Anda di halaman 1dari 4

Pada zaman yang kian membangun kini terdapat banyak faktor yang bolehmenjatuhkan institusi

sosial serta moral manusia. Dengan sekelip mata sahaja,manusia boleh hilang pedoman dan
melakukan perkara-perkara di luar batasan.Terdapat berbagai-bagai cara dan pendekatan yang
digunakan oleh individu yangtidak bertanggungjawab yang mampu menyebabkan manusia terus
hanyut didalam dunia yang tidak bermoral demi keuntungan diri sendiri. Banyak perkarayang
dahulunya dianggap devian kerana melanggar norma masyarakat tetapi tidaklagi kini kerana
menganggap ia perkara normal kerana arus modenisasi. Antarafaktor yang membawa kepada
permasalahan homoseksual gay ini ialah didikan ibubapa, pengaruh rakan-rakan, faktor genetik,
faktor negara dan faktor pengaruhdari barat.
24
Kebanyakan orang bersetuju bahawa didikan ibu bapa, rakan sebaya dansuasana persekitaran
yang menyebabkan terjebaknya seseorang itu dalam gejalahomoseksualiti. Ia mungkin berlaku
disebabkan oleh didikan dan layanan ibu bapaterhadap anak-anak di masa kecil kerana
kebanyakkan ibu bapa di zaman modenini tidak menerapkan nilai-nilai agama dan nilai-nilai murni
pada anak-anak. Jikadilihat pada keluarga Zack, ibu bapanya memang tidak menitik beratkan
soalagama. Anak-anak dibiarkan hidup dengan cara mereka sendiri.

Pengaruh

rakansebaya

dan

persahabatan

yang

terlalu

rapat

sesama

jantina

juga

menyebabkanterjadinya homoseksual. Ketika Zack bersekolah, dia mengakui sahabat baiknyasendiri


telah mengajarnya bagaimana untuk berperilaku menyimpang. Selain itu,Zack turut mengakui
bahawa mereka mempunyai hubungan lebih daripadaseorang kawan dan selalu menempiaskan
nafsu apabila mempunyai peluang.Homoseksualiti juga dipercayai bermula di sekolah dan institut

pengajian tinggiyang berasrama.Faktor semula jadi pula merujuk kepada perasaan yang
semulajadimenyebabkan seseorang itu mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis.

Perasaandan nafsu tersebut terhasil disebabkan oleh bahan kimia dan hormon yangdikeluarkan
dalam badan (luar kawalan).

Pendapat ini masih lagi dalam perbincangkan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh oleh
pakar dalam bidang ini. Terdapat juga teori bahawa aturan kelahiran menentukan sama
adaseseorang homoseksual atau tidak. Suatu kajian oleh Ray Blanchard memperolehidata bahawa
semakin bongsu seseorang anak, semakin besar kemungkinan diahomoseksual. Alasan-alasan di
belakang pemerhatian ini belum ditentukan. Ianyadipercayai bahawa dengan setiap kehamilan,
badan ibu mempunyai lebihhormon androgen yang boleh mempengaruhi orientasi seksual
seseorang anak.
25
Faktor yang ketiga adalah pengaruh budaya barat. Tidak dapat disangkalbahawa pengaruh budaya
barat merupakan salah satu faktor utama yangmembawa kepada masalah homoseksual atau gay di
Malaysia. Budaya baratdilihat sebagai satu budaya yang sangat berpengaruh dalam kehidupan kini.
Bagimasyarakat Barat, gay bukan sesuatu tingkah laku luar biasa atau devian, malahbeberapa
negara Barat seperti Belanda dan Britain mengiktiraf kedudukan lelaki jenis ini. Ia semakin ketara
apabila terdapat banyak Negara barat yang sudahmengiktiraf perkahwinan sejenis dan membuat
undang-undang berkenaandengannya. Sebagai contoh adalah polisi yang dilaksanakan di United
Kingdommengenai undang-undang gay.

Pada 18 November 2004, Akta Perkongsian Awam 2004 telah digubal, membenarkan pasangan
yang sama jantina mendapat hak-hakperkahwinan.Pada Oktober 2006 pula, Suruhanjaya
Persamaan dan Hak Asasi Manusia telah didirikan meliputi semua persamaan yang terkandas dan
perjanjianbagi memperkenalkan perlindungan dalam bidang barangan, kemudahan-kemudahan dan
perkhidmatan-perkhidmatan untuk golongan homoseksual.
26
Selain itu, pengalaman homoseksual juga mempengaruhi kelakuan devianini. Dan jika individu
menikmati pengalaman tersebut maka kebiasaan itu akanberkelanjutan. Ini dapat dilihat menerusi
kes Zack yang mana dia terlebih dahulumenjadi mangsa kepada bapanya. Akibat keterbiasaan itu,
maka Zack telah lalidan mengikut cara hidup yang menyimpang itu. Faktor yang terakhir ialah
faktor Negara. Negara turut menjadi punca yang menyumbang kepada masalah ini. DiMalaysia
sendiri contohnya, bahan-bahan lucah amat mudah didapati sehinggapelajar sekolah juga boleh
membelinya dengan harga yang murah. Ini bermaksud sesiapa sahaja boleh memilikinya asalkan
mempunyai wang. Ini merupakan sebabutama kepada segala masalah sosial yang berlaku di
Malaysia. Golongan gay
yang menonton filem lucah akan terangsang dan secara tidak langsung terdesakmencari pasangan
untuk melepaskan nafsu mereka.Di Malaysia, surat khabar Kosmo! baru-baru ini mendedahkan
kemunculankomik gay yang dijual secara terang-terangan. Meskipun harganya mencecahRM50
senaskah, laporan itu menyebut komik berkenaan laris dibeli oleh golonganmuda yang berumur 25
tahun ke atas. Antara kelab gay dan komik gay, mungkinada yang bertanya apakah gaya hidup ini
sudah diterima masyarakat Malaysia?

Pengamal perubatan yang juga Setiausaha AgunPersatuanPengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk
Dr. Maamor Osman berkata, trend amalan homoseksual dinegara ini semakin membimbangkan.
Penularan kecenderungan hubungansesama sejenis ini dapat dilihat dengan wujudnya kelab-kelab
gay di seluruhnegara.

Ditambah dengan internet, dunia tanpa sempadan menjadikan lebih mudahuntuk mendapatkan
bahan lucah. Ketidakmampuan kerajaan untuk mencari danmenyekat laman web lucah daripada
dilayari juga menjadi sebab kepada masalahsosial. Mereka hanya perlu menaip hanya beberapa
perkataan, kemudian dapatmenonton filem-filem lucah.