Anda di halaman 1dari 5

SKW 3141

KEMAHIRAN ISANIAH
TEMURAMAH USAHAWAN BERJAYA
PENSYARAH : PN.MAZIAH BINTI MUDA
NAMA AHLI KUMPULAN :
T01SPE14F046
T01SPE14F611
T01SPE14F623

MUHAMMAD KHAIRUL
ANUAR BIN CHE HASSIM
MUHAMMAD NOR AZFAR
BIN ALIAS
MUHAMMAD ARIF BIN
BAZALI LAKSANA

TEMU BUAL BERSAMA USAHAWAN GANO


EXCEL : PN.SARIDAH
Kami telah menemubual usahawan Gano excel produk kesihatan cendawan
nombor 1 dunia iaitu Pn.Saridah Binti Sulaiman ,50 tahun ,ibu kepada 5 orang
anak yang telah mengusahakan produk ini selama 13 tahun .Stokisnya terletak di
tengah Bandar Kuala Terengganu dan bekerja seorang diri .Kami amat kagum
dengan Puan Saridah yang peramah ,tidak kedekut ilmu dan sporting menjawab
soalan .
Soalan 1 :Bagaimana puan bermula mengusahakan perniagaan ini ?
Jawapan 1 :Saya seorang suri rumah pada mulanya .Kemudian salah seorang rakan
saya mengesyorkan produk Gano excel ini .

Soalan 2 :Pihak mana yang menyokong puan memulakan perniagaan ini ?


Jawapan 2 :Rakan baik dan suami saya .Mentor saya adalah Encik Jaafar iaitu
usahawan berjaya dalam perniagaan ini .Saya mengikuti kursus yang ditawarkan
oleh syarikat Gano Excel dengan melawat ladang cendawan nombor 1 dunia .

Soalan 3 :Bagaimana puan memulakan modal perniagaan ini ?


Jawapan 3 :Pada mulanya saya bermula menjual produk ini kecil-kecilan dengan
bantuan suami dan berniaga di kedai suami saya ,iaitu Shima Auto Accessories.

Soalan 4 :Boleh puan ceritakan sedikit tentang stokis puan ini ?

Jawanpan 4 :Pada asalnya ia sebuah kedai pemasangan aksesori kereta milik suami
.Kemudian suami saya jatuh sakit dan menyuruh saya mengubahsuai kedai tersebut
untuk dijadikan stokis .Syarikat Gano Excel membantu saya mengubahsuai kedai
tersebut sepenuhnya .

Soalan 5 :Berapakah pendapatan puan dalam sehari dan bagaimana puan


memasarkan produk ini ?
Jawapan 5 :Pendapatan saya tidak menentu kerana ia mengikut pangkat .Saya
memasarkan produk ini dengan mengunakan kereta iaitu pergi ke sesuatu kampung
atau mana-mana tempat dan menerangkan kebaikan produk bersama rakan baik
saya iaitu Pn.Zahironisha .

Soalan 6 :Apakah cabaran yang dihadapi oleh puan semasa menjalankan


perniagaan
Jawapan 6 :Cabaran yang selalu dihadapi adalah dari pelanggan yang tidak sabar
untuk sembuh dari penyakit .Selain itu ,terdapat beberapa pengedar kecil kecilan
yang memburukkan nama saya .Kadang-kadang duit tidak mencukupi untuk
mengambil stok kerana plan sentiasa berubah-ubah .

Soalan 7 :Harapan puan di masa hadapan


Jawapan 7 :Saya sentiasa berdoa supaya dipanjangkan umur agar saya dapat
mengusahakan lagi produk Gano excel pada masa hadapan dan juga berharap
anak-anak saya mengikuti jejak saya iaitu mengusahakan produk ini .

Soalan 8 :Nasihat Puan kepada usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan

Jawapan 8 :Saya berharap usahawan baru yang menceburi bidang ini menghormati
orang dan tidak memburuk-burukan sesiapa dan juga sentiasa bersabar .

Bukti kami meneramah usahawan tersebut

Anda mungkin juga menyukai