Soalan 2

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

Soalan 2 :

Cikgu tanx sebagai seorang guru perlulah mempunyai nilai murni dalam
perkhidmatan awam. cikgu tanx perlulah ada kesedaran, beliau perlulah menyedari
dirinya sebagai seorang seorang guru yang dapat menjadi contoh kepada pelajar-
pelajarnya yang merupakan bakal generasi masa hadapan. Oleh sebab cikgu tanx tidak
mempunyai kesedaran terhadap profesyennya beliau berkelakuan begitu. Selain itu dia
juga perlulah amanah dalam kerjanya. Cikgu tanx tidak sepatutnya memungut wang
dari pelajarnya tanpa kebenaran daripada murid-murid sekolah. Dia perlulah
berorientasikan kerja. Kerja seorang guru itu dianggap sangat mulia jika dilakukan
dengan sepenuh hati. Cikgu tanx pula mengambil kesempatan terhadap profesyennya
dan menyalah gunakan kuasanya sebagai seorang guru untuk mengutip wang daripada
pelajarnya.

Tambahan pula, cikgu tanx perlulah bertanggungjawab dalam perkhidmatannya,


dia sebagai seorang guru mempunyai banyak tanggungjawab seperti mendidik anak
muridnya dan menolong mereka untuk berjaya telah mengabaikan tugasnya dan tidak
mempedulikan tugasnya ,di sebaliknya dia selalu ponteng ke sekolah ,seorang kaki judi,
kaki arak dan juga seorang yang selalu membebankan orang lain dengan tugas yang
diberikan kepadanya.

Cikgu tanx juga perlulah ikhlas dalam perkhidmatannya, segala tugasan yang
diberikan kepadanya perlulah disiapkan olehnya di sebaliknya dia selalu menyerahkan
tugas yang diberi kepadanya kepada rakan sekerja yang lain dan membebankan
mereka dengan tugasnya dan dia tidak berusaha untuk menyiapkan tugasnya dengan
berdikari.Dalam msituasi ini , cikgu tanx juga perlulah berdedikasi dalam
perkhidmatannya. Kerjanya sebagai seorang guru perlulah disedarinya. Profeyan
sebagai seorang guru tidaklah begitu senang jika dibandingkan dengan profesyen lain
jadi tugasnya sebagai seorang guru perlulah dilakukannya dengan ikhlas dan sepenuh
hati.
Cikgu tanx seorang kaki judi, kaki arak, penipu pembohong, mungkir janji dan
mempunyai skandal dengan beberapa perempuan. Perkara perkara seperti ini tidaklah
menjadi contoh yang baik untuk seorang guru yang sepatutnya tekun dalam tugas.
Tiada satu daripada kelakuannya menunjukkan yang dia merupakan seorang guru yang
berfokus kapada tugasnya. Walaupun dia melakukan perkara-perkara buruk seperti itu
jikalau dia melakukan kerjanya sebagai seorang guru. Dia tidak akan dipandang rendah
tetapi realitinya ialah cikgu tanx tidaklah begitu mementingkan tugasnya dan
mengabaikan segala-galanya dan terjerumus ke dalam gejala negatif.

Akhirnya dia perlulah berdisiplin dalam perkhidmatan. Cikgu tanx perlulah


menghadiri ke sekolah tepat ada masanya tetapi dia selalu memonteng sekolah dan
sukar ditemui. Sebagai seorang guru kita perlulah berdisiplin danagn menghadiri ke
sekolah setiap hari dan menjadi contoh kepada pelajarnya, di sebaliknya kelakuannya
terbalik dengan situasi sebanarnya.

Jika seseorang itu tidak mempunyai akhlak yang baik, hidupnya tidak akan
sempurna dan segala gejala yang tidak baik akan dilakukannya.

Anda mungkin juga menyukai