Anda di halaman 1dari 2

Kebelakangan ini pelaburan asing semakin meningkat di Malaysia terutama pelabur

dari China dan Singapura. Perkembangannya mendatangkan kesan positif kepada


negara. Bincangkan.
Faktor peningkatan pelaburan asing ke Malaysia:
1. Keadaan politik, sosial dan ekonomi yang stabil
a. Pelabur berasa selamat untuk melabur di negara yang tidak berlaku
peperangan
b. Ekonomi yang stabil juga akan menyakinkan pelabur untuk melabur di
Malaysia
c. Dasar pendidikan yang dijalankan juga dapat menyediakan tenaga
buruh mahir yang mencukupi
2. Tenaga buruh yang ramai
a. Pelabur akan dapat mengurangkan kos dengan mengambil pekerja
tempatan.
b. Pelabur juga akan menjimatkan kos dari segi upah dan masa dengan
mengambil pekerja mahir tempatan.
c. Pelabur juga akan mempunyai banyak pilihan untuk memilih pekerja
daripada penduduk tempatan.
3. Kemudahan-kemudahan awam yang disediakan
a. Kawasan perindustrian diadakan bagi menarik pelabur asing
b. Pelabur-pelabur asing yang berkumpul di suatu tempat akan
melahirkan kawasan yang produktif
c. Kawasan perindustrian juga akan menjimatkan kos dengan
menyediakan kemudahan-kemudahan seperti pekerja yang mahir
4. Penyediaan skim galakan
a. Penyediaan skim galakan menyebabkan semakin ramai pelabur ingin
melabur di Malaysia
b. Faedah-faedah seperti pengecualian cukai akan menarik minat pelabur
supaya melabur di Malaysia
Kesan positif perlaburan asing kepada negara:
1. Memperbanyak peluang pekerjaan
a. Semakin banyak peluang pekerjaan akan dicipta
b. Meningkatkan ekonomi tempatan
c. Guna tenaga juga akan meningkat dan pengangguran akan
berkurangan
2. Pengalihan teknologi
a. Teknologi akan berpindah kepada penduduk tempatan
b. Taraf teknologi negara akan meningkat
c. Penduduk tempatan juga akan dapat mempelajari kemahiran daripada
pelabur asing
3. Meningkatkan nilai matawang
a. Pengaliran wang ke luar negara akan berkurangan
4. Peningkatan taraf hidup penduduk
a. Semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi taraf hidup rakyat
b. Maka, kuasa beli penduduk akan meningkat
c. Pertambahan kuasa membeli akan mengukuhkan ekonomi negara

5. Penubuhan industri berskala besar


a. Pengalihan teknologi moden akan mewujudkan sebuah industri baru di
dalam negara
b. Rakyat tempatan juga akan dapat menyertai industri baru
c. Penubuhan industri baru akan meningkatkan pendapatan negara