Anda di halaman 1dari 10

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


CASE STUDY
DEWAN BERSALIN, HOSPITAL LAHAD DATU

POST PARTUM HAEMORRAGE

NAMA PELATIH:

SITI NORSYAFINAZ BINTI SODIL

NO .MATRIKS :

BPP2014-2307

AMBILAN

JANUARI 2014

SESI AKADEMIK JANUARI JUN 2016

PENGENALAN
Kematian ibu ketika proses melahirkan anak adalah suatu yang perlu dielakkan dengan
menggunakan semua pengetahuan dan teknologi yang boleh dimanfaatkan. Sebanyak 580 juta
wanita di dunia mati setiap tahun ketika mengandung atau melahirkan anak dan suku daripada
kematian ini adalah disebabkan oleh kehilangtan darah yang banyak.
Di Malaysia juga situasinya adalah sama. 20-30% kematian adalah disebabkan oleh
kehilangan darah. Kehilangan darah ketika melahirkan anak adalah suatu perkara yang normal,
tetapi jika ia berlaku secara berlebihan dan melebihi 500ml, pesakit akan kehilangan darah yang
banyak dan mempunyai risiko kematian akibat renjatan (Hypovolumic shock)
Post Partum Haemorrhage didefinasikan sebagai pendarahan daripada trek genitalia yang
melebihi 500ml. Namun begitu, kajian yang terbaharu telah menyatakan bahawa post partum
haemorrhage adalah pendarahan yang berlebihan daripada 500ml atau kehilangan sejumlah
darah yang boleh menyebabkan renjatan dan hipotensi.
Di Malaysia, Post Partum Haemorrhage atau PPH merupakan penyebab utama kematian
ibu semasa bersalin. Semenjak penubuhan Confidential Enquiries into Maternal Death (CEMD)
pada tahun 1991, suatu siasatan yang menyeluruh tentang semua kematian ibu bersalin di
Malaysia telah dilakukan dengan analisis yang teliti tentang punca kematian ibu tersebut.
Rumusan yang didapati daripada penyiasatan CEMD dari tahun 1991 hingga 1994
membuktikan bahawa 30-40% kematian ibu ketika bersalin di Malaysia adalah disebabkan oleh
PPH. Kejadian ini lebih kerap berlaku kepada ibu dengan kandungan grandmultipara berbanding
primipara. Sebanyak satu pertiga daripada kejadian kematian yang diakibatkan oleh PPH
melibatkan kelahiran yang disambut oleh kakitangan kesihatan yang tidak terlatih.

PENCARIAN LITERATUR

Menurut laporan Confidential Enquiries into Maternal Deaths in Malaysia pada tahun
1994, jumlah kematian ibu yang diakibatkan oleh PPH adalah 76 daripada 208 kadar kematian
ibu. Hal ini sekaligus menjadikan jumlah kematian yang disebabkan oleh PPH meningkat
daripada 14.8 kes pada tahun 1993 kepada 15.2. Menurut kajian persatuan yang sama juga,
kebanyakan kes kematian ini terjadi dalam kalangan pendatang asing yang melahirkan anak di
Malaysia. Walaupun perkara ini seperti melambangkan kegagalan pasukan kesihatan dalam
merealisasikan wawasan Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu untuk mengurangkan kadar
kematian ibu ketika bersalin, namun jika dilihat daripada sudut yang berbeza, kemungkinan
kejadian ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan terutamanya dalam kalangan pendatang
asing tentang kepentingan pemeriksaan kandungan yang kerap, dan kurangnya kadar lawatan
mereka ke klinik.
Menurut buku Training Manual On Management of Post Partum Haemorrhage yang
diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1999, antara faktor risiko bagi kes
PPH ialah kehadiran fibroid di dalam uterus. Fibroid ini menghalang proses pengecutan uterus
daripada berlaku, dan apabila pengecutan uterus tidak berlaku, pendarahan yang berlebihan akan
berlaku. Namun begitu, terdapat juga keadaan di mana pesakit yang mempunyai fibroid tetapi
kewujudan fibroid ini tidak megganggu kandungan. Apabila kandungan membesar, fibroid ini
akan mengecil dan menghilang.

Menurut buku Postpartum Haemorrhage and Abnormalities of the 3rd Stage of Labour in
Obstetrics, yang ditulis oleh Shan S. Ratnam dan Mary Rauf pada mukasurat 867-877 dan
diterbitkan oleh Jurnbill and Chamberlan, menyatakan bahawa suatu kaedah yang dinamakan
Controlled Cord Traction (CCT) perlu dilakukan selepas ibu bersalin bagi membantu
mempercepatkan fasa ketiga kelahiran iaitu kelahiran plasenta. Ia dilakukan selepas kelahiran
bayi dengan cara meletakkan tangan kiri di atas fundus ibu, manakala tangan kanan menarik tali
pusat dengan perlahan-lahan. Kaedah ini perlu dilakukan dengan cekap oleh anggota yang
terlatih supaya tiada komplikasi seperti plasenta terputus di dalam uterus. Kaedah CCT dapat
mengurangkan risiko PPH terutamanya apabila fasa ketiga dipendekkan.

PERBINCANGAN
KLASIFIKASI POST PARTUM HAEMORRHAGE
Post Partum Haemorrhage terbahagi kepada dua bahagian iaitu primary PPH dan
secondary PPH. PPH primer adalah pendarahan yang berlaku 24 jam selepas proses kelahiran
berlaku manakala PPH sekunder berlaku 24 jam selepas proses kelahiran sehingga 6 bulan
selepas kelahiran termasuklah pengeluaran lokia yang berlebihan.
PPH primer ini terjadi disebabkan oleh:

Atoni uterus keadaan di mana otot-otot di uterus gagal untuk bergerak dan tidak
melakukan proses kontraksi yang sepatutnya ketika fasa ketiga kelahiran. Kejadian ini

boleh menyebabkan plasenta gagal dikeluarkan dan pendarahan kan berlaku.


Retained plasenta keadaan di mana terdapat bendasing atau plesenta yang tertinggal di

dalam uterus.
Masalah pemekuan darah (DIVC) DIVC atau disseminated intravascular coagulation
adalah suatu keadaan dimana badan mnagalami masalah pembekuan darah. PPH yang
berlaku kepada ibu perlu dihentikan sebelum DIVC berlaku.
Inversi uterin.

PPH sekunder terjadi disebabkan oleh:

Infeksi
Bahan yang tertinggal di dalam uterus

FAKTOR RISIKO PPH

1) Distensi uterin yang berlebihan - Sel-sel otot yang terlebih mengembang sukar untuk
mengecut kembali dengan cepat atau efisyen. Keadaan ini mungkin terjadi kepada pesakit yang
megalami polihydramnious, kandungan kembar, dan juga bayi yang besar (big baby).
2) Multipariti - dengan setiap kandungan terdapat peningkatan jumlah tisu fibrous yang
menggantikan miometrium yang normal. Tisu-tisu ini menghalang keberkesanan kontraksi
uterus.
3) Anaemia - Uterus yang kurang mendapat bekalan oksigen akan menyebabkan kegagalan
aktiviti intrinsik biokemikal yang diperlukan oleh badan untuk meransang proses kontraksi dan
relaksasi otot uterus.
4) Fibroid - Fibroid, terutamanya mioma besar yang berada di dalam kawasan intramiometrium
boleh menghalang otot-otot uterus daripada mengecut dengan sempurna. Mioma tersebut akan
bertindak seolah-olah seperti suatu bahan yang tertinggal di dalam uterus dan akan
mengakibatkan pendarahan yang banyak.
5) Sejarah Obstetrik yang lalu.
- Jika pesakit tersebut pernah mengalami kejadian PPH pada kandungan yang lepas, oleh yang
demikian anggota kesihatan yang bertanggungjawab untuk menyambut bayi tersebut perlulah
menjangkakan terjadinya PPH. Menurut kajian, kadar kejadian PPH pada pesakit yang pernah
mengalaminya adalah dalam 15 30%.

PENGURUSAN
Memandangkan PPH adalah suatu keadaan yang berbahaya kepada para ibu, cara
pengurusannya perlulah dikendalikan dengan cepat dan cekap serta dilakukan oleh perawat yang
terlatih. Sebelum melakukan pengurusan dalam keadaan PPH, kejadian itu sendiri perlulah
dielakkan dari awal lagi dengan cara pengurusan aktif fasa ketiga atau pengesanan awal
intervensi. Namun begitu, jika keadaan ini telah berlaku, pengurusan yang berkesan adalah
diharapkan. Enam aspek penting yang perlu dipastikan dalam kejadian PPH adalah:

Panggil bantuan
Nilai keadaan pesakit
Cari punca pendarahan
Hentikan pendarahan
Stabilkan pesakit dan lakukan resusitasi kepada pesakit
Elakkan pendarahan yang berterusan
Jika dirujuk kepada SOP (standard operating procedure) yang telah ditetapkan oleh

Kementerian Kesihatan Malaysia, pesakit yang mengalami PPH perlulah dipasang 2 IV lines.
Stabilkan pesakit dengan memberikan infuse samada kristaloid atau koloid. Pengambilan darah
FBC ( Full Blood Count) dan GXM (Group And Cross Match) juga adalah penting sama seperti
PTT (Protrombin Time). Pastikan saluran pernafasan pesakit terbuka dan berikan oksigen kepada
pesakit sebanyak 6-8L/min. Perhatikan keadaan pesakit secara umum, tahap kesedaran dan
pantau tekanan darah setiap 15 minit.

CARTA ALIR PENGURUSAN PPH DI DEWAN BERSALIN


Minta bantuan (aktifkan kod biru)

Nilaikan keadaan pesakit dan cari punca pendarahan

Set IVD sekurang-kurangnya 2 laluan IV. Alirkan IV Hartman/ Normal Saline

Baringkan rekumben dan berikan oksigen 6 8L/min

Ambil darah untuk GXM

Nilaikan pesakit dan sukat kehilangan darah

Perhatikan tanda vital setiap 15 minit.

Periksa jika ada sebarang kotiledon yang tertinggal

Beritahu pegawai perubatan yang bertugas dan rekodkan pemerhatian.

RUMUSAN
Berdasarkan kajian kes yang telah dilakukan, Post Partum Haemorrhage bolehlah
dikatakan antara keadaan yang boleh mengancam nyawa. Kelewatan dalam pengurusan

kes ini akan menyebabkan ibu meninggal selepas mengalami kehilangan darah yang
banyak. Peningkatan kes PPH di Malaysia berada di tahap yang membimbangkan
sekaligus menuntut golongan penyelidik untuk mencari cara pengurusan yang lebih
berkesan serta dapat mengurangkan risiko pada ibu. Walaupun PPH dapat dirawat dan
dihentikan, namun sebelum kejadian tersebut terjadi, ianya sepatutnya dicegah daripada
terjadi. Ibu-ibu yang berisiko untuk mengalami PPH perlulah dipantau dengan kerap dan
persediaan yang betul perlulah dilakukan sebelum proses kelahiran.Hal ini adalah
kerana, menurut polisi Kementerian Kesihatan Malaysia kini, kematian ibu ketika
melahirkan anak adalah tidak dapat diterima kerana teknologi di negara kita sudah
meningkat maju dan kesilapan seperti ini tidak sepatutnya berlaku.

RUJUKAN

1) Training Manual on Management of Post Partum Haemorrhage. 1999. Penerbitan


Kementerian Kesihatan Malaysia.
2) Shan S. Ratnam., Mary Rauff., Post Partum Haemorrhage and Abnormalities of the 3rd
stage of Labour in obstetric., Jurnbill & Chamberlan
3) Report on the Confidential Enquiries Into Maternal Deaths in Malaysia 1995 1996.,
Penerbitan Kementerian Kesihatan Malaysia., 2000.