Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN : MAJLIS GRADUASI PRA U SMK MAJAKIR TAHUN 2015

PERKARA

CATATAN

Mengumumkan perarakan masuk para graduan pra u SMK Majakir tahun 2015
- Para graduan dipersilakan duduk.

Hadirin semua berdiri

Mengumumkan perarakan masuk YB Datuk Hajah Rosnah Bte Hj.Abdul Rashid Shirlin,
Timbalan Menteri Kerjaraya Malaysia, Merangkap Ahli Parlimen P175 Papar, para
jemputan khas, para pentadbir, dan guru-guru.
- Hadirin mohon berdiri

Hadirin semua berdiri

Hadirin dan hadirat yang dihormati, sebagai tanda cinta akan negara, majlis dimulakan
dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku. Hadirin dan hadirat dipohon untuk
berdiri dan bersama-sama menyanyikan kedua-dua buah lagu tersebut. Majlis
mempersilakan..

lagu Negaraku dan Sabah


Tanahairku

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian kedua-dua buah lagu itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahir Rahmanir Rahim....


Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
1.Yg Berhormat Datuk Hajah Rosnah Bte Hj.Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerjaraya
Malaysia, Merangkap Ahli Parlimen P175 Papar
2. Yg Dihormati En.Abidin Bin Marjan, Pegawai Pendidikan Daerah Papar
3.Yg Berusaha Tn.Hj.Abdul Aziz Bin Mohd Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir
4.Yg Dihormati En.Awang Alimat @ Affendy Hj.Abas,Yang Dipertua PIBG SMK Majakir
5.Yg Berusaha Pn.Dg.Nismah Ag.Abdul Rahman, Pen.Kanan Ting.6 SMK majakir
6. Barisan Penolong Kanan, Para jemputan khas, para guru, ibu bapa, para pelajar yg
diraikan dan hadirin hadirat sekalian.
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Selamat Datang ke Majlis Graduasi Pra U SMK MAJAKIR Papar Tahun 2015
Ramai tetamu bermadah puisi
Kata bertuan tanda berbahasa
Selamat bertemu di majlis graduasi
Semoga tuan puan selamat sejahtera

PERKARA

CATATAN

Yg Berhormat Datuk, para hadirin yg dihormati,


Allah jua yang dipuji dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah izinnya, kita diberi
kesempatan untuk bersama-sama meraikan para graduan di dewan yang serba indah ini.
Bagi memberkati majlis ini, marilah sama-sama kita menadah tangan kehambaan dengan
penuh keinsafan, semoga Allah memberi ruang dan peluang bagi kelancaran majlis pada hari
ini. Untuk itu, majlis mempersilakan adik Md.Fadzli Yunus bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada adik Md Fadzli Yunus atas pimpinan bacaan
doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis kita akan mendapat rahmat dan hidayah sehingga ke
penghujungnya.

Sidang hadirin yang dihormati,


Indah Nian Pucuk Bidara
Indah lagi bunga setanggi
Ucapan tuan penerus bicara
Silakan Ayahanda yang kami sayangi

Ucapan
Pengetua

alu-aluan

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yg.Berusaha Tn.Hj.Abdul Aziz Bin Mohd.Zain,


Pengetua Cemerlang SMK Majakir Papar untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis
mempersilakan dengan segala hormatnya.
-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn.Pengetua atas kesudian


menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dihormati,


Majlis pada pagi ini diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan YB Datuk Hajah
Rosnah Bte Hj.Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerjaraya Malaysia, Merangkap
Ahli Parlimen P175 Papar untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya Merasmikan Majlis
Graduasi Pra U SMK MAJAKIR Papar Tahun 2015. Majlis dengan penuh takzimnya
mempersilakan

Ucapan perasmian

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi. Maka Terasmilah sudah majlis
kita pada pagi ini.
PERKARA

CATATAN

Sebagai tanda terima kasih, majlis mempersilakan Yg.Berusaha Tn.Hj.Abdul Aziz Bin
Mohd.Zain untuk menyampaikan cenderahati kepada YB Datuk Hajah Rosnah Bte
Hj.Abdul Rashid Shirlin . Dengan itu majlis menjemput YB Datuk untuk menerima
cenderahati.

Penyampaian cenderahati

Dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan acara restu ilmu kepada semua pelajar pra u. Dengan itu, majlis
mepersilakan YB Datuk, para jemputan khas, para pentadbir, guru-guru dan para ibu bapa
untuk bersama-sama menyempurnakan acara restu ilmu ini.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Dengan selesainya restu ilmu itu tadi , maka berakhirlah sudah majlis graduasi pra u SMK
Majakir bagi tahun 2015. Sebentar sahaja lagi, YB Datuk, para jemputan dan hadirin sekalian
dijemput untuk sesi fotografi.
Bagi pihak warga kerja dan semua yang terlibat dalam mengurus dan menjayakan Majlis ini,
mengucapkan ribuan terima kasih. Dan segala kesilapan dan kekurangan daripada pihak
penganjur harap dimaafkan. Sehingga berjumpa di lain majlis . Saya sudahi
dengan:

Restu ilmu

Muara sunga mengail


ikan
Ikan kelisa dalam perigi
Tirai majlis kami labuhkan
Dilain masa berjumpa lagi

Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh. Dan salam sejahtera
Jamuan
Vip, Jemputan,guru-guru,
Ibu bapa, dan pelajar para
u atas.

Senarai VVIP (Protokol) :


1.
2.
3.
4..
5.
6.
7.