaki dan betisnya dengan air petak itu. Membasuh kaki bertujuan
seperti membasuh tangan beerti Membasuh daun. Orang-orang yang tiada mentera
digunakan ayat-ayat suci Al-Quran dalam memandikan padi itu. Pada masa memandikan itu
hendaklah diibaratkan seperti bapa atau ibu memandikan anaknya.

Dalam pengulangan melihat-lihat padi hendaklah ditegakkan pokok yang tumbang atau
condong ke petak orang lain. Menegakkan padi yang rebah ke arah tanah orang lain itu
dipandang mustahak. Kononnya mengikut kepercayaan mereka, apabila padi berkenaan
demikian, dibiarkan dan tidak ditegakkan nanti kekuranganlah padi kalau orang yang
disebelah kita itu orang yang ada ilmu padi. Sekiranya ada padi orang lain yang condong ke
petak kita, maka bolehlah di panggil padi itu datang ke sawah kita. Sebab itulah padi yang
rebah itu mesti ditegakkan kembali.

Terdapat satu cara hendak memanggil padi itu. Mula-mula sebutlah dulu namanya, iaitu
'Merung Mesuk Nang Semulai'. Kemudian pujuklah padi itu dengan perkataan-perkataan
yang menarik yang akan memberi harapan baik kepadanya kalau ia datang ke sawah kita.
Hendaklah diberi jaminan bahawa jika ia datang ke sawah kita ia akan menerima layanan
yang lebih baik lagi, tidak seperti keadaannya sekarang, tidak dijaga dengan sepertinya.
Contoh pujukan itu:

"Hai Merung Mesuk Nang Semulai. Lebih baiklah engkau jangan duduk dengan si
anu itu. Dia nak pukul dan beri engkau, nak jual engkau dengan baik. Lebih
baiklah engkau mari duduk dengan aku. Aku telah siap dengan tempat yang elok
untuk engkau"

Umur padi

Rasanya perlu juga diterangkan di sini umur padi itu, iaitu dikira dari mula ditabur hingga
mengerat, umumnya terbahagi kepada dua peringkat. Dua peringkat itulah peringkat umur
padi yang menjadi pokok perbicaraan apabila soal itu diperbincangkan. Padi yang berumur
kira-kira. tujuh bulan ke atas dipanggil 'padi berat' dan padi yang berumur antara empat
hingga enam bulan pula dipanggil 'padi ringan'.

Yang lebih mustahak diketahui lagi ialah bagaimana pengiraan orang-orang bendang
tentang cukup atau tidak cukup umur padi yang ditanamnya itu dan peringkat-peringkat
membesarnya. Mengikut pengiraan orang tua-tua, padi menempuh lima peringkat umur.

Peringkat pertama ialah dari mula menabur hingga menjadi semai yang cukup umur.
Peringkat yang kedua dari cukup umur hingga pokok padi yang ditaman itu beranak
Peringkat yang ketiga pula ialah dari beranak hingga bunting. Yang keempat dari bunting
hingga mula berbuah. Peringkat yang terakhirnya ialah dari mula berbuah hingga padi itu
masak Tiap-tiap satu peringkat itu mengikut perkiraan kasar memakan masa selama 44
hari. Mengikut jumlah umur daripada kelima-lima. peringkat tersebut, nyatalah pengiraan
mereka itu ditujukan kepada padi berat. Tidaklah hairan kerana memang padi beratlah yang
umur ditanam mereka.

Mengerat

Apabila padi sudah cukup masak, pada hari yang baik dan saat yang sempuma padi yang
menguning kemerah-merahan itu dikerat.
Sebagaimana dalam pekerjaan sawah yang lain-lain juga, mengerat pun ada mulanya.
Permulaan itu biasa dipanggil 'mengerat mula' atau 'mula mengerat'. Tiga hari sebelum
mula mengerat pesawah berulang tiap-tiap hari ke sawahnya dengan tidak berselang
membetulkan pokok padi agar tidak ada yang rebah condong ke arah petak orang lain.
Sambil itu dia berkata:

"Ni, bapa (atau ibu) mari nak beritahu, dua (tiga atau esok) hari lagi bapa datang
nak ambil bawa balik ke rumah, Janganlah terkejut tergempar apa-apa."

Setelah hari yang hendak dimulakan mengerat permulaan itu tiba pekerjaan mengerat
dijalankan. Selain daripada 'hadap' dan 'ketika' sebagaimana yang dilakukan dalam
pekerjaan yang lain-lain itu di sini ada pula beberapa petua lain. Untuk menawarkan bisa
pisau supaya padi tidak merasa sakit, seringkali digunakan mentera-mentera atau ayat suci
al-Quran. Air langit langit (air di pangkal atau di anak lidah) diambil dengan jari, dibaca
mentera atau ayat suci al-Quran la..lu dihembuskan ke mata pisau sambil melurutrrya
dengan air langit-langit tadi. Di antara ayat-ayat yang pernah digunakan ialah ayat al-
Kauthar. Biasanya banyak padi yang dikerat pada masa 'mula mengerat' itu ialah tiga kedap
(longgok-longgok padi yang baru dipotong). Tiap-tiap satu kedap pula sebanyak tiga
genggam. Kedap-kedap tersebut diletakkan di atas tunggul jerami yang dikerat itu.

Mengambil semangat padi

Padi juga mengikut kepercayaan orang tua-tua mempunyai semangat. Untuk menjaga padi
dalam simpanan supaya tidak lari ke tempat lain, supaya tidak susut cepat bahkan supaya
tidak mungkin habis dimakan, padi itu haruslah diambil semangatnya. Dalam masa
membetul-betulkan pokok-pokok padi sejak tiga. hari sebelum mengerat atau sebelum
mengambil semangat padi, hendaklah diperhatikan mana-mana bahagian dalam sawah itu
yang paling baik padinya. Tempat-tempat yang padi berbuah elok itu kelihalan tangkai-
tangkainya masak ke dalam bersatu. Setelah tempat itu dijumpai, hendaklah batang-batang
padi di situ seluas anggaran sepemeluk diikat perdunya dengan benang mentah. Bila tiba
harinya, iaitu selepas tiga. malam atau tiga hari pada waktu senja ketika udara tenang tidaa
berangin pergilah ke situ dengan diam-diam. Apabila. sampai hendaklah berdiri sambil
memandang ke arah rumpun itu dan panggillah:

"Hai, Merang Mesuk Nang Semulai,


Ni, bapa (atau emak) mari nak ambil bawa balik."

Lepas itu renungkanlah keadaan padi itu. Kiranya kelihatan tidak bergerak-gerak
tangkainya hendaklah dipanggil sekali lagi. Demikianlah seterusnya sehingga kelihatan
bergerak-gerak dan melambai-lambai tangkai atau daun-daunnya (alamat ia mengaku rela
diambil). Mentera atau ayat-ayat suci al-Quran dibaca. Lepas itu tahanlah nafas lalu mula
mengetam dengan renggam (alat mengetam padi) dari sebelah tangkai yang kelihatan mula
bergoyang.

Satu diantara. mentera-mentera yang diguriakan orang dalam bahasa Siam, demikian
bunyinya:

"Put tang rat tanang tam mang sang kang rat tarrang."

Tentulah ada banyak mentera dalam Bahasa Melayu sendiri kalau diselidiki. Malangnya
susah mendapatkan orang mahu memberinya kerana mentera atau jampi itu lebih
dirahsiakan itu merupakan ilmu, kata mereka. Mengikut kepercayaan dan harus juga
pengecam mereka, dalam senafas itu kalau dapat dikerat sepuluh tangkai beralamat akan
mendapat sepuluh kunca (lkunca = 160 gantang) pada tahun itu.

Selesai mengetam senafas, hendaklah dengan segera sembunyikan tangkai-tangkai padi itu
ke dalam kain supaya tidak dapat dilihat olch sesiapa pun. Semasa hendak kembali ke
rumah tidaklah boleh bercakap apa-apa. Sesampai di rumah terus masuk ke dalam jelapang
lalu disimpan padi itu ke dalam bakul yang telah sedia terletak atau tergantung di mana
sudut atau bahagian jelapang itu. Di dalam bakul itu telah siap sedia dengan bedak celak,
sintuk dan alat-alat persolekan yang lain serta segeluk air. Semasa menyimpan itu
hendaklah berkata:

"Ni di sini ada dengan bedak celak, sintuk dan lain-lain. Duduklah baik-baik."

Pada setengah-setengah orang semasa meletak atau meyimpan padi itu ke dalam bakul
dibaca mentera-mentera yang tertentu, tidak hanya dengan berkata menggunakan
perkataan biasa sahaja. Satu di antara mentera-mentera yang dapat dituliskan di sini dalam
bahasa Siam juga ialah
Ma a. ok mani mama,
a ka cai mani mama,"

Semangat padi

Semangat padi itu kononnya perempuan. Mengikut cerita orang tua-tua ia pemah dijumpai
orang. Kononnya suatu masa ada dua orang suami isteri. Si suami itu selalu sahaja masuk
ke dalam jelapang sehingga kadang-kadang beberapa lamanya baharu keluar. Si isteri tidak
mengetahui apa yang dibuat oleh si suaminya di dalam jelapang itu. Dia tidak berani naik
ke atas jelapang kerana ditegah oleh suaminya. Tiba-tiba pada suatu hari, entah bagaimana
mulanya si isteri itu terdengar suara orang bercakap-cakap di dalam jelapang. Masa itu
suaminya berada di dalam. Dia mengendap, dan didapatinya ada seorang perempuan
muda. Maka terjadilah satu pergaduhan yang hebat, sehingga semangat itu lari
meninggalkan jelapang itu. Dari tarikh itu kononnya kehidupan suami isteri itu tidak lagi
senang.
Kononnya semangat padi sudah tidak ada di Kedah ini. Mengikut cerita selanjutnya,
semenjak orang memukul padi (tidak lagi mengirik), semangat padi mula lari ke Siam. Ia
takut kepada perbuatan memukul itu. Orang-orang Siam berkata mereka lebih menjaga
padi daripada orang Melayu. Sebab itulah setengah-setengah orang memberi petua,
sekiranya kita tidak mempunyai petua apa-apa hendak mula menabur, menanam atau
mengerat sekalipun, memadai dengan menghadap arah ke negeri Siam.
Memukul, mengurai dan menyimpan

Dengan ringkasnya dihuraikan setelah habis mengerat, kedap yang berlungguk-lungguk di


atas tunggul-tunggul jerami itu dipukul. Pada malam hari kelihatan di bendang terang
benderang dengan lampu-lampu kecil. Anak-anak berlari bersuka ria ke sana sini dan
bermain dengan riang gembira, riuh suara mereka bersambut dengan suara memukul padi
dum-.... dum...
Setelah siap padi dipukul dan kemudiannya diurai, dimasukkan ke dalam guni lalu dibawa
pulang ke rumah, atau kalau padi itu telah dijual, terus sajalah dari situ padi itu dibawa ke
kedai atau ke tempat orang yang membelinya dengan basikal atau lori, Demikianlah dengan
ringkasnya dibicarakan berkenaan dengan memukul, mengurai dan menyimpan padi yang
menjadi adat daam masyarakat hari ini.

Perbezaan mengerjakan sawah antara dahulu dan sekarang

Di antara perbezaan-perbezaan yang paling besar antara kerja-kerja persawahan di Kedah


pada masa dahulu dan sekarang ialah tentang mengambil padi dan kerja-kerja lain yang
berturutan dengannya. Cara- cara dlan keadaan pekerjaan-pekerjaan itu dilakukan oleh
orang tua-tua kita itu tidaklah lagi diamalkan oleh orang-orang di zaman ini. Orang-orang
muda kita sekarang tidak lagi kenal adat itu, cuma mendengar ceritanya sahaja. Bahkan
setengah-setengah orang tua-tua yang ada. Hari ini tidak dapat menceritakan hal itu
kepada kita lagi.

Diantara perkara-perkara yang menyebabkan adanya perubahan-perubahan itu pula ialah


sifat 'bergotong-royong'. Orang Melayu terutama dalam masyarakat zaman dahulu
(masyarakat Melayu zaman silam ketika pengaruh-pengaruh dari barat belum datang
menekan dengan pesatnya), mempunyai sikap kerja secara 'bergotong-royong'. Sikap ini
jelas kelihatan dalam sekarang pekerjaan mereka yang ada perhubungannya dengan orang
ramai. "Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, ke laut sama direnangi", "Yang berat
sama dipikul, yang ringan sama dijinjing", "Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama di
cecah", "Dapat sedikit dibelah tujuh". Demikianlah di antara beberapa peribahasa atau
bidalan yang memberikan satu gambaran yang nyata betapa sebatinya sikap bergotong-
royong itu pada seluruh jiwa masyarakat kita.

Di Kedah perkataan bergotong-royong itu terkenal dengan kata 'berderau'. Dalam kerja
persawahan, kerja-kerja persawahan, kerja-kerja yang berat seperti mengala, menanam
dan mengambil padi merupakan kerja-kerja yang seringkali dilakukan dalam bentuk
berderau, tetapi oleh sebab masyarakat kita juga merupakan masyarakat yang hidup,
kebudayaan kita juga hidup menempuh perubahan-perubahan yarlg tidak dapat dielakkan.
Lepas satu pengaruh, pengaruh lain pula datang, yang dulu dianggap lebih rendah nilainya
daripada yang baru, dan apabila pengaruh barat yang membawa cara hidup yang lebih
bersifat bersendirian (individualistic) itu tiba, sikap bergotong-royong yang mumi itu kian
hari kian berkurangan.

Di Kedah hari ini, dalam kerja persawahan seperti dalam hal-hal lainnya., berderau itu
tidaklah lagi begitu terkenal dalam kehidupan hari-hari. Hanya dalam kerja menanam dan
mengerat sahaja masih tedapat orang berderau. Itu juga tidaklah seramai yang pemah
diadakan oleh orang-orang zaman dahulu. Kini, terutama dalam kerja mengerat mereka
lebih mudah mengupah atau `kupang' (upah hari = bayar hari). Selain itu ada pula orang
yang datang menolong secara sukarela sahaja. Biasanya pada orang-orang yang datang
menolong itu diberikan sebagai saguhati sedikit padi, dan seterusnya kadang-kadang zakat
pun diberinya. Dengan demikian banyaklah juga orang yang suka mengambil peluang
tersebut.

Perbezaan-perbezaan lain yang temampak jelas antara. kerja-kerja persawahan dahulu dan
sekarang ialah kerja-kerja menggiau (memotong padi dengan menggunakan pisau yang
lebih pendek daripada yang digunakan sekarang). Sekarang orang lebih suka mengerat
daripada menggiau itu. Kalau dahulu orang suka mengirik (menanggalkan padi dari
tangkainya dengan menggunakan kerbau), sekarang orang lebih suka. memukul saja.

Menggiau dan Mengirik

Padi masak kuning keemasan kelihatan sayup saujana mata memandang. Pada saat yang
baik dan ketika yang sempurn pesawah turun berdahulu-dahuluan ke sawah yang telah
dijadualkan dengan persetujuan ramai untuk menggiau padi di padang itu. Setelah selesai
menggiau di sawah rombongan yang seramai kira-kira tiga empat puluh orang itu
(mengikut sedikit banyaknya orang-orang yang ada dalam sesuatu pakatan yang terbentuk
mengikut kampung atau daerah) pergi bersama-sama mengerjakan sawah. kemudian,
giliran yang kedua pula. Begitulah sehingga habis semua sekali dikerjakan.

Apabila padi telah selesai digiau, kedap-kedap yang berlonggok di padang diangkut dengan
pengandar ke dalam bangsal pisang sesikat yang telah sedia didirikan terlebih dulu di
pinggir atau di tengah-tengah sawah itu. Satu tuan mempunyai satu bangsal sendiri. Besar
kecilnya bangsal itu mengikut banyak sedikitnya padinva. Ada yang enam tiang, ada yang
lapan tiang, dan ada yang sepuluh atau dua belas tiangnya. Kedap-kedap itu diatur dan
disusun sehingga tinggi hampir-hampir mengenai bumbungnya.

Beberapa lama kemudian setelah sawah yang termasuk dalam pakatan itu digiau kerja
mengirik dimulakan pula. Lazimnya kerja tersebut dilakukan di sebelah malam iaitu dari
petang hingga ke subuh esok harinya

Kira-kira pada pukul empat petang mereka turun beramai-ramai ke sawah. Tiap-tiap
seorang membawa bersama mereka seekor kerbau dan enam tujuh helai tikar besar
(mengikut pakatan masing -masing). Tikar itu berjumlah antara kira-kira tiga ratus helai
semuanya dan dihamparkan di tengah padang. Kemudian segala kedap yang di dalam
bangsal itu dikeluarkan di disusun semua di atas tikar itu. Setelah selesai, kenduri nasi
dihidangkan.

Lauknya dalam jamuan nasi padang petang itu mengikut keadaan tuan yang empunya
sawah. Kalau dia seorang yang berada, kerbau besarlah yang menjadi lauknya. Kalau dia
seorang biasa saja, ikanlah yang seringkali dihidangkan. Lazimnya telaga-telaga ikan yang
umumnya ada pada tiap-tiap sawah tidak ditimba melainkan setelah hari mengirik hampir
tiba. lkan haruan, keli, puyu, sepat dan ikan-ikan lain beserta telurnya yang lemak yang
dari dalam telaga itulah yang menjadi hidangan. Kerabu rias pisang dan sayur atau gulai
labu seringkali juga menjadi hidangan yang terkemuka.
Selesai makan dan setelah berhenti sekejap, mereka mulalah mengirik. Sebahagian kanak-
kanak menarik kerbau yang berpuluh-piluh ekor itu berjalan berkeliling pergi balik di atas
lungguk padi itu berulang-ulang. Yang lainnya bekerja menghalau kerbau-kerbau itu supaya
jangan keluar dari kawasan padi itu atau supaya jangan berhenti berjalan.

Orang tua-tua duduk berkeliling sambil membuat telaga dari kemudian mengambuskannya
kembali. Demikian lari kerja mereka menjaga supaya semua padi dipijak oleh kerbau-
kerbau itu. Dengan itu barulah padi yang berkunca-kunca itu tanggal daripada
tangkainya.Apabila ruman (jerami padi) telah banyak yang tanggal terasing daripada padi,
sebahagian kanak-kanak lain pula ditugaskan memilih dan membuangkan ruman itu keluar.
Demikianlah kerja mereka hingga larut malam, biasanya hingga subuh barulah siap.

Setelah kerja yang berat itu siap sekali lagi di adakan jamuan. Biasanya jamuan pada kali
ini tidaklah lagi nasi, melainkan jamuan pulut lemak dengan susu. Bergantang-gantang
susu diisikan kedalam tiga empat biji tempayan besar-besar dan berbakul-bakul pulut di
tarik dengan satu alat penarik yang menggunakan kerbau terkenal sebagai 'anur' (alat
menarik padi yang dibuat seakan-akan pelantar). Pisang dan lain-lain seumpamanya juga
merupakan jamuan yang sangat cocok dengan pulut dan susu. Pulut lemak campur susu
dan pisang amat digemari mereka bahkan hingga ke hari ini juga.

Berpantun

Malam mengirik merupakan malam yang paling mengembirakan pada kanak-kanak. Mereka
tidak malas-malas datang bersama pada malam itu menolong ibu bapa mereka berkerja
kerana disitulah mereka berpeluang bersuka-ria, bermain-main bercampur gaul dengan
kawan-kawan mereka yang setengahnya mereka tidak berpeluang bermain bersama kalau
tidak pada malam itu kerana tinggal berjauhan, seolah-olah disitulah tempat mereka diberi
kesempatan bersosial.

Untuk mengembirakan hati mereka supaya tidak penat bekerja dan supaya tidak rasa
mengantuk dan malas, sambil mereka memungut membuangkan ruman atau tangkai-
tangkai padi itu mereka berbalas-balas pantun. Biasanya mereka terdiri daripada berpihak-
pihak. Kadang-kadang pernah terjadi pergaduhan kecil antara sesama pihak itu. Ada kanak-
kanak yang sampai menangis dan setengahnya hingga merajuk tidak mahu memakan pulut
sesudah kerja selesai kerana malu atas kekalahannya. Perlu diketahui bahawa kanak-kanak
yang berpantun itu bukanlah kanak-kanak yang begitu besar. Umur mereka hanyalah
antara sepuluh dengan dua belas atau tiga belas tahun sahaja. Walaupun semuda itu umur
mereka, dan mereka tidak pula mempelajari pantun seperti kanak-kanak sekarang
mempelajarinya di sekolah-sekolah , tetapi oleh sebab pantun cukup terkenal menjadi
permainan dan hiburan segenap lapisan masyarakat masa itu dapatlah mereka berpantun
berbalas -balas menduga kepintaran melahirkan perasaan masing -masing. Mengikut cerita
, lagu yang dipantunkan ialah lagu yang dipanggil 'Anak Endong'. Apabila seseorang
berpantun , yang lainya menjawab beramai-ramai:

"Anak Endong oi,


Anak Endong oi
Anak itik terlarik-larik,
Anak angsa terenang-renang:
Bukan bangsa nak di buat baik,
Sahaja bangsa tak mengenang.
Balasnya
Zaman dahulu mengkuang berpucuk,
Zaman sekarang mengkuang berbunga;
Zaman dahulu aku di pujuk,
Zaman sekarang aku tak berguna.
Dan;
Mangkuk jorong pinggan pun jorong,
Si jorong berisi buah jati;
Dua tiga kata terdorong,
Janganlah di bawa masuk ke hati.
Balasnya;
Gunung Daik timang-timbangan,
Tempat kera berulang ali;
Budi yang baik kenang-kenangan,
Budi yang jahat buang sekali."

Demikianlah mereka berbalas-balas pantun lepas satu satu pula, penat seorang yang lain
menggantikannya. Sekiranya seorang itu sudah putus modal yang lainya tolong membantu.
Orang tua-tua tumpang juga bersuka ria, bergelak ketawa melihat telatah anak-anak
mereka.

Permainan-permainan lain

Bukan berpantun sahaja yang menjadi permainan kanak-kanak pada malam itu. Mereka
yang lebih kecil atau agak malas bekerja, selalu sahaja lari meninggalkan kerja mereka dan
pergi bermain berlompatan kesana kemari. Di antara permainan-permainan yang menarik
hati yang tidak lagi kedapatan dimainkan oleh kanak-kanak hari ini ialah 'olek kera', 'olek
gajah' dan 'olek gambuh'.

Olek kera

Permainan olek kera ini sekurang-kurangnya hendaklah terdiri daripada tiga orang. Di
antara mereka terpilih pula seorang yang suka menjadi kera. Yang dua lagi itu hendaklah
mengambil sehelai kain dan di sentungkan kepada budak yang menjadi kera itu supaya kain
itu terletak di atas tengkuknya. Lepas itu hendaklah kedua-dua mereka berdiri di hahadan
budak itu dengan memegang kain tadi. Lagu 'olek kera' dinyayikan oleh kedua-dua mereka
sambil menarik kain itu melalui atas tengkuk budak tersebut ke kiri dan ke kanan:

Cop mali cop,


Cop galas ubi,
Mana kayu bongkok,
Bapak kera meniti,
Titi tak titi,
Titi angguk anggai,
Jadi tak jadi,
Jadi bapak kera tunggai (tunggal)
Hendaklah dibuat demikian sehingga budak itu khayal dan letih dengan nyanyian dan
tarikan yang berulang -ulang itu sehingga dia lupa dan 'tak sedarkan diri'. Apabila terjadi
demikian, biasanya budak itu menggelupur sambil berbunyi semacam, bunyi suara kera dan
hendak mengigit-gigit orang. Kemudian seorang di antara mereka yang berdua lagi
berkata;
"aku jadi tuan hang ni." Budak itu akan menyahut: "ya" lepas itu dia di tambat jauh-jauh
supaya tidak dapat menggigit orang. Kononya pernah terjadi budak yang menjadi kera itu
betul-betul tidak sedarkan diri. Untuk memulihkanya semula hendaklah dipanggil namanya.

Olek Gajah

Olek gajah sama cara bermainya dengan olek kera, hanya nyanyianya sahaja yang
berlainan. Nyanyian olek gajah terdapat dalam bahasa Siam, bunyinya:

Cang cang tat torang,


Can kin mai pai,
Mu kin bon,
Pan pon kin kai
Bermaksud:
Gajah gajah terbang pokok tepus,
Gajah makan rebung,
Babi makan keladi,
Jebon makan ayam

Kononnya ada pula cerita bagaimana asalnya binatang gajah itu mula makan rebung. (dua
orang budak adik beradik pergi mengaji. Pada suatu hari mereka terasa lapar lalu berhenti
di bawah rumpun buluh. Apabila dilihat mereka rebung buluh, mereka tertarik hati hendak
memakanya. Semasa mereka memakanya, mereka ditegur oleh gedembai (sang Kelambai)
lalu menjadi gajah. Mengikut cerita selanjutnya, kedua budak itu hanya sempat
mempelajari dua huruf sahaja, iaitu 'dal' dan 'ha'. Sebab itulah kononnya apabila gajah
hendak mengambil makanan dengan belaian kalau tuanya berkata 'dai' (dal), ia tidak jadi
mengambilnya. Semasa gajah berjalan pula kalau tuannya berkata 'ha', ia akan berhenti.

Olek Gambuh

Olek gambuh 'pun' samalah dengan olek-olek yang lain itu. Yang berbeza ialah nyanyianya
dan tujuan olek itu sahaja. Olek gabuh bertujuan untuk memberi budak itu tidak sedarkan
dirinya supaya dapat dilawan bersilat.
Setelah kedua-dua budak itu tidak sedarkan diri mereka dilepaskan masuk ketengah
gelanggang yang dikelilingi oleh budak-budak lain. Orang-orang yang melihat hendaklah
duduk supaya kedua-dua mereka tidak salah tuju. Apabila kelihatan mereka telah penat
atau harus akan melarat atau merbahaya, keluarkanlah dua orang budak lain memeluk
kedua-dua budak tadi. Kononya apabila kena pelukan itu mereka akan pulih semula.
Inilah nyayian olek gambuh itu:

Gambuh gambuh kecapi ngacik,


Cik Nang Ali Cik Nang Gong,
Susun sirih kelopak jantung,
Asam kandih (kandis) di dalam puan,
Bangkit ngacik mengolek ngacik,
Ngacik tenang ke badan nyawa.

Melanggar dan Pupuh

Satu lagi kebiasaan yang dilakukan yang sudah tidak kedapatan pada hari ini ialah adat
'melanggar' dan 'pupuh'. Melanggar ialah menglirik padi orang dengan tidak setahu
tuannya, dan pupuh pula mengantungkan apa-apa isyarat (biasanya kepala kerbau) di
pohon kayu yang berhampiran sawah yang telah dilanggarkan itu bertujuan memberitahu
yang empunya yang mereka berkehendakkan makan besar atau kenduri dengan membantai
kerbau atau lain-lain mengikut apa yang digantungkan.
Apabila sudah satu-satu sawah itu dilanggar atau dipupuh, diutuskanlah seorang daripada
mereka pergi memberitahu tuannya. Setelah dilihat oleh orang itu kepala kerbau yang
dipupuhkan umpamanya fahamlah dia akan maksudnya. Dua tiga hari kemudian , kenduri
diadakan disawahnya. Adat ini seringkali dibuat pada seseorang yang terkenal seperti ketua
kampung, penghulu atau sebagainya atau kepada seseorang yang terkenal kerana baik
budinya dan disayangi ramai.

Dalam kenduri itu atau dalam kenduri selamat yang sering kali diadakan ditengah-tengah
sawah setelah selesai sahaja pekerjaan persawahan pada satu-satu tahun itu, biasanya
adalah dua , tiga atau empat orang yang menunjukkan kehandalan dan kegagahan masing-
masing dengan berlawan 'siapa makan banyak'. Mengikut cerita ada orang yang boleh
makan sampai tiga empat bakul nasi dan bergantang-gantang daging. Kadang-kadang
apabila kuah gulai telah kehabisan, diambil pula air petak (air dalam sawah) ditambahkan
menjadi kuah dengan tidak dimasak lagi.
Ada juga cerita (khabarnya cerita ini memang benar) yang menyatakan bahawa kadang-
kadang kerbau yang disembelih itu dipotong dagingnya terus dimakan dengan tidak
dimasak lagi. Ketua-ketuas kampung , penghulu atau anak-anak raja (tengku-tengku)
kerap menjadi ketua dalam pertandingan makan besar ini. Daging kerbau di makan dengan
air asam yang berbesen-besen banyaknya. Perut kerbau dikibas-kibaskan sahaja tahinya
lalu dicecah dengan air asam dan dimakan bersama-sama dengan lima atau enam biji cabai
melaka yang dikeluarkan dari dalam saku.
Begitulah ceritanya melanggar dan pupuh itu, yang ada pada zaman ini sudah tidak dapat
dilihat lagi.

Dipetik daripada: Intisari Kebudayaan Negeri Kedah


Oleh:Tuan Haji Mat Nayan Hj. Saad