Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA

MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR BARU & LAMA SESI PERSEKOLAHAN 2016


SMK SERI BENTONG 28600 KARAK, PAHANG DARUL MAKMUR
Tarikh : 3 Januari 2016
Hari
: Ahad
Tempat : Dewan Titipan Ilmu
BIL

CUE

1.

10.15 pagi

ANN

CATATAN

- Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid berkumpul di dalam Dewan Titipan Ilmu.

10.30 pagi
2.
Ketibaan
Tetamu Khas

Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Encik Saiful Baheran Bin Abdul Manaf, Timbalan
Pegawai Pendidikan Daerah Bentong, diiringi oleh Puan Norani Binti Mohd Ludin, Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong Sekolah Kluster Kecemerlangan dan tetamu
jemputan.

*Para hadirin diminta berdiri.


1

(1 minit)
*Tunggu sehingga semua tetamu khas sampai di kerusi VIP.
Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati sekalian,
Negaraku

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Dirgahayu Tuanku.

&
3.

Negeri Pahang

*(Setelah selesai)
Para hadirin dipersilakan duduk.

Kata alu-aluan

4.

Mencari timba si anak dara,

Pengerusi

Di bawah sarang burung tempua,

Majlis

Salam sembah pembuka bicara,


Selamat datang untuk semua.
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
Yang Dihormati Encik Saiful Baheran Bin Abdul Manaf, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Bentong,

Yang Berusaha Puan Norani Binti Mohd Ludin, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Bentong Sekolah Kluster Kecemerlangan,
Yang Berusaha En.Bukhari Bin Jumaat, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Bentong Sekolah Kluster Kecemerlangan,

Guru-guru penolong kanan, barisan pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong, para
ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Salam hormat, salam kasih, salam ukhwah dan salam sehati sejiwa..

Majlis mengucapkan selamat datang serta jutaan terima kasih kepada Encik Saiful Baheran Bin
Abdul Manaf, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bentong atas kesudian bersama-sama
memeriahkan HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU DAN LAMA BAGI SESI
PERSEKOLAHAN TAHUN 2016, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI
3

BENTONG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN.

Majlis juga mengalu-alukan kedatangan para ibu bapa serta murid-murid baru ke Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Bentong Sekolah Kluster Kecemerlangan. Tidak dilupakan kepada
seluruh warga Seri, majlis mengucapkan selamat kembali ke sekolah bagi sesi 2016.

Bacaan Doa

Garam ada kicap pun ada,


Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada madah pun ada,
Sayang tiada berdoa lagi.

5.

Untuk itu, majlis dengan ini mempersilakan Ustaz Samsu Hilmy Bin Abdullah untuk memimpin
bacaan doa. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

*Selesai bacaan doa pengacara majlis melanjutkan acara.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Samsu Hilmy Bin Abdullah atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Ucapan

Tirai majlis kita dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Dipertua Persatuan Ibu

alu-aluan Yang

Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong. Untuk itu, majlis

Dipertua PIBG

mempersilakan En.Bukhari Bin Jumaat, untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala

6.

Jika ada

hormatnya, dipersilakan.
*Selesai ucapan YDP PIBG pengacara majlis melanjutkan acara.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En.Bukhari Bin Jumaat atas ucapan beliau
sebentar tadi.
Ucapan Alu-

Hadirin yang dikasihi sekalian,

aluan Tuan

* Tirai majlis kita dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada/

Pengetua
7.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Puan Norani Binti Mohd Ludin, Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Bentong Sekolah Kluster Kecemerlangan untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Setelah selesai)
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas ucapan beliau sebentar tadi.
Ucapan
Pegawai PPD

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,


Kini, majlis dengan sukacita dan hormatnya menjemput, Encik Saiful Baheran Bin Abdul
Manaf, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Bentong bagi menyampaikan ucapan. Dengan
penuh takzim, majlis menjemput dan mempersilakan.

8.

(Setelah selesai)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Saiful Baheran Bin Abdul Manaf atas
ucapan beliau sebentar tadi.

Ucapan

Para hadirin yang dihormati sekalian,

alu-aluan

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Ustaz Hamizan Bin Umar, selaku Ketua Warden
Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong Sekolah Kluster Kecemerlangan untuk

9.

KETUA

menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.


6

WARDEN
ASRAMA

*Setelah selesai
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Hamizan Bin Umar, atas kesudian beliau

Sesi Taklimat:

menyampaikan ucapan sebentar tadi.


Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan sesi taklimat bagi Hal Ehwal Murid. Untuk itu, dipersilakan Ustaz

HAL EHWAL
MURID
10.

Azahar Bin Shamsudin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan
Seri Bentong Sekolah Kluster Kecemerlangan untuk menyampaikan taklimat. Dengan segala
hormatnya, majlis mempersilakan.
*Setelah selesai
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Azahar Bin Shamsudin, atas kesudian beliau
menyampaikan Taklimat Hal Ehwal Murid sebentar tadi.

11.45 pagi

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada para ibu bapa
yang sudi hadir pada pagi ini. Sesungguhnya komitmen tuan puan amatlah kami hargai. Maka
dengan ini berakhirlah sudah Taklimat Kemasukan Pelajar Baru bagi Sesi 2016.

11.
7

Penutupan

Untuk itu saya akhiri majlis ini dengan serangkap pantun:

Majlis

12.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati maaf dipinta.
ATAU
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Sekian, terima kasih.
Wabilahitafikwalhidayah..Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai