Anda di halaman 1dari 14

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan

seseorang. Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk


membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai
anak, seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa
daripada ibu bapa, anak-anak mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang amat besar terhadap anakanak dan rumah tangga. Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anak-anak, anakanak pasti berasa dirinya terabai dan mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan
gejala sosial yang tidak baik. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah
bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk
membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?
Peranan pertama yang dapat dimainkan oleh ibu bapa untuk membantu anak-anak
mencapai kejayaan yang cemerlang ialah ibu bapa mengutamakan iklim rumah
tangga yang dibina dalam situasi yang aman dan bahagia.Anak kunci keamanan
dan kebahagiaan rumah tangga ialah sikap saling memahami, berkasih sayang dan
tambatan cinta yang luhur dan abadi. Keharmonian dan keceriaan rumah tangga
menjamin anak-anak membesar dengan selamat dan sihat. Hal ini demikian kerana,
kehidupan yang bahagia akan membebaskan anak-anak daripada masalah keluarga
seperti pertengkaran antara ibu bapa atau ibu bapa yang berpecah-belah.
Perpecahan keluarga boleh mengganggu kesejahteraan dan pelajaran anak-anak.
Dalam hal ini, peranan ibu bapa penting dalam mewujudkan rumah tangga yang
bahagia agar anak-anak dapat menganggap rumahku syurgaku. Anak-anak sudah
pasti dapat berusaha bersungguh-sungguh tanpa gangguan dalam pelajaran kerana
mereka hidup dalam keadaan gembira tanpa ada tekanan yang berat. Tegasnya, ibu
bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang
harmoni dan ceria sepanjang masa bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pelajaran.
Selain itu, ibu bapa juga perlulah bertanggungjawab mengawasi perkembangan dan
pergaulan anak-anak dengan rakan sebaya. Pergaulan anak-anak dengan rakan
sebaya memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan harian dan masa depan
anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak lebih mudah dipengaruhi oleh rakan
sebaya dalam segala tindakan atau kelakuan kerana remaja mempunyai prinsip,
nilai dan identiti yang hampir sama. Anak-anak lebih mempercayai dan meyakini
kawan daripada ibu bapa sehingga mereka sukar untuk membezakan antara
perkara baik dengan perkara yang buruk. Apabila anak-anak bergaul dengan rakan
yang bermasalah seperti ponteng sekolah dan menghisap rokok, mereka juga akan
mengikut jejak rakan sebaya itu dan hilang minat untuk belajar. Untuk menangani
hal ini, ibu bapa mestilah mengenali latar belakang setiap rakan sebaya anak
mereka dan mengenal pasti perubahan yang berlaku kepada anak-anak mereka

pada setiap masa. Ibu bapa perlulah bertindak lebih awal, bak kata pepatah
beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis kerana anak-anak dapat
diselamatkan dan boleh memberikan tumpuan terhadap kecemerlangan dalam
pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah mengawasi perkembangan dan pergaulan
anak-anak dengan rakan sebaya bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam
pelajaran.
Di samping itu, ibu bapa juga perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan
agama dan moral yang secukupnya. Pendidikan agama dan moral ini perlu
diberikan sejak kecil lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Anak-anak ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkan warna pada
kain tersebut. Pendidikan agama dan moral yang diberikan oleh ibu bapa mampu
menepis segala bentuk kemungkaran yang berlaku. Anak-anak akan dapat
membezakan perkara yang baik dan yang buruk. Mereka juga akan menjadi anakanak yang lebih bertanggungjawab dan memahami peranan mereka sebagai
seorang anak dan tidak akan menghampakan harapan ibu bapa. Hasil didikan
agama dan moral yang cukup ini dapat membantu anak-anak untuk memperoleh
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Tegasnya, ibu bapa perlulah
memberikan didikan agama yang secukupnya untuk memastikan anak-anak
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk
anak-anak belajar supaya anak-anak boleh memberikan tumpuan terhadap
pelajaran. Ibu bapa perlu memberi motivasi dan galakan terhadap anak-anak untuk
belajar. Dalam hal ini, ibu bapa perlulah menjadi contoh teladan yang baik terhadap
anak-anak kerana anak-anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka bak kata
pepatah, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu bapa perlulah menitikberatkan
pelajaran anak-anak dengan menghantar anak-anak ke kelas tambahan atau
tuisyen serta menyediakan buku-buku rujukan yang lengkap untuk memudahkan
anak-anak mengulang kaji pelajaran di rumah. Selain itu, ibu bapa juga perlulah
menyediakan bilik yang sesuai dan selesa untuk kemudahan anak-anak belajar. Ibu
bapa perlulah menggalakkan anak-anak membaca untuk mencapai kecemerlangan
dalam pelajaran. Oleh itu, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke pameran
buku, ke kedai buku atau ke perpustakaan. Langkah ini penting kerana secara tidak
langsung anak-anak telah ditanamkan dengan sikap suka membaca. Situasi ini
boleh menimbulkan persaingan dalam diri anak-anak untuk membaca buku-buku
tersebut. Natijahnya, anak-anak akan mempunyai kesedaran dan keinsafan betapa
pentingnya pengetahuan dalam kehidupan mereka sehingga mereka berusaha
untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
Tambahan lagi, ibu bapa juga perlulah selalu berhubung dan berbincang dengan
pihak sekolah serta bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru tentang anak-anak.
Untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak di sekolah, ibu
bapa perlulah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah terutama guru kelas dan
guru disiplin. Usaha ini penting kerana jika anak-anak menghadapi masalah dalam
pelajaran atau masalah disiplin, ibu bapa boleh bertindak segera untuk menangani
masalah tersebut. Dalam hal ini, anak-anak pasti dapat diselamatkan daripada

dipengaruhi oleh rakan sebaya yang tidak sihat. Selain itu, ibu bapa juga perlu
sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak
walaupun dalam kesibukan bekerja. Ibu bapa mestilah bersedia menjadi pendengar
yang baik kepada anak-anak setiap kali anak-anak meluahkan masalah mereka.
Masalah dan kesedihan anak-anak mestilah dikongsi bersama agar perasaan
tersebut tidak akan terpendam yang akan menjadi satu tekanan dalam diri anakanak. Biasanya, anak-anak yang memendam perasaan, pasti tidak dapat
menumpukan perhatian dalam pelajaran dan akhirnya mereka akan keciciran dalam
pelajaran. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa perlu mengambil berat tentang
masalah anak-anak mereka dalam pelajaran dan selalu berbincang dengan guruguru lain agar anak-anak mendapat pedoman dan boleh memberikan tumpuan
untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan
peranan yang penting untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa hendaklah bertanggungjawab terhadap masa
depan anak-anak sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya ibu bapa kurang
memberikan perhatian terhadap masa depan anak-anak, anak-anak pasti sukar
untuk mencapai kejayaan dan kemungkinan mereka terjebak dalam masalah sosial
sehingga sukar untuk diselamatkan. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang
besar dalam mencorakkan masa depan anak-anak khususnya untuk mencapai
kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran.

MASALAH SOSIAL DI
KALANGAN REMAJA

Pengenalan
Belakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan
remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini
diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu
petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang
berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.
Pengertian masalah sosial remaja
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak
membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam
sesuatu masyarakat ataupun negara.

Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan
Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada
dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan
mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur
tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan
adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam
persekolahan.
Statistik Gejala Sosial Remaja
Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya
yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.
Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah
semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara
tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta
kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang
diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda.
Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah,
rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia,
Januari 1992).
Jenayah yang dilakukan oleh remaja bukan hanya berlaku di kawasan bandar raya atau bandar-bandar besar
sahaja, malah di merata tempat di seluruh pelusok negara. Sebagai contoh, di Kedah sahaja, sebanyak 307
kes jenayah berlaku sepanjang tahun 1991. Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah.
Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47 adalah
remaja kaum India.
Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990,
sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992.
Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat
1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes).
Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992,
daripada jumlah 22912 penagih dadah yang ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja.
Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata masyarakat Malaysia,
iaitu perbuatan maksiat di kalangan remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan
Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja yang rosak ahklak
masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes pada
tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991.
Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah
kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah budaya lepak. Satu
kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus
pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8%
remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993).
Punca Keruntuhan Akhlak

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada
tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti
adalah seperti berikut;
1. Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam
jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin
tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang
mempunyai latar belakang yang baik.
Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah
kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.
Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain
menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap,
berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini
menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja.
Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang
terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang
bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak
akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang
kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu
awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan
mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.
Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah
alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku
dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis
dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh
juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.
Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita
seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak,
memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak
sepanjang masa.
2. Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang
masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat
dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan
pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat
membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.
3. Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi
pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang
kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan
pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan
kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa
di rumah.
Cara Mengatasi Masalah
Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru,
strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa
saranan:

1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap
anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan
anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai
masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan
sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang
mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan
sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan
keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan.
Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi,
melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan,
menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta
meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
2. Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan
akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga
dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer,
video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat
sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping
mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam
pengawasan disiplin.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang
sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajarpelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah
pelajar ini kepada pihak polis.
5. Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di
peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu
remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselorkaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan
pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan
yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajarpelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan
sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama KUCING TAK BERGIGI,
TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI
Kesimpulan
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah
memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada
ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi

Masalah kewangan dalam keluarga

LATAR

BELAKANG

Pengurusan kewangan yang bijak adalah salah satu kunci kepada kesejahteraan keluarga.
Pengurusan yang efektif dapat memastikan setiap sumber kewangan yang diterima dapat
dinikmati dengan saksama oleh setiap ahli keluarga. Ini termasuklah pembiayaan keperluan asas
keluarga seperti makanan, kesihatan, pendidikan dan aktiviti masa senggang.
Namun, peningkatan perbelanjaan dan kenaikan barangan sejak akhir-akhir ini merupakan
fenomena yang bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Jika di lihat daripada
perspektif perbelanjaan isi rumah di Malaysia, berpandukan maklumat yang diperolehi daripada
Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah 2004/2005 yang dijalankan oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia, perbelanjaan penggunaan bulanan purata isi rumah Malaysia bagi tahun
2004/2005 adalah sebanyak RM1,953.00 sebulan. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 19.7%
berbanding tahun 1998/1999.
Penemuan daripada penyiasatan ini menunjukkan isi rumah di Malaysia membelanjakan 69.1%
daripada perbelanjaan bulanan mereka ke atas empat kumpulan utama iaitu perumahan, air,
elektrik, gas dan bahan api lain (22.0%); diikuti makanan dan minuman bukan alkohol (20.1%);
pengangkutan (16.1%) dan restoran dan hotel (10.9%).
Kajian yang dijalankan oleh LPPKN pada 2004 mendapati, masalah kewangan adalah antara
masalah utama yang sering membimbangkan mereka di samping masalah-masalah lain di dalam
keluarga (KPKM, 2004). Selain itu, Kajian Pendapat mengenai Kesan Inflasi Terhadap Institusi
Keluarga pada 2008, mendapati bahawa majoriti daripada responden (95%) menghadapi
kesukaran untuk keluarga mereka menangani dan berhadapan dengan kenaikan harga barangan.
Kajian turut mendapati bahawa 44% daripada responden mengatakan bahawa telah berlaku
perselisihan faham di dalam keluarga sejak berlakunya peningkatan harga barang mahupun
makanan terutama sekali pada keluarga yang berpendapatan rendah. Sungguhpun kajian ini
dilaksanakan ketika negara dilanda inflasi yang tinggi, impak daripada senario tersebut masih
dirasai oleh sebilangan keluarga pada masa kini.
Sehubungan itu, LPPKN melihat pengurusan kewangan keluarga merupakan satu kemahiran
yang penting supaya keluarga boleh berbelanja mengikut kemampuan dan mencapai matlamat
kewangan yang ingin dicapai di samping dapat mengekalkan kesejahteraan keluarga
Susulan itu, bagi tahun 2009 Bahagian Pembangunan Keluarga LPPKN telah melaksanakan
Majlis Perasmian dan Pelancaran Program SMARTbelanja@LPPKN peringkat Kebangsaan yang
dirasmikan oleh Y.B. Dato' Aminah Abdul Rahman, Ketua Pengarah LPPKN

Masalah keluarga
Antara Punca Masalah Keluarga:1. Lemah dalam kefahaman dan amalan agama

Jom Aktifkan MyKad Smart Shopper Anda Untuk dapatkan Mata Ganjaran !!

Tidak dapat tidak asas untuk mengatasi semua masalah mesti berteraskan agama.Sebarang
penyelesaian masalah sama ada dengan psikologi dan lain-lain yang tidak berteraskan agama
sebenarnya masalah itu cuma dapat dirawat sekadarkulitsahaja,adapun masalah dalaman tidak
akan dapat dirawat.Bila tak dirawat maka masalah akan terus bertambah teruk dan parah.
2. Suasana dalam rumah tangga
Bila suasana di dalam rumag tangga terlalu ketat maka dikalangan ahli keluarga pasti ada yang
stres.Bila stres ini mengundang suasana yang tidak sihat dalam rumah tangga..Apabila terlalu
longgar pula keluarga akan tunggang terbalik,masing-masing bual hal sendiri..Ini juga suasana
yang tidak sihat.Oleh itu cara terbaik yang anda perlu wujudkan di dalam rumah tangga adalah
suasana yang seimbang.Bila suasana seimbang itu wujud dalam rumah tangga maka keluarga
anda akan harmoni.
3. Tidak tahu apa pendekatan yang sepatutnya diambil dalam menangani masalah
Bila kita diuji dengan masalah dalam rumah tangga kita tidak tahu bagaimana mahu
menyelesaikannya.Apa yang kita tahu ketika itu adalah marah-marah,mengamuk,pukul
memukul,lari rumah,cerai,atau terjun tingkap..Inilah kesilapan kita yang ia bukan sahaja tidak
dapat menyelesaikan masalah yang sedang berlaku dalam rumah tangga bahkan ia sebenarnya
membarahkan lagi masalah yang memang sudah parah.

Setiap insan yang beriman dengan qado dan qadar Allah perlu tahu bahawa setiap
ujian\musibah\bala yang Allah timpakan itu sebenarnya adalah tanda Allah ingatkan kita..Sayang
kita..Bila kita redho dan bersabar dengan ujian tersebut maka Allah akan angkat darjat kita dan
menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan.
Bila kita redho dan bersabar dengan masalah yang sedang melanda dalam rumah tangga kita,kita
akan tenang dalam menyelesaikan masalah tersebut.Mengadulah kepada Allah dalam sujud dan
doa bersungguh-sungguh,kemudian adakan perbincangan..Berlembutlah dalam memberi nasihat
kepada anak-anak terutamanya yang sudah dewasa.Kerana orang muda ni berdarah
panas.Insya Allah,Allah akan memberi kelapangan untuk menyelesaikan masalah rumah tangga
yang sedang dihadapi.
4. Persekitaran diluar rumah

Persekitaran diluar rumah juga kadang-kadang menjadi punca kepada berlakunya masalah dalam
rumah tangga.Sebab itulah disebutkan di dalam hadis: Empat perkara yang membawa
kebahagiaan kepada manusia,iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah,rumah yang bagus
(luas),jiran yang baik,dan kenderaan yang bagus. (Hadis riwayat Ibnu Hibban).
Kerana jiran keluarga kita boleh bahagia,kerana jiran juga keluarga kita boleh porak
peranda.Oleh itu berdoalah selalu agar Allah tempatkan kita bersama jiran-jiran yang baik.

Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan keluarga


berpecah-belah dan nyatakan kesan-kesannya.

Keluarga merupakan institusi asasi masyarakat yang menjadi agen sosialisasi


anak-anak dalam pembangunan mereka untuk menjadi generasi masa depan negara.
Keluarga yang rukun dan sejahtera akan membentuk anak-anak yang bersahsiah mulia
dan berhemah tinggi. Anak-anak sebeginilah merupakan generasi pelapis yang akan
mewarnai lembaran sejarah dan menerajui kepimpinan negara. Walau bagaimanapun,
saban hari kita seringkali terbaca bermacam-macam isu tentang keluarga yang
berpecah-belah. Isu-isu seperti kenaikan dalam kadar perceraian dan pengabaian
sudah menjadi sebagai satu fenomena lumrah dalam masyarakat kita.
Apakah yang menyebabkan keluarga berpecah-belah? Dunia telah melalui
pelbagai perubahan. Negara semakin pesat membangun. Kalau dahulu kaum lelaki
yang merupakan ahli keluarga yang bertanggungjawab dalam pencarian nafkah
keluarga dan kaum wanita pula hanya duduk di dapur sahaja, kini, dengan adanya
persamaan dan dasar liberal bagi kaum wanita, mereka mempunyai kerjaya yang
setaraf dengan kaum lelaki. Oleh sebab itu, semakin ramai kaum wanita keluar

bekerja. Akibatnya, kedua ibu bapa asyik mengejar kemewahan dan kebendaan hidup
sahaja. Dalam kerakusan mengejar materialisme, mereka tidak ada masa untuk anakanak, keinginan untuk sumbang kepada keluarga pula semakin hari kian pupus kerana
kurangnya rasa tanggungjawab dan iltizam kepada keluarga. Ibu bapa sebegini hanya
pentingkan diri mereka sendiri sahaja. Mereka tidak ada kemahuan untuk melabur
dalam sumber psikologi dan kewangan bagi pembentukan anak-anak. Mereka hanya
ingin mencari kebendaan sahaja. Apabila kedua ibu bapa bekerja, ibu bapa yang
merupakan sumber ikatan kemesraan serta fokus perhubungan dalam keluarga pun
menghilang. Kesejahteraan sesebuah keluarga akan terjejas akibat hubungan yang
renggang dan timbul jurang antara generasi. Ibu bapa memainkan peranan penting
kerana mereka ialah nakhoda kapal sesebuah keluarga. Ibu bapa perlu sentiasa
mengawal tingkah laku anak-anak dan mengambil tahu tentang kelakuan anak-anak.
Malangnya, ibu bapa yang bekerja tidak mempunyai masa untuk itu semua dan anakanak mereka dibiarkan terbiar.
Tambahan lagi, ibu bapa yang bekerja itu biasanya akan mengalami ketegangan
perasaan setelah penat sehari bekerja. Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa
luahan perasaan ibu bapa. Dengan tidak semena-menanya, anak disalahkan apabila
sesuatu yang buruk berlaku di tempat kerja. Anak-anak ini akan beras diri mereka
kurang baik dan hilanglah keyakinan diri mereka.
Selain itu, hubungan isteri dengan suami juga akan menjadi renggang. Kaum
wanita yang asyik bekerja akan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang
isteri yang baik. Sehubungan denganitu, suami akan mencurigai atau mengesyaki
kesetiaan isterinya. Isteri tidak akan dapat melayan segala kehendak suaminya
sewaktu di rumah kerana asyik dengan kerjanya. Bahkan, ada sesetengah isteri yang
berpendapatan tinggi memilih untuk berdikari dan tidak memerlukan naungan sesiapa.
Seterusnya, berlakulah masalah rumahtangga kerana kontroversi ini.

Masalah rumahtangga juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan


keluarga berpecah-belah. Antaranya ialah perceraian ibu bapa. Hal ini menyebabkan
anak-anak kurang mendapat perhatian dan perasaan mereka turut berbelah bagi
terhadap ibu bapa mereka. Bagi mengatasi masalah ini, mereka menjerumuskan diri
ke kancah kehinaan bagi mendapat perhatian dan keseronokan. Selain itu, ibu yang
telah bercerai pula akan mengalami kesempitan wang. Mereka terpaksa membesarkan
anak dengan nafkah yang kecil. Oleh sebab tertekan dengan kesempitan hidup, ibu ini
akan melepaskan geram kepada anak. Hal ini boleh menjadi lebih serius dan
seterusnya menjadi satu penderaan jika ibu itu tidak dapat mengawal perasaannya.
Penderaan juga boleh berlaku jika salah satu daripada ahli keluarga mempunyai
personaliti yang kurang baik. Mereka mungkin merupakan kaki botol, penagih dadah
atau kaki judi. Orang-orang sebegini hidup mereka sentiasa tertekan dan tidak
semena-mena mereka boleh mengancam keluarga apabila perasaan mereka tidak
boleh dikawal lagi. Mangsa dera ini akan mengalami kesan jiwa yang berpanjangan.
Dia akan berasa hilang harga diri, mudah bersedih dan sentiasa mencari kasih dari
orang lain. Ada yang akan menjadi ahli anggota kumpulan samseng bagi mendapat
teman dan perhatian. Mangsa juga akan menganiaya anak sendiri setelah
berumahtangga. Pada masa jangka panjang, dia akan hilang perasaan untuk saling
menyayangi dan tidak menyayangi orang lain akibat terikut-ikut perangai ganas ibu
bapa.
Salah satu faktor lagi ialah pasangan senang berputus asa apabila masalah
rumahtangga timbul. Pasangan ini tidak cuba saling memahami bagi menyelesaikan
masalah, tetapi mengambil jalan mudah dengan bercerai. Masing-masing dengan
pendiriannya sendiri, tidak mahu beralah. Ada pasangan pula yang berkahwin sebelum
sedia untuk memberi komitmen yang penuh. Oleh sebab itu, mereka kurang matang

dalam menghadapi pancaroba hidup dan rumahtangga mereka menjadi porak-peranda.


Keluarga juga boleh berpecah-belah jika pasangan itu berkahwin tanpa kerestuan ibu
bapa. Misalnya, kerana berlainan bangsa. Hidup pasangan ini akan menjadi tertekan
kerana cemuhan yang diberi oleh pihak keluarga. Jadi, mereka terpaksa bercerai bagi
kerukunan keluarga masing-masing.
Dewasa ini, seringkali kita terbaca bermacam-macam rencana tentang isu remaja
kini melalui media massa. Isu-isu seperti lari dari rumah, mencuri, gejala pembuangan
bayi dan kumpulan-kumpulan samseng sangat hangat diperkatakan. Mengikut kajian,
kebanyakan kes ini berpunca daripada keluarga yang porak-peranda dan berpecahbelah. Anak yang terbiar dan ketandusan kasih sayang ini mengambil jalan yang
mudah untuk mendapat kepuasan dan keseronokan. Dengan tidak sengaja, mereka
menjerumuskan diri ke lembah hina bagi melupakan masalah yang dihaddapi. Anakanak yang terbabit dalam masalah sosial akan membawa keburukan kepada negara.
Pada mulanya, mereka akan hilang minat untuk ke sekolah. Untuk mengisi masa
lapang, mereka akan melakukan jenayah kecil seperti mencuri. Seterusnya, timbul
yang lebih serius pula seprrti membunuh dan terbabit dengan najis dadah. Keruntuhan
akhlak merupakan satu bencana kepada masyarakat, khususnya di kalangan generasi
muda. Jika ramai anak remaja berkelakuan sedemikian, negara akan kekurangan
pekerja yang bijak dan berkaliber pada masa hadapan. Ini akan mengurangkan
produktiviti negara dan ekonomi dan kestabilan negara juga akan terjejas. Musibah ini
akan berlaku apabila anak-anak remaja ini tidak lagi menghormati, malah tidak
mengikuti norma-norma yang menjadi teras kepada pembentukan diri dan institusi
sosial yang mantap.
Natijahnya, bibit-bibit keruntuhan moral bukan sahaja setakat perlu dicantas,
tetpai harus tidak dibenarkan tumbuh sama sekali. Walau apa pun yang terjadi dalam
sesebuah keluarga, didikan agama dan moral harus ditancapkan ke dalam jiwa anak-

anak agar mereka mengamalkan sikap-sikap yang terpuji. Ibu bapa juga perlu menjadi
teladan yang baik kepada anak-anak, seperti kata pepatah, bapa borek, anaknya
rintik. Anak-anak sebagai bakal pewaris kepimpinan negara harus dikuatkan jati
dirinya dan diberikan tarbiah sebagai penyuluh supaya mereka dapat terus berjalan
pada jalan yang terang dalam menghadapi masalah keluarga