Anda di halaman 1dari 1

Sihat bereti tidak sakit dalam kamus dewan. Gigi yang sihat menjadi idaman semua orang.

Fungsi utama gigi


selain mengigit, mengunyah makanan, yang lebih penting makanan yang selepas dikunyah dengan gigi jauh
lebih sedap rasanya berbanding makanan yang dikunyah oleh bahagian gusi dalam mulut kita.
Makanan yang tinggi dengan mineral kalsium menjadikan gigi sihat dan kuat. Bahagian berwarna putih
pada gigi merupakan enamal yang dibentuk oleh kalsium. Ikan Sardin, keju, susu, dan sayur-sayuran berwarna
hijau mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. Buah-buah seperti epal hijau, pisang, betik dan anggur pula
memberi daya ketahanan tinggi kepada gigi kita. Benda yang keras tidak digalakakn sebab makanan tersebut
boleh merosakan gigi kita. Minuman yang manis juga tidak sihat kepada gigi. Makanan ringan seperti gula,
coklat, keropok tidak menyihatkan gigi.
Doktor gigi menyeru orang ramai menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, iaitu pada waktu
pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur. Lebih baik kita mengamalkan sikap mengosok gigi selepas setiap
waktu makan untuk menjaga kebersihan gigi. Sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam gigi yang menjadi
tempat pembiakan bakteria yang merosakan gigi. Jadi perlulah kita berus gigi kita. Dalam pada itu, pilih berus
gigi yang mempunyai permukaan yang rata dan tidak terlalu keras atau lembut. Jangan ketinggalan
menggunakan benang 'floss' pada bahagian yang sempit atau yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi.
Pergi jumpa doktor gigi bila gigi sakit, dan sebaik-baiknya jangan tampal gigi tetapi buat 'filing' pada gigi
yang berlubang.