Anda di halaman 1dari 8

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan-soalan yang berikut.

TEMA 1: PENCAPAIAN KENDIRI


1. Mengapakah setiap individu digalakkan untuk mengembangkan potensi dirinya?
A Menimba ilmu pengetahuan
B Membina identiti diri yang positif
C Menonjolkan bakat dan kemahiran
D Mengenal pasti kekurangan pada diri
2. Seseorang yang mempunyai identiti diri yang positif akan sentiasa
A Yakin terhadap kebolehan dirinya.
B Memupuk semangat kekitaan.
C Hidup aman dan sejahtera.
D Bersaing dengan orang lain.
3. Antara berikut, yang manakah merujuk kepada potensi diri seseorang individu?
I Bakat
II Kebolehan
III Kekuatan diri
IV Keyakinan diri
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D I, II, III, dan IV
4. Bagaimanakah cita-cita atau matlamat hidup dapat dikecapi?
A Mengenal pasti potensi diri
B Mengembangkan potensi diri
C Menilai potensi diri
D Mengubah potensi diri
5. Apakah kepentingan untuk mengembangkan potensi diri?
A Menonjolkan kemahiran dan bakat
B Mencapai kejayaan dalam kehidupan
C Menyumbang kepada masyarakat dan negara
D Melibatkan diri dalam pelbagai bidang

6. Pilih situasi yang menunjukkan usaha untuk meningkatkan kecemerlangan diri.


A Radiah bercita-cita untuk menjadi jurutera kerana ia merupakan pekerjaan bergaji tinggi
B Ah Seng gigih berlatih badminton setelah ditegur oleh ayahnya.
C Anita menyertai kem kepimpinan untuk meningkatkan keperibadian diri.
D Martin bergaul dengan murid-murid yang pandai supaya menjadi lebih popular.
7. Apakah potensi diri yang mungkin dimiliki oleh seseorang yang bercita-cita menjadi
peguam?
A Daya kreativiti yang tinggi
B Lemah-lembut dan mesra
C Pandai berpidato dan bersyarah
D menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
8. Keperibadian seseorang individu merujuk kepada
I Perlakuan
II Pergaulan
III Perwatakan
IV Penampilan
A I, dan II
B I , dan III
C II, dan IV
D III, dan IV
9. Bagaimanakah potensi diri dapat dikembangkan di alam persekolahan?
I Bakat
II Pendidikan
III Latihan yang berterusan
IV Aktiviti kokurikulum
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D I, II, III, dan IV
10. Maksud identiti diri ialah
A
B
C
D

Rupa paras seseorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi.


Gambaran keseluruhan tentang seseorang yang mempunyai cita-cita dalam hidupnya.
Ciri-ciri fizikal seseorang yang mempunyai potensi diri yang positif.
Gambaran tentang masa depan yang akan dicapai oleh seseorang.

11. Amin sangat berminat dengan mata pelajaran Matematik. Cita-cita Adam mungkin
A Doktor
C Akauntan

B Arkitek
D Peguam

12. Rizal sering mewakili sekolahnya dalam pertandingan perbahasan. Dia seorang pelajar
yang bijak berhujah. Penguasaan bahasa Inggerisnya juga amat baik. Apakah kerjaya
yang sesuai untuk Rizal?
A Arkitek.
C Peguam.

B Doktor.
D Akauntan.

13. Kita mestilah bersyukur dengan _______________yang ada pada diri kita dan cuba untuk
memperbaiki ______________diri kita.
A Kelebihan, kelemahan
C Kebaikan, potensi

B Keistimewaan, jasmani
D Potensi, cita-cita

14. Untuk mencapai cita-cita, seseorang perlu bersedia untuk


A Mengeluarkan kos.
C Menempuh cabaran.

B Dimarahi keluarga.
D Dicemuh masyarakat.

15. Kejayaan seseorang murid pada masa hadapan banyak bergantung kepada
_____________yang dilakukan pada zaman persekolahannya.
A Usaha
C Potensi

B Minat
D Identiti diri

16. Apakah faktor kejayaan seseorang dalam bidang yang diceburinya?


A Minat yang mendalam.
C Saingan daripada orang lain.

B Modal yang mencukupi.


D Tahap pemikiran yang dimiliki.

17. Potensi diri seseorang individu hendaklah ____________________untuk mencapai


kejayaan.
A Diasah
C Ditonjolkan

B Diubahsuai
D Dipamerkan

18. Remaja yang bijak mempertimbangkan kesan sesuatu tindakan dapat


A
B
C
D

menjamin kesejahteraan dalam hidup.


mengeratkan hubungan dengan rakan sebaya.
membuat keputusan dengan cepat dan pantas.
melibatkan diri dalam aktiviti sosial.

19. Mengapakah kita perlu menyelesaikan konflik dengan bijak?


A
B
C
D

Supaya memberikan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.


Supaya konflik tersebut tidak berulang.
Supaya pendirian kita dihormati oleh orang lain.
Supaya kelemahan kita tidak diketahui oleh orang lain.

20. Siapakah yang dimaksudkan dengan rakan sebaya?


A
B
C
D

Rakan yang mempunyai perwatakan yang sama.


Rakan yang mempunyai pandangan dan minat yang sama.
Rakan yang tinggal di kawasan kediaman yang sama.
Rakan yang belajar di sekolah yang sama.

21. Mengapakah kita perlu bijak memilih rakan?


A
B
C
D

Supaya tidak terpengaruh untuk melakukan perkara negatif.


Supaya dapat berkongsi masalah peribadi.
Supaya mudah dipercayai oleh ibu bapa.
Supaya dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

22. Apakah yang dimaksudkan dengan maruah diri?


A Kehormatan diri.
C Keistimewaan diri.

B Kekuatan fizikal.
D Kecantikan paras.

23. Seseorang rakan yang baik lazimnya akan


A
B
C
D

meminta rakannya menyelesaikan masalah peribadi.


memberikan dorongan untuk melakukan perkara yang baik.
menghindari rakannya yang sedang menghadapi masalah.
menolak bantuan rakannya yang ingin membantu.

24. Dalam perjalanan pulang dari sekolah, anda terserempak dengan rakan-rakan anda
sedang melepak di perhentian bas. Mereka mengajak anda berbual-bual bersama
mereka. Apakah tindakan yang wajar anda ambil?
A
B
C
D

Menerima ajakan rakan dengan senang.


Menolak ajakan rakan dengan baik.
Mempertikaikan tindakan rakan.
Mengugut untuk memberitahu ibu bapa rakan.

25. Salah satu teknik untuk menyelesaikan konflik ialah dengan menggunakan teknik awan.
Apakah yang dimaksudkan dengan teknik awan?
A
B
C
D

Teknik menyelesaikan masalah sebelah pihak sahaja.


Teknik menyelesaikan masalah dengan cepat.
Teknik menyelesaikan masalah yang mempunyai kehendak bertentangan.
Teknik menyelesaikan masalah demi kepentingan diri.

TEMA : 2 HUBUNGAN KEKELUARGAAN


26. Mengapakah kita perlu menghormati kedua-dua orang ibu bapa kita?
A
B
C
D

Kerana mereka lebih tua daripada kita.


Kerana mereka membesarkan dan mendidik kita.
Kerana mereka menghabiskan banyak wang untuk kita.
Kerana mereka menyediakan tempat tinggal untuk kita.

27. Bagaimanakah kita hendak menunjukkan bahawa kita menghormati ibu bapa?
A
B
C
D

Memberi wang yang banyak kepada mereka.


Melakukan sesuatu tanpa meminta izin daripada mereka.
Memberi hadiah yang mahal-mahal terhadap mereka.
Tidak melawan apabila mereka menegur perbuatan kita.

28. Anak-anak yang mendapat pendidikan yang sempurna akan


A
B
C
D

mengenang jasa ibu bapa.


memastikan ibu bapa tidak memalukan mereka.
menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua.
membiarkan ibu bapa tinggal bersendirian.

29. Peribahasa seperti kacang lupakan kulit sesuai untuk anak-anak yang
A
B
C
D

tidak tahu berdikari


tinggal berjauhan daripada
sering menyusahkan ibu bapa
tidak mengenang jasa ibu bapa

30. Apakah tindakan yang perlu kita lakukan apabila dimarahi oleh ibu bapa kita?
A
B
C
D

Memarahi ibu bapa kembali.


Berjanji akan membalas dendam.
Merajuk dan mengurungkan diri di dalam bilik.
Mendiamkan diri, kemudian meminta maaf daripada mereka.

31. Apakah yang patut dilakukan sekiranya ahli keluarga ditimpa masalah?
A
B
C
D

Bertanyakan masalahnya dan mencuba membantunya.


Menceritakan masalah ahli keluarga kepada orang lain.
Mengetawakan ahli keluarga yang menghadapi masalah.
Membiarkan ahli keluarga menyelesaikan sendiri masalahnya.

32. Apakah yang akan berlaku terhadap keluarga yang tidak mengamalkan kasih sayang
terhadap keluarga mereka?
A
B
C
D

Keluarga tersebut akan porak-peranda.


Keluarga tersebut akan hidup dalam keadaan harmoni.
Keluarga tersebut akan menjadi buah mulut orang lain.
Keluarga tersebut akan gagal dalam kehidupan mereka.

33. Sebagai ketua keluarga, apakah tanggungjawab utama bapa?


A
B
C
D

Mengawal pergerakan anak-anak.


Menyediakan wang yang banyak untuk keluarga.
Menyediakan keperluan anak-anak secukupnya.
Menghukum anak-anak yang melakukan kesalahan.

34. Penyataan yang manakah antara berikut benar?


A Ibu bapa harus memastikan anak-anak mendapat kebebasan sepenuhnya.
B Setiap individu perlu mementingkan diri tanpa mempedulikan orang lain.
C Ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak berjaya dalam
hidup.
D Anak-anak yang berjaya hanya perlu menikmatinya bersendirian tanpa perlu
berkongsi dengan ibu bapa.
35. Apakah yang perlu diamalkan dalam sesebuah keluarga untuk mengekalkan
keharmonian keluarga?
A Setiap keluarga perlu berdikari.
B Setiap keluarga perlu bersikap adil.
C Setiap keluarga perlu mementingkan diri sendiri.

36.

Apakah peranan ibu bapa untuk menghalang anak-anak terlibat dalam perkara yang
negatif?
A
B
C
D

Mengongkong pergerakan anak-anak.


Menyedarkan anak-anak tentang keburukan melakukan perkara negatif.
Menghalang anak-anak berkawan dengan remaja yang tidak dikenali.
Menemani anak-anak pada setiap masa.

37. Kasih sayang terhadap keluarga boleh ditafsirkan sebagai


A
B
C
D
38.

perasaan kasih dan sayang atas rasa tanggungjawab.


perasaan cinta yang wujud apabila bertemu dengan ahli keluarga.
perasaan cinta dan sayang terhadap ahli keluarga yang lebih muda.
perasaan cinta yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

Kita perlu menghormati ibu bapa kerana


A
B
C
D

mereka memberikan kemewahan kepada kita.


mereka selalu memanjakan kita.
mereka telah membesarkan dan mendidik kita.
mereka sentiasa mendampingi kita.

39. Adik anda telah dimarahi oleh bapa anda kerana memperoleh keputusan peperiksaan
yang tidak memuaskan. Apakah tindakan yang harus anda ambil?
A
B
C
D

Menyebelahi tindakan bapa memarahi adik.


Membantu adik untuk membela dirinya.
Memujuk dan menasihati adik agar belajar bersungguh-sungguh.
Membiarkan adik menyelesaikan masalahnya itu.

40. Ponteng merupakan salah kegiatan negatif yang berlaku dalam kalangan pelajar.
Apakah langkah yang boleh diambil untuk menangani kegiatan tersebut?
A
B
C
D

Menghukum ibu bapa pelajar tersebut.


Memaklumkan kepada ibu bapa tentang ketidakhadiran pelajar tersebut.
Menggantung persekolahan pelajar tersebut.
Melarang pelajar daripada menduduki peperiksaan akhir tahun.

Anda mungkin juga menyukai