Anda di halaman 1dari 57

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya merebut peluang ini untuk mengucap syukur kehadrat illahi
dengan limpah kurnia dan berkatNya saya dapat menyiapkan Health System Research
saya yang bertajuk Menilai tahap pengetahuan mengenai penyakit Gastritis dalam
kalangan masyarakat di Jabatan Kecemasan Hospital Duchess Of Kent dengan
jayanya dimana ia merupakan salah satu syarat untuk melayakkan pelatih Pembantu
Perubatan menduduki ujian akhir Diploma Pembantu Perubatan.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada En. Johaibe Bin Bujang sebagai
mentor saya yang telah banyak membantu serta memberi tunjuk ajar sepanjang saya
menyiapkan penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada kakitangan yang bertugas di
Jabatan Kecemasan Hospital Duchess Of Kent yang turut serta membantu dan memberi
sedikit sebanyak maklumat yang saya perlukan dalam menyiapkan penyelidikan ini.

Selain daripada itu, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua tenaga
pengajar (Program Pembantu Perubatan) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota
Kinabalu kerana telah banyak memberi dorongan serta tunjuk ajar kepada saya sebagai
pelatih tahun akhir Kursus Diploma Pembantu Perubatan.

Akhir sekali, terima kasih saya tujukan kepada individu yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

ABSTRAK

Dalam kajian ini penulis telah memilih tajuk Menilai tahap pengetahuan
mengenai penyakit Gastritis dalam kalangan masyarakat di Jabatan Kecemasan
Hospital Duchess Of Kent. Tujuan pemilihan tajuk ini sebagai kajian penulis adalah
berdasar statistik yang di perolehi dari Unit Rekod dan Dokumentasi Hospital Duchess
Of Kent menunjukkan jumlah kes pesakit yang mengalami kejadian kes Gastritis
meningkat pada tahun 2009 2011. Bagi memudahkan proses menyiapkan kajian ini,
penulis telah mengunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan data dan maklumat
yang di perlukan dalam kajian seperti mendapatkan statistik dari Unit Rekod dan
Dokumentasi dan menjalankan kajian berdasarkan borang soal selidik keatas sampel.
Kajian ini dijalankan keatas pesakit yang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan,
Hospital Duchess Of Kent dan sebanyak 30 orang sampel telah di pilih secara rawak
tidak mengira usia, bangsa dan status. Segala penemuan dan maklumat yang di
perolehi dalam kajian ini akan di persembahkan dalam bentuk deskriptif, diantaranya
adalah dalam bentuk graf dan carta pai serta dalam bentuk huraian.

BAB 1
PENGENALAN

PENGENALAN

Jika dilihat apa yang terjadi di sekeliling kita, pasti kita ingin mengetahui
dengan lebih lanjut mengenainya. Maka semuanya bermula dengan penyelidikan
sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Menyentuh soal kejadian yang
berlaku di sekeliling kita, apa yang membimbangkan pihak Kementerian
Kesihatan ialah peningkatan terhadap penyakit Gastritis. Gastritis adalah satu
penyakit kronik atau akut yang sering terjadi di seluruh dunia. Sememangnya
penyakit ini berlaku di mana mana saja tanpa mengira umur, bangsa dan
jantina. Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih Jabatan Kecemasan, Hospital
Duchess Of Kent Sandakan sebagai lokasi kajian.

Aspek seperti anatomi dan fisiologi sistem alimentari yang normal,


patofisiologi, rawatan dan prognosis pesakit Gastritis juga akan dihuraikan
secara ringkas dalam penyelidikan ini. Ini adalah bertujuan untuk memberikan
sedikit sebanyak maklumat yang ada dan diharapkan dapat memberikan
kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya mengetahui kaedah rawatan
dan langkah pencegahan bagi pesakit Gastritis ketika serangan berlaku dari
menjadi lebih memudaratkan sehingga boleh membawa maut.

PENYATA MASALAH

Gastritis adalah satu penyakit kronik atau akut yang sering terjadi di
seluruh dunia. Sememangnya penyakit ini berlaku dimana mana saja tanpa
mengira umur, bangsa dan jantina. Oleh itu, mengikut data yang diperolehi dari
Jabatan kecemasan di Hospital Duchess of Kent, penyakit ini sering terjadi
kepada lelaki dan perempuan. Kenyataan ini disokong oleh statistik yang
diperolehi dari Unit Rekod dan Dokumentasi Hospital Duchess Of Kent
Sandakan yang mana ia menunjukkan ada sedikit peningkatan bilangan pesakit
gastritis dari tahun 2009 - 2011.

Bilangan kes
Tahun

Jumlah
Lelaki

Perempuan

2009

58

62

120

2010

39

50

89

2011

35

59

94

Jadual 1 : jumlah kes Gastritis dari tahun 2009 2011


di Hospital Duchess Of Kent

Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih Hospital Duchess Of Kent


Sandakan sebagai lokasi kajian dan untuk mengetahui sama ada terdapat

peningkatan kes Gastritis. Data yang diperolehi menunjukkan ada peningkatan


sedikit demi sedikit pada tahun berikutnya iaitu tahun 2009 dan 2011.

Pada tahun 2009, kes Gastritis mencatat jumlah 120 kes. Namun pada
tahun 2010, statistik menunjukkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 89 kes
sahaja yang dilaporkan. Kemudian pada tahun 2011 pula, statistik menunjukkan
ada sedikit peningkatan jumlah kes iaitu sejumlah 94 kes sahaja yang
dilaporkan.

Berdasarkan statistik ini, penyakit Gastritis semakin meningkat di


kalangan masyarakat. Ini membuat pemikiran penyelidik, mengapa masalah ini
sering terjadi secara berulang walaupun pelbagai usaha kakitangan Kementerian
Kesihatan Malaysia menangani kes serangan penyakit Gastritis dari meningkat
setiap tahun dengan memberi rawatan yang sewajarnya. Oleh itu, penyelidik
telah mengambil langkah untuk mengkaji tahap pengetahuan berkenaan
penyakit Gastritis di kalangan masyarakat yang mendapatkan rawatan di
Jabatan Kecemasan, Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

JUSTIFIKASI KAJIAN

Dengan segala maklumat yang diperolehi, ini akan dapat membantu


semua pihak terutamanya pesakit dan ahli keluarga dalam menangani penyakit
Gastritis ketika serangan berlaku. Selain daripada itu, secara tidak langsung juga
pihak kakitangan kesihatan akan mengetahui di mana kelemahan dalam
memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit dan ahli keluarganya mengenai
penyakit Gastritis dan rawatannya.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dibahagi kepada 2 objektif utama iaitu, objektif am dan objektif khusus.

Objektif am:

Menilai tahap pengetahuan mengenai penyakit Gastritis dalam


kalangan

masyarakat

yang

mendapatkan

rawatan

di

Jabatan

Kecemasan Hosptal Duchess Of Kent, Sandakan.


Objekf khusus:

1. Mengenalpasti profil demografik golongan yang berisiko mendapat


Gastritis dalam aspek Bangsa, Jantina, Umur, dan jenis aktiviti
atau pekerjaan.
2. Mengkaji pengetahuan umum pesakit tentang kejadian Gastritis
dalam aspek faktor-faktor penyebab, kejadian, pencegahan dan
rawatan penyakit Gastritis.
3. Memberikan cadangan penambahbaikan bagi mengurangkan kes
Gastritis daripada terus berlaku.

SKOP KAJIAN

Borang soal selidik adalah direka oleh penyelidik sendiri dan kemudian
diedarkan kepada ibubapa, penjaga atau pesakit itu sendiri. Penyelidikan ini
dibuat di Jabatan Kecemasan Hospital Duchess of Kent. Pendekatan yang
digunakan ialah melibatkan pesakit Gastritis itu sendiri dan ahli keluarga untuk
dijadikan responden. Semua maklumat yang diperolehi adalah dalam bentuk
demografi iaitu jawapan maklum balas yang diberikan oleh responden itu sendiri.

BAB 2
KAJIAN SEMULA

10

Kajian semula
Tujuan kajian semula ini dimasukkan kedalam penyelidikan ini ada
untuk mendapatkan idea untuk merangka soalan soalan yang akan ditanyakan
kepada respondan di dalam borang soalselidik. Selain itu, penyelidik dapat
membandingkan

penemuan

penyelidik

dengan

penemuan

penyelidik

penyelidik lain untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat. Selain itu, Tujuan
kajian semula dijalankan ialah untuk mendefinisikan masalah penyelidikan,
menjelaskan idea idea pada amnya, menentukan dan memilih kaedah
penyelidikan yang sesuai serta perancangan yang terperinci dan bersistematik.

Gastritis merupakan perkara yang lazim berlaku dalam masyarakat


terutamanya pada mereka yang telah berumur. Namun, faktor umur bukanlah
faktor penyebab berlakunya Gastritis. Menurut

Davidsons (14th Edition),

Gastritis boleh didefinisikan sebagai inflamasi pada lapisan mukosa gaster akibat
daripada ketidakseimbangan kandungan asid reflux di dalam gaster, jangkitan
bakteria atau virus, ubat-ubatan dan alkohol. Ia boleh menjadi penyakit yang
kronik atau akut pada bila-bila masa sahaja jika ia tidak dirawat dengan segera.
Dia juga mengatakan bahawa Gastritis berpunca daripada Aspirin, Ubat antiinflamatori dan keberangkalian alkohol. Selain itu, ia juga disebabkan oleh
regurgitasi bile di dalam gaster terutamanya selepas melakukan pembedahan
gastrik. Pada sesetengah pesakit, simptom seperti anoreksia, nausea, kesakitan
pada bahagian epigastrik dan Heart burn merupakan simpton utama. Dalam kes

11

gastrik yang berulang, boleh menyebabkan berlakunya pendarahan pada dinding


gaster. Ini akan menyebabkan pesakit menghidap penyakit anemia.

Menurut Baharudin Omar et al (1993), Gastritis ialah salah satu masalah


yang paling sering berlaku pada sistem pencernaan manusia. Ia merupakan
peradangan mukosa gaster dan boleh bersifat akut atau kronik. Gejala utamanya
ialah rasa terbakar di epigastrium. Menurut mereka lagi, Gastritis akut boleh
disebabkan oleh pengambilan arak, aspirin, agen anti-peradangan bukan steroid
(NSAID) dan dadah-dadah lain, bahan-bahan kaustik (asid sulfuric, asid
hidroklorik, formaldehid), keracunan makanan, jangkitan bacteria (Streptococcus,
Staphylococcus, Escherichia coli) dan jangkitan virus. Bagi kes Gastritis akut
yang disebabkan oleh pengambilan dadah (aspirin, NSAID), pengambilan dadah
tersebut haruslah dihentikan serta-merta dan pesakit diberikan antasid atau
pemblok H2 untuk jangka waktu yang singkat (1 atau 2 minggu), gastritis yang
menyebabkan pendarahan (hemoraj) memerlukan penggantian bendalir dan
darah. Gastritis akut ringan biasanya tidak memerlukan rawatan khusus. Etiologi
Gastritis kronik pula ialah peminuman arak atau kopi yang berlebihan dan terlalu
sering, faktor keresahan, kecederaan akibat pendedahan pada sinaran dan
factor-faktor imunologi. Gastritis kronik memerlukan perubahan tabiat pada
penghidap dengan menjauhkan diri daripada arak dan mengelakkan meminum
minuman yang mengandungi kafein. Elakkan juga memakan sehingga terlalu
kenyang. Sebaik-baiknya makan makanan yang sedikit, tetapi dengan lebih

12

kerap. Gastritis yang dikaitkan dengan ulser peptik memerlukan rawatan ulser
yang dialami.

Menurut di laman web www.infosihat.gov.my/penyakit-gastritis.html


ketidaksimbangan asid (pepsin) dalam gaster serta perubahan ketahanan
mukosa antara penyebab yang dikenalpasti. Pengambilan alkohol, ubat Non
steroid anti inflamatory drug, infeksi helicobacter pylori dan tekanan (stress)
merupakan punca yang menyebabkan berlakunya gastritis. Gastritis merupakan
salah

satu

penyebab

utama

pendarahan

dalam

gaster

yang

boleh

mengakibatkan seseorang itu muntah berdarah dan membuang najis berwarna


hitam. Ini berlaku akibat daripada hakisan mukosa pada dinding gaster oleh
faktor penyebab yang keterlaluan sehinga menyebabkan dinding gaster menipis
dan berdarah. Biasanya, seseorang individu merembeskan asid pada kadar
normal

(hipoklorida),

hidroklorik(HCL)

tetapi

dirembeskan

pada

peringkat

melebihi

paras

kejadian
normal

gastritis,

asid

(hiperklorida).

Walaubagaimanapun, terdapat golongan yang mengalami gastritis di sebabkan


oleh asid bile.

Menurut Marie V. Krause dan L. Kathleen Mahan (1993), Gastritis


adalah inflamasi pada mukosa gaster yang menyerang dengan tiba-tiba dan
kadangkala begitu hebat serangannya. Walau bagaimanapun, istilah ini kerap
digunakan untuk sebarang ketakselesaan pada gaster. Gastritis selalunya
ditandai dengan rasa loya, muntah, perdarahan, kesakitan, dedar, anoreksia

13

atau sakit kepala. Serangan kerap terjadi selepas memakan makanan tertentu
yang sensitif bagi individu berkenaan, makan terlalu cepat, atau makan apabila
terlalu letih atau dalam kesedihan. Faktor lain termasuk pengambilan alkohol,
tembakau serta makanan berempah yang banyak. Keracunan makanan dan
pengambilan sebatian korosif juga boleh menyebabkan Gastritis. Ubat seperti
salisilat, Reserpine, Indomethacin dan Fenilbutazone boleh menyebabkan
Gastritis. Kadangkala Gastritis terjadi selepas terapi sinaran, trauma, luka akibat
terbakar, pembedahan, hipoksia, kejutan, demam, jaundis atau kerosakan renal.
Gastritis juga boleh memburukkan lagi jangkitan bakteria.

Menurut Hardinge dan Shryock (1991) penyebab utama Gastritis tidak


diketahui. Namun demikian, kehadiran jus gastrik yang tediri daripada asid
hidroklorik dan pepsin boleh menyebabkan hakisan pada lapisan mukosa gaster.
Contohnya dalam pengambilan alkohol. Sebanyak 25% hingga 40% kes
disebabkan oleh pengambilan alkohol. Sebanyak 20% hingga 30% pesakit
menyebabkan pendarahan pada bahagian gastro usus dalam kes penyakit
gastrtis yang dialami. Kenyataan ini juga ada dinyatakan oleh Ross & Wilson (
9th Edition,2005), gastritis berlaku apabila ketidakseimbangan jus gastrik dan
tahap ketahanan dinding mukosa gaster terhadap pertambahan kadar jus gastrik
yang berlebihan dan keterlaluan. Kadar mukus di dalam gaster tidak mampu
untuk melindungi dinding gaster daripada dihakis oleh asid hydrocloric. Faktorfaktor yang menyebabkan kejadian tersebut contohnya seperti penggunaan ubat
Asprin yang terlalu lama dan penggunaan ubat anti-peradangan yang terlalu

14

lama, pengambilan alkohol yang keterlaluan, keracunan makanan yang


disebabkan oleh bakteria atau virus, merokok, ubat sitotoksik, asid dan alkali,
dan regurgitasi bile di dalam gaster.

Helicobacter

Penulis Delaney, B; McColl, K (2005) di dalam buku

pylori and Gastro-oesophageal refluc disease ada menyatakan serangan


Gastritis yang disebabkan bakteria atau virus adalah kerana jangkitan selepas
pembedahan atau makanan yang tercemar yang boleh menyebabkan penyakit
Gastritis. Kenyataan ini juga ada dinyatakan oleh Harvey, Johns, Mckusick,
owen dan Ross ( 22nd Edition,2003), infeksi akibat daripada helicobacter pylori
dan bile reflux yang berlebihan boleh menyebabkan Gastritis. Infeksi helicobacter
pylori menyebabkan keradangan pada dinding mukosa gaster dan secara tak
langsung

akan

mengakibatkan

tumbuhnya

ulser

pada

dinding

gaster.

Pertumbuhan ini akan menyebabkan penipisan dinding gaster dan akhirnya


boleh menyebabkan dinding gaster berlubang.

Penulis MD Lippincott Williams and Wilkins ( 2003)

menyatakan

selain jangkitan, penggunaan ubat-ubatan Non steroidal anti-inflammatory Drug


dengan jangka masa yang panjang juga boleh menyebabkan Gastritis. Selain itu
ubat lain seperti Vitamin C juga boleh menyebabkan Gastritis menyerang
sekiranya gaster kosong. Selain daripada itu, faktor alergi ataupun hipersensitiviti
juga banyak menyumbangkan kejadian serangan Gastritis.

15

Menurut Parveen Kumar dan Micheal Clark (3rd Edition,2003)


menyatakan bahawa tiada yang tetap kecuali dalam situasi ini terdapat
kelemahan dalam penemuan klinikal, patoligikal dan endoskopi. Dalam kes
Gastritis, keradangan pada dinding gaster berlaku dan merosakkan dinding
superficial gaster. Gastritis boleh berlaku akibat tindakan ubat seperti asprin,
infeksi bakteria atau virus, pengambilan alkohol

yang berlebihan dan

kemungkinan stress atau tekanan yang melampau. Gastritis yang akut boleh
menyebabkan pesakit muntah dan berkemungkinan pendarahan pada gastro
usus sekiranya ia mejadi lebih kronik.

Menurut Royle dan Walsh (1992), Gastritis adalah penyakit yang biasa
berlaku disebabkan penambilan alkohol dengan kerap dalam kuantiti yang
banyak yang boleh meningkatkan sekresi gaster. Ini menyebabkan sekresi yang
tinggi oleh asid dan pepsin menyebabkan lapisan mukosa pada gaster terhakis
dan mengakibatkan gastritis. Penyakit ini sering berlaku dikalangan lelaki yang
berumur diantara 40 sehingga 55 tahun.

Menurut Cobaco et al (1996) menyatakan dalam keadaan normal, gaster


dan duodenum dilindungi daripada asid dalam jus penghadaman melalui
rembesan lapisan mukosa, terutamanya semasa pengambilan makanan.
Seseorang yang mengambil alkohol yang tinggi menyebabkan asid menjadi
tinggi dan seterusnya menyebabkan iritasi pada dinding mukosa dan seterusnya
menyebabkan Gastritis.

16

Manakala Phipps et al (1995) menyatakan alkohol boleh menyebabkan


kerosakkan dinding mukosa yang teruk secara terus dan pendarahan setempat.
Beliau juga menyatakan bahawa alkohol menyebabkan kejadian ulser dimana
memerlukan rawatan yang berpanjangan. Walau bagaimanapun, alkohol adalah
penyebab utama dalam peningkatan pengeluaran asid yang tinggi dalam gaster
dan menyebabkan hakisan pada dinding mukosa.

17

BAB 3
METODOLOGI
KAJIAN

18

METODOLOGI

Dalam menghasilkan sebuah kajian yang lengkap, perancangan dan


persembahan data mestilah mudah dan berkesan untuk mendapat maklumat
dan gambaran yang lebih jelas tentang masalah kesihatan yang berkaitan
dengan penyakit Gastritis. Beberapa sumber dan maklumat penting perlu di
perolehi untuk membolehkan sesuatu penyelidikan dijalankan berdasarkan
maklumat yang berasas seperti mempunyai sistem rujukan, sampel kajian dan
data statistik yang tepat. Untuk memperolehi maklumat yang dikehendaki
beberapa kaedah telah digunakan untuk tujuan pengumpulan dan penganalisaan
data.

Design

Demi menjayakan dan menjalankan penyelidikan sistem kesihatan ini


penyelidik telah memilih penggunaan cara deskriptif, ini kerana cara ini
merupakan cara yang paling mudah untuk peringkat penyelidik. Selain itu cara ini
juga amatlah ringkas, singkat dan mudah untuk difahami oleh sesiapa sahaja.
Pemilihan cara deskriptif ini juga dipilih atas sebab-sebab penggunaan yang
mudah

dan

bertujuan

melihat

tentang

pengetahuan

responden

untuk

penyelidikan ini dengan lebih mendalam. Penggunaan cara deskriptif dipilih juga
kerana cara ini tidak mempunyai banyak masa dan penggunaan tenaga kerja

19

yang menyukarkan. Secara keseluruhannya penyelidikan ini dijalankan dengan


cara yang amat mudah dan tidak mendalam amnya untuk peringkat ini.

Tempoh Kajian
Sila rujuk gantt chart pada lampiran.

Tempat Kajian
Penyelidikan ini dibuat di Jabatan Kecemasan Hospital Duchess of Kent
Sandakan.

Protokol Etika
Kebenaran untuk menjalankan penyelidikan sudah diperolehi dari pihak
kolej untuk meneruskan kajian ini. Bagi mengedarkan borang soalselidik,
penyelidik akan berusaha untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak hospital
untuk penyelidik mengedarkan borang soal selidik. Disetiap borang soalselidik
disertakan borang memohon keizinan daripada respondan untuk menyertai
penyelidikan ini. (Sila Rujuk Lampiran)

Instrumen
Pendekatan yang digunakan ialah melibatkan pesakit Gastritis itu sendiri
untuk dijadikan responden. Semua maklumat yang diperolehi adalah dalam
bentuk demografi iaitu jawapan maklum balas yang diberikan oleh responden itu
sendiri.

20

Rekabentuk soalan yang diutarakan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu


Bahagian A dan B. Bahagian A tertumpu kepada maklumat mengenai
latarbelakang pesakit. Manakala bahagian B, maklumat mengenai sejarah
perubatan pesakit, keluarga pesakit dan juga sejarah pembedahan selain
daripada soalan-soalan tentang pengetahuan dan kefahaman pesakt mengenai
penyakit Gastritis. Jenis skala jawapan juga adalah closed ended di mana
jawapan telah disediakan dan responden hanya memilih jawapan yang mereka
inginkan dengan menandakan () di ruang yang telah disediakan. (Sila Rujuk
Lampiran)

Kajian Rintis
Sebelum kajian sebenar dijalankan, pilot study dijalankan ke atas 5 orang
responden di mana penyelidik telah memilih 5 orang Pelatih Pembantu
Perubatan secara rambang ambilan Januari 2010 yang berada di Daerah
Sandakan. Mereka dijadikan subjek atau sampel untuk mengenalpasti masalah
yang timbul atau perkara yang kurang jelas dalam borang soal selidik. Ini adalah
untuk menguji keberkesanan borang soal selidik yang telah dibuat. Kaedah ini
digunakan adalah untuk kelemahan dan kesensitifan soalan dalam borang soal
selidik agar dapat diperbaiki. Kaedah ini sesuai digunakan sebelum menjalankan
kaedah soal selidik kerana memberi banyak kelebihan dalam membuat
pemilihan terhadap soalan yang akan digunakan dalam borang soal selidik.

21

Sampel:

Kaedah pengsampelan juga digunakan untuk mendapatkan maklumat


yang dikehendaki. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah
dengan menemuduga dan juga borang soal selidik. Bagi pemilihan sampel pula,
penyelidik memperoleh maklumat kajian di kalangan pesakit-pesakit Gastritis
yang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan, Hospital Duchess Of Kent
Sandakan. Seramai 30 orang respondan akan dipilih secara rambang. Syaratsyarat sebagai seorang respondan adalah seperti sihat tubuh badan dan boleh
memberikan kerjasama. Respondan yang dipilih juga tidak mengira bangsa dan
tahap pendidikan.

Kaedah pengumpulan maklumat


Borang soal selidik diedarkan kepada ibubapa, penjaga atau pesakit itu
sendiri. Respondan tidak diberikan masa yang terhad untuk menjawab soalan
kerana memberikan respondan masa yang cukup untuk menilai dan memahami
kehendak sebenar soalan. Setelah respondan selesai menjawab soalan, saya
sendiri akan mengutip borang tersebut. Dan yang akhir sekali, borang soal
selidik yang telah dilengkapkan akan dikumpulkan bagi melengkapkan kajian
dalam membuat analisis data dan mendapat hasil kajian yang tepat

22

Kaedah penganalisaan maklumat


Bagi kaedah penganalisaan pula, pengkaji telah menggunakan kaedah
data dan statistik yang telah diperolehi untuk membuat keputusan dan
penganalisaan. Segala keputusan kajian akan dibentangkan dalam bentuk
jadual,

graf

dan

secara

huraian.

Selepas itu, penyelidik membuat kajian semula dengan mengumpul


semua maklumat yang berkaitan dengan penyakit gastritis dari buku rujukan teks
perubatan, journal perubatan, risalah kesihatan dan juga bahan bahan dari
laman web di internet.

23

BAB 4
PENEMUAN

24

PENEMUAN DAN PENGANALISAAN DATA


BAHAGIAN A
Soalan 1

n: 3
10%

n: 6
20%

n: 12
40%

18 - 30
31 - 40
41 - 50
51 keatas

n: 9
30%
N : 30

Rajah A (1) : carta peratusan mengikut kumpulan umur

Jadual di atas menunjukkan jumlah bagi kumpulan umur yang dikaji bagi
kes Gastritis di jabatan Kecemasan Hospital Duchess of Kent. Didapati bahawa
pesakit yang berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 30 tahun adalah
sebanyak 12 kes (40%) dan merupakan kumpulan umur yang tertinggi jika
dibandingkan dengan kumpulan umur yang lain iaitu 9 kes (30%) bagi kumpulan
umur 31 tahun sehingga 40 tahun. Manakala, kumpulana umur 41 tahun
25

sehingga 50 tahun adalah seramai 6 kes (20%) sahaja dan diikuti oleh kumpulan
umur 51 tahun dan keatas seramai 3 kes (10%) sahaja. Kesemua jumlah
responden adalah 30 orang sahaja.

SOALAN 2

n:12
40%
lelaki
wanita
n:18
60%

N:30
Rajah A (3) : carta peratusan mengikut jantina

Graf diatas menunjukkan jumlah bilangan kes gastritis mengikut


jantina responden. Bilangan wanita mencatatkan 18 kes (60%) daripada 30 kes
menjadikan kes tertinggi berbanding lelaki. Ini meletakkan golongan perempuan
adalah golongan majoriti di kalangan responden. Responden lelaki pula adalah
40 peratus iaitu 12 kes.

26

SOALAN 3

n:5
17%

n:12
40%

n:6
20%

n:7
23%
n:0
0%

melayu
cina
india
bumiputera
lain- lain

N:30
Rajah A (5) : carta peratusan mengikut bangsa/kaum
Rajah diatas menunjukkan peratusan dan bilangan kes mengikut bangsa
atau kaum. Berdasarkan rajah diatas, kaum bumiputera sabah menunjukkan
bilangan kes dan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 12 kes (40%) diikuti
oleh kaum cina sebanyak 7 kes (23%) telah direkodkan. Manakala bagi kaum
melayu dan lain lain adalah sebanyak 6 kes (20%) dan 5 kes (17%) secara
berurutan telah direkodkan. Walaubagaimanapun, tiada kes direkodkan bagi
kaum india seterusnya membawa peratusan yang terkecil pernah direkodkan.

27

SOALAN 4

n:4
13%

n:9
30%

n:0
0%

islam
kristian
buddha
lain - lain

n:17
57%

N:30

Rajah A (7) : carta peratusan mengikut agama


Rajah diatas menunjukkan peratusan dan bilangan kes mengikut
agama. Berdasarkan rajah tersebut agama islam merupakan agama yang
mencatatkan jumlah kes dan peratusan yang tinggi direkodkan iaitu sebanyak 17
kes (57%) daripada 30 jumlah kes berbanding dengan agama lain. Agama
kristian merekodkan dengan 9 kes (30%) diikuti oleh agama buddha iaitu
sebanyak 4 kes (13%) menjadikan agama buddha adalah agama minority untuk
kejadian penyakit ini

28

SOALAN 5

n:3
10%

n:8
27%

n:7
23%

tiada pendidikan
formal
rendah
menengah
tinggi

n:12
40%
N : 30

Rajah A (9) : carta peratusan mengikut tahap pendidikan


Rajah di atas menunjukkan bilangan kes dan peratusan kes berdasarkan
tahap pendidikan respondan. Analisa data menunjukkan golongan berpendidikan
sekolah menengah merupakan golongan yang menduduki tempat pertama iaitu
sebanyak 12 kes (40%) daripada jumlah kes jika dibandingkan dengan golongan
yang mempunyai tahap pendidikan lain. Bilangan kes sebanyak 8 kes (27%)
adalah bagi golongan respondan yang mempunyai pendidikan tinggi seperti
maktab, kolej dan university dan seterusnya golongan respondan berpendidikan

29

sekolah rendah pula direkodkan sebanyak 7 kes (23%) menjadikan golongan


yang tiada pendidikan formal mewakili 3 kes (10%) sahaja.
SOALAN 6

n:2
7%

n:8
27%

n:9
30%

pelajar
bekerja sendiri
kakitangan
awam/swasta
lain - kain

n:11
36%

Rajah A (11) : carta peratusan mengikut jenis pekerjaan


Rajah diatas menunjukkan peratusan dan bilangan kes mengikut jenis
pekerjaan respondan. Berdasarkan data yang dikumpul, jumlah tertinggi adalah
daripada golongan bekerja sendiri sebanyak 11 kes mewakili 36 peratusan dan
diikuti oleh golongan yang bekerja sebangai kakitangan awam dan swasta iaitu
sebayak 9 kes (30%). Bagi respondan pelajar telah menyumbang sebanyak 8
bilangan kes mewakili 27 peratusan. Jumlah paling rendah adalah daripada
golongan yang bekerja selain daripada yang telah disebutkan iaitu 2 bilangan
kes mewakili 7 peratusan.

30

SOALAN 7

n:10
33%
bujang
berkahwin

n:20
67%

N : 30

Rajah A (13) : carta peratusan mengikut status perkahwinan


Rajah diatas menunjukkan peratusan dan bilangan kes mengikut status
respondan. 67 peratus respondan adalah berkahwin dan ini menjadikan bilangan
tersebut adalah jumlah tertinggi diantara status lain. Hal ini menjadikan jumlah
respondan yang belum berkahwin (bujang) adalah 10 kes (33%).

31

SOALAN 8

n:5
23%

n:0
0%

n:15
50%
dibawah
RM1000

n:8
27%

RM 1001 - RM
2000
RM 2001 3000
RM 3001
keatas

N : 30

Rajah A (15) : carta peratusan mengikut pendapatan


Rajah diatas menunjukan peratusan dan bilangan kes mengikut jumlah
pendapatan

bulanan

respondan.

Kebanyakan

respondan

mempunyai

pendapatan bulanan dibawah RM1000 dengan jumlah kes 15 kes mewakili 50


peratus. Sebanyak 8 kes mewakili 27 peratus respondan yang mempunyai
pendapatan dalam lingkungan RM 1001 hingga RM2000 sebulan. Baki daripada
jumlah tersebut adalah diwakili oleh respondan yang mempunyai pendapatan
dalam lingkungan RM2001 hingga RM3000 iaitu 7 bilangan kes (23%)

32

memandang tidak ada respondan yang mempunyai pendapat melebihi RM3001


sebulan.

SOALAN 9

n:0
0%

ya
tidak

n:30
100%

Rajah B (1) : carta peratusan mengenai pengetahuan respondan tentang gastritis


Rajah diatas menunjukkan keputusan respondan yang menjawab soalan
mengenai tahap pengetahuan mereka. Berdasarkan data yang diperoleh,
kesemua respondan mengetahui mengenai penyakit gastritis apabila soalan
tahukah anda apa itu gastritis/gastric?

33

SOALAN 10
n:4
20%

YA
TIDAK

n:24
80%

Rajah B (3) : carta peratusan mengenai kesedaran respondan terhadap penyakit


gastritis yang dialami

Menurut jadual diatas, kajian mendapati bahawa masih banyak lagi


responden yang tidak menyedari yang mereka menghidap penyakit Gastritis. Terdapat
20 peratus

bersamaan 6 responden sahaja yang menyedari bahawa mereka

menghidap penyakit Gastritis manakala 80 peratus lagi atau 24 orang responden tidak
tahu mengenainya. Ini menunjukkan bahawa masih ramai lagi masyarakat tidak
mengambil berat akan kesihatan diri mereka sendiri.

34

SOALAN 11

n:8
27%
ya
tidak
n:22
73%

Rajah B (5) : carta peratusan mengikut sejarah gastritis keluarga

Rajah diatas menunjukkan bahawa sejarah keluarga adalah salah satu


factor berlakunya penyakit gastritis dalam kalangan respondan. Terdapat 27
peratus atau 8 orang respondan menyatakan bahawa mereka mempunyai ahli
keluarga yang menghidapgastritis manakala72 peratus atau 22 orang respondan
lagi menafikan kenyataan tersebut.

35

SOALAN 12

n:11
37%
n:19
63%

ya
tidak

Rajah B (7) : carta peratusan mengenai tahap pengetahuan berkaitan symptom


gastritis

Rajah diatas menunjukkan pengetahuan respondan mengenai tanda


tanda dan symptom penyakit gastritis. Seramai 19 orang daripada 30 orang
responden yang mengetahui simptom-simptom dan tanda-tanda penyakit
Gastritis. Selebihnya responden tidak mengetahui tentang simptom-simptom dan
tanda-tanda penyakit gastritis iaitu sebanyak 11 orang respondan. Di sini
menunjukkan pengetahuan responden adalah dalam tahap yang agak baik
mengenai simptom-simptom dan tanda-tanda penyakit Gastritis.

36

SOALAN 13

n:8
27%
ya
tidak
n:22
73%

Rajah B (9) : carta peratusan mengenai tahap pengetahuan berkaitan symptom


serangan gastritis

Rajah di atas menunjukkan pengetahuan responden mengenai simptomsimptom dan tanda-tanda semasa serangan Gastritis. Sebanyak 22 orang
responden bersamaan 73 peratus yang mengetahui simptom-simptom dan
tanda-tanda penyakit Gastritis. Manakala 8 orang responden mewakili 27 peratus
tidak tahu tentang simptom-simptom dan tanda-tanda semasa serangan gastritis.
Di sini menunjukkan pengetahuan responden adalah baik mengenai simptomsimptom dan tanda-tanda semasa serangan penyakit Gastritis.

37

SOALAN 14

n:14
47%

n:16
53%

YA
TIDAK

Rajah B (11) : carta peratusan mengenai tahap pengetahuan bahawa stress


adalah salah satu factor serangan gastritis

Berdasarkan rajah diatas, kajian mendapati bahawa masih banyak lagi


responden yang tidak tahu yang penyakit Gastritis boleh disebabkan oleh
tekanan atau stress yang terlampau memandangkan jumlah respondan yang
menyedari bahawa tekanan atau stress yang terlampau boleh menyebabkan
Gastritis hanyalah 16 orang mewakili 53 peratus manakala 14 orang responden
lagi tidak tahu mengenainya. Ini menunjukkan bahawa masih ramai lagi
masyarakat tidak mengetahui berkaitan penyebab penyakit Gastritis ini.

38

SOALAN 15

n:5
16%
makan tidak
teratur
n:17
57%

n:8
27%

pengambilan
alkohol
ubat - ubatan

Rajah B (13) : carta peratusan mengenai penyebab gastritis respondan

Rajah diatas menunjukan kajian yang telah dibuat bagi 30 orang


responden bagi mengkaji sejauh mana mereka mengetahui tentang faktor
penyebab penyakit Gastritis mereka. Setelah dikaji, mendapati sebanyak 17
orang responden mewakili 57 peratus mengatakan yang tiada selera makan
boleh menyebabkan mereka terkena serangan Gastritis iaitu faktor yang paling
banyak menyebabkan berlakunya serangan Gastritis. Ada juga responden
mengatakan

bahawa

minum

minuman

alkohol

dengan

kerap

boleh

menyebabkan hakisan pada dinding gester dan menyebabkan gastritis. Ini di


setujui oleh 8 orang responden mewakili 27 peratus.. Di samping itu juga,

39

sebanyak 5 orang responden mengatakan faktor ubat-ubatan juga boleh


menyebabkan gastritis yang mewakili 16 daripada peratusan.
SOALAN 16

n:9
30%

n:5
17%

ubat angin
minum susu
makan

n:16
53%

Rajah B (15) : carta peratusan mengenai jenis rawatan yang digunakan oleh
respondan

Rajah di atas menunjukkan rawatan yang sering digunakan oleh


responden dalam merawat penyakit Gastritis. Sebanyak 5 orang mewakili 17
peratus daripada 30 orang responden yang mengamalkan ubat angin (Trisilox)
sebagai rawatan
peratus

Gastritis. Selain itu, 16 orang respondan menyumbang 53

mengamalkan meminum susu untuk merawat gastritis mereka dan

40

merupakan angka tertinggi berbanding kaedah lain manakala 9 orang respondan


lagi merawat Gastritis dengan makan.
SOALAN 17

n:0
0%

ya
tidak

n:30
100%

Rajah B (17) : carta peratusan mengenai cara pencegahan yang digunakan oleh
respondan

Rajah diatas menunjukkan cara respondan untuk mencegah serangan


gastritis daripada berlaku. Daripada 30 orang respondan, kesemua respondan
bersetuju dengan cadangan pencegahan yang diberikan iaitu mengelak daripada
pengambilan minuman beralkohol dan berkafein dan mengatur jadual makan
mengikut masa. Ini

bermakna peratusan penuh untuk cara pencegahan

serangan gastritis daripada berlaku.


41

SOALAN 18

n:15
50%

n:15
50%

ya
tidak

Rajah B (19) : carta peratusan mengenai tahap pengetahuan respondan


berkaitan komplikasi gastritis

Kajian mendapati pengetahuan responden tentang komplikasi penyakit


Gastritis adalah sama iaitu kedua duanya mewakili 50 peratusan bagi yang
mengetahui dan yang tidak mengetahui bahaya komplikasi serangan gastritis. Ini
bole disimpulkan tahap pengetahuan respondan terhadap komplikasi serangan
gastritis adalah ditahap yang baik.

42

SOALAN 19

n:10
34%

n:7
23%
risalah
media massa
kakitangan
kesihatan
n:13
43%

Rajah B (21) : carta peratusan mengenai sumber maklumat yang diperoleh oleh
respondan

Berdasarkan rajah di atas, menunjukkan 7 orang responden bersamaan


dengan 23 peratus yang mendapat maklumat mengenai penyakit ini melalui
risalah manakala 13 orang respondan bersamaan 43 peratus mendapat
maklumat dari media massa. Kakitangan perubatan merupakan orang yang
kedua terbanyak memberi sumber kepada respondan iaitu seramai 10 orang
respondan bersamaan 34 peratus selapas media massa.

43

SOALAN 20

n:9
7%

n:0
0%
kklinik
tradisional
tiada rawatan
n:21
93%

Rajah B (23) : carta peratusan mengenai tindakan respondan untuk


mendapatkan rawatan
Berdasarkan rajah diatas di atas, penilaian yang telah dibuat secara
rawak ke atas tindakan yang dibuat oleh 30 orang responden apabila mendapat
serangan Gastritis menunjukkan yang paling banyak iaitu seramai 21 orang dari
jumlah respondan mewakili 93 peratusan pergi ke klinik kerajaan / swasta untuk
mendapatkan rawatan. Respondan yang mendapatkan rawatan sendiri /
tradisional pula seramai 9 orang respondan mewakili 7 daripada peratusan.
Daripada analisis, tiada seorang pun respondan yang tidak mendapatkan
rawatan apa bila diserang gastritis.

44

BAB 5
PERBINCANGAN
DAN
KESIMPULAN
45

PERBINCANGAN DAN CADANGAN


Perbincangan dan kesimpulan
Melalui pengumpulan maklumat dan data yang diperolehi melalui borang
soalselidik, pelbagai penemuan telah berjaya ditemui dan semua maklumat
tersebut dikumpul, diproses, dianalisa dan ditafsirkan melalui cara penyampaian
dalam bentuk graf bar dan carta pai juga sedikit penjelasan ringkas bagi
memudahkan penyelidik menyampaikan segala data yang diperolehi.
Menurut hasil penemuan, pesakit yang sering diserang gastritis adalah
pesakit yang berumur dalam lingkungan umur 18 tahun hingga 30 tahun. Ini
boleh juga dikaitkan dengan cara hidup mereka kerana dlam lingkungan umur
tersebut mereka masih lagi dikategorikan sebagai remaja dan awal dewasa.
Seterusnya, kita lihat dari segi jantina. Daripada data yang diperoleh kedua
dua jantina mempunyai risiko yang sama untuk mendapat serangan Gastritis.
Kenyataan ini adalah berbeza jika dibandingkan dengan kenyataan yang dibuat
oleh M Z Mazlam, MRCP, Depatrment Of Medicine, Faculty Of Medicine,
University Kebangsaan Malaysia di dalam kajiannya Helicobacter Pylori
Infection In Malaysia meyatakan bahawa lelaki lebih kerap di serang gastritis
berbanding wanita. Manakala dari segi bangsa pula, rata rata pesakit adalah
berbangsa bumiputera sabah jika dibandingkan dengan bangsa bangsa lain
yang terdapat di Malaysia. Tetapi hasil penemuan ini tidaklah begitu tepat kerana
kajian ini dijalan di dibumi Sabah dan bangsa bumiputera sabah adalah
penduduk asli Sabah dam merupakan kaum majority di Sabah. Tambahan pula,

46

setiap kaum tau bangsa mempunyai amalan dan kepercayaan tersendiri.


Contohnya, kaum dusun di Sabah mengamalkan pengambilan alcohol yang
banyak ketika mengadakan suatu majlis keramaian ataupun ketika menyambut
perayaan.
Dari segi tahap pendidikan, kebanyakkan pesakit adalah datangnya dari
berpendidikan sekolah menengah sahaja. Ini boleh disebabkan, mereka
kurangnya pendedahan dengan dunia perubatan pada masa lalu. Akan tetapi,
apabila ditanyakan mengenai penyakit Gastritis, mereka mempunyai tahap
pengetahuan yang baik mengenai isu ini. Penemuan menunjukkan ramai pesakit
mengetahui tentang symptom symptom gastritis ketika serangan berlaku. Ini
jelas menunjukkan bahawa masyarakat sekarang mengambil berat akan
kesihatan diri mereka serta keluarga mereka.
Menurut Davidsons di dalam bukunya yang bertajuk Principle &
Practice Of Medicine (14th Edition), simptom seperti anoreksia, nausea,
kesakitan pada bahagian epigastrik, Heart Burn dan kadang-kala hematemesis
adalah merupakan simptom yang paling kerap di adu oleh pesakit ketika pergi ke
klinik.
Ramai respondan menjawab factor makan yang tidak teratur merupakan
punca penyebab mereka diserang penyakit Gastritis tetapi penenuan ini
bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh Penulis Hardinge and Shryock
(1991) menyatakan pesakit yang berumur 50 tahun keatas sering mendapat
serangan Gastritis apabila terlalu banyak minum minuman beralkohol tanpa had.

47

Kenyataan ini di perakui oleh Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan


Malaysia di mana mereka menyatakan pesakit yang berumur 50 tahun keatas
banyak yang menghidap gastritis berbanding yang berumur bawah daripada
umur 50 tahun.Ini kerana amalan mereka semasa peringkat remaja sudah
mendedahkan gester mereka terhadap minuman alkohol tersebut. Selain itu,
Penulis Delaney, B; McColl, K di dalam buku

Helicobacter pylori and

Gastro-oesophageal refluc disease ada menyatakan serangan Gastritis yang


disebabkan bakteria atau virus adalah kerana jangkitan selepas pembedahan
atau makanan yang tercemar yang boleh menyebabkan penyakit Gastritis.
Penulis MD Lippincott Williams and Wilkins di dalam buku Textbook of
Gastroenterology 4th edition [ 2-Volume set ] 2003.p. 1394-1415.
menyatakan

selain jangkitan, penggunaan ubat-ubatan Non steroidal anti-

inflammatory Drug dengan jangka masa yang panjang juga boleh menyebabkan
gastritis. Selain itu ubat lain seperti Vitamin C juga boleh menyebabkan gastritis
menyerang sekiranya gaster kosong. Namun, semua faktor faktor di atas
adalah faktor penyebab utama penyakit gastritis. Ini dinyatakan oleh penulis
Parveen Kumar And Michael Clark (1990) di dalam bukunya Clinical
Medicine A Textbook For Medical Students & Doctors 3rd Edition.
Soalan seterusnya merupakan tahap pengetahuan responden tentang
komplikasi gastritis sekiranya dibiarkan berlarutan tanpa mendapat rawatan yang
sewajarnya. Menurut Harvey, Johns, Mckusick, owen dan Ross dalam buku
The principles & Practice of medicine ( 22nd Edition) infeksi akibat daripada
helicobater pylori dan bile reflux yang berlebihan boleh menyebabkan gastritis.
48

Infeksi helicobacter pylori menyebabkan keradangan pada dinding mukosa


gaster dan secara tak langsung akan mengakibatkan tumbuhnya ulser pada
dinding gaster. Pertumbuhan ini akan menyebabkan penipisan dinding gaster
dan akhirnya boleh menyebabkan dinding gaster berlubang. Menurut Hardinge
dan Shryock (1991) penyebab utama gastritis tidak diketahui. Namun demikian,
kehadiran jus gastrik yang terdiri daripada asid hidroklorik dan pepsin boleh
menyebabkan hakisan pada lapisan mukosa trek pernafasan. Contohnya dalam
pengambilan alkohol. Sebanyak 25% hingga 40% kes disebabkan oleh
pengambilan alkohol. Sebanyak 20% hingga 30% pesakit menyebabkan
pendarahan pada bahagian gastro usus dalam kes penyakit gastrtis yang
dialami. Pendarahan tersebut akan menyebabkan pesakit mengadu fises mereka
berwarna kehitaman. Menurut Davidsons di dalam bukunya yang bertajuk
Principle & Practice Of Medicine (14 th Edition), pendarahan yang melampau
tersebut boleh mengakibatkan pesakit menghidap penyakit anemia. Selain itu,
tindakan pesakit yang tidak mendapatkan rawatan mahupun mendapatkan
rawatan sendiri seperti rawatan tradisional menyebabkan penyakit ini semakin
berleluasa dan menyebabkan komplikasi yang lebih teruk seterusnya boleh
membawa maut.

49

Cadangan
Hasil dari penemuan penemuan yang telah diperolehi, penyelidik mendapat
tahu kes kejadian serangan penyakit Gastritis adalah datangnya di kalangan
pesakit yang berumur 50 tahun keatas. Oleh itu, penyelidik mencadangkan
beberapa cadangan untuk mengurangkan kejadian serangan Gastritis:

1. Pendidikan

kesihatan

Mempertingkatkan

kesedaran

maysrakat

terutamanya ahli keluarga yang mempunyai masalah penyakit Gastritis agar


mereka lebih memahami penyakit Gastritis adalah merbahaya dan juga
jangan dipandang sambil lewa kerana ia boleh membawa maut sekiranya
tidak dirawat dengan rawatan yang sewajarnya.
2. Promosi kesihatan Pengeluaran risalah risalah, pamplets dan poster
kepada orang ramai untuk mempertingkatkan kefahaman mengenai faktor
yang boleh menyebabkan serangan Gastritis. Dengan cara ini, mereka akan
lebih perihatin dan mengambil langkah berjaga jaga dari terdedah kepada
mana mana faktor penyebab.
3. Merekodkan kedatangan pesakit Gastritis yang berulang untuk mengesan
kes kes Gastritis yang kronik agar dapat dirujuk kepada doktor / pakar bagi
rawatan yang lebih berkesan. Dengan rekod ini juga dapat memantau dan
mengesan peningkatan kes atau semakin berkurang. Dengan cara ini, kita
dapat mengetahui sejauh mana keberkesanan atas apa jua cadangan yang
dikemukakan seta keberkesanan rawatan yang diberikan.

50

4. Kempen cara hidup sihat Dengan kerjasama pihak Kementerian Kesihatan


Malaysia dan mana mana badan bukan kerajaan mempromosikan kempen
cara hidup sihat seperti Anti Merokok, Amalan Senaman, Makan Makanan
Yang Seimbang untuk tingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan keluarga.

Limitasi Kajian
Sepanjang menjalankan penyelidikan ini, pelbagai permasalahan telah
timbul dan penyelidik telah menyelasaikan permasalahan tersebut dengan penuh
sabar. Malahan pemasalahan tersebut dijadikan pendorong serta garis panduan
untuk masa akan datang. Selain mengetahui kelemahan diri dalam menjayakan
penyelidikan ini, penulis juga dapat meningkatkan kemahiran penulis dalam
mengatur cara cara untuk mengumpul maklumat dengan lebih effektif dan teliti.
Diantara pemasalahan yang timbul dalam menjayakan penyelidikan ini adalah
seperti berikut :

1. Saiz sample penyelidik kali ini adalah kecil iaitu hanya 30 orang respondan
sahaja dan ini tidak mencukupi untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat.
2. Borang soalselidik juga tidak menanyakan kepada respondan dengan soalan
soalan yang terperinci.

51

3. Masa yang diambil untuk menjalankan penyelidikan juga terlalu singkat keran
penyelidik mempunyai

masa yang agak terhad untuk menyiapakan

penyelidikan ini.
4. Penyelidikan yang pertama ini banyak kekurangan dari segi pengalaman
dalam mengatur strategi untuk mengumpul maklumat.
5. Permasalahan masa juga timbul, di mana mentor dan penyelidik tidak dapat
berjumpa kerana perselisihan jadual berlaku. Malah mentor juga mempunyai
jadual kelas yang padat selain dari membuat pemantauan ke atas pelatih
pembantu perubatan yang berada di kawasan klinikal.
6. Bahan rujukan juga menjadi permasalahan, di mana bahan rujukan yang ada
di perpustakaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota KInabalu dan juga
perpustakaan awam merupakan edisi yang lama dan terhad menyebabkan
penyelidik kurang mendapat maklumat yang baru.
7. Permasalahan bahasa timbul oleh kerana kebanyakan buku rujukan
mengunakan bahasa Inggeris, menyebabkan penyelidik mengambil masa
untuk menterjemah bahasa tersebut dengan teliti agar struktur dan maksud
ayat betul.

52

KESIMPULAN
Selepas meneliti dan menganalisa kesemua maklumat yang telah
diperoleh dan dikumpul semasa penyelidikan ini dijalankan, risiko penyakit
gastritis ini lebih mudah menyerang pesakit remaja dan awal dewasa. Oleh itu,
masyarakat haruslah sedar dari awal agar dapat mengelakkan penyakit gastritis
menjadi lebih teruk lagi bak kata pepatah mencegah lebih baik darp merawat.
Masyarakat haruslah menggalakkan makan makanan yang berkhasiat

dan

seimbang serta aktif dalam menyertai mana mana aktiviti sosial seperti
bermain atau bersukan untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan aktiviti
minum minuman beralkohol. Tabiat makan juga penting dalam hal ini
memandangkan hasil kajian ini mendapati punca berlakunya serangan gastritis
adalah disebabkan oleh tabiat makan yang tidak teratur. Pesakit yang terdedah
kepadanya tanpa disedari sehingga serangan gastritis berlaku apabila gaster
tidak diisi dengan sebarang makanan. Oleh itu, masyarakat harus prihatin dan
peka terhadap kepentingan penjagaan kesihatan diri sendiri dan bukannya
hanya mementingkan keseronokan. Mereka yang mempunyai risiko penyakit
Gastritis terutamanya yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap
Gastritis haruslah diberi perhatian terhadap tabiat pemakanan begitu juga
dengan ketagihan alcohol. Masyarakat juga harus peka terhadap isu isu
semasa dan info sihat bagi meningkat pengetahuan mereka tentang factor
factor penyebab penyakit gastritis. Ini kerana bukan hanya factor pemakanan,
alkohol dan amalan merokok sahaja yang boleh menyebabkan penyakit gastritis
malah faktor ubat ubatan, jangkitan bakteria atau virus, dan tekanan yang
53

melampau juga boleh mempengaruhi serangan gastritis. Pesakit juga haruslah


mendapatkan kaunseling agar pesakit sedar tentang

penyakit gastritis dan

komplikasinya adalah merbahaya dan boleh membawa maut. Natijahnya,


dapatlah disimpulkan disini, bahawa kajian ini adalah untuk meningkatkan
kefahaman seluruh masyarakat selain daripada pesakit agar dapat membantu
mengurangkan kejadian serangan gastritis

di kalangan masyarakat kita dan

mempertingkat kualiti hidup masyarakat kita.

54

BAB 6
RUJUKAN

55

1) Baharudin Omar, Abdul Rassip Che Nun dan Aminuddin Abdul Hamid Karim (1993),
Penyebab dan Gejala Penyakit

(Edisi Kedua), Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur.
2) Cobaco G, Philip SF, et al. (1996) Gastric Potential Differences in Man.
3) Davidsons Principles & Practice Of Medicine 14th Edition.
4) Delaney, B; McColl, K

Helicobacter pylori and Gastro-oesophageal refluc

disease
5) Hadringe H, Shryock (1991), Epidemiology of Peptic Ulcer Disease.
6) Harvey, Johns, Mckusick, Owens, Ross. The Prinsiples & Practice Of Medicine
Twenty Second Edition.
7) Marie V. Krause dan L. Kathleen Mahan (1993), Makanan, Pemakanan dan Terapi
Diet.
8) MD Lippincott Williams and Wilkins Textbook of Gastroenterology 4th edition [
2-Volume set ] 2003.p. 1394-1415
9) Parveen Kumar, Michael Clark (1990) Clinical Medicine A Textbook For Medical
Students & Doctors 3rd Edition
10) Phipps P, Peter MN. (1995) A Prospective Study of Gastroenterology.
11) Ross and Wilson (1963), Anatomy and Physiology in Health and illness (9 th
editors), Churchill Livingstone.
12) Royles B, Walsh DF. (1992) A Clinical & Radiological Study of Consecutive
Patients.
13) www.infosihat.gov.my/penyakit-gastritis.html

56

57