Anda di halaman 1dari 12

SULIT

021
BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 12
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1

Datuk Husni tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana


______________sedang menunaikan umrah di tanah Suci Mekah
A
kami
B
beliau
C
Kalian
D
Mereka

2
Apakah tujuan _______________ datang kemari? tanya Tun Mamat
kepada Daeng
Pirani.
A
anda
B
hamba
C
tuanku
D
tuan hamba
3. Abang ______________otak untuk mencari dan mengisi jawapan yang
betul pada
ruangan teka silang kata itu .
A
memerah
B
mencanai
C
mengilap
D
menerjah
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4
Pemain pasukan Sabah itu sedang melakukan ________ sudut untuk
pasukannya.
A
pukulan
B
sepakan
C
hayunan
D
hantaran

SULIT

021

5
Azman murid yang sangat aktif dalam bidang kokurikulum. ________,
pihak sekolah
telah menganugerahinya Murid Cemerlang semasa Hari
Kecemerlangan Kokurikulum.
A
Sejak itu
B
Jika begitu
C
Lantaran itu
D
Namun begitu
6
Pegawai kesihatan ______________kempen membasmi tempat
pembiakan
nyamuk aedes dalam kalangan penduduk di taman itu.
A
terhebat
B
kehebatan
C
memperhebat
D
memperhebatkan
7
Penternak itu terkejut apabila mendapati ________ ekor lembunya
mati.
A
sebahagian
B
beberapa
C
setengah
D
semua
8
Zafran berlari dengan ________________ untuk memenangi acara
larian
4 x 100 meter itu.
A
ligat
B
deras
C
pantas
D
kencang
9
Puan
rumah
A
B
C
D

Maimun mempelawa Emma ________ Nora masuk ke dalam


_______ menunggu Rima bersiap.
serta ... lalu
atau ... sambil
apabila ... tatkala
dan ... sementara

10
Jika _______ antara Junaidah dengan Hamidah, tentunya Junaidah
jauh lebih pandai
berdasarkan prestasinya di sekolah.
A
dibandingi
B
dibandingkan
C
membandingi
D
membandingkan
11

Pak Bon memegang se_____________ pisang raja di tangan kirinya

SULIT

021
dan se____________ di tangan kanannya.
A
biji .. tandan
B
biji sikat
C
sisir biji
D
sisir tandan

12
Murid-murid
ketawa
________________
menceritakan kisah
lucu kepada mereka.
A
tersipu-sipu
B
terbahak-bahak
C
tersengih -sengih
D
tersengguk-sengguk

apabila

Cikgu

Arif

Soalan 13-14
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
13
Kata Maya kepada Zaki, Semalaman saya tidak dapat tidur kerana
gigi saya sakit.
A
Maya dan Zaki menyatakan bahawa mereka tidak dapat tidur
semalaman
kerana gigi mereka sakit.
B
Maya menyatakan bahawa dia tidak dapat tidur semalaman
kerana gigi Zaki sakit.
C
Maya memberitahu Zaki bahawa dia tidak dapat tidur
semalaman kerana giginya sakit.
D
Zaki memberitahu Maya bahawa giginya sakit menyebabkan
dia tidak dapat tidur semalaman.
14
Bengkel motivasi selama seminggu itu banyak memberikan
pengalaman
baharu kepada para peserta.
A
Bengkel motivasi banyak memberikan pengalaman baharu
selama seminggu
kepada para peserta.
B
Para peserta memperoleh pengalaman baharu selama
seminggu dalam bengkel
motivasi.
C
Para bengkel motivasi banyak memberikan pengalaman
baharu kepada peserta
selama seminggu.
D
Para peserta yang menyertai bengkel motivasi selama
seminggu itu banyak memperoleh pengalaman baharu.
Soalan 15
Pilih ayat yang betul.
15

Puan Sereena membeli sebiji kek berperasa oren untuk majlis

SULIT
hari jadi

021

anaknya.
B
Berhati-hati ketika memandu di selekoh yang tajam dan
berbahaya itu.
C
Ibu menghidangkan tetamunya semangkuk bubur kacang.
D
Kejayaan dalam UPSR yang diperoleh Rani kerana usaha
gigihnya selama ini.

Soalan 16
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan
betul.
16
I.
Datuk menggemari kopi pahit.
II.
Peristiwa yang dialaminya itu terlalu pahit untuk diceritakan.
III.
Mereka bersama-sama menanggung pahit hidup di rantau
orang.
IV.
Betapa pahitnya kehidupan masyarakat di kawasan setinggan
itu.
A
I dan II sahaja
B
III dan IV sahaja
C
I, II dan III sahaja
D
II, III dan IV sahaja
Soalan 17 hingga Soalan 20
Baca syarahan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Encik Ramli,
pegawai-pegawai, penduduk kampung serta anak-anak sekalian. Selamat
pagi dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu jutaan terima kasih saya ucapkan atas kesudian
mengundang saya menyampaikan ceramah tentang pentingnya air dalam
kehidupan kita seharian.
Hadirin yang dihormati,
Walaupun kita beranggapan 70 % daripada bumi ini diliputi air dan
30 % sahaja yang terdiri daripada daratan, kita sebenarnya lupa bahawa
daripada sejumlah air yang sebegitu banyak, hanya 2.5 % adalah air
tawar yang dapat diminum dan digunakan manakala selebihnya adalah air
masin.
Oleh sebab itu, kita mestilah berjimat ketika menggunakan air.
Jangan mandi terlalu lama kerana ini melibatkan pembaziran air yang

SULIT

021

banyak.Selain itu, kita jugadinasihatkan agar menggunakan mesin basuh


hanya apabila membasuh banyak pakaian. Bagi menyiram pokok,
mencuci longkang dan kereta pula, gunakanlah air hujan yang ditadah di
dalam tempayan atau bekas plastik besar.
Ada banyak faktor mengapa kita harus berjimat ketika
menggunakan air. Misalnya pertambahan penduduk yang pesat
menyebabkan permintaan air meningkat secara mendadak dan
kemungkinan besar empangan akan cepat surut terutamanya ketika
musim kemarau panjang. Mungkin pada waktu itulah kita akan mulai
terngadah kerana kekurangan air.
Secara puratanya kita banyak menggunakan air untuk kegiatan
harian seperti mandi, mengepam tandas, mencuci pakaian, pinggan
mangkuk, kenderaan dan sebagainya termasuklah permaidani, jika
dibandingkan dengan air yang kita gunakan untuk minum, iaitu hanya 2
hingga 5 liter sehari.
Selain itu, pili bocor atau pili yang tidak diputar ketat turut
menyebabkan pembaziran air. Sekiranya dibiarkan menitis sehari suntuk,
kita telah membuang antara 70 hingga 80 liter air. Bayangkanlah berapa
banyak pembaziran air akibat sikap manusia yang tidak prihatin. Oleh itu,
apabila berlaku kebocoran air, teruslah membuat laporan ke Jabatan
Bekalan Air yang terdekat. Air amat penting, jadi berjimatlah ketika
menggunakan air walau di mana-mana sahaja. Jadilah warga yang
bertanggungjawab. Sekian, terima kasih.
17

Apakah tujuan utama ceramah ini diadakan ?


A

Memberitahu masyarakat tentang aktiviti yang menggunakan

B
C

Menegur sikap orang ramai yang tidak tahu memanfaatkan air


Menyedarkan masyarakat bahawa negara hampir kehabisan

air
air
D
kalangan

Memupuk sikap berjimat cermat dan menghargai air dalam


pengguna

18

Cara-cara berikut mampu menjimatkan air kecuali...

A
B
C
D
banyak

menutup pili air dengan sempurna


menyiram pokok bunga seminggu sekali
membersihkan kawasan luar rumah dengan air hujan
menggunakan mesin cuci ketika membasuh pakaian yang

19
Penceramah menyentuh tentang peratus kandungan air yang boleh
diminum

SULIT

021
di bumi ini bagi menunjukkan...
A
B
C
D

20

sumber air yang terhad


kegiatan manusia yang membazirkan air
kehilangan air terutama pada musim kemarau
pertambahan penduduk yang semakin pesat

Nasihat penceramah supaya air hujan digunakan juga dalam aktiviti


pembersihan bertujuan memupuk sikap...
A
B
C
D

berhati-hati
berjaga-jaga
beringat-ingat
bertolak ansur

BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21
Pilih perkataan yang sesuai untuk diisi pada tempat kososng dalam
petikan yang diberi.
sedih

pendek

garang dekat panjang

seronok

bising gembira

Suasana di dalam kelas itu sangat _________________________seperti di


pasar . Guru mata pelajaan Bahasa Melayu belum masuk ke dalam kelas .
Namun, tiba-tiba semua murid diam apabila Cikgu Amin , guru disiplin
yang sangat ___________________masuk ke dalam kelas. Cikgu Amin

SULIT
021
menegur rambut dan kuku Ameng yang __________________. Ameng berasa
________________dan malu kerana dia tidak menjaga kebersihan .
[ 4 markah ]
Soalan 22
a.Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya :
____________________________________________________________________
Jawapan : Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.
[ 2 markah ]
b. Tulis jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Jawapan:

Ayat tanya : Bilakah Amira akan bertolak ke Pulau Langkawi?


[ 2 markah ]
c.

Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai dengan gambar di atas.

[ 2 markah ]
Soalan 23
Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
1 Januari 2016
Kami memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jerantut.
Perjalanan selama lima jam terasa begitu pantas kerana kami begitu
teruja untuk mendaki Gunung Tahan. Kami menaiki kereta pacuan empat
roda dari Jerantut ke Kuala Tembeling. Kami melalui jalan lori balak yang
becak dan berlopak-lopak.
2 Januari 2016
Berehat seketika

di

Kuala

Tembeling

sebelum

meneruskan

SULIT
021
perjalanan ke Kuala Tahan. Perjalanan tergendala beberapa kali kerana air
sungai cetek. Kami terpaksa turun dan menolak bot . Letihnya bukan
kepalang .
3 Januari 2016
Seterusnya dari Kuala Tahan kami ke Kuala Bantal dengan mendaki
beberapa buah bukit dan sebuah gunung, iaitu Gunung Putih . Perjalanan
sangat sukar dan paling jauh. Kami mengambil masa sehari suntuk tiba ke
puncak Gunung Putih.
4 Januari 2016
Kami berpatah balik dari Gunung Putih ke Kuala Bantal melalui jalan
yang lain. Kami terpaksa mengharungi sungai dengan bersusah payah.
Arusnya amat deras dan banyak jeram. Keadaan ini benar-benar menguji
daya tahan fizikal dan minda kami.
5 Januari 2016
Keindahan hutan dan bunyi mergastua menghiburkan hati
sepanjang perjalanan dari Kuala Bantal ke puncak Gunung Tahan . Kami
sempat bergambar dan merakamkan segala keindahan di situ. Pada
penghujung pendakian, hujan turun dengan lebatnya. Keadaan sekeliling
gelap seperti malam . Tambahan pula, kami sedang melewati curam yang
dalam. Ketua ekspedisi menggunakan segala pengalaman dan
kemahirannya untuk membolehkan kami meneruskan perjalanan. Ketika
itu peralatan yang kami bawa seperti tali dan lampu suluh menjadi sangat
berguna. Seteah lima jam kehujanan barulah kami sampai di puncak
Gunung Tahan. Kami memacakkan bendera pasukan dan mengukir nama
masing-masing pada batu besar.
6 Januari 2016
Kami bertolak meninggalkan puncak Gunung Tahan . Perjalanan
menjadi lebih mudah kerana kami hanya perlu mengikut tanda-tanda
yang kami buat ketika mendaki.
Kami besyukur kerana berjaya menamatkan ekspedisi mendaki puncak
Gunung Tahan.
a.

Gunung Tahan terletak di negeri ___________________________________


[ 1markah ]

b. Apakah yang dilakukan oleh para pendaki setelah mereka sampai di


puncak Gunung Tahan ?
___________________________________________________________________________
[ 2 markah ]
C . Padankan
pernyataan di bawah berdasarkan petikan . Satu
daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh .

SULIT

021

Perjalanan tergendala beberapa kali kerana arus sungai


yang sangat deras
BETUL

Kami melalui jalan lori balak yang becak dan berlopaklopak

Kami berpatah balik dari Gunung Putih ke Kuala


Bantal melalui jalan lain.

SALAH

Setelah empat jam kehujanan barulah kami sampai di


puncak Gunung Tahan
[ 2
markah ]
Soalan 24
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.
Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.
Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.
Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.
a. Apakah maksud perkataan resam dalam pantun di atas?

[ 1 markah]

SULIT
021
b. Kemukakan dua pengajaran yang boleh didapati dari pantun di atas.

[ 2 markah ]
c. Apakah tema pantun di atas?

[ 1 markah ]
d. Terangkan maksud baris- baris pantun di bawah.
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[ 3 markah ]
Soalan 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anakanak buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalaukalau kejadian pecah rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk
Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan memanggil penduduk
kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi
mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu.
"Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu
malam secara berkumpulan, " kata Pak Jusoh.
Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ujar Pak Mail.
Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam
itu turut bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh.
Penduduk Kampung Paya Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual
yang ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada minggu yang
berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh ketua
mereka.
Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam
digemparkan oleh suatu kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang
daripada mengaji telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala

SULIT
021
anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak-kanak
mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu
tidak mematahkan semangat Tuk Mat dan anak buahnya untuk
meneruskan rondaan.
Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak
buahnya membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi,
mereka melihat sebuah perahu terdampar di pantai Kampung Paya
Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri yang mencurigakan
melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung
Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga
lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang
selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan
menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga
penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke
muka pengadilan.
a. Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak
buahnya supaya
berwaspada setiap masa ?
___________________________________________________________________________

[ 2 markah ]
b. Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya dalam
untuk menangani masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah
rumah di kampung itu ?

[ 2 markah ]
c. Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ?
___________________________________________________________________________

[ 2 markah ]
d. Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat
dan anak buahnya ?
__________________________________________________________________________

SULIT

021
[ 2 markah ]