Anda di halaman 1dari 6

ISBN : 978-967-0582-32-0

Fenomena Ketagihan Facebook dan Keengganan Berkomunikasi secara Bersemuka dalam


kalangan Remaja
Allya Cassandra Alim, Alfred Chan Huan Zhi, Ferlis bin Bullare @ Bahari, Chua Bee Seok, Jasmine
Adela Mutang & Lailawati Madlan
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

ABSTRAK

Pembentang:
Ally Cassandra Alim

Revolusi telah membuat perubahan terhadap rangkaian sosial yang telah


mengubah cara orang berkomunikasi terutamanya Facebook. Facebook Sesi :
merupakan salah satu laman sosial yang diminati pada zaman milineum ini 2.30 4.30 Ptg
di mana pelbagai peringkat usia seperti pelajar sekolah menengah, pelajar BS 3
kolej, pelajar universiti, para pekerja ataupun yang lebih tua telah
menggunakannya sebagai salah satu alat komunikasi. Tidak dinafikan
bahawa Facebook menyediakan banyak manafaat kepada penggunanya.
Majoriti pengguna Facebook ialah pelajar sekolah menengah dan pelajar
kolej (Raacke & Bonds-Raacke, 2008). Berita CBC telah melaporkan
rangkaian sosial Facebook menduduki tempat ketujuh daripada tempat ke60 laman sosial pada tahun 2008. Sepanjang tahun perasmian oleh
pengasasnya Mark Zurkerberg pada tahun 2011 sahaja, rangkaian laman
sosial ini telah mempunyai bilangan pengikut lebih daripada 500 juta
seluruh dunia dan angka ini meningkat saban hari (Facebook, 2011).
Berdasarkan statistik Facebook Malaysia (2011), keseluruhan pengguna
dalam laman sosial ini dalam tempoh enam bulan lepas adalah seramai
10,440,180 orang. Facebook dikatakan rangkaian sosial yang paling
berstruktur dan fungsinya lebih baik dalam berinteraksi dan perkongsian
fail antara pengguna (Buffardi & Campbell, 2008). Individu yang kerap
menggunakan rangkaian sosial akan teragak-agak berkomunikasi secara
bersemuka disebabkan perlu berhati-hati dalam penggunaan bahasa dan
juga gerak-geri serta nada suara yang akan disampaikan (Leung, 2007;
Papacharissi & Rubin, 2000). Walau bagaimanapun, Bordia (1997) dan
Straus (1996) tidak bersetuju bahawa komunikasi yang menggunakan
perantara komputer boleh menghalang kecekapan prestasi seseorang
dalam pekerjaannya. Dalam hal ini, adalah perlu untuk dilihat dan dikaji
adakah kekerapan berkomunikasi menggunakan perantara komputer ini
mempengaruhi keengganan berkomunikasi secara bersemuka terutamanya,
sama ada komunikasi yang menggunakan perantara komputer boleh
menjejaskan kemahiran interaksi dalam kehidupan yang sebenar ataupun
tidak.
Kata Kunci: Fenomena Ketagihan Facebook, Keengganan Berkomunikasi
Secara Bersemuka, Remaja

LATAR BELAKANG KAJIAN


Revolusi komunikasi telah mencetuskan perubahan dari masa ke semasa. Perubahan yang paling jelas
adalah perubahan terhadap laman rangkaian sosial yang telah mengubah cara orang berkomunikasi
terutamanya Facebook. Berita CBC telah melaporkan rangkaian Facebook menduduki tempat ketujuh
daripada tempat ke-60 laman sosial pada tahun 2008. Pengasas Facebook iaitu Mark Zurkerberg dan
rakannya pada tahun 2004, telah merasmikan laman sosial ini secara rasminya pada 4 Februari 2004
untuk pelajar kolej di Amerika Syarikat gunakan sebagai sebuah laman web rangkaian sosial,
Facebook kemudiannya berkembang ke tetapan pendidikan yang berbeza (bukan sahaja institusi
pengajian tinggi) tetapi juga dari negara lain dan kemudiaannya kepada orang awam (Hew, 2011).
Sepanjang tahun 2011 sahaja, rangkaian laman sosial ini telah mempunyai bilangan pengikut lebih
daripada 500 juta di seluruh dunia iaitu anggaran 1 dalam setiap 13 orang di dunia merupakan
pengguna Facebook dan angka ini meningkat saban hari (Facebook, 2011). Berdasarkan statistik
Facebook Malaysia (2011), keseluruhan pengguna dalam laman sosial ini dalam tempoh enam bulan
lepas adalah seramai 10,440,180 orang. Berdasarkan statistik ini, rakyat Malaysia didapati lebih
tertarik dengan rangkaian sosial ini berbanding rangkaian sosial lain seperti Twitter dan Friendster.
Facebook dikatakan sebagai rangkaian sosial yang paling berstruktur dan fungsinya lebih baik dalam
berinteraksi dan perkongsian fail antara pengguna (Buffardi dan Campbell, 2008).
Populariti Facebook ini dianggap sangat membantu terutamanya kepada remaja. Rangkaian
sosial ini telah mengubah cara berkomunikasi dengan semuanya hanya dihujung jari dan tidak perlu
menunggu lama untuk mendapatkan satu reaksi (Khoobchandani, dlm Readers Digest, March 2011).
Para remaja lebih suka menggunakan Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga
berbanding dengan telefon bimbit dan ianya lebih murah serta sangat mudah. Sebagai contoh fungsi
kumpulan atau halaman dalam Facebook yang membenarkan remaja berkongsi beberapa
kepentingan bersama dan memperoleh lebih banyak maklumat. Selain itu, profil Facebook
mempunyai satu format yang selamat dan terkawal berbanding dengan laman web lain. Menurut
Buffardi dan Campbell (2008), semua halaman dalam Facebook boleh dikongsi dan dihubungkan
dengan halaman kawan-kawan. Selain itu, penggunaannya juga boleh mencari ahli ataupun kawankawan baru dan lama.
Ketagihan Facebook
Perbezaan pengguna Facebook bergantung kepada individu. Penyalahgunaan atau terlalu banyak
menggunakan Facebook akan menyebabkan ketagihan yang bererti seorang individu akan
menggunakan lebih banyak masa di Facebook, meninggalkan kerja, waktu tidur ataupun masa makan.
Rutin harian juga terjejas dan menyebabkan ketagihan komputer tanpa disedari. Terdapat beberapa
pakar yang menunjukkan Facebook Addiction Disorder berlaku walaupun kajian yang dilakukan
adalah masih kurang dalam melihat kesan dan pencegahan. Sebaliknya dapatan kajian oleh Johnstone
et al., (2009) melaporkan bahawa persekitaran Facebook tidak berbeza dengan persekitaran luar talian
dalam aspek keperluan terhadap penerimaan dan juga penggabungan sosial. Orang yang menggunakan
Facebook juga bersedia berkomunikasi dengan sosial iaitu luar talian (Sheldon, 2008). Kajian
terdahulu juga menyatakan yang Facebook bermanfaat kepada orang walaupun tidak ada maklumat
dalam soal ketagihan Facebook daripada pengguna Facebook sendiri.
Keengganan berkomunikasi secara bersemuka dan ketagihan Facebook
Pengguna Facebook lebih suka menggunakan komputer sebagai pengantara dalam berkomunikasi
ketika berhubung dengan orang lain. Kejadian ini disebabkan oleh isu ketidakupayaan berkomunikasi
secara lisan, dan digantikan dengan berkomunikasi secara bertulis iaitu melalui Facebook. Elisson et
al., (2007) mendapati bahawa pengguna Facebook cenderung mengekalkan hubungan dengan cara
komunikasi ini. Boyd (2008) mendapati bahawa cara komunikasi ini lebih ramah berbanding dengan
komunikasi bersemuka. Terdapat beberapa kajian yang mendapati hubungan yang positif antara
keengganan berkomunikasi secara bersemuka dengan pengguna media, televisyen, radio dan
rangkaian sosial lain (Leung, 2007; Papacharissi dan Rubin, 2000). Dalam erti kata, orang yang kerap
menggunakan rangkaian sosial akan teragak-agak berkomunikasi secara bersemuka disebabkan perlu
berhati-hati dalam penggunaan bahasa dan juga gerak-geri serta nada suara yang akan disampaikan.
2

Motif menggunakan Facebook


Beberapa kajian mendedahkan bahawa orang yang mengalami kesunyian akan cenderung
menggunakan laman rangkaian sosial untuk melahirkan perasaan, mencari perhatian dan dijangka
tidak ada kemahiran berkomunikasi (Russel, 1996). McKenna et al., (2000) mendapati bahawa orang
yang suka menggunakan talian untuk berbual dan membentuk hubungan rapat secara talian dan
akhirnya membawa persahabatan dalam talian ke dalam kehidupan sebenar. Majoriti orang
menggunakan Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan, keluarga, sahabat dan juga sebagai
hiburan (Sheldon, 2008; Raacke dan Bonds Raacke, 2008).
Satu kajian empirikal terhadap pengguna Facebook (N= 182 orang) melaporkan bahawa niat untuk
menggunakan rangkaian laman sosial adalah sangat tinggi dengan kehadiran media sosial. Fokus
adalah kepada niat kebersamaan dalam laman rangkaian sosial. Antara nilai yang dikaji (bertujuan,
penemuan diri, memelihara hubungan antara perseorangan, peningkatan sosial dan hiburan) faktor
yang berkaitan dengan sosial mempunyai impak yang paling signifikan dalam niat untuk
menggunakan Facebook.
Personaliti Narcissism dan ketagihan Facebook
Terdapat satu lagi perspektif di mana orang menggunakan laman sosial iaitu percaya bahawa orang
lain akan memberikan perhatian kepada mereka yang dikenali sebagai narcissism (Buffardi dan
Campbell, 2008; Bergman et al., 2011; Ryan dan Xenos, 2011). Bergman et al., (2010) mendapati
bahawa jenis ini menginginkan orang lain tahu apa yang mereka lakukan, berkongsi minat mereka
dengan orang lain serta percaya bahawa orang lain juga berminat dengan apa yang mereka lakukan.
Hal ini disokong oleh Ong et al., (2001) dimana narcissist cenderung memperlihatkan profil diri dan
status terkini dalam Facebook mereka.
PERNYATAAN MASALAH
Facebook, salah satu laman sosial yang diminati pada zaman milinium ini dimana pelbagai peringkat
usia seperti pelajar sekolah menengah, pelajar kolej, pelajar universiti, para pekerja ataupun yang lebih
tua menggunakannya sebagai alat komunikasi. Tidak dinafikan bahawa Facebook menyediakan
banyak manfaat kepada penggunannya. Kebanyakkan individu memilih laman rangkaian sosial ini
sebagai medan untuk berkomunikasi berbanding dengan berkomunikasi secara bersemuka. Walau
bagaimanapun, apakah terdapat kesan lain daripada penggunaan Facebook selain daripada sebagai alat
berkomunikasi semata-mata?
Penagih Facebook akan memperuntukkan masa lebih daripada satu jam untuk memeriksa
maklumat yang dikemaskini oleh rakan-rakan penggunanya, mengemas kinikan status dan meyatakan
perasaan mereka serta berbincang isu-isu yang dilihat menarik dalam laman tersebut. Dianggarkan
lebih daripada 350 juta di seluruh dunia mengaku telah menjadi ketagih pada Facebook dan lebih 500
kumpulan yang telah menjadi penagih Facebook telah diwujudkan. Di malaysaia, Muhhamad Hussain
Habil (2010) mengesahkan yang mana belia yang ketagih Facebook adalah semakin meningkat.
Lantaran itu, terdapat satu keperluan untuk mengkaji tahap ketagihan Facebook dalam kalangan
remaja di Malaysia. Selain itu, perlu juga dikaji sejauhmanakah ketagihan tersebut mempengaruhi
kehidupan sosial kumpulan ini seperti melihat kepada kesediaan mereka untuk berkomunikasi secara
bersemuka.
Keghairahan terhadap Facebook sangat jelas terlihat di seluruh dunia. Di Malaysia,
dianggarkan seramai 10,440,180 pengguna Facebook (Malaysia Facebook Statistik, 2011). Majority
pengguna facebook adalah pelajar sekolah menengah dan pelajar kolej (Raacke dan Bonds-Raacke,
2008). Bordia (1997) dan Straus (1996) tidak berstuju bahawa komunikasi yang menggunakan
pengantara komputer boleh menghalang kecekapan prestasi seseorang dalam pekerjaannya. Dalam hal
ini, adalah perlu untuk dilihat dan dikaji adakah kekerapan berkomunikasi menggunakan pengantara
komputer ini mempengaruhi keengganan berkomunikasi secara bersemuka. Terutamanya, sama ada
komunikasi yang menggunakan pengantara komputer boleh menjejaskan kemahiran interaksi dalam
kehidupan yang sebenar atau tidak, masih belum jelas lagi.
3

PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan dapatan kajian lepas dan permasalahan kajian yang dikemukakan, persoalan kajian ini
ialah:
1) Seserius manakah remaja di Malaysia telah tertagih dengan penggunaan Facebook?
2) Apakah motif pengguna Facebook dalam remaja di Malaysia?
3) Sejauh manakah kesanggupan remaja berkomunikasi secara bersemuka setelah mereka
didedahkan dan terlibat dalam penggunaan Facebook?
4) Adakah penggunaan ataupun ketagihan Facebook telah menyebabkan remaja ini enggan
berkomunikasi secara bersemuka dengan orang lain.
5) Adakah ketagihan Facebook, motif penggunaan Facebook dan Keengganan berkomunikasi
secara bersemuka dipengaruhi oleh trait personality (narcisist) remaja?
OBJEKTIF PENYELIDIKAN
Kajian ini bertujuan untuk:
1) Mengenalpasti tahap ketagihan Facebook dalam kalangan remaja di Malaysia.
2) Mengenalpasti motif penggunaan Facebook dalam kalangan remaja di Malaysia.
3) Mengenalpasti tahap keengganan berkomunikasi secara bersemuka dalam kalangan remaja di
Malaysia.
4) Mengenalpasti tahap ketagihan Facebook, motif penggunaan dan keengganan berkomunikasi
secara bersemuka mengikut trait personaliti remaja (iaitu, remaja narcisistik dan bukan
narcisistik).
5) Mengkaji perhubungan di antara ketagihan Facebook dengan keengganan berkomunikasi
secara bersemuka.
6) Mengkaji perhubungan di antara ketagihan Facebook dengan keengganan berkomunikasi dan
bukan narcisistik).
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjau selidik soal selidik
tadbiran sendiri (self-administration) dan secara online.
Responden
Responden kajian ini terdiri daripada 1,500 orang remaja dari tiga kawasan di Negeri Sabah iaitu, Kota
Kinabalu (500 orang pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5), Sandakan (500 orang pelajar tingkatan 4 dan
tingkatan 5) dan Tawau (500 orang pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5). Pemilihan responden
menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive sampling) iaitu, responden yang mempunyai
akaun Facebook sahaja.
Tempat Kajian
Kajian dijalankan di enam buah sekolah menengah yang terletak di Bandar di tiga kawasan Negeri
Sabah iaitu, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
Alat Kajian
Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada:
1) Ukuran ketagihan Facebook diadaptasi daripada ukuran yang direkabentuk oleh Goldberg dan
Young (1996).
2) Soalan berkenaan motif penggunaan Facebook.
3) Ukuran keengganan berkomunikasi secara bersemuka diadaptasi daripada ukuran yang
direkabentuk oleh Burgon, (1976).

Analisis Data
Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan pakej komputer Program SPSS for windows 18.00 dan
Program AMOS. Statistik deskriptif min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan digunakan untuk
menerangkan faktor demografi, tahap ketagihan Facebook, motif penggunaan Facebook dan tahap
keengganan berkomunikasi secara bersemuka. Statistik inferensi ujian t, digunakan untuk mengkaji
perbezaan antara narcisistik dan bukan narcisistik dalam ketagihan Facebook, motif penggunaan
Facebook dan tahap keengganan berkomunikasi secara bersemuka. Analisis Regresi digunakan untuk
mengkaji perhubungan di antara pembolehubah ketagihan Facebook dengan keengganan
berkomunikasi secara bersemuka.

RUJUKAN
Al-Saggaf, Y., and Nielsen, S. (2014). Self-disclosure on Facebook among female users and its
relationship feelings on loneliness. Computers in Human Behavior. 36: 460-468
Aladwani, A. M. (2014). Gravitating towards Facebook (GoToFB): What it is? And How can it be
measured? Computers in Human Behavior. 33: 270-278.
A. K. M. Rezaul Karim., and Nigar, N. (2014). The Internet Addiction Test: Assessing its
psychometric properties in Bangladeshi culture. Asian Journal of Psychiatry. 10: 78-83
Balakrishnan, V., and Shamim, A. (2013). Malaysian Facebookers: Motives and addictive behaviours
unravelled. Computers in Human Behavior. 29: 1342-1349.
Cam, E., and Isman, A. (2013) Teacher candidates use of facebook for educational purposes. Social
and Behavioral Sciences. 106: 2500-2506
Clayton, R. B., Osborne. R, E., Miller, B. K., and Oberle, C. D. (2013). Loneliness, anxiousness, and
substance use as predictors of Facebook use. Computers in Human Behavior. 2013: 687-693.
Grieve, R., Indian, M., Witteveen, K., Tolan, G. A., and Marrington, J. (2013). Face-to-face facebook:
can social connectedness be derived online? Computers in Human Behavior. 29: 604-609.
Grosseck, G. Bran, R., Tiru, L. (2011). Dear teacher, what should I write on my wall? A case study on
academic uses of Facebook. Procedia Social and Behavioural Sciences 15: 1425-1430.
Harris, C. H. (2012). The uses of Facebooktechnologies in Hospitality curriculum on an experiential
learning platform for a new generation of students. Asia Pasific Journal of marketing and
Logistic. 24: 805-825.
Hamade, S. N. (2013). Perception and use of social networking sites among university students.
Library Review. 62: Iss: 6/7 : 388-397.
Indian, M., and Grieve, R. (2014). When Facebook is easier than face-to-face: Social support derived
from Facebook in socially anxious individuals. Personality and Individual Differences.59: 102106.
Kuss, D. J., Shorter, G. W., Rooj, A. J. V., Mheen, D. V. D., and Griffiths, M. D. (2014). The Internet
addiction components model and personality: Establishing construct validity via a nomological
network. Computers in Human Behavior. 39: 312-321.
Kuss, D. J., Rooj, A. J. V., Shorter, G. W., Griffith, M. D., and Mheen, D. V. D. (2013). Internet
addiction in adolescents: Prevalence and risk factors. Computers in Human Behavior. 29: 19871996Rosen, L. D., Whaling, K., Rab. S., Carrier, L. M., and Cheever, N. A. (2013). Is Facebook

creating iDisorders? The link between clinical symptoms of psychiatric disorders and
technology use, attitudes and anxiety. Computers in Human Behavior. 29: 1243-1254.
Lee, W. B., and Stapinski, L. A. (2012). Seeking safety on the internet: Relationship between social
anxiety and problematic internet use. Journal of Anxiety Disorders. 26: 197-205.
Nazir S. Hawi. (2012). Internet addiction among adolescents in Lebanon. Computers in Human
Behavior. 2012: 1044-1053.
Smock, A. D., Ellison, N. B., Lampe, C., and Wohn, D. Y. (2011). Facebook as a toolkit: A uses and
gratification approach to unbundling feature use. Computers in Human Behavior. 27: 23222329.
Servidio, R. (2014). Exploring the effects of demographic factors, Internet usage and personality traits
on Internet addiction in a sample of Italian university students. Computers in Human Behavior.
35: 85-92.
Sheldon, P. (2013). Voices that cannot be heard: Can shyness explain how we communicate in
Facebook versus face-to-face? Computers in Human Behavior. 29: 1402-1407.
Wohn, D. Y., and LaRose. R. (2014). Effects of loneliness and differential usage of Facebook on
college adjustment of first-year students. Computers & Education. 76: 158-167.
Witek, D., and Grettano, T. (2012). Information literacy on Facebook: an analysis. Reference Services
Review. 40: 242-257.