Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

BIL

1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0

MUKA SURAT
KANDUNGAN

PENGENALAN
OBJEKTIF
LOKASI TAPAK PEMBINAAN
MAKLUMAT AKTIVITI
TENTATIF PROGRAM
LATAR BELAKANG PROJEK PEMBINAAN
6.1 Peranca
6.2 Peranca tunggal dan berganda
6.2.1Peranca tunggal
6.2.2 Langkah kerja peranca tunggal
6.2.3 Peranca berganda

2-3
3
3
3-4
4
4
4-5
5
5-6
6-7
7-8

6.2.4 Langkah kerja peranca berganda


8-10

KESIMPULAN

12

RUJUKAN

13

LAMPIRAN

14-16

1.0

PENGENALAN

Program lawatan tapak pembinaan ini adalah cadangan daripada para pelajar Tahun 3
semester 1 daripada program Binaan Bangunan (BBB 2). Tujuan utama lawatan ini diadakan
adalah untuk memenuhi kurikulum yang terdapat di dalam subjek BBB20303 Amalan Binaan
Bata. Melalui lawatan yang diadakan ini dapat memberikan pendedahan kepada saya tentang
proses pembinaan sebenar yang sedang berlaku di kawasan tapak pembinaan. Sebelum ini, saya
hanya mengetahui melalui media massa, pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan oleh
pensyarah di dalam bilik kuliah. Oleh itu, melalui lawatan tapak yang dicadangkan ini dapat
memberikan satu pengalaman yang cukup bermanfaat kerana setiap maklumat yang diberikan
oleh pengurus projek semasa lawatan dijalankan adalah sesuatu perkara yang baru bagi saya.
Tambahan pula, sebagai seorang pelajar yang akan menyandang jawatan sebagai seorang Guru
Binaan Bangunan setelah tamat proses pembelajaran nanti, lawatan sebegini adalah penting
dan amat diperlukan kerana pengalaman yang sedia ada dapat memudahkan dan seterusnya
membantu saya semasa menjalani Latihan Mengajar pada tahun hadapan. Selain itu, lawatan ini
juga dapat memberikan gambaran awal kepada saya bagaimana dunia pembinaan dijalankan
pada hari ini. Tidak itu juga , sebagai seorang mahasiswa Binaan Bangunan adalah penting untuk
setiap pelajar mengetahui dan memahami tentang setiap topik pembelajaran yang berkaitan
dengan jurusan yang diambil. Hal ini kerana dapat memberikan kesan terhadap peningkatan diri
pelajar selain daripada mengharumkan nama Fakulti itu sendiri diatas setiap kecemerlangan yang
ditunjukkan oleh pelajar terhadap masyarakat luar.
Berdasarkan program- program dan aktiviti yang dijalankan sebelum ini , didapati
bahawa setiap kemahiran soft skill yang ada dalam diri pelajar adalah hasil daripada
pengalaman yang telah diambil sepanjang bergelar mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Tun
Hussien Onn (UTHM ) iaitu di bawah jurusan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
(FPTV). Contohnya melalui lawatan tapak yang diadakan pada 28 Oktober 2015 yang lalu,
banyak memberikan kesan yang positif di dalam diri saya sebelum menceburkan diri dalam
dunia pekerjaan yang sebenar. Melalui lawatan tapak yang dijalankan ini juga dapat memberikan
pendedahan ilmu kepada saya sendiri mengenai tatacara yan sebenar dalam melakukan kerjakerja pemasangan peranca di tapak pembinaan. Jadi, jelaslah menunjukkan bahawa setiap
program dan aktiviti yang dicadangkan dapat memberikan kesan yang positif bukan hanya
kepada diri saya sendiri tetapi kepada para pelajar lain yang terlibat dengan program lawatan di
tapak bina ini. Oleh itu, melalui lawatan yang dibuat dapatlah dikenalpasti bahawa daya
2

peningkatan kreativiti, inovatif dan motivasi pelajar terhadap sesuatu perkara yang berkaitan
dengan bidang yang diceburi adalah lebih meluas berbanding dengan pelajar- pelajar lain yang
hanya tertumpu kepada pembelajaran di dalam bilik kuliah dan bukannya di luar bilik kuliah.

2.0

OBJEKTIF

Berikut merupakan objektif yang dapat dicapai selepas program lawatan tapak pembinaan
dijalankan iaitu :-

1. Pelajar dapat menjelaskan serba sedikit kategori peranca yang dipasang di tapak bina
2. Pelajar dapat menjelaskan peralatan dan bahan yang digunakan untuk pemasangan
peranca dengan betul.
3. Pelajar dapat menerangkan tentang proses pemasangan peranca dengan betul dan jelas

3.0

LOKASI TAPAK PEMBINAAN

Lokasi lawatan tapak bina yang dicadangkan adalah bertempat di

4.0

MAKLUMAT AKTIVITI

Berikut merupakan butiran mengenai lawatan tapak pembinaan yang dijalankan oleh kami.

Tarikh
Tempat

:
:

28 Oktober 2015

Taman Kristal, Jalan Kristal 2,


Jalan Kluang , Mukim Sri Gading,
Daerah Batu Pahat

Tajuk Projek

Permohonan Pelan Bangunan di bawah Akta 132

Masa

9.30 a.m 12.00 p.m

Hari

Khamis
3

5.0

Bil. Pelajar

27 orang

Pengurus Projek

Wak Supardi

TENTATIF PROGRAM
MASA
8.45 a.m

AKTIVITI
Berkumpul di hadapan projek pembinaan yang sedang dijalankan iaitu

9.00 a.m

di Parit Raja
Bergerak menuju ke tapak pembinaan bersama- sama dengan pensyarah

9.15. a.m

bertugas.
Pelajar di bawa melawat sekitar projek sebelum diberikan penerangan
berkaitan dengan pemasangan peranca di tapak bina. Pelajar meneruskan
aktiviti dengan memasang peranca yang diberikan oleh pekerja yang

12.00 a.m

bertugas.
Bersurai
6.0

LATAR

BELAKANG

PROJEK

PEMBINAAN
6.1 Peranca

RAJAH 1: Menunjukkan keadaan peranca di tapak pembinaan

Peranca ialah binaan bersifat sementara yang berfungsi memudahkan dan membolehkan pekerjapekerja binaan menjalankan kerja seperti mengikat bata, melepa, memasang siling, mengecat dan
4

sebagainya pada tempat yang tinggi dengan selamat. Selain itu, peranca juga boleh dikategorikan
sebagai struktur sementara yang digunakan semasa peringkat pembinaan sebagai alternatif untuk
laluan ke satu tempat yang selamat dalam melakukan kerja-kerja pembinaan Tambahan pula,
peranca juga boleh diklasifikasikan sebagai medan sokongan kepada sesuatu struktur.
Komponen peranca adalah terdiri daripada, tiang (standard), belebas (ledger), perembat (brace),
pin penyambung, plat tapak, pepat (transom), pelantar kayu, pengikat dan pengganding. Walau
bagaimanapun, peranca boleh dibina dengan pelbagai kaedah dan bentuk untuk disesuaikan
dengan keadaan dan tempat yang berlainan.
Peranca diketegorikan kepada pelbagai jenis mengikut cara binaannya. Ia biasanya diketegorikan kepada
keadaan rendah dan tingginya satu satu binaan itu. Bagi kerja kerja rendah dan ringan, peranca yang
biasa diaplikasikan ialah peranca jenis kuda kuda, tangga dan pendakap. Manakala peranca yang
digunakan untuk pembinaan yang tinggi ialah peranca jenis putlog tunggal, rangka tiub keluli bebas
ganda, julur dan peranca bergerak. Bahan bahan yang digunakan dalam menghasilkan peranca adalah
terdiri daripada, paip besi, aloi aluminium dan sebagainya. Bahan bahan peranca hendaklah tidak
mengalami sebarang kerosakan atau kecacatan yang boleh mengakibatkan kemalangan daripada berlaku.
Ini adalah untuk menjaminkan keselamatan pekerja yang menggunakannya semasa melakukan kerja
pembinaan.

6.2 Peranca tunggal dan berganda


6.2.1 Peranca tunggal
Peranca ini dibina menggunakan besi persegi. Ia amat sesuai digunakan untuk kerja menerap bata dalam
pembinaan dinding, terutamanya untuk dinding luar. Sebahagian peranca akan disokong oleh tembok
kerana hujung putlog dimasukkan ke dalam tembok. Peranca putlog tunggal mempunyai satu barisan
tiang tegak dengan jarak 1.8 2.4 m. Kedudukan peranca ini adalah 1.2 1.3 m dari permukaan dinding.
Tiang tegak dipaku ke atas tapak kayu dan didirikan tegak dengan diikat pada lejar. Lejar dipasang selari
dengan dinding sepanjang peranca dan jarak antaranya adalah 1.4 m. Anggota putlog diikat pada lejar
dengan jarak di antara 1.2 1.4 m dan hujung sebelahnya dimasukkan ke dalam dinding bata sedalam 80
mm. Semua lubang bekas putlog hendaklah disumbat padat selepas kerja kerja perlaksanaan dilakukan.
Sebagai langkah keselamatan, tepi pelantar yang jauh dari tembok dipasangkan papan pacak dan susur
pelindung sebagai langkah keselamatan. Papan papan pelantar disokong oleh putlog.

6.2.2 Langkah langkah kerja

1. Sebelum pemasangan peranca dilakukan , penyediaan bahan dan peralatan perlu


dilakukan. Antaranya adalah terdiri daripada plat tapak, perembat, belebas, pin
penyambung dan sebagainya.

Pastikan setiap bahan yang hendak dipasang adalah

lengkap bagi mengelakkan kesilapan berlaku semasa pemasangan peranca dibuat.

2. Selepas itu, bagi mengukuhkan peranca yang dipasang , pemasangan rembat silang
kepada tiang tegak yang bertemu dengan lejer dan putlog perlu dilakukan. Ini bagi
memastikan keadaan peranca yang dipasang adalah
stabil dan
pembinaan.

boleh digunakan dalam kerja- kerja

3. Akhir sekali , setiap bahagian peranca telah siap dipasang dan boleh digunakan dalam
kerja pembinaan.

6.2.3 Peranca

berganda

Direkabentuk untuk menanggung beban (bahan dan manusia). Keistimewaan peranca jenis ini
ialah ia tidak bergantung kepada bangunan untuk menyokong bebannya dan ini menyebabkan ia
amat sesuai dipraktikkan dalam pembinaan struktur kerangka bertingkat tingkat. Peranca bebas
ganda mempunyai dua baris tiang tegak yang berdiri tegak dengan jarak di antara tiang ialah 22.4 m. Tiang tegak barisan dalam diletakkan sejauh 300 mm dari permukaan dinding untuk
memberikan keselesaan kepada para pekerja melaksanakan tugas tugas mereka. Plat atas pada
tiang tegak dipaku kepada alas tapak kayu. Lejer berjarak 2 m dipasangkan selari dengan tembok
sepanjang peranca untuk menegakkan tiang. 33 Transom dipasang ke atas dua lejer dengan jarak
1.2 2.4 m untuk mengikat kedua dua barisan tegak serta menyokong papan pelantar. Tinggi
maksimum yang selamat untuk peranca ini adaalh dalam lingkungan 61 m.

6.2.4 Langkah memasang peranca berganda

1. Sebelum pemasangan peranca dilakukan , penyediaan bahan dan peralatan perlu


dilakukan. Antaranya adalah terdiri daripada, plat tapak, perembat, belebas, pin
penyambung dan sebagainya. Pastikan setiap bahan yang hendak dipasang adalah
lengkap bagi mengelakkan kesilapan berlaku semasa pemasangan peranca dibuat
7

2. Selepas itu, pemasangan pada setiap bahagian peranca perlu dilakukan. Diikuti dengan
struktur peranca dan pin penyambung. Semasa mendirikan peranca , pemasangan pin
penyambung

perlu dilakukan. Pin penyambung bertindak sebagai penyokong bagi

memudahkan pemasangan peranca yang kedua dibuat. Seterusnya , penambung pin


ppenyambung adalah untuk menstabilkan kedudukan peranca yang telah dipasang.

3. Setelah itu, pemasangan putlog perlu dilakukan setelah pemasangan peranca siap
dilakukan . Peralatan putlog ini boleh dilaraskan mengikut ketinggian yang dikehendaki .
Kebiasaannya ketinggian yang digunakan di tapak pembinaan adalah sebanyak 3 m.
Putlog akan dipasangkan di bahagian hujung peranca dimana ia boleh dilaraskan
mengikut ketinggian yang dikehendaki.

4. Akhir sekali, pemasangan peranca jenis berganda telah siap dilakukan . Oleh itu,
penggunaan peranca jenis berganda ini sesuai digunakan di kawasan tinggi dalam kerja
pembinaan .

KESIMPULAN
Kesimpulannya , melalui aktviti yang dijalankan di tapak pembinaan , saya dapat menambahkan
pengetahuan tentang cara- cara pemasangan peranca dengan betul. Selain itu, didapati juga,
terdapat pelbagai jenis peranca yang terdapat di tapak pembinaan. Antaranya adalah terdiri
10

daripada peranca tunggal , peranca berganda dan sebagainya. Setiap peranca yang dipasang
mempunyai fungsi yang tersendiri . Walau bagaimanapun , fungsi utama sesebuah peranca
dipasang adalah untuk bertindak sebagai penyokong dalam melakukan kerja pembinaan di
kawasan tinggi. Contohnya dalam melakukan kerja melepa pada bangunan tinggi dan sebaginya.
Perkara utama yang perlu dilakukan semasa pemasangan peranca adalah dengan memastikan
setiap peranca yang dipasang adalah lengkap dan bersesuaian dengan struktur bahagian masingmasing. Ini bagi mengelakkan kesilapan daripada berlaku semasa pemasanagan dibuat dan
menyebabkan kemalangan mudah belaku kerana ketidakstabilan peranca yang dipasang. Oleh
itu, sebelum pemasangan peranca dilakukan, perlu dipastikan setiap bahagian peranca adalah
lengkap dan betul. Justeru itu, sebelum memulakan sesuatu kerja , perlu dipastikan bahawa
setiap pekerja mempunyai pengetahuan yang mendalam berkaitan dengan kerja yang hendak
dilakukan. Ini bagi memastikan kerja yang hendak dibuat berjalan dengan lancar dan seterusnya
dapat mengelakkan kemalangan dan kecederaan serius daripada berlaku seperti terjatuh semasa
kerja- kerja pembinaan sedang dijalankan.
Justeru itu, daripada pernyataan diatas, dapat disimpulkan bahawa terdapat berbagai jenis
peranca yang berada di pasaran pada masa kini yang bersesuaian dengan penggunaannya
berbanding dulu. Ini penting kerana keadaan pembinaan hari ini yang berkembang pesat dan
segalanya perlu berjalan dengan lancar. Sesuatu pemasangan peranca perlulah mengikut prinsip
rekabentuk dan pembinaan yang telah ditetapkan. Contohnya seperti pemilihan jenis peranca
yang sesuai, merekabentuk beban yang dapat ditanggung, menggunakan bahan-bahan peranca
yang berkualiti dan mengikut spesifikasi bagi pemasangan peranca yang telah ditetapkan. Selain
itu, kerja-kerja penyelenggaraan perlu dijalanan dari masa ke semasa untuk memastikan struktur
peranca sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Walau bagaimanpun,
kegagalan struktur peranca di tapak bina selalunya disebabkan oleh kecuaian manusia dan
kegagalan mengikut peraturan yang telah ditetapkan selain dari beberapa faktor lain. Kegagalan
struktur peranca boleh mengakibatkan kemalangan dan mengganggu keselamatan pekerja selain
boleh mengakibatkan kerugian yang tinggi. Ini akan meninggalkan kesan dimana perjalanan
sesuatu projek juga akan tergendala akibat daripada kegagalan struktur ini.

11

RUJUKAN
http://apps.polikk.edu.my/~awam/files/perancah.pdf

12

LAMPIRAN

13

RAJAH 1: Menunjukkan anggota yang terlibat dalam aktiviti di tapak pembinaan di Parit Raja
bagi pemasangan peranca.

RAJAH 2: Menunjukkan pin penyambung yang perlu dipasang sebagai penyokong bagi
mengelakkan peranca daripada tumbang

14

RAJAH 3 : Menunjukkan
persekitaran kawasan tapak bina
yang melibatkan pemasangan
peranca.

RAJAH 4: Menunjukkan kawasan pembinaan yang dipenuhi dengan peranca

15

RAJAH 5: Menunjukkan aktiviti pelajar dalam memasang peranca

RAJAH 6: Menunjukkan pelajar sedang memasang peranca berganda bagi


mengaplikasikan apa yang telah diajar oleh pekerja yang bertugas.

16

Anda mungkin juga menyukai