Anda di halaman 1dari 4

FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA LGBT:

1. Kurang Penghayatan Agama


- Walaupun pendidikan agama telah diberikan sejak kecil namun
pengamalan
kehidupan beragama yang kurang oleh induvidu menyebabkan mereka
cenderung ke arah gejala LGBT. Golongan yang terlibat dengan gejala
LGBT tidak ini tidak dapat membezakan antara perkara yang baik
mahupun buruk atau perkara yang haram mahupun halal. Hal ini
menyebabkan
mereka mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan dan faktor
sekeliling
yang mendedahkan golongan ini kepada gejala LGBT.
2. Pengaruh Media Massa
- Media massa seperti internet merupakan medium yang memudahkan
golongan LGBT mendapatkan maklumat tentang gejala tidak sihat
mereka.
Kewujudan laman sosial seperti Facebook dan Twitter memudahkan lagi
golongan ini berkomunikasi dalam kelompok mereka. Penularan gejala
LGBT
ini juga diketahui oleh masyarakat umum melalui laman-laman web yang
kebanyakkannya diwujudkan oleh negara Barat yang meluluskan Undangundang Perkahwinan Sejenis dan perlakuan sonsang.
USAHA MENANGANI GEJALA LGBT:
1. Peranan Kerajaan dengan Kerjasama Organisasi Agama
- Kerajaan dengan kerjasama organisasi agama perlu merangka strategik
yang berkesan bagi memulihkan golongan LGBT. Misalnya, menubuhkan
sebuah badan kebajikan yang bertanggungjawab membawa golongan ini
kembali ke pangkal jalan. Khidmat nasihat dan kaunseling juga boleh
diberikan kepada golongan ini yang hanyut dalam dunia LGBT agar
mereka kembali insaf.
2. Peranan Ibu Bapa

- Ibu bapa perlu mengawasi keadaan anak-anak mereka pada setiap masa.
Perubahan fizikal dan emosi anak-anak juga perlu sentiasa di kawal agar
kecenderungan mereka terhadap gejala LGBT ini dapat di bendung. Ibu
bapa boleh memantau anak-anak mereka dengan cara memeriksa
kandungan telefon bimbi anak-anakt, berkenalan dengan rakan-rakan
mereka, dan memahami peribadi anak-anak mereka. Tindakan yang
tegas wajar diambil oleh ibu bapa sekiranya anak-anak mereka terlibat
dalam gejala LGBT.
3. Kempen
- Kempen boleh di anjurkan dengan giat oleh kerajaan dan badan bukan
kerajaan
untuk membendung dan membanteras gejala ini. Kempen boleh diadakan
menerusi
media massa elektronik spt televisyen atau internet dan media massa
bercetak spt
akhbar. Iklan dan rencana tentang isu LGBT dan cara membasmi gejala
LGBT
seharusnya di paparkan untuk pengetahuan masyarakat umum.
Antara kempen yang sesuai diadakan di anjurkan untuk membasmi gejala
LGBT
ialah kempen Jom Perangi LGBT atau Hidup Sihat Tanpa LGBT.
Penutup:
Kesimpulannya, semua pihak harus bersatu padu bagi membendung
gejala LGBT ini. Sikap masyarakat yang memandang ringan isu ini
haruslah dikikis agar anggota masyarakat bebas daripada gejala LGBT.
Salah satu isu masyarakat yang menghantui kita pada hari ini adalah
Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) yang membawa budaya
songsang melawan arus sistem agama, kemanusiaan dan keluarga.
Mereka yang memilih serta terjebak di dalam budaya songsang ini dengan
jelasnya melakukan sesuatu yang tidak normal dan tidak menghormati
institusi keluarga, agama dan aspek moral. Jika dilihat daripada perspektif
yang lebih besar, budaya ini akan merosakkan sistem sosial dan sistem
keluarga. Budaya songsang ini bukan lahir daripada kehendak yang
normal tetapi dibudayakan melalui cara hidup songsang yang terpesong
jauh dari sistem kemanusiaan sejagat. Akibat daripada pembudayaan
negatif ini akan membawa kemusnahan sistem sosial dengan
percanggahan nilai dan perkosaan adat budaya ketimuran. Ibu bapa
adalah kumpulan pertama yang akan mengalami tekanan daripada

perubahan anak mereka kepada budaya LGBT yang mana stigma vikarius
akan membuat mereka merasakan anak-anak mereka akan melalui
diskriminasi, penderaan lisan dan kemungkinan serangan fizikal.
Sementara itu, mereka akan mengalami public stigma apabila ahli
keluarga ditekan untuk merasakan mereka yang bertanggungjawab
menyebabkan anak mereka menjadi gay. Ibu bapa kepada gay dan
lesbian, terpaksa menghadapi tekanan yang datang dari pelbagai sudut
sama ada keagamaan, kemasyarakatan dan undang-undang sosial dunia
yang berlandaskan nilai murni. Dalam usaha untuk membangunkan dan
mengekalkan nilai diri yang baik, anak-anak yang terjerumus dalam
budaya LGBT perlu melihat tanggungan orang yang menyayangi mereka
untuk sedar bahawa penglibatan mereka dalam budaya LGBT adalah
salah. Institusi keluarga adalah benteng terakhir untuk melahirkan
keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia,
peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani
serta pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identiti.
LGBT adalah dilihat sebagai salah satu simptom penyakit sosial yang jika
tidak dibendung akan memporak-perandakan sistem budaya bangsa dan
mengikis nilai negara. Isu LGBT harus dilihat dari sudut yang lebih besar
iaitu sudut nilai kenegaraan untuk negara. Ini kerana kita tidak mahu
melihat negara mencapai kemajuan dengan mengorbankan nilai. Maka
kita amat perlu memantau gejala ini dan dalam masa sama satu proses
penerangan perlu dipergiatkan untuk menyedarkan masyarakat terutama
golongan muda tentang mudarat gejala ini. Di samping itu juga
pendekatan rehabilitasi perlu disediakan untuk membantu mereka yang
terjebak supaya kembali ke landasan yang betul. Saya ingin menyeru
semua pihak untuk turut serta menggalakkan usaha dalam pemupukan
nilai murni untuk negara bagi mempromosikan kesedaran terhadap nilainilai kemanusiaan yang murni dalam masyarakat kita. Semua golongan
strata masyarakat hendaklah sama-sama memikul tanggungjawab ini dan
bertindak bersama merealisasikannya demi kesejahteraan negara. Kini
tibalah masanya untuk kita, sebagai sebuah negara meningkatkan kualiti
hidup rakyat Malaysia dan menangani sebarang perkembangan negatif
dengan segera sebelum situasi itu menjadi lebih buruk. Bagi saya isu
LGBT bukanlah isu mengenai hak asasi manusia. Sebaliknya isu tersebut
merupakan suatu amalan yang bercanggah dengan nilai moral
masyarakat kita dan tidak pernah diiktiraf oleh mereka yang waras.
Golongan muda adalah tonggak pemimpin masa depan. Anak-anak kita
perlu mencerna satu budaya sendiri yang berlandaskan nilai-nilai murni.
Janganlah menciplak ideologi Barat bulat-bulat kerana ia tidak semestinya
betul dan sesuai dengan kepelbagaian bangsa dan budaya kita di sini.
Saya menyarankan supaya Dasar Sosial Negara disemak semula untuk
menentukan sejauh mana polisi tersebut menyumbang dalam
mewujudkan masyarakat yang progresif dan berdaya tahan yang
berdasarkan kepada nilai moral dan bagi memperkasakan modal sosial.
Semakan terhadap Dasar Sosial juga adalah perlu untuk menilai semula
usaha oleh kerajaan dalam mewujudkan kestabilan, kesihatan dan

keharmonian masyarakat Malaysia bergantung pada kekuatan asas moral


bagi mengimbangi pembangunan ekonomi yang pantas dengan nilai moral
dan kemasyarakatan Dasar Sosial Negara perlu sentiasa diteliti dan dikaji
demi mencapai matlamat Negara Maju Bernilai Murni".