Anda di halaman 1dari 10

ATT1023 (SEJARAH TEATER)

TAJUK:
COMMEDIA DELLARTE
CIRI-CIRI DRAMA ZAMAN ELIZABETHAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA

MUHAMAD AMIRUL MUKMIN BIN MOHD NAZRI

NOMBOR MATRIK

E20141012004

PROGRAM

DIPLOMA TEATER

NO. TELEFON

011-24030490

PENSYARAH

PUAN HANEEM BINTI SAID

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbilalamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi
dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan individu ini dengan jayanya.
Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada pensyarah saya, Puan Haneem binti Said
kerana memberikan tugasan ini yang telah membuka mata saya untuk mendalami dan
membaca lebih banyak tentang teater dan yang telah banyak memberikan tunjuk ajar untuk
saya. Saya banyak belajar sepanjang proses untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga
mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara
langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Saya harap dengan
tugasan ini, saya dapat memanfaatkan ilmu yang telah saya rungkai sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

Commedia dell'arte
Commedia dell'arte ialah bentuk teater bertopeng yang bermula di Itali pada separuh
abad ke-16 sehingga pertengahan abad ke-18 yang berkembang di luar kawasan istana.
Commedia dell'arte ialah teater jalanan yang berlawanan dengan teater rasmi kaum aristokrat
atau dikenali sebagai Commedia de Corte yang di pentaskan di bangunan-bangunan kekal dan
hanya untuk tontonan orang atasan. Jika ia dapat ditonton oleh orang awam sekalipun, ia tak
akan dapat difahami kerana bahasa yang digunakan adalah khas untuk kaum bangsawan. Jadi
munculnya Commedia dell'arte sebagai teater untuk orang-orang awam biasa. Ia adalah teater
yang dilakonkan dengan dialog yang spontan dan juga yang diubahsuai dari karya teater asal
bertujuan untuk menyindir dan mengkritik golongan bangsawan secara jenaka.

Gambar 1 Contoh topeng-topeng yang digunakan

Commedia dell'arte dipentaskan di tempat-tempat terbuka seperti di taman kota, pinggir


jalan, pasar, dan juga di pelosok-pelosok desa. Para pelakon profesional di dalam teater
Commedia dell'arte ini menggunakan topeng untuk berlakon menjadi watak-watak yang
terdapat dalam teater yang dilakonkan secara komedi. Namun begitu Commedia dell'arte ini
menjadi salah satu cara untuk rakyat jelata melawan perbuatan tidak bermoral pihak atasan
dengan mentertawakannya. Pada separuh kedua abad ke-16, Eropah masih lagi diselimuti
awan gelap. Kaum bangsawan dengan sesuka hati merampas tanah dan memperkosa para
gadis tanpa kawalan. Commedia dell'arte ini secara tidak langsung menjadi tonggak penting
untuk pergerakan Renaissance di Eropah terutamanya sebagai gerakan untuk menyedarkan
bahawa bukan hanya kaum bangsawan mempunyai hak tapi begitu juga dengan rakyat jelata
yang berhak untuk bersuara dan suara mereka perlu didengari.

Gambar 2 Antara contoh tempat-tempat Commedia dellarte dipersembahkan

Antara ciri-ciri teater Commedia dell'arte ialah seperti ia menggunakan naskhah teater
yang mempunyai jalan cerita yang besar. Selain itu para pelakon bebas untuk mengimprovisasi
mengikut jalan cerita dan mereka perlu mempunyai pengetahuan yang luas agar mereka dapat
mengimprovisasi dengan baik. Ciri-ciri lain juga ialah cerita yang dilakonkan ialah dari sumber
cerita yang diceritakan secara turun-temurun. Cerita yang dilakonkan terdiri dari tiga babak dan
didahului oleh prolog yang panjang. Dan ia diceritakan dengan suasana adegan yang lucu.
Selalunya terdapat tiga watak yang selalu muncul iaitu watak penguasa, watak penggoda dan
juga watak pembantu. Ciri yang terakhir ialah tempat pertunjukannya adalah di tempat terbuka
kerana ia adalah untuk tontonan umum.
Watak-watak di dalam Commedia dellarte terdiri daripada tiga kelompok utama iaitu
hamba atau dikenali sebagai Zanni, yang kedua iaitu watak-watak yang berduit atau Tuan
(Masters) dan kekasih yang juga dikenali sebagai Innamorati (The Lovers). Perselisihan di
antara tuan dan hamba menyebabkan berlakunya komedi fizikal yang berani berlaku di dalam
Commedia dellarte. Terdapat perebutan kuasa yang berterusan di antara tuan-tuan dan Zanni
mereka, selalunya watak tuan akan dibuat nampak seperti bodoh, sama ada mereka sedar atau
tidak. Zanni berasal dari perkataan yang bermaksud Orang yang sangat kelakar. Kebanyakan
komedi di dalam Commedia dellarte datang dari aksi Zanni. Mereka adalah pekerja yang
menunjukkan kehidupan yang susah. Terdapat pemisah yang jelas di antara tuan, orang yang
terlibat di dalam plot Commedia dellarte dan juga Zanni sendiri, yang terlibat di dalam senario
yang terurai dan seperti ada kewujudan komik bebas.
Antara watak tuan yang terkenal yang selalu ada di dalam Commedia dellarte ialah
Pantalone. Seorang yang bodoh. Ahli kepada Vecchi. Seorang saudagar tua yang kaya,
kedekut, tamak dan mudah tertipu yang berasal dari Venice. Walaupun dia dah berkahwin

dengan wanita cantik yang sering menduakan dia, dia masih mengejar wanita lain. Kurang
berjaya tetapi dia tak pernah mengalah. Selalu memakai baju merah ketat, kot hitam panjang
dan selalu membawa sapu tangan, bekas duit dan memakai topeng coklat gelap berhidung
mancung dan selalunya berjanggut panjang. Dia seorang yang hanya pentingkan wang.

Gambar 3 Pantalone

Gambar 4 Arlecchino

Manakala untuk watak Zanni yang selalu ada di dalam Commedia dellarte ialah
Arlecchino yang juga dikenali sebagai Harlequin. Seorang lelaki muda dari Bergamo yang
sering dipukul dan ditipu. Sama ada dia seorang yang bodoh atau dia seorang yang licik tapi
sebenarnya dia adalah seorang yang cerdik dan seorang yang pemarah. Dia adalah pakar di
dalam penyamaran. Seorang yang akrobatik dan tangkas. Dia akan bercakap dengan suara
yang dalam seperti burung kakak tua. Pakaiannya bertampal, berwarna-warni, bertopi,
bertopeng berwarna hitam, berhidung mancung dan bertali pinggang yang mempunyai kayu
pemukul namun itu tidak menghalangnya dari selalu dipukul. Watak Arlecchino ini kemudiannya
semakin berubah dari segi pemakaian.
Watak yang terakhir ialah Innamorati iaitu pencinta muda. Ia mempunyai nama yang
berbeza dari semasa ke semasa. Isabella adalah nama yang sangat popular bagi wanita dan
Flavio bagi lelaki. Mereka masih muda dan jatuh cinta terhadap satu sama lain. Mereka
memakai pakaian paling bergaya tidak seperti watak-watak lain dan juga mereka tidak memakai
topeng. Selalu menyanyi, menari, atau membaca puisi dan dilakonkan sebagai anak-anak
Dottore dan Pantalone bergantung pada situasi mereka. Mereka mabuk cinta tapi tidak dapat
bersama.

Gambar 5 Innamorati (The Lover)

Watak-watak lain yang selalu ada di dalam Commedia dellarte ialah seperti Il Capitano,
Colombine, Il Dottore, Pedrolino, Pulcinella, Scaramuccia dan Tartaglia.
Apa yang dapat disimpulkan ialah seperti mana watak-watak di dalam Commedia
dellarte ini, ia adalah fleksibel dan boleh disesuaikan. Persembahan dilakukan di tempat
terbuka. Teater jenis ini sangat menarik perhatian semua golongan penonton. Karya penulis
seperti Shakespeare dan Moliere selalu dipinjam jalan ceritanya. Bermula dari tahun 1740,
Commedia dellarte tradisional ini mula hilang sengatnya dan ia menjadi simbol teater di
Eropah.

Ciri-ciri Drama Elizabethan


Pada zaman awal pemerintahan Ratu Elizabeth 1 di England (1558-1603), di dalam
dunia sastera Inggeris, ia dikenali dengan sebutan The Golden Age (Zaman Keemasan). Pada
ketika itu sastera melalui puncak perkembangan pada masa awal pemerintahan Elizabeth.
Pada zaman ini juga yang paling menonjol adalah toleransi di dalam menjalani kehidupan
beragama secara meluas akibat daripada pengaruh Ratu Elizabeth. Dan pada zaman ini
jugalah, drama sedang berkembang dengan pesatnya.
Banyak tempat-tempat pementasan didirikan kerana ia diinspirasikan oleh Ratu
Elizabeth sendiri dan disebut sebagai Elizabethan yang di ambil sempena namanya. Antara
tokoh-tokoh drama terkenal yang hidup pada zaman Elizabeth ialah seperti William
Shakespeare, Christopher Marlowe dan penulis drama komedi, Thomas Dekker.

Gambar 6 William Shakespeare

Gambar 7 Christopher Marlowe

Gambar 8 Thomas Dekker

Pada zaman ini, tempat-tempat pementasan teater besar dibina dengan menggunakan
kayu. Ia dibina dengan bentuk lingkaran sehingga membolehkan para penonton duduk di
sekeliling panggung. Panggung teater ini sangat berjaya sehingga lebih banyak panggung
sepertinya dibina di sekelilingnya. Antara panggung teater yang dibina diberi nama Globe, di
mana ia mampu menampung sehingga 3000 orang penonton pada satu-satu masa. Untuk
penonton yang mampu membeli tiket, mereka akan duduk di kawasan berdekatan dengan
pentas manakala bagi mereka yang tidak mampu membeli tiket, mereka akan berdiri di sekitar
panggung.

Gambar 9 Bentuk Panggung Zaman Elizabeth

Gambar 10 Panggung Globe

Panggung Globe mementaskan drama-drama karya William Shakespeare (1564-1616).


Seperti yang kita tahu, beliau adalah seorang penulis drama terkenal dari England, dan selain
dari itu, beliau juga seorang pelakon dan penyair. Beliau biasanya menulis dalam bentuk puisi
atau sajak. Beberapa ceritanya berisi monolog panjang, yang disebut sebagai solilokui, dan
menceritakan kumpulan ceritanya kepada penonton. Beliau menulis 37 (tiga puluh tujuh) drama
dengan berbagai tema, bermula dari pembunuhan dan perang sehinggalah ke tema cinta dan
kecemburuan. Antara naskhah terkenal beliau ialah Romeo dan Juliet, selain itu Shakespeare
juga menulis beberapa karya drama lainnya seperti The Comedy of Error, A Midsummer Nights
Dream, The Merchant of Venice, Julius Caesar, Hamlet, Macbeth, King Lear, Richard II,
Richard III, Hnery V, dan sebagainya. Walaupun pada kita di masa kini merasakan William
Shakespeare mendominasi drama zaman Elizabeth, sebenarnya reputasi pesaing-pesaingnya
yang lain juga di tahap yang sama dan ada yang melebihinya, sebagai contoh Ben Jonson,
Francis Beaumont, dan John Fletcher.

Gambar 11 Ben Jonson, Francis Beaumont, dan John Fletcher

Antara ciri-ciri drama pada zaman ini ialah pertunjukan teater diadakan pada waktu
siang dan tiada masa rehat. Selain itu pentas berada di tempat-tempat terbuka dan ditutup
dengan tirai. Para pelakon menyalin pakaian di belakang tirai-tirai yang ada. Ciri lain ialah
tempat adegan ditandai dengan ucapan yang disampaikan di dalam dialog para pelakon. Watak
wanita dimainkan oleh pelakon lelaki dan bukannya pelakon wanita.
Selain dari itu, drama pada zaman ini menggunakan karya yang dialognya lebih
berbentuk puitis dan panjang-panjang. Penyusunan karya pada zaman ini juga adalah lebih
bebas dan tidak mengikut peraturan yang sedia ada. Ia juga bersifat serentak, berganda dan
berangkap. Karya drama pada zaman ini kebanyakannya adalah campuran di antara drama
dan komedi. Penonton pada zaman ini terdiri daripada berbagai-bagai lapisan masyarakat dan
diramaikan lagi oleh penjual-penjual makanan dan minuman di panggung teater. Ciri yang
terakhir ialah corak pertunjukan drama pada ketika ini ialah gabungan di antara teater keliling
dengan teater sekolah dan akademi yang klasik.
Menjelang zaman akhir pemerintahan Ratu Elizabeth yang sangat panjang iaitu setelah
mangkatnya Ratu Elizabeth pada tahun 1603, ketegangan politik dan agama memuncak, dan
dengan perlahan kegiatan drama di England mengalami kemunduran bila kaum Puritan yang
berkuasa menutup dan melarang segala bentuk kegiatan pementasan drama. Namun begitu
kegiatan drama kembali hidup setelah Charles II berkuasa.

Rujukan

The Essential Theatre oleh Oscar G. Brockett, Robert J.Ball


https://calperformances.org/learn/k-12/pdf/2005/Study_Guide_Commedia.pdf
http://shane-arts.com/Commedia-Innamorati.htm
http://life-schools.com/ms/pages/241437
http://www.newworldencyclopedia.org/entry/Commedia_dell'arte
http://teater-damar.blogspot.my/2012/08/mengenal-sejarah-drama_4401.html
http://theater-kehidupan.blogspot.my/2011/06/macam-macam-teater.html
http://freshliterature.blogspot.my/2010/10/masa-elizabeth.html
http://teater-damar.blogspot.my/2012/08/mengenal-sejarah-drama_4401.html
http://mutilaura-anakcerdas.blogspot.my/2011/11/sejarah-perkembangan-drama.html
http://pengertianadalahdefinisi.blogspot.my/2013/09/sejarah-teater-zaman-elizabeth-dan.html
http://pengertianadalahdefinisi.blogspot.my/2013/09/sejarah-teater-zaman-elizabeth-dan.html

Anda mungkin juga menyukai