Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH SRI KDU

KOTA DAMANSARA

NAMA:

TINGKATAN: 3

GURU: PUAN LATCHMIDEVI.B

CERPEN BUDI SEMANGKUK DAGING


Tema
Kepentingan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian.
Buktinya Puan Ainun, Puan Salbiah, Puan Cheng, dan Cik Punita saling bertegur sapa dan tolongmenolong antara satu sama lain.
Persoalan
i. Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Contoh: Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita yang tinggal di satu taman perumahan.
ii. Larangan dalam agama.
Contoh: Cik Punita mengembalikan semangkuk daging pemberian Puan Ainun kerana amalan
agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu.
iii. Dendam yang berpanjangan.
Contoh: Puan Ainun berdendam terhadap Cik Punita yang mengembalikan semangkuk daging
pemberiannya.
iv. Tolong- menolong dalam hidup bermasyarakat.
Contoh: Anak- anak Puan Ainun menyiram pokok- pokok bunga Cik Punita ketika dia balik ke
kampung.
i. Pemerian
Contoh: Memerihalkan peristiwa Puan Ainun mencuba resepi baharu, iaitu daging masak Minang.
ii. Dialog
Contoh: Perbualan antara Puan Ainun dengan Puan Cheng tentang masakan Puan Ainun di halaman
rumah mereka.
iii. Imbas Kembali
Contoh: Puan Ainun mengingati kembali peristiwa dia tidak membeli produk barangan kesihatan
yang dijual oleh Cik Punita.
iv. Saspens
Contoh: Pembaca tertanya-tanya sebab Cik Punita tidak menerima masakan pemberian Puan Ainun.
v. Monolog Dalaman
Contoh: Sewaktu Puan Ainun tertanya-tanya di dalam hati sebab Cik Punita tidak menerima
pemberiannya.
vi. Monolog
Contoh: Puan Ainun mengeluh sendirian memikirkan perbuatan Cik Punita yang menolak

Nilai
i. Nilai tolong- menolong.
Contoh: Puan Ainun menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita sewaktu ketiadaan
jirannya itu.
ii. Nilai bertanggungjawab.
Contoh: Puan Ainun menunaikan tanggungjawab menjaga hak-hak jiran seperti menolong
mengangkat kain sewaktu ketiadaan Cik Punita.
iii. Nilai kepatuhan.
Contoh: Anak-anak Puan Ainun patuh pada arahannya supaya menghantar juadah kepada jiranjirannya.
iv. Nilai keinsafan.
Contoh: Puan Ainun insaf akan kesilapannya berburuk sangka terhadap Cik Punita.
v. Nilai prihatin
Contoh: Encik Hilal prihatin terhadap adat dan budaya agama lain. Misalnya dia memberitahu Puan
Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.
i. Pengaruh bahasa asing.
Contoh: Penggunaan bahasa Inggeris - best.
ii. Perlambangan
Contoh: hatinya berasa kembang.
iii. Sinkope
Contoh : Tak ada. Semuanya saya dah beli semalam, jawab Puan Ainun.
iv. Simile
Contohnya : Sakit hati Puan Ainun makin bertambah bagai dicucuk dengan duri.
v. Peribahasa
Contoh : Penggunaan pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
vi. Kata Ganda
Contoh: Berhari-hari selepas itu Punita tidak juga pulang.
Nilai
i. Nilai tolong- menolong.
Contoh: Puan Ainun menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita sewaktu ketiadaan
jirannya itu.
ii. Nilai bertanggungjawab.
Contoh: Puan Ainun menunaikan tanggungjawab menjaga hak-hak jiran seperti menolong
mengangkat kain sewaktu ketiadaan Cik Punita.
iii. Nilai kepatuhan.
Contoh: Anak-anak Puan Ainun patuh pada arahannya supaya menghantar juadah kepada jiranjirannya.
iv. Nilai keinsafan.
Contoh: Puan Ainun insaf akan kesilapannya berburuk sangka terhadap Cik Punita.

v. Nilai prihatin
Contoh: Encik Hilal prihatin terhadap adat dan budaya agama lain. Misalnya dia memberitahu Puan
Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.
i. Kita hendaklah menghormati jiran dan adat budaya kaum lain.
Contoh: Encik Hilal memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging
lembu.
ii. Kita mestilah tolong-menolong sesama jiran.
Contoh: Anak-anak Puan Ainun menolong Cik Punita menyiram pokok-pokok bunga dan Puan
Cheng menawarkan diri untuk menolong Puan Ainun membeli barang-barang kerana dia hendak ke
kedai.
iii. Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.
Contoh: Puan Ainun menyangka Cik Punita memulangkan makanan kerana marah terhadapnya
yang tidak membeli barangan yang dijual oleh Cik Punita.
iv. Kita hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik.
Contoh: Puan Ainun mendidik Shafiq dan Hanif agar bertimbang rasa dan tolong-menolong sesama
jiran.

i. Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini.


ii. Jelaskan dua persoalan yang diketengahkan oleh pengarang dalam cerpen ini.

i. Dua nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini ialah nilai tolong- menolong. Contoh: Puan Ainun
dan jiran-jirannya mengamalkan nilai tolong-menolong dengan sentiasa bertegur sapa, menjaga
perasaan jiran dan menolong menyiram pokok-pokok bunga. Nilai bertanggungjawab. Contoh: Puan
Ainun menunaikan tanggungjawab menjaga hak-hak jiran seperti menolong mengangkat kain
sewaktu ketiadaan Cik Punita.
ii. Dua persoalan yang diketengahkan oleh pengarang dalam cerpen ini masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum dan agama. Contoh: Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita tinggal di satu taman
perumahan. Persoalan penganut agama Hindu yang tidak makan daging kerana menganggap lembu
ialah binatang suci. Contoh: Cik Punita mengembalikan semangkuk daging pemberian Puan Ainun
kerana amalan agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap
suci.

Anda mungkin juga menyukai