Anda di halaman 1dari 40

Vietnam

Masyarakat Vietnam mempunyai satu konsep hidup

yang penting iaitu

tiada kesenangan tanpa perjuangan

Perjuangan mereka menentang penaklukan China

Gerakan-gerakan menentang Perancis kerana dasar


penjajahan kuasa tersebut telah merosakkan nilai-nilai
tradisional Vietnam.

Penjajahan Perancis telah merosakkan:

Institusi

Struktur dan sistem


pentadbiran tradisional

Perkembangan nasionalisme Vietnam sebelum PDII

boleh dibahagikan kepada tiga tahap;

Tahap pertama: 1830-1890-an


Tahap kedua: 1900-1920-an
Tahap ketiga: 1920-an sehingga PDII.

Pembahagian ini berdasarkan kepada unsur-unsur

organisasi, kepimpinan, matlamat dan cara


perjuangan serta ideologi.

Penentangan orang Vietnam terhadap penjajahan

Perancis bermula sejak kuasa imperialis itu


menduduki Cochin China pada tahun 1862.

golongan yang menentang:

Golongan cendikiwan pada zaman pra-kolonial

adalah golongan yang memegang kuasa;


penasihat raja,
Pembesar
pemimpin di peringkat kampung
guru.

Dari segi ekonomi, golongan ini merupakan

pemilik harta yang kaya serta dihormati.

Ramai dari mereka tinggal di kawasan luar

bandar dan justeru itu mereka mempunyai


hubungan yang rapat dengan rakyat.

Menjelang waktu kehancuran kuasa monarki Vietnam pada

akhir abad ke-19, golongan cendikiawan dapat dibahagikan


kepada dua kumpulan.

memberi khidmat kepada raja. Mereka dikenali


sebagai mandarin dan sangat
mempertahankan kedudukan mereka.

mempertahankan moral masyarakat dan


individu. Mereka ini sedar akan
tanggungjawab mereka sebagai manusia
berilmu tetapi mereka terlalu terbelenggu
dengan amal-upacara tradisional.

Penentangan golongan cendikiawan menjadi hebat

apabila Perancis menunjukkan bahawa penjajahannya


bukan sahaja kepada aspek politik dan ekonomi, tetapi
termasuk juga aspek sosio-budaya.

Golongan cendiakawan merasakan bahawa penjajahan

Perancis akan menghilangkan keperibadian Vietnam.


Oleh itu mereka melancarkan perjuangan untuk
menyelamatkan bangsa dan negara Vietnam, iaitu
gerakan yang diistilahkan sebagai cuu quoc.

Penentangan golongan cendikiawan, golongan

agama dan rakyat jelata terhadap pencerobohan


Perancis tidak begitu berjaya. Terdapat dua faktor:
1. Terdapat sebahagian dari golongan cendikiawan
yang lebih suka menentang Perancis secara
pasif, iaitu cenderung kepada perdamaian dan
perundingan atau diistilahkan sebagai "Hoa
Nghi.
2. Perjuangan bersenjata pula tidak begitu
tersusun dan kadangkala terganggu oleh
kekacauan yang berlaku di dalam negeri sendiri.

Kebanyakan golongan cendikiawan yang cenderung

kepada berkompromi adalah dari golongan istana di


Hue.

I. menerima hakikat bahawa tentera Perancis lebih

kuat.

II. salah tanggapan tentang motif Perancis kerana

mereka menyangka Perancis hanya berminat


mengukuhkan keududukan perdagangannya sahaja

III. dinasti Nguyen yang memerintah terpaksa

menghadapai penentangan terhadap dirinya


sehingga tidak berupaya mengerakkan rakyat untuk
menentang Perancis dengan lebih berkesan.

Raja Vietnam, iaitu Tu Duc, walaupun pada amnya menerima

kompromi dan membuat perjanjian dengan Perancis, tidaklah


begitu senang dengan pendudukan Perancis. Beliau cuba
meminta pertolongan Inggeris dan China, tetapi gagal.

Golongan yang menentang Perancis dipimpin oleh "regent"

Ton That Thuyet. Matlamat mereka ialah untuk


mengembalikan maruah dan kedudukan raja yang hak atau
perjuangan yang dikenali sebagai "Can Voung".

Mereka melancarkan satu gerakan bagi mengusir keluar

Perancis pada bulan Julai 1885, tetapi berjaya dipatahkan


oleh Perancis.

Istana Hue ditawan oleh Perancis menyebabkan Thuyet dan

Raja Ham Nghi melarikan diri ke Annam Utara.

Pada bulan September 1885 golongan cendiakawan melancarkan

"Pemberontakan golongan cendikiawan" yang turut mengambil


tindakan membunuh orang-orang Kristian.

Pemberontakan bermotif "Can Voung" ini menjadi luntur apabila

tertangkapnya bekas raja Ham Nghi dan pemergian Ton That


Thuyet ke negeri China.

Penentangan bersenjata diteruskan oleh golongan cendikiawan

sehingga tahun 1898. Walaupun motif "Can Voung" dikekalkan,


tetapi penentangan mereka beralih kepada

perjuangan popular atau berciri nasionalisme yang


berlandaskan patriotisme dan xenophobia (benci kepada
bangsa asing)

serta kesetiaan kepada ajaran-ajaran Kung Fu-Tze seperti


doktrin "Mengelak dari perkara benar atau adil adalah curang
atau penakut" (Analects).

Dua orang tokoh memainkan peranan utama dalam gerakan

nasionalisme Vietnam yang berkembang dari 1890an hingga


menjelang tahun 1920.

Phan Chau Trinh.


mengutamakan aliran reformis, iaitu mahu bekerjasama dengan

Perancis bagi memodenkan Vietnam.

Beliau menolak pemerintahan beraja atau feudalisme dan

sebaliknya menyarankan pembentukan pemerintahan demokrasi


dalam rejim kolonial sebagai langkah awal ke arah otonomi.

Menurut Trinh, perjuangan hendaklah secara beransur-ansur

dan tidak perlu menggunakan senjata.

Aliran ini dominan dalam nasionalisme Vietnam antara tahun


1919 hingga 1925. Pada tahun 1932 aliran ini hidup kembali
dengan kepulangan Raja Bao Dai teraju kepada pembentukan
kerajaan raja berparlimen dan berautonomi.

Phan Boi Chau


aliran revolusioner. Berjuang untuk mengembalikan kuasa

monarki, "Can Voung," tetapi monarki yang dimodenkan


institusinya seperti pembaharuan yang dilakukan kepada
kerajaan Meiji, Jepun.

menekankan perjuangan berciri burjuis, iaitu meninggalkan

doktrin sempit Kung Fu-Tze, dan menerima pengaruh


reformis Kang Yu-Wei, nasionalis China akhir tahun 1890-an.
Ciri-ciri Republikan yang diperjuangkan oleh Dr. Sun Yat-Sen
dan cara perjuangan Kuo-Min-Tang juga dicontohi oleh Chau.

Phan Boi Chau berjuang melalui beberapa cara. Satu caranya

ialah melalui tulisan yang menggambarkan kedudukan politik


Vietnam bagi menyedarkan rakyat. Antara tulisan beliau ialah
"Vietnam Vong Quoc Su" (Sejarah Jatuhnya Vietnam) pada
tahun 1906, "Hau Cau Huyet Le Tan Thu" (Buku Seberang
Laut Ditulis Dengan Darah), "Tan Vietnam" (Vietnam Baru),
"Nasihat Kepada Belia Untuk Belajar Di Luar Negeri

Selepas Perang Jepun-Rusia, 1905, Chau

menyeludup masuk ke Vietnam bagi mengumpul


tenaga pergerakan bagi menentang Perancis.

Beliau mendapat sokongan daripada orang-orang

seperti Phan Chu Trinh dan seorang keluarga diraja,


Cuong De. Cuong De kemudiannya telah pergi ke
Jepun dan menubuhkan sebuah persatuan yang
dinamakan "Viet-Nam Duy Tan Hoi" (Persatuan
Bagi Memodenkan Vietnam).

Tujuan utama persatuan ini ialah


i. membebaskan Vietnam dari penjajahan Perancis,
ii. mengembalikan semula takhta kerajaan Vietnam

kepada yang berhak


iii. pembentukan satu perlembagaan sepertimana yang
terdapat di Jepun.

Bagi meluaskan lagi penentangan dan dengan

bantuan sebilangan cendiakawan, sebuah sekolah


"Dong-Kinh Nghia-Thuc" dibangunkan di Tonkin pada
tahun 1907.

Pendidikan moden seperti ilmu saintifik dan ilmu-

ilmu Barat disampaikan kepada para belia Vietnam.

Sekolah ini bolehlah dianggap sebagai saingan

kepada Universiti Indochina yang tubuhkan oleh


Perancis di Hanoi pada tahun 1906.

Tujuan penubuhan universiti ini ialah untuk

mengelakkan elit Vietnam pergi keluar negeri bagi


mendapatkan pelajaran yang mengandungi idea-idea
pembaharuan atau revolusioner.

Para pejuang nasionalisme Vietnam juga mengalakkan

orang-orang Vietnam meninggalkan unsur-unsur tradisional


yang menambat atau menggambarkan sifat-sifat kolot dalam
kehidupan mereka.

Misalnya golongan lelaki digesa supaya tidak lagi berambut

panjang yang biasanya disanggulkan di belakang kepala.


Gerakan ini dikenali sebagai "Hair Cutter".

Kegiatan para nasionalis ini membimbangkan pihak Perancis.

Kemuncak pergerakan ini dan kebimbangan Perancis telah


bertembung dalam satu krisis politik pada tahun 1908.

Di Annam, pemberontakan dilancarkan oleh para petani yang

dipimpin oleh golongan cendikiawan untuk menentang cukaicukai dan kerja kerah dalam lombong arang batu Nong Son
serta penggunaan matawang besi.

Pemberontakan ini tersebar ke Hoi An di wilayah Quang

Nam, Quang Ngai, Binh Din, Phu Yon, Thua Thien dan Ha
Tinh. Manakala di kawasan Tongkin, terdapat satu
percubaan meracun pegawai-pegawai tentara Perancis di
Hanoi.

Perancis berjaya mematahkan penentangan-penentangan

yang dilancarkan. Para pemimpin penentangan, termasuk


Phan Chau Trinh yang berjaya ditangkap dibuang ke Pulau
Condor.

Perancis juga mengambil tindakan menutup Universiti

Indochina dan sekolah Dong-Khinh Nghia Thuc. Kejayaan


Perancis ini secara tidak langsung telah menggagalkan
harapan Phan Boi Chau di Jepun mengerakkan peranan
Persatuan Perlembagaan Vietnam.

Persatuan ini berupa sebuah kerajaan wilayah (buangan)

Vietnam bernama "Tan Viet-Nam Cong Hien".

Tahun-tahun selepas Perang Dunia pertama

memperlihatkan beberapa perkembangan baru dalam


gerakan nasionalisme Vietnam terutamanya
penglibatan golongan burjuis Vietnam.

Pada tahun 1923 muncul dari kalangan mereka ini

sebuah parti bernama Parti Perlembagaan diasaskan


oleh Duong Van Giao, seorang peguam, Nguyen Phan
Long, seorang wartaman; dan Bui Quong Chen,
seorang jurutera pertanian dan tuan tanah. Parti ini
cuba seberapa boleh untuk mewujudkan kerjasama
Perancis-Vietnam.

Walau bagaimanapun pergerakan ini dan pergerakan-

pergerakan lain yang sehaluan tidak mendapat


kejayaan kerana kegiatan mereka sedikit terkeluar dari
arus perjuangan tempatan dan jauh dari memperolehi
sokongan rakyat jelata.

Kegagalan perjuangan dari tempoh tamat Perang

Dunia Pertama sehingga tahun 1926 berpunca


kepada beberapa sebab:
1. badan-badan pergerakan kebangsaan tidak
bersatu padu. Tujuan, tektik dan ideologi mereka
sangat berbeza-beza. Terdapat badan-badan
pergerakan yang sepenuhnya bekerjasama
dengan Perancis khususnya badan-badan yang
dianggotai oleh orang berharta, berpendidikan
Perancis atau burjuis bandaran. Sebilangan
badan lain bersikap anti-penjajahan sepenuhnya.
Mereka ini terdiri dari kalangan buruh atau
pekerja bawahan, burjuis kecil dan mereka yang
berpendidikan tempatan. Golongan yang
bersikap anti-penjajahan ini terpecah pula
kepada puak yang berideologi reformis dan puak
yang berideologi revolusi.

2.

beberapa pentadbir Perancis yang menjalankan dasar


yang baik dan disukai oleh rakyat Vietnam. Albert
Sarraut misalnya, terkenal dengan peraturan
"Pendidikan Awam" dan dasar "association" yang
disanjung oleh sebilangan para pejuang nasionalisme
Vietnam.

3.

golongan bandaran tidak menjadi wira kepada


golongan luar bandar terutamanya kerana bersikap
tidak mempersoalkan tentang keburukan ekonomi
gologan bawahan.

4.

Perancis bersikap dingin serta menghalang


pertumbuhan badan-badan politik orang Vietnam.
Misalnya, usaha Parti Perlembagaan pada tahun 1926
hendak bergabung dengan badan-badan pergerakan
lain bagi mewujudkan Parti Rakyat Progresif Vietnam,
menemui kegagalan kerana tidak diizinkan oleh
Perancis.

5.

sikap tidak percaya para pemimpin bandaran


terhadap orang ramai sehingga sedikit sahaja
cawangan-cawangan perjuangan mereka ke
seluruh pelusuk negeri.

6.

para nasionalis bandaran hanya mengharapkan


kejayaan beberapa matlamat politik dan
mengenepikan persoalan ekonomi, adat dan
sosial dalam manifesto perjuangan mereka.

Perjuangan terus disegarkan oleh beberapa faktor.


i.

kegiatan persuratkhabaran. Terdapat beberapa surat


khabar yang berbau anti-penjajah seperti La Cloche
Felee, L'Annam, La Lutte, dan La Echo Annamite.

ii.

sekolompok orang Vietnam yang dibenarkan masuk ke


dalam Majlis Jajahan semakin sedar tentang politik.
Mereka mula faham terhadap dasar Perancis yang tidak
baik kepada Vietnam.

iii.

kesedaran kebudayaan iaitu kesedaran terhadap


perbezaan budaya mereka dengan budaya yang dibawa
oleh Perancis terutamanya soal hubungan kekeluargaan.
Perancis cuba mengikis kekuatan hubungan kekeluargan
dengan cara mengutamakan pendirian individu.

iv. faktor ekonomi. Sejak 1919 keadaan ekonomi mulai

menjadi pertimbangan utama dalam kehidupan orang


Vietnam. Dari semasa kesemasa soal ekonomi diheret ke
dalam perjuangan para nasionalis. Kemelesetan ekonomi
dunia pada tahun-tahun 1920-1922 dan 1929-1933
mencetuskan masalah-masalah ekonomi yang turut
membebankan lagi kehidupan orang-orang Vietnam.

Selepas tahun 1925 kegiatan nasionalisme Vietnam

memasuki tahap baru berdasarkan kepada bentuk organisasi,


kepimpinan dan ideologi. Dari tahun itu hingga tahun 1930
pertubuhan utama dalam gerakan nasionalisme Vietnam ialah
Parti Nasionalis Vietnam (Vietnam Quoc Dan Dang) atau
ringkasnya VNQDD.

Pertubuhan ini dipelopori oleh cendikiawan dan patriot

Vietnam. Ia bermula sejak 1925 lagi, tetapi hanya pada 1927


barulah bergerak secara rasmi atau terbuka. Matlamatnya
untuk melakukan revolusi nasional dengan menggunakan
tenaga tentera demi menggulingkan sistem feudal penjajah
dan akhirnya mewujudkan negara Vietnam yang bersifat
republik demokratik.

VNQDD mengambil contoh dari Sun Yat Sen/Parti

Kuomintang di negeri China. VNQDD menerima ahli dan


sokongan dari rakyat umum dan mendapat bantuan dari luar
negeri. Para pelajar, pegawai rendah kerajaan, askar,
peniaga/burjuis kecil bandar, kaum buruh, petani dan wanita.

Kaedah perjuangan VNQDD menyerupai juga bentuk

perjuangan Lenin,
`democratic centralism', iaitu mengutamakan perbincangn
kolektif terhadap polisi parti disemua peringkat,

ketaatan hirarki rendah kepada hirarki atas; dan

pemilihan pemimpin dilakukan setiap enam 6 bulan sekali.


Di dalam mesyuarat VNQDD pada bulan Julai 1928,

pertubuhan ini menyeru supaya diadakan perpaduan di antara

badan-badan perjuangan kebangsaan termasuklah yang


utamanya Parti Revolusi dan Liga Pemuda Revolusi Vietnam
(LPRV). Malangnya tidak terjalin persahabatan yang konkrit
antara badan-badan ini kerana kelainan ideologi dan
sebagainya.

Sehingga tahun 1929, VNQDD telah mempunyai seramai

1,500 ahli dari kira-kira 120 cawangan yang kebanyakannya


terdapat di kawasan Delta Sungai Merah (Tonking).

penjajah Peranchis pula semakin giat melaksanakan ekspoitasi

ekonomi. Monopoli perniagaan candu, garam dan arak oleh


Perancis menambah kegelisahan dan kemarahan rakyat kerana
mewujudkan masalah kewangan dan ketidakadilan sosial.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila berlaku kemelesetan

ekonomi dunia dari 1929 hingga 1932.

Kesukaran kehidupan rakyat memaksa VNQDD

memperjuangkan kebajikan rakyat. Apabila berlaku


pembunuhan ke atas Bazin (penguasa bahagian kerahan tenaga
buruh) pada tahun 1929, VNQDD dituduh terlibat. Bermula
dari sini, sikap curiga Peranchis terhadap VNQDD bertukar
kepada sikap permusuhan.

Pada 1930 berlakulah peristiwa yang dikenal sebagai "Yen Bay

Revolt" (Pemberontakan "Yen Bay"). Peristiwa in berlaku


kerana adalah menjadi harapan VNQDD supaya
pemberontakan/penentangan terhadap Peranchis dimulakan
oleh pegawai-pegawai askar bangsa Vietnam yang berada di
Yen Bay dan Son Tay serta Lao Cay. Pemberontakan itu
dirancang supaya berlaku serentak dan kemudian diikuti oleh
penentangan cawangan-cawangan VNQDD lainnya.

Pemberontakan di Yen Bay sahaja yang berhasil memberi

kesan ke atas pihak Peranchis, manakala lain-lainnya tidak


mendatangkan sebarang kesan.

Badan yang mempelopori ideologi komunis di Vietnam ialah


Liga Pemuda Revolusi Vietnam. Salah seorang yang
menyalurkan komunisme ke dalam Liga ini ialah Ho Chi Minh.
Pada tahun 1924, Ho Chi Minh (Nguyen ai Quoc) pulang dari
Peranchis dan singgah di Canton, tempat tinggal pelarianpelarian politik Vietnam ketika itu.

Di Canton, Ho telah mengatur dan mengadakan perhubungan

dengan orang-orang pelarian politik. Ho juga mengadakan


hubungan dengan kumpulan Tam Tam Xa (Heart-to-Heart
Association), sebuah persatuan revolusionari yang ditubuhkan
pada tahun 1923 oleh Le Hong Phong (yang menjadi
Setiausaha Agung kepada Indochinese Communist Party/ICP
pada 1935-59).

Le Hong Pong juga sedang berusaha menyatukan semua

gerakan penentangan Vietnam ke dalam satu petubuhan. Atas


hasrat inilah Tam Tam Xa telah diubahkan menjadi Liga Pemuda
Revolusi Vietnam (Vietnam Thanh Nien Cach Menh Dpong Chi
Hoi/LPRV, atau ringkasnya disebut Thanh Nien) pada tahun
1925. LPRV merupakan pertubuhan pertama Marxist di IndoChina yang sebenar-benarnya, tetapi tidak formal. Badan ini
dijadikan asas bagi melatih pemuda-pemuda Vietnam tentang
ajaran-ajaran Marxist.

Namun demikian Ho Chi Minh masih enggan

menubuhkan sebuah parti komunis di


Vietnam, kerana tidak ramai yang memahami
ideologi komunis sepenuhnya dan tidak juga
terdapat kelas pekerja, komponen penting
dalam pergerakan komunis. Oleh itu LPRV
merupakan persiapan awal pihak komunis
melancarkan revolusi kebangsaan melalui
sebuah barisan bersatu golongan-golongan
anti-imperialisme di Vietnam.

Ibu pejabat LPRV bertempat di Canton sehingga tahun

1927 dan menerbitkan akhbar mingguan rasminya


Thanh Nien (1925-1927). Badan ini mengambil beliabelia Vietnam menjadi anggotanya. Mereka diberi
latihan di sekolah-sekolah latihan Parti Komunis dan
parti Kuomintang yang terletak di kawasan China
Selatan seperti di "Communist Party Peasant Seminar",
Universiti Sun Yat Sen dan di sekolah-sekolah tentera
seperti di Whampoa.

Pemuda-pemuda itu diajar mengenai kapitalisme,

sejarah gerakan pembebasan Asia, falsafah-falsafah


Ghandi dan Sun Yat Sen, anarkisme, Marxisme,
Leninisme, revolusi Bolshevik, dialektika materialisme,
dan hal-hal yang berhubung dengan pertubuhan
Komunis Antarabangsa (Commintern). dan Ho Chi
Minh sendiri mengajr teknik-teknik revolusi seperti yang
diperolehi dari University of the Toilers of the East.

Buku Ho, The Road of the Revolution,

menjadi tatapan pemuda-pemuda itu.


Pergerakan mereka berupa aktiviti rahsia dan
ahli-ahli yang tidak setia akan didedahkan
kepada polis Perancis. Cara ini sangat
berkesan bagi Ho memberi keutuhan dan
kekuatan perjuangn LPRV.

Pada penghujung tahun 1925 rekruit-rekruit LPRV telah

dihantar balik ke Vietnam dan menubuhkan


jawatankuasa LPRV Bahagian Tonking, Annam dan
Cochin-China serta di peringkat daerah dan kampung.
Mereka juga menyeludup dan menubuhkan sel-sel
pergerakan di kalangan pengusahaan, kilang-kilang,
ladang-ladang getah dan sekolah-sekolah untuk
membangkitkan kesedaran kebangsaan dan
mengembangkan faham komunis.

Berbeza dari pergerakan nasionalisme sebelumnya,

LPRV memperjuangkan juga kepentingan rakyat


bawahan terutamanya golongan proletariat dan tani yang
paling tertindas oleh imperialisme Perancis. Sementara
itu LRPV juga mencari jalan untuk menggabungkan
persatuan-persatuan perjuangan lain tetapi tidak berjaya.
Walau bagaimanapun LPRV berjaya meransang para
pekerja melakukan beberapa mogok.

Pada penghujung tahun 1920an, LPRV menghadapi

perpecahan akibat dari krisis bentuk perjuangan. Dalam


Kongres pertama LPRV di Hong Kong, pada bulan Mei
1929, wakil-wakil LPRV dari Tonking telah menarik diri dari
Kongres dan kemudiannya keluar dari LPRV.

Mereka mahu perjuangan ideologi komunis dilancarkan

sepenuhnya dan tidak lagi bertopengkan nasionalisme.


Wakil-wakil dari Tonking kemudiannya menubuhkan Parti
Komunis Indochina (Indo-chinese Communist Party/Dong
Duong Cong San Dang), pada bulan Jun, 1929.

Parti ini mendapat sambutan hangat dari rekruit-rekruit

LPRV Tonking, bekas-bekas ahli Parti Revolusi Vietnam


Baru (Tan Viet Cach Mang Dang) yang ditubuhkan pada
1925 dan ahli-ahli dari Parti Harapan Pemuda (Cao Vong
Thanh Nien Dang) yang wujud sejak tahun 1927. Parti
Komunis Indo-China ini dengan cepat menjadi tandingan
yang hebat kepada LPRV.

Menyedari saingan hebat dari Parti Komunis Indo-China ini, maka

LPRV sendiri kemudiannya menubuhkan Parti Komunis Annam


(ACP) untuk menjamin supaya ahli-ahlinya tidak memihak
kepada parti Komunis Indo-China (ICP), pada tahun 1929

Persaingan hebat ICP dan ACP telah menyebabkan sebuah lagi

organisasi komunis, Tan Viet (Parti Revolusi Vietnam Baru)


mengumpulkan ahli-ahlinya di kawasan tengah dan selatan
Annam ke dalam sebuah parti yang baru bernama Indochinese
Communist League (ICL/Liga Komunis Indo-China). Ketigatiganya, ACP, ICP dan ICL berusaha menyaingi antara satu sama
lain untuk menjadi juara perjuangan kebebasan berideologi
komunisme.

Commintern bimbang kepada bahaya perpecahan itu dan

mengarahkan Ho Chi Minh berusaha menyatukan ketiga-tiga


badan pergerakan tersebut. Badan-badan ini dapat disatukan
melalui Konfren Penyatuan yang diadakan di Kowloon (Hong
Kong) pada tahun 1930. Mereka bergabung ke dalam sebuah
organisasi yang bernama Viet Nam Cong San Dang (Parti
Komunis Vietnam).

Beberapa bulan kemudian nama itu ditukar kepada

Parti Komunis Indo-China (Dong Duong Cong San


Dang) untuk menyesuaikannya dengan cita-citanya
yang lebih luas, tidak sahaja ke atas Vietnam tetapi
melibatkan seluruh Indo-China.
Pemberontakan yang dilancarkan oleh VNQDD dan

percubaan ICP menguasai beberapa kawasan serta


tindakan keras Perancis terhadap kedua ancaman itu
telah memberi kesan besar kepada orang Vietnam
dan Perancis. Berikutan dari itu sedikit perubahan
dasar penjajahan dilakukan. Pada bulan September
1932, putera Bao Dai dibawa pulang dari Perancis
untuk menghidupkan semula pemerintahan raja
Vietnam. Walau bagaimanapun Bao Dai memerintah
sebagai raja boneka sahaja.

Sementara itu para pejuang kebangsaan membina semula

kekuatan mereka. Bermula dari tahun 1932, pusat kegiatan yang


baru para nasionalis dan komunis Vietnam ialah di bahagian selatan
(Cochin-China). Di bandar ini dasar Peranchis agak liberal dan
kegiatan politik rakyat yang tidak eksterim dibenarkan bergerak.
Peluang ini digunakan oleh komunis untuk mengumpulkan semula
anggotanya yang bertaburan dan tidak tersusun selepas tindakan
Perancis pada tahun 1930-1931.

Kepulangan Tran Van Giau dari Moscow pada tahun 1932 memberi

kepimpinan baru untuk kegiatan komunis. Beliau telah memberi


tenaga baru dengan kempen melalui majalah dan akhbar, Co Do
(Red Flag) dan Tap Chi Cong San (Communist Review) serta
menyatukan para komunis ke dalam Liga Anti-Imperialis. Dengan ini
komunis sekali lagi memainkan peranan yang penting tetapi dengan
cara yang agak berlainan sedikit, iaitu tiada kekerasan tetapi
dengan mengunakan desakan dan mata pena.

Pada masa Perang Dunia Kedua, Vietnam kekal ditadbir oleh

pihak Perancis (kerajaan Vichy). Jepun membenarkan keadaan


ini setelah kerajaan Vichy bersetuju meletakkan kemudahan
ketenteraan dan sumber ekonomi Vietnam kepada kehendak
Jepun. Perkembangan ini menutup peluang pejuang
kebangsaan Vietnam mengusir Perancis keluar.

Pada tahun 1940, ICP melakukan percubaan akhir

menggulingkan Peranchis dengan menyeru rakyat berjuang


menubuhkan rejim republikan yang sejajar dengan Soviet Union.
Rancangan ini dapat dikesan oleh Peranchis dan telah
dipatahkan.

Pemimpin-pemimpin komunis telah meminta perlindungan di

Negeri China. Di sini mereka menyertai beberapa orang


pemimpin-pemimpin nasionalis yang diketuai oleh Ho Chi Minh.

Ho muncul sebagai pengatur nasionalis Vietnam dan pada tahun

1941 menubuhkan Viet Nam Doc Lap Dong Minh Hoi (Liga
Kemerdekaan Vietnam) yang kemudiannya dikenali sebagai
Vietminh, yang merangkumi kebanyakan organisasi nasionalis
Vietnam.

Vietminh membentuk angkatan tenteranya dengan bantuan

China dan Rusia. Sehingga bulan September 1944, Vietminh


sudah mempunyai tentera sebanyak 5,000 orang dan
menguasai tiga kawasan pergunungan. Mereka juga
menjangkakan bahawa masa untuk memerdekakan Vietnam
sudah hampir. Apabla Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos
1945 Vietminh memilih Jawatankuasa Pembebasan
Kebangsaan.

Jawatankuasa ini akan berperanan sebagai kerajaan sementara

di Vietnam yang dibebaskan dari penjajahan sebelum Republik


Demokratik Vietnam (Democratic Republic of Vietnam/DRV)
diwujudkan. Setelah sebahagian dari Vietnam dapat dikuasai
oleh Vietminh, maka pada 2hb September 1945, Ho Chi Minh
mengistiharkan kemerdekaan dan pembentukan kerajaan
Republik Demokratik untuk Vietnam.

Pengistiharan itu tidak diakui sah oleh sebarang negera lain


pun dan keadaan ini menyebabkan perjuangan kemerdekaan
Vietnam terpaksa diteruskan lagi.

Anda mungkin juga menyukai