Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH SRI KDU

KOTA DAMANSARA

NAMA:

TINGKATAN: 3

GURU: PUAN LATCHMIDEVI.B

Baca petikan di bawah dan jawab soalan- soalan yang disediakan.


Itulah Raja yang memerintah negeri, terlalu besar kerajaannya. Maka
Encik Siti tiada beranak dan berlaki Adapun nama negeri pada masa itu
Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Maka lepas daripada simpan
serta dikuburkan itu, lalu turunlah pula ke perahu mudik ikut sungai itu lalu
sampai Pekalang Gaung. Maka lalu orang ramai- ramai pun muafakat hantar
Tuan Puteri Sadung naik ke Bukit Marak itu. Maka Tuan Puteri Sadong itu
dipanggil orang kampung di situ; oleh orang ramai- ramai pergilah. Lalu Tuan
Puteri Sadung pun suruh orang ramai- ramai itu bawa pergilah tanam di
Tambak.
1. Berdasarkan petikan di atas, nyatakan latar tempat yang terlibat dalam
Hikayat Seri Kelantan. (4 markah)
Maka Sultan Abdullah tidak peduli seperti kehendak Tuan Puteri Sadung
itu. Maka tiada berapa lamanya lalu berbalah Tuan Puteri Sadung itu dengan
Sultan Abdullah. Maka berkelahilah keduanya itu. Maka Sultan Abdullah pun
naiklah kemarahan yang amat sangat kepada Tuan Puteri Sadung itu serta
diambil pedang lalu dipancung, kenalah leher Tuan Puteri Sadung itu
2. Berdasarkan petikan di atas, tuliskan perwatakan Sulatan Abdullah
beserta contoh.
(4 markah)
Maka tatkala itu sekalian kelanggaran pun mustaidlah semuanya, lalu
raja- raja dan menteri hulubalang dan askar sekalian pun menujulah jalan
sebelah selatan itu. Maka berjalanlah sekalian itu.
3. Berdasarkan petikan di atas, berikan gaya bahasa beserta contoh. (4
markah)
Demikian lagi adinda mendengar daripada orang tua- tua, demikianlah
katanya; hutang budi dibayar budi hutang darah dibayar darah hutang malu
dibayar malu hutang mati dibayar mati. Tetapi adinda ini tiada upaya hendak
membalas budi kekanda kerana paduka adinda ini seorang perempuan yang
tiada berguna kepada orang. MAka mujurlah segala sekalian inang dayang
tolong hidupkan, jikalau inang dayang tidak tolong, tetntu mati tiada boleh
pandang mata paduka kekanda ini lagi

4. Apakah nilai yang terdapat dalam petikan di atas? (4 markah)


Hai sekalian inang dayang pengasuh Tuan Puteri Sadung janganlah kamu
teriak menangis kerana Tuan kamu telah mati. Apalah kesudahan kamu
sekalian tiada simpan Tuan kamu itu jikalau kamu duduk menangis; adakah
masakan hidup lagi?
5. Berdasarkan petikan di atas:
i)Siapakah penutur dalam petikan tersebut? (2 markah)
ii)Apakah yang berlaku selepas dialog tersebut dituturkan?(8 markah)
6. .Huraikan watak dan perwatakan Tuan Puteri Sadung dalam cerita
Hikayat Seri Kelantan.(10 markah)