Anda di halaman 1dari 6

TERJEMAHAN RINGKASAN NOVEL HOW I MET MYSELF.

CHAPTER 1: PERTEMUAN ANEH


John Taylor berjalan pulang ke rumah dari pejabatnya seperti biasa. Petang itu sejuk
dan bersalji dan tidak ramai orang yang berjalan di lorong sempit di Thirteenth
District, Budapest pada waktu itu. Tiba-tiba, di satu sudut gelap lorong itu, John
terdengar bunyi kuat pintu ditutup dari dalam sebuah bangunan dan seseorang
berlari. Pintu jalan terbuka secara tiba-tiba dan seorang lelaki berlari ke arahnya.
John terjatuh dan menjerit kepada lelaki itu. Lelaki itu meminta maaf dalam bahasa
Hungari dan dengan cepatnya berlalu pergi. John merasa aneh kerana lelaki itu
menyerupai dirinya.
CHAPTER 2: MEMPERKENALKAN DIRI SAYA
John Taylor ialah seorang berbangsa English yang sedang bekerja di Budapest
sebagai computer programmer. Dia belajar berbahasa Hungary daripada seorang
guru yang cantik bernama Andrea yang seterusnya mereka jatuh cinta dan
berkahwin. Mereka tinggal di Thirteenth District di Budapest. Andrea mengajar
Bahasa Hungari kepada pendatang asing di beberapa sekolah dan syarikat serta
beberapa orang pelajar di rumah.
CHAPTER 3: PENCARIAN
John Taylor terfikir-fikir ke mana lelaki yang menyerupai dirinya itu pergi. Dia hanya
perasan bahawa lelaki itu belok ke kanan di simpang hadapan. John mengejar lelaki
itu dan melihat dia masuk ke arah pintu bar yang berada di bawah tanah rumah
flat. Setelah sampai di hadapan pintu, John pelik apabila dia tidak melihat jejak
kasut lelaki tersebut di lantai yang bersalji. Dia membuat keputusan untuk masuk
ke dalam bar tersebut untuk bertanyakan tentang lelaki tu. John bertanya kepada
bartender itu sekiranya dia ternampak lelaki yang serupa dengannya tetapi tidak
ada seseorang seperti itu. John kemudiannya memeriksa tandas tetapi tidak
berhasil. Apabila dia pulang ke rumah, dia menipu Andrea tentang apa yang dia
lakukan dan merahsiakan tentang pertemuan anehnya.
CHAPTER 4: FELTCA UTCA
Hari seterusnya, selepas bekerja John pergi semula ke tempat di mana pertemuan
aneh itu berlaku. Pintu itu bernombor 7 Felca utca. Lorong itu dikelilingi oleh flat-flat
yang dibina sejak akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Mereka masih lagi
menayangkan kesan peluru daripada peperangan dunia kedua atau revolusi 1956.
Namun begitu, John menunggu tanpa hasil dan dia masuk ke dalam bar semalam
yang terletak di Gergely utca. Bartender itu memberitahu bahawa dia tidak melihat
sesiapa yang menyerupai John. Pada malam itu, John bermimpi tentang lelaki
tersebut dan perkara itu membuatkan dia takut.
CHAPTER 5: SAYA MEMBERITAHU ANDREA

John berlegar-legar di luar nombor 7 Felca utca dan melepak di bar setiap hari
selama seminggu tanpa memberitahu perkara yang berlaku kepada Andrea. Dia
juga berasa takut untuk tidur pada malam hari kerana mimpi yang selalu berulang
tentang pertemuan aneh tersebut. Pada hari Jumaat tersebut, apabila John pulang
ke rumah, dia mendapati Andrea menangis kerana tidak memahami apa yang
sedang berlaku dengan perubahan sikap John. Maka John pun memberitahu perkara
yang sebenarnya. Andrea terbukti seorang isteri yang sangat memahami dan dia
berjanji untuk pergi bersama dengan John membantu menyiasat tentang lelaki
misteri pada keesokan harinya.
CHAPTER 6: BERCAKAP DENGAN PEMBANTU RUMAH
John melalui tidur yang baik selepas memberitahu Andrea tentang lelaki tersebut.
Keesokan harinya, mereka pergi ke nombor 7 Felca utca. Mereka bertanyakan
kepada dua orang pembantu rumah tentang lelaki tersebut, namun pembantu
rumah tersebut tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu. Kemudian, kedua-dua
mereka pergi minum di bar yang terletak di Gergely utca. John percaya bahawa
lelaki yang dia jumpai itu adalah dirinya sendiri. Dia terfikir-fikir sama ada lelaki
tersebut masih hidup ataupun sudah mati.
CHAPTER 7: DOPPLEGANGER
Mimpi John yang berulang-ulang tersebut sudah pun berhenti dan dia tidak lagi
kerap mengunjungi bar tersebut. Tidak lama kemudian, John dan Andrea mendapat
berita baik tentang kehamilan Andrea. Walaubagaimanapun, pada hari seterusnya
Andrea kehilangan pekerjaan utamanya iaitu guru dengan sebuah bank
antarabangsa. Zsolt, bartender tersebut menawarkan kerja di bar kerana kedai itu
memang memerlukan sentuhan perempuan. Idea-idea Andrea menukarkan hiasan
kepada konsep berlainan membantu menambahkan lagi pelanggan malahan juga
pelanggan perempuan. Walaupun hidup mereka sudah berubah, John masih tidak
lupa tentang pertemuan aneh tersebut dan dia juga mengetahui bahawa lelaki yang
menyerupainya itu dipanggil Doppelganger.
CHAPTER 8: PERCUTIAN
Pada bulan Ogos, Andrea berhenti bekerja untuk Zsolt kerana menantikan kelahiran
anak mereka. Pada 16 September, seorang bayi perempuan bernama Kati
dilahirkan. John terlalu sibuk sehingga terlupa akan kejadian yang berlaku di Felca
utca. Kemudian, John dan keluarganya berangkat ke England untuk merayakan hari
Krismas. Di sebuah pub kampung halamannya, John berjumpa dengan kawan
lamanya Paul Harris, seorang penulis journal. Dia percaya cerita John tentang
Doppleganger tetapi menasihati John supaya berhati-hati. Akhir bulan Desember,
John dan keluarganya pulang semula ke Hungari untuk meraikan cuti tahun baru di
sana. John mula berfikir tentang Doppelgangernya semula dan Andrea menjadi
marah apabila John tidak menumpukan perhatian dan mula mengabaikan
keluarganya.

CHAPTER 9: MENDEKATI TARIKH ITU LAGI.


Pada 11 Januari, John bangun pada pagi itu dengan perasaan takut. Dia mengalami
mimpi itu semula. Dia merujuk diarinya dan menyedari bahawa pertemuan aneh
berlaku pada 18 January tahun sebelumnya. Dia membuat keputusan untuk pergi ke
Felca utca pada tarikh yang sama. Andrea sangat sedih kerana John masih lagi
terlalu asyik dengan doppelganger tetapi apabila John memujuknya untuk bersamasama menyaksikan sekiranya terdapat apa-apa berlaku pada 18 Januari tersebut,
Andrea menyetujuinya. Petra, kawan lama Andrea bersetuju untuk menjaga Kati.
Malam itu, John mengalami mimpi yang sama berulang kali.
CHAPTER 10: 18 JANUARI
Hari Ahad , 18 Januari, John dan Andrea berdiri bertentang dengan nombor 7 Felca
utca pada pukul 6.30 petang. Lorong itu gelap seperti biasa. John berdiri di luar
pintu manakala Andrea berdiri di seberang jalan bertentangan John. Lebih kurang
jam 7.10, John tiba-tiba terdengar bunyi bising dan bunyi seseorang berlari. Pintu
terbuka dan seorang lelaki berlari ke arah John dan melanggarnya jatuh. John
terkejut kerana lelaki itu menyerupai dirinya. John menjerit. Lelaki itu meminta maaf
dalam bahasa Hungari dan berlalu pergi. John menjerit kepada Andrea supaya
mengejar lelaki tersebut yang berlari ke arah hujung jalan dan memasuki bar.
Sambil menarik tangan Andrea, John berlari ke arah bar tetapi pintu itu berkunci.
Andrea memberitahu John bahawa dia tidak melihat sesiapa atau mendengar apaapa. Sejak malam itu dan seterusnya mimpi John berulang dan bunyi bising semakin
kuat bagi setiap mimpi yang dialaminya. John bangun dengan ketakutan setiap
kalinya.
CHAPTER 11: SEDIKIT SEJARAH
Majikan John membenarkannya pulang awal dari kerja pada waktu tengah hari, John
menghabiskan masa di perpustakaan Budapest. Dia mencari maklumat tentang
setiap apa yang berlaku di Budapest Thirteenth District pada setiap 18 januari
tahun-tahun yang lepas. Namun begitu, dia tidak mendapat apa-apa tentang Felca
utca. Pada hari Sabtu dia memberitahu Andrea bahawa dia pergi perbincangan kerja
tetapi sebaliknya ke perpustakaan. Hampir sahaja masa perpustakaan ditutup , dia
menjumpai keratan akhbar bahasa Hungari yang bertajuk Ibu muda dan kanakkanak terbunuh selepas sahaja peperangan berakhir di Pest. Sebutir peluru Russia
mengenai dinding Gergely utca, peluru itu tidak meletup tetapi menghancurkan stor
bawah tanah, membunuh Mrs Szabo dan anaknya pada 18 Januari 1945. Stor bawah
tanah tersebut merupakan bar kepunyaan Zsolt sekarang. Apabila pulang ke rumah,
Andrea memarahi John kerana menipunya tentang di mana John berada pada
petang itu, lebih-lebih lagi apabila John menunjukkan keratan akhbar tersebut.
Andrea tidak mahu lagi menolong John dalam penyiasatan tentang keluarga Szabo.
CHAPTER 12: MENCARI KEBENARAN

Di nombor 7 Felca utca, John mengetahui tentang keluarga Szabo yang tinggal di
tingkat 3, namun begitu mereka bukanlah Szabo yang dicarinya.
Walaubagaimanapun, seorang perempuan tua yang bernama Mrs Fischer di tingkat
4 memberitahu tentang Janos Szabo yang tinggal di situ pada Perang Dunia kedua.
Janos Szabo tidak sihat maka dia tidak menyertai peperangan. Pada tahun 1943,
isteri Janos melahirkan anak perempuan. Malangnya, pada hari terakhir peperangan
pada Januari 1945, Janos menerima berita bahawa isteri dan anaknya meninggal
dunia apabila sebutir bom menghancurkan stor bawah tanah tempat di mana
isterinya bekerja. Janos begitu sedih dan kehilangan semua harapan. Dia akhirnya
meninggal dunia kerana pergaduhan di jalanan sewaktu revolusi 1956.

CHAPTER 13: MASALAH DI RUMAH


Apabila Andrea pulang ke rumah pada malam itu, John memberitahu tentang Janos
Szabo tetapi Andrea terlalu marah dan sedih untuk mendengarnya dan tidak begitu
meyakinkan. Sementara itu, John percaya bahawa 18 Januari 1945 merupakan
tarikh penting dan dopplegangernya cuba untuk memberitahu sesuatu.
CHAPTER 14: SETAHUN LAGI BERLALU PERGI
Setahun berlalu dengan cepat sekali. Hubungan renggang menjadi lebih baik pada
bulan Ogos apabila mereka membawa Kati untuk lawatan kali kedua ke England.
Perhatian John kepada kerja penting di pejabatnya menyebabkan dia terlupa
tentang doppleganger. Andrea juga mula bekerja semula sementara Kati dihantar ke
sekolah untuk kanak-kanak kecil. Keluarga mereka meghabiskan cuti Krismas di
rumah mereka dan untuk tahun baru mereka menghabiskan masa di rumah
keluarga Andrea. John bekerja semula pada 6 Januari dan dia tiba-tiba menyedari
bahawa tarikh 18 Januari semakin hampir. John begitu teringin untuk memberitahu
Andrea tentang tarikh itu tetapi tidak mahu merosakkan kegembiraan yang mereka
kecapi sekarang. Malam itu, dia mengalami mimpi itu semula. Di dalam mimpi itu,
dia mengekori dopplegangernya dan melihat dopplegangernya mencari sesuatu
dalam runtuhan stor bawah tanah di Gergely utca. John bangun dengan perasaan
takut menyedari mimpi itu adalah berkaitan dengan Andrea.
CHAPTER 15: SAYA MENJUMPAI FAKTA LAIN LAGI
Hari berikutya, semasa pulang ke rumah, John terlihat papan tanda baru yang
tertera perkataan Szabo. Dia menyedari Szabo bermaksud tailor dalam bahasa
English. John Taylor! terlintas di fikirannya, dia dan dopplegangernya berkongsi
nama yang sama. Dia berjumpa dengan Mrs Fischer sekali lagi dan dia diberitahu
wajahnya menyerupai Janos. Pertanyaan seterusnya membongkarkan kenyataan
bahawa isteri Janos bernama Andrea dan anak mereka juga bernama Kati. Minggu
seterusnya John mengetahui daripada Public Records Office bahawa Janos Szabo
berkongsi tarikh lahir yang sama dengannya iaitu pada 23 Oktober. Dia percaya

bahawa dopplegangernya cuba memberitahu mesej penting kepadanya. Dia juga


menyedari perkara itu masih tidak mungkin untuk diberitahu Andrea lagi.
CHAPTER 16: SEMUA ITU BERLAKU SEMULA.
Mimpi yang menyebabkan ketakutan itu membuatkan John sengsara. Walaupun dia
tidak memberitahu Andrea, dia tahu bahawa Andrea sedar dan bimbang
tentangnya. Pada hari Sabtu 18 Januari, dia perlu bekerja di pejabatnya. Apabila dia
sampai ke rumah selepas pukul 6 petang, dia mendapati nota daripada Andrea di
atas meja memberitahu bahawa dia menggantikan Zsolt di bar. Dia membawa Kati
bersama-sama kerana Petra tidak dapat menjaga Kati. John panik dan berlari ke
arah bar. Apabila sampai di nombor 7 Felca utca, dia mendengar bunyi letupan kuat
di Gergely utca. Dengan tidak tentu arah, John berlari dan merempuh seseorang
sehingga jatuh. Dia melihat ke bawah dan mendapati lelaki menyerupai dirinya
terbaring di tanah. John meminta maaf dalam bahasa Hungari dan terus berlari ke
arah Gergely utca.
CHAPTER 17: KITA MESTI KELUARKAN MEREKA.
Apabila John tiba di Gergely utca, dia berhenti berlari dan mendapati asap dan bau
gas memenuhi kawasan itu. Dia mengagak letupan itu berpunca daripada paip gas
yang pecah. Dia perlu memasuki ke dalam bar Zsolt kerana Andrea dan Kati masih
terperangkap di dalamnya. Dia cepat-cepat mengumpulkan pemerhati di kawasan
itu untuk membantunya mengosongkan laluan pintu bar yang dihalang oleh
runtuhan itu, namun seorang bomba menghentikannya daripada memasuki bar.
John pengsan dan diberi rawatan kecemasan. Dia bertegas bahawa isterinya masih
berada di dalam bar dan perlu diselamatkan. Kemudian, seorang polis mencatat
tarikh dan maklumat tentang keluarga John sebelum menasihatinya untuk pulang
ke rumah dan menunggu perkembangan selanjutnya. Apabila dia turun dari van
polis, dia menyedari bahawa tidak ada sesiapa yang akan terselamat daripada
letupan itu dan menyalahi dirinya kerana tidak memberitahu Andrea tentang apa
yang dilihat di dalam mimpinya dan apa yang diketahui daripada Mrs Fischer. John
merasakan dia telah memusnahkan keluarganya dan hidupnya.
CHAPTER 18: PERTOLONGAN YANG TAK DIDUGA
John berjalan perlahan-lahan melalui Gergely utca, dia tiba-tiba terserempak
dengan seorang lelaki yang menyerupai dirinya. Dopplegangernya lagi! Lelaki itu
menunjuk ke arah seorang perempuan dan anak kecil di hujung jalan. Dia terkejut
kerana mendapati mereka ialah Andrea dan Kati. Andrea mengimbas kembali
kejadian sebelum letupan, selepas Zsolt pergi, dia melihat John berdiri di hadapan
pintu dan menghalangnya dari memasuki bar. Pada mulanya dia tidak memahami
apa yang berlaku, tetapi Kati bertegas bahawa lelaki itu bukan ayahnya, Andrea
menyedari lelaki itu semestinya doppleganger John. Andrea menceritakan
pengalaman yang dilaluinya kepada John dan mereka pulang ke rumah bersamasama.

TRANSLATED BY: FARAHDINA