Anda di halaman 1dari 41

KERJA KURSUS AGAMA-AGAMA BESAR DALAM TAMADUN INDIA

PENSYARAH - ENCIK AIZUDDIN HAKIM BIN MOHD YUSOF

ISI KANDUNGAN
BIL

TAJUK

1.0

PENDAHULUAN

2.0

DEFINISI TAMADUN INDIA

3.0

KONSEP TAMADUN INDIA


3.1 WILAYAH
3.1.1 Kedudukan Geografi
3.1.2 Masyarakat Indo-Arya
3.1.3 Masyarakat Dravida

4.0

SEJARAH TAMADUN INDIA


4.1 Zaman Awal
4.2 Zaman Pertengahan
4.3 Zaman Moden
4.4 Masyarakat dan budaya
4.4.1 Bahasa dan Kesusasteraan
4.4.2 Pandangan Semesta dan Nilai-Nilai

5.0

AGAMA-AGAMA BESAR DALAM TAMADUN INDIA


5.1 Agama hindu
5.2 Agama Buddha

MUKA SURAT

5.3 Agama Sikh


5.4 Agama Islam

6.0

AJARAN-AJARAN AGAMA

7.0

SUMBANGAN AGAMA-AGAMA
7.1 Pencapaian dalam Bidang Seni
7.2 Pencapaian Dalam Bidang Sains

8.0

PENUTUP

9.0

RUJUKAN

10.0

LAMPIRAN

1.0 PENDAHULUAN

Agama berkait rapat dengan tamadun. Kebanyakan tamadun di dunia ini berteraskan agama.
Tamadun yang terbentuk adalah berpaksikan kepada pandangan alam semesta dan doktrin dari
agama tersebut. Tamadun India merupakan antara yang paling unik terutamanya dari sudut
keagamaannya. Hal ini demikian kerana tamadun India bukan sahaja tanah kelahiran beberapa
agama dunia tetapi juga menjadi tamadun yang banyak sekali memperlihatkan hubungan antara
agama-agama utama di dunia. Pada masa yang sama juga telah wujud berbagai agama yang
dianuti oleh masyarakatnya termasuklah agama Buddha, Sikh dan Islam. Walaupun penganutnya
memberi kesan yang berbeza namun agama telah mencapai zaman kegemilangannya yang
tersendiri. Satu perkara penting yang tidak boleh dilupakan adalah realiti bahawa perkembangan
tamadun India sering dilihat beraraskan agama. Hal ini demikian kerana agama menjadi dasar
penting dalam tamadun masyarakatnya.
Selain itu, agama dalam tamadun India bersebati dengan masyarakat dan kewujudannya
telah lama berlangsung seiring dengan perjalanan tamadun India itu tersendiri. Setiap tamadun
mempunyai kekuatan-kekuatan (keunikan) dan kelemahan-kelemahan yang tersendiri. Kekuatan
sesuatu tamadun mungkin terletak pada nilai-nilai moral, agama, falsafah, politik dan estetik
manakala kelemahannya terletak pada nilai-nilai ideal. Untuk meneliti dan mengkaji nilai-nilai
ideal bukanlah merupakan suatu tugas yang sukar tetapi untuk mengenalpasti kelemahankelemahan dan memahami sesuatu tamadun itu, menjadi satu cabaran.
Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku sejak 100,000 s.m. di benua Lumeria di
Selatan India.Antara 10,000 hingga 6,000 s.m. wujud penempatan manusia di kawasan
Kartanaka dan Lembah Gangsa di bahagian tengah India. Sekitar 3,000 s.m. penemuan kesankesan tamadun Lembah Indus yang merangkumi kawasan-kawasan Mohenjodaro di daerah
Montgomery. Penemuan arkeologi membuktikan masyarakat di Lembah Indus sudah mencapai
tamadun yang tinggi. Empat-empat agama ini mempunyai sejarah tersendiri dari segi
pembentukan dan agama-agama ini mengajar beberapa ajaran kepada setiap insan.

2.0 DEFINISI TAMADUN INDIA

Terdapat beberapa kategori definisi bagi tamadun India. Antaranya ialah dalam bahasa tamil,
tamadun dikaitkan dengan perkataan Nakarikam, nakar ialah kota/Bandar manakala ikam ialah
pembentukan Bandar. Nakar juga merupakan simbolik tentang penjelmaan tuhan Siva iaitu tuhan
yang mencipta bandar. Selain itu, tamadun India boleh didefinisikan sebagai sebuah negara yang
letaknya di benua di Asia dan mempunyai jumlah penduduk kedua terbanyak di dunia, iaitu
melebihi daripada satu milyar. Selain itu, peradaban juga merujuk kepada masyarakat manusia
yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran
dari segi sosial, budaya, politik dan lain-lain..
Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M. Dari sudut ukuran wilayah geografi,
India adalah negara ketujuh terbesar. Keluasan negara India ialah 2,354, 175 km persegi. Negara
India boleh dibahagikan kepada dua kawasan geografi iaitu India Utara dan India Selatan.
Bancian pada pertengahan tahun 1980-an menunjukkan jumlah peningkatan penduduknya begitu
amat peast. Selaku salah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi liberal, India
muncul sebagai salah sebuah negara yang memilki kekuatan ketenteraan yang kuat di samping
berkemampuan memiliki senjata nuklear. (Afifah Abu Yazid 2003 : 194)
India yang terletak di Asia Selatan dengan garis pantai sepanjang 7,000km, merupakan
bahagian dari laluan perdagangan penting lagi bersejarah. Pedagang dari Eropah menuju Timur
atau Asia Tenggara terlebih dahulu singgah di India sebelum meneruskan perjalanan mereka. Di
daratan India berkongsi sempadan dengan Pakistan, Republik rakyat Cina, Myanmar,
Bangladesh, Nepal, Bhutan dan Afganistan. Manakala Sri Lanka, Maladewa dan Indonesia ialah
negara kepulauan yang bersebelahan dengannya. India ialah satu tempat daripada peradaban
kuno seperti budaya Lembah Indus dan merupakan tempat kemunculan empat agama utama
dunia iaitu Hindu, Buddha, Sikh dan Islam.

3.0 KONSEP TAMADUN INDIA

Tamadun India wujud di antara tahun 2500-1500 S.M. Selepas tempoh ini tamadun Indus
mengalami keruntuhan. Hal ini kerana, kedatangan orang Aryan telah membawa perubahan dari
segi budaya dan membentuk satu tahap baru dalam masyarakat Lembah Indus. Pembentukan
tahap baru ini dikenali Zaman Vedik. Pembentukan Zaman Vedik menjadi arus permulaan
kepada kelahiran kehidupan beragama bagi masyarakat Lembah Indus. Dengan ini, lahirlah
zaman Lembah Indus.
3.1 Wilayah
Secara amnya, India telah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu India Utara dan India Selatan.

3.1.1 Kedudukan Geografi


Sempadan yang memisahkan di antara India Utara dengan India Selatan ialah Pergunungan
Vindhya. Keluasan India Utara meliputi sehingga kawasan Himalaya di utara, manakala keluasan
kawasan India Selatan meliputi Sungai Tapti di Pergunungan Vindhya hingga ke Cape Comorin.
Faktor Geografi di India telah menyebabkan perkembangan dua kebudayaan yang agak berbeza
antara penduduk India Utara dengan India Selatan. Perbezaan kebudayaan diantara India Utara
dengan India Selatan sangat ketara dari segi rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya serta amalanamalan keagamaan. Masyarakat di India Utara dikenali sebagai masyarakat Indo-Arya dan India
selatan dikenali sebagai Dravida. Bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang digunakan masyarakat
Indo-Arya,

manakala

bahasa

Tamil

pula

digunakan

oleh

masyarakat

Dravida.

3.1.2 MASYARAKAT INDO-ARYA


Pada tahun 2000 S.M., kawasan-kawasan di antara Asia Tengah dengan Poland diduduki oleh
kaum Arya. Orang Arya berbadan tinggi, berkulit cerah dan bermuka panjang. Orang Arya
menjalankan kegiatan ekonomi mereka seperti menternak binatang dan menjalankan dalam
akitiviti pertanian secara kecil-kecilan. Masyarakat Arya juga makan daging lembu, minum arak
dan berniaga lembu untuk dijadikan alat pertukaran. Antara tahun 2000-1500 S.M., mereka hidup
secara nomad kerana tekanan populasi dan kekurangan rumput untuk ternakan. Perpindahan

mereka ke kawasan barat,timur, dan selatan menyebabkan mereka menakluki dan berkahwin, di
samping menyebar budaya serta menyerap budaya tempatan. (Ahmad Zaki Abd.Latif 2009 : 100)
Terdapat bukti bahawa orang Arya telah tinggal di Iran sebelum memasuki India yang
dapat dilihat menerusi bahasa Sanskrit yang mempunyai hubungan rapat dengan bahasa Iran,
terutamanya bahasa Parsi lama dan bahasa Avesta. Pada awalnya, pusat kebudayaan orang IndoArya bertempat di sekitar Sungai Yamuna dan Sungai Satlaj, selatan Ambala dan di kawasan
hulu sungai Saraswati. Selepas memasuki India, terdapat pembahagian kelas Veda yand dikenali
sebagai Ksatria(bangsawan) dan Vis(golongan biasa) dalam sistem kerajaan yang bercorak
aristokratik.

Orang Arya tidak dapat menakluki orang tempatan sepenuhnya, walaupun terdapat
mazmur-mazmur mempunyai perpaduan untuk menetang orang tempatan. Dasa merupakan sakibaki peradaban Harrapa. Orang Dasa berkulit hitam, tidak mengamalkan upucara Vedik dan tidak
menyembah dewa dewi Vedik. Berlakunya pembahagian masyarakat berdasarkan warna kulit
dalam kalangan masyarakat. Orang Indo-Arya mengasingkan diri daripada orang Gasa yang
selamanya menjadi hamba mereka. Faktor pekerjaan menjadi faktor utama kepada pembahagian
masyarakat.
Akhirnya, muncul golongan Brahmin yang bekerja sebagai Purohita iaitu penandapenanda dan menceburkan diri dalam pelajaran serta menyusun kitab-kitab. Ksytria menjadi
pemerintah dan perajurit manakala Vaisya menjalankan perdagangan dan perniagaan. Ketiga-tiga
golongan ini dikenali sebagai Dvija atau mereka yang dilahirkan dua kali, iaitu satu ketika
semasa kelahiran fizikal dan satu lagi semasa upucara upunayana atau initiation. Melalui sistem
ini, masyarakat dibahagikan kepada empat bahagian yang dikenali sebagai Varna. Sistem varna
menjadi teguh akibat kehidupan orang Indo-Arya yang teratur dan perhubungan mereka dengan
orang tempatan. Pertukaran varna tidak dibenarkan dan perkahwinan antara varna juga tidak
digalakkan. (Ahmad Zaki Abd.Latif 2009 : 101)

Masyarakat Indo-Arya mempercayai bahawa setiap individu harus melalui empat


peringkat dalam kehidupan mereka yang disebut sebagai ashrama. Peringkat pertama ialah

Bramacharya iaitu dalam peringkat ini seseorang perlu memperoleh pengetahuan tentang
varnanya. Peringkat kedua iaitu ghastya, mereka memulakan kehidupan berkeluarga dan
berkhidmat untuk keluarga serta masyarakat. Peringkat seterusnya ialah vanaprastya, dalam
peringkat ini seorang petapa akan menumpukan perhatian kepada moksha iaitu soal
membebaskan diri daripada kehidupan duniawi. Peringkat terakhir ialah sannyasia, seseorang
sannyasia akan tinggal bersama masyarakat dan menjadi seorang musafir serta menyebarkan
pengetahuan yang diperoleh daripada petapa.
Dalam masyarakat vedik, golongan wanita diberi kedudukan yang mulia dan terdapat
golongan wanita yang menjadi rishi(petapa). Gadis yang tidak berkahwin akan tinggal di rumah
bapanya dan memperoleh sebahagian daripada hartanya. Perempuan yang berkahwin akan
mengendalikan hal ehwal rumah tangga. Bakal suami akan dipilih oleh ibu bapa gadis tersebut.
3.1.3 MASYARAKAT DRAVIDA
Bahasa Tamil merupakan bahasa yang asas untuk semua bahasa dalam masyarakat Dravida.
Ajaran mazhab merupakan tunjang kepada kepercayaan, pemikiran serta amalan masyarakat
Dravida. Saivisme dan Vaisnavisme yang banyak dibicarakan dalam puisi klasik Sangam. Pada
Zaman Sangam, wanita mempunyai kedudukan yang dihormati dalam masyarakat India Selatan.
Sifat keibuan yang ada pada mereka sangat dihormati, dan dianggap sebagai suatu nilai
yang mulia. Anak perempuan yang kecil dipanggil sebagai 'amma' bererti emak kerana anak
perempuan itu bakal menjadi ibu apabila berkahwin. Dalam konteks ini, peranan kaum ibu amat
penting dan mereka mempunyai segala kebebasan termasuk untuk mendapatkan pendidikan yang
setinggi mungkin. Antara pujangga-pujangga Tamil yang terkemuka pada zaman Sangam
termasuklah beberapa pujangga wanita. (Ahmad Zaki Abd.Latif 2009 : 102)

Pujangga-pujangga wanita ini di dapati berupaya membuktikan kebolehan mereka


dengan mencipta puisi-puisi yang dianggap setanding malah adakalanya lebih baik berbanding
dengan kaum lelaki. Di samping itu, terdapat juga kaum wanita yang pernah menjadi pertapa-

pertapa yang disegani lagi dihormati dalam masyarakat tersebut.Akhirnya, kedudukan kaum
wanita mulai mengalami kemerosotan selepas Zaman Sangam. Masalah kemerosotan ini dapat
diatasi atau dipulihkan semula selepas kedatangan dan pertapakan kuasa penjajah khasnya kuasa
British di India. Di India Selatan juga pergerakan-pergerakan reformasi menjadi asas kepada
pihak British untuk meluluskan undang-undang bagi melindungi serta menegakkan hak kaum
wanita.

4.0 SEJARAH TAMADUN INDIA

Sejarah tamadun India dibahagikan kepada tiga tahap iaitu zaman awal, zaman pertengahan dan
zaman moden.
4.1 Zaman awal
Pada zaman awal, tamadun India mempunyai dua bentuk kerajaan iaitu kerajaan kecil dan
kerajaan besar. Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja. Manakala
kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha. (Ahmad Zaki
Abd.Latif 2009 : 95)

Dalam tamadun ini, sememangnya raja mengamalkan kuasa mutlak. Kedudukan


seseorang ini kemudian diperkukuh dengan pelbagai bentuk upacara ritual yang berasaskan
kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah suci dan harus dihormati. Golongan Brahmin yang
bertindak sebagai penasihat memainkan peranan penting dan ini diikuti dengan golongan
Kryatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan.
Chandragupta Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaankerajaan kecil di India. Hal ini mengubah status raja kepada maharaja. Empayar Maurya meliputi
kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negerinya terletak di
Paliputra. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan Maharaja
Asoka. Asoka telah menamatkan perang saudara dan menakluk Kalinga selepas Perang
Kalinga.Asoka lebih menekan kepada kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan
penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan. (Zaleha
Sulaiman 2003 : 28-29)
4.2 Zaman Pertengahan
Zaman pertengahan adalah zaman gemilang bagi umat Islam. Dalam tempoh ini, Islam
memerintah India selama hampir 800 tahun iaitu dari (1000-1756). Namun kerajaan Islam tidak
mampu bertahan lebih lama apabila berlaku pemberontakan Hindu-Sikh ke atas kerajaan Mughal
dan disusuli oleh serangan pihak inggeris pada 1857 M.
4.3 Zaman Moden

Zaman moden terkenal sebagai zaman penjajahan apabila datangnya penjajah british pada tahun
1857 membawa berlakunya pembahagian bumi india kepada tiga buah negara iaitu India,
Pakistan dan Bangladesh. Sebahagian besar umat Islam kemudian berpindah ke Pakistan dan
Bangladesh. (Zaleha Sulaiman 2003 : 30)

4.4 MASYARAKAT & BUDAYA


Kewujudan bahasa Sanskrit di Asia Tenggara yang dibawa oleh agama Hindu telah memberi
banyak sumbangan terhadap masyarakat di Asia Tenggara. Manakala, bahasa dalam tamadun
India dibahagikan kepada dua kawasan iaitu di India Utara dan juga di India Selatan.
4.4.1 Bahasa dan Kesusasteraan Tamadun India
Bahasa Sanskrit telah meningkatkan pencapaian intelek masyarakat diwaktu itu, dengan menjadi
bahasa ilmu dan juga bahasa keagamaan. Kewujudan bahasa dan kesusasteraan telah
mengembangkan juga seni ukir seperti menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah
kepada rakyat (Batu bersurat di Lembah Bujang) . Antara kesusasteraan Sanskrit di Asia
Tenggara adalah kitab suci Veda, epik Ramayana dan Mahabharata. (Awang 2012 : 8-13)
4.4.2 Bahasa di India Utara
Terdapat dua kelompok kitab suci agama Hindu. Kitab-kitab tersebut terbahagi kepada dua iaitu,
Shruti yang bermaksud yang didengarkan dan.Smiriti yang bermaksud yang dihafal atau yang
diingat. Shruti terdiri kepada empat buah kitab, iaitu Sama Veda, Yajur Veda, Rig Veda, dan
Atharva Veda. Selain empat kitab veda tersebut, terdapat Veda dipanggil Upanishad ataupun
dikenali sebagai Vedanta (penghujung Veda) yang berisi huraian tentang ketuhanan dan makna
hidup bagi memudahkan memahami Veda. Kitab suci agama Hindu ialah kitab Veda bermaksud
Kitab Pengetahuan. Orang Hindu percaya Kitab Veda adalah wahyu yang diterima para Resi,
iaitu pendeta-pendeta agamanya. (Jusoh 2012 : 462-464)

Kitab-Kitab Suci
Sama Veda

Yajur Veda

Rig Veda

Atharva veda

Tempoh
1,500-1,000 S.M

Kandungan
Dalam bentuk
nyanyian
dinyanyikan dalam
upacara
sembahyang dan
apa saja upacara
agama dan
peribadatan.

Antologi mazmur
Rig bersama muzik

Dalam bentuk
prosa dibaca oleh
pendeta ketika
menyerahkan
korban-korban.
Juga mengenai
tatacara tindakan
(karma).

Mazmur yang
digunakan dalam
upacara
Mengandungi
1017 rangkap
untuk dinyanyikan
dihadapan tuhantuhan.

1,500-1,000 S.M

1,500 S.M

Mazmur dan
pujian kepada
Dewa Dewi

Kuasa ghaib, sihir,


kepercayaan dan
pengetahuan sains.

Koleksi mazmur
untuk menjauhkan
diri dari penyakit

1,200 S.M

Bahasa
Dravida

mempunyai bahasa penting di India Selatan iaitu Tamil, Telugu, Malayalam, dan kannada.
Sastera klasik yang penting dan tertua Tamil ialah Tirakkural, yang menghuraikan sikap manusia
terhadap diri dan alam. Selain itu, ia membicarakan tentang pegangan hidup raja dan masyarakat
Tamil.Ianya dikarang oleh pujangga Tiruvalluvar. (Jusoh 2012 : 465)
4.4.2 Pandangan Semesta Dan Nilai-Nilai
Antara pandangan semesta ialah sifat penerima-perpindahan penduduk menyebabkan unsurunsur budaya, tradisi, agama, bahasa, idea. Selain itu, sifat toleransi-perubahan selepas
kedatangan British ke india menyebabkan masyarakat beransur-ansur menerima pandangan
semesta yang mementingkan persamaan, persetujuan, dan keharmonian.
Manakala nilai-nilai yang disaranka ialah ajaran Bhagavadgita, etika Tirukkural, karma
sebagai perbuatan, pemikiran dan pertuturan yang dilakukan oleh individu dalam sesuatu
kehidupan dan akibat yang akan dialami dalam kehidupan akan datang, kepercayaan kepada
tuhan dan perpaduan-masyarakat pelbagai kaum dan agama. (Jusoh 2012 : 466)

5.0 AGAMA-AGAMA BESAR DALAM TAMADUN INDIA


Agama-agama besar dalam tamadun India dapat dibahagikan kepada empat kategori. Antaranya
ialah agama Hindu yang merupakan agama yyang tertua di dunia, agama Buddha, agama Sikh
dan Agama Islam.
5.1 Agama Hindu
Agama Hindu adalah sebuah agama yang dianuti oleh ramai penduduk di benua kecil India.
Sejarah awal kemunculan agama Hindu sukar ditentukan kerana agama ini dianggap bersifat
agama semulajadi dan tarikh awal kemunculannya tidak dapat diberikan secara tepat. Namun,
ramai sejarawan percaya bahawa agama ini bermula di Lembah Sungai Indus, India pada kirakira 1500SM. (Afifah Abu Yazid 2002: 185 )
Agama ini terbentuk hasil campuran antara kepercayaan orang-orang Indus dan orang
orang Aryan dari Asia Tengah. Hinduisme tidak mempunyai pengasas dan tidak memiliki
institusi agama yang bersifat pusat. Agama Hindu juga dikenali sebagai Sanataradharma iaitu
agama yang abadi atau tidak mempunyai permulaan dan kesudahan serta Vaidika Dharma yang
membawa maksud agama menurut kitab-kitab Veda dan juga Brahmanisme yang merujuk
kepada kepercayaan bahawa dunia ini bermula dengan wujudnya roh dunia yang digelar
sebagai Brahman. (Afifah Abu Yazid 2002:185 )
Agama Hindu mempercayai kewujudan tuhan dan berpegang kepada konsep Trimurthi iaitu
tiga penjelmaan yang bererti kewujudan tiga dewa jelmaan tuhan yang dikenal sebagai Brahma
atau dewa pencipta, Vishnu atau dewa pelindung dan Siva atau dewa pemusnah. Penganut agama
Hindu berpecah kepada dua mazhab terbesar iaitu Saivisme dan Vaishnavisme. Penganut mazhab
Saivisme meyembah Dewa Siva dan penganut mazhab Vaishnavisme pula menyembah Dewa
Vishnu. (Zulkiflee Haron 2011 : 194-195 )

Kepercayaan dan ajaran Hindu diwarisi secara turun-temurun. Dalam ajaran agama Hindu,
ciri utamanya ialah konsep penjelmaan semula. Konsep ini menjelaskan bahawa apabila seseorag
itu mati, maka rohnya akan hidup kembali sama ada dalam tubuh manusia atau binatang. Agama
Hindu menekankan prinsip dosa dan pahala serta syurga dan neraka. Perbuatan yang baik
membantu seseorang individu mengumpulkan puniya karma iaitu pahala dan perbuatan jahat
pula akan menyebabkan seseorang mengumpulkan pava karma iaitu dosa. (Afifah Abu Yazid
2002 : 185 )
Kepercayaan agama Hindu adalah bahawa individu yang mempunyai banyak pava
karma akan lahir semula di dunia ini dalam keadaan dimana seseorang itu terpaksa menghadapi
penderitaan dan dugaan akibat daripada perbuatannya pada kelahiran yang sebelumnya.
Kepercayaan ini meyakinkan para penganut Hindu supaya tidak membuat perkara yang buruk.
(Zulkiflee Haron 2011 : 195 )
4.2 Agama Buddha
Agama Budhha diasaskan oleh Siddharta Gautama iaitu putera Raja Sudhhodana Gautama
daripada suku Shakya di India. Beliau dilahirkan dari suku Sakya pada awal masa Magadha 546
324 SM, di sebuah kota, selatan pegunungan Himalaya yang bernama Lumbini. Sekarang kota
ini terletak di Nepal sebelah selatan. Beliau bukanlah seorang dewa, tetapi Cuma seorang guru
dan menjadi tempat rujukan orang ramai dalam persoalan kehidupan. (Afifah Abu Yazid 2002 :
186 )
Perkataan Buddha berasal daripada perkataan bodhi yang bermaksud hikmat dan
mendapat kesedaran. Setelah kehidupan awal Siddharta Gautama yang penuh kemewahan di
bawah perlindungan ayahnya, Siddharta melihat kenyataan kehidupan setiap hari dan menarik
kesimpulan bahawa kehidupan nyata. Agama Buddha menunjukkan bahawa seseorang manusia
itu sudah mencapai taraf kesedaran kerohanian yang sempurna. (Afifah Abu Yazid 2002:186 )
Agama Buddha mempunyai kitab-kitab tersendiri iaitu Tripitaka yang bermaksud Tiga
Himpunan Hikmah iaitu Sutta Pitaka, Vinaya Pitaka dan Adhidhamma Pitaka. Agama Buddha
menolak adanya hak-hak istimewa kerana ia menyulitkan masyarakat awam. (Zulkiflee Haron,
2011 : 198 )

Agama

Buddha

tidak

mengajar mengenai

hal-hal

ketuhan,

metafizikal

atau

sesuatu falsafah sebaliknya mengenai ajaran-ajaran psikologi dan etika yang berhubung kait
dengan kehidupan. Pengajaran agama Buddha tertumpu kepada permasalahan utama umat
manusia dan penderitaan yang sering dialami oleh mereka. Apabila seseorang ingin mengikuti
ajaran Buddha dengan benar dan ingin disebut sebagai umat Buddha yang baik, maka mereka
harus mempelajari kehidupan dan ajaran-ajaran Sang Buddha. Semua kesulitan dalam hidup ini
akan mudah dipecahkan bila kita mempelajari agama Buddha. (Zulkiflee Haron 2011 : 198 )
Pendekatan Buddha mengenai masalah-masalah hidup ini begitu nyata dan ilmiah, sehingga
mudah diertikan. Buddha tidak menyimpan pengetahuannya untuk dirinya sendiri dan juga tidak
menyuruh para pengikutnya untuk mendengarkan ajarannya saja. Beliau juga tidak menjanjikan
akan membawa siapa pun ke syurga dengan mudah. (Zulkiflee Haron 2011 : 199 )

4.4 AGAMA SIKH


Agama ini muncul di sekitar abad ke 15. Agama Sikh ini diasaskan oleh Guru Nanak yang
merupakan Keshatriya Hindu yang dilahirkan di Punjabi. Kepercayaan yang utama ialah
mengenai kewujudan tuhan yang satu, iaitu bersifat nirankar, abadi, amat berkuasa. Kitab suci
Sikh ialah Granth Saheb atau Kitab Tuhan dan terdapat dua himpunan iaitu Adi Granth dan
Dasam Granth.Guru adalah penting dalam perkembangan agama Sikh seperti Guru Nanak, dan
lain-lain (Afifah Abu Yazid 2003: 200).

Kesepuluh Sikh Guru menitahkan bahawa selepas kematiannya panduan rohani Sikh
akan ajaran yang terkandung di dalam buku itu, maka Guru Granth Sahib kini mempunyai status
Guru, dan Sikh menunjukkan ia penghormatan yang akan memberikan seorang Guru manusia .
Masyarakat lelaki dan wanita yang telah dimulakan ke dalam iman Sikh adalah Khalsa. Khalsa
menyambut ulang tahun ke-300 pada tahun 1999. Guru Gobind Singh menitahkan bahawa di
mana Sikh tidak dapat mencari jawapan di dalam Guru Granth Sahib, mereka perlu memutuskan
isu-isu sebagai sebuah masyarakat, berdasarkan prinsip-prinsip kitab mereka (Afifah Abu Yazid
2003 : 200 & 201).

Sikh diasaskan pada abad ke-16 di daerah Punjab yang kini adalah India dan Pakistan. Ia
diasaskan oleh Guru Nanak dan adalah berdasarkan kepada ajarannya, dan mereka yang dari 9
Sikh guru yang mengikutinya. Perkara yang paling penting dalam Sikh adalah negeri agama
dalaman individu. Sikh adalah agama monoteistik Sikh menekankan kepentingan melakukan
tindakan yang baik dan bukan hanya menjalankan upacara Sikh percaya bahawa cara untuk
menjalani kehidupan yang baik adalah untuk:

hidup jujur dan bekerja keras


merawat semua orang sama
bermurah hati kepada mereka yang kurang bernasib baik
berkhidmat kepada orang lain
Tempat ibadat Sikh dipanggil Gurdwara
Sikh kitab adalah Guru Granth Sahib, sebuah buku yang Sikh mempertimbangkan Guru
hidup

4.3 AGAMA ISLAM


Islam bertapak di bumi India pada abad ketujuh masihi lagi. Raja hindu pertama yang
menganut Islam ialah Raja Chakrawati Farmas. Beliau memeluk Islam sekitar tahun 711
masehi. Peristiwa pengislaman raja tersebut tercatat dalam sebuah manuskrip lama di London.
Raja tersebut telah melihat bulan terbelah di langit. Peristiwa bulan terbelah ini adalah salah satu
mukjizat yang yang berlaku apabila orang musyrikin meminta Nabi berbuat demikian. Peristiwa
yang sedang berlaku di Mekah itu telah disaksikan juga oleh Raja Chakrawati Farmas di
negerinya di Malabar, India. Apabila diselidiki para ramalan menyatakan bahawa seorang utusan
Allah telah muncul di Semenanjung Arabia. Untuk itu beliau telah mengutus anak lelakinya
sebagai wakil bertemu Nabi S.A.W. Anak lelakinya itu telah memeluk Isalm di hadapan Nabi
S.A.W dan dalam perjalanan pulang beliau telah meninggal dunia di pelabuhan Zafar di Yaman.
Perkuburan yang tertulis Indian King masih wujud hingga hari ini dan dilawati oleh ramai
orang. Apabila orang Arab datang ke India pada tahun 711 Masehi beliau dengan senang hati
memeluk Islam (Zulkiflee Haron 2011: 196)

Kedatangan Islam ke India bukanlah suatu yang asing kepada masyarakat Hindu di sana
kerana selain berjiran dengan negara Arab, masyarakat orang Aryan sendiri sebenarnya telah
lama berhubungan dengan ketamadunan Mesopotamia tempat pertama menerima ketamadunan.
Di sana juga menjadi tempat awal penempatan para nabi seperti Nabi Adam .Ibrahim, Idris dan
lain-lain. Oleh hal yang demikian persoalan tentang Tuhan dan perutusan Nabi Muhammad
S.A.W bukanlah perkara asing bagi mereka yang menganut agama Hindu (Zulkiflee Haron
2011 : 196-197)
Agama Hindu yang diwarisi daripada bangsa Arya yang mendiami sungai Shindu
sebenarnya mewarisi agama yang dibawa oleh para nabi di ketamadunan Mesopotamia. Lantaran
lama jarak masa daripada pengajaran para nabi tersebut, mereka telah kehilangan punca dan
akhirnya menjadikan tokoh nabi itu sebagai sembahan yang sebelum ini telah diagungkan.
Konsep penyembahan kepada orang saleh dan dipahat patung berhala untuknya berleluasa dalam
kalangan masyarakat orang Hindu ini (Zulkiflee Haron 2011 : 197)
Walau bagaimanapun, catatan daripada warisan kitab suci Hindu berbahasa Sanskrit
masih mengekalkan banyak pertunjuk bahawa ada kedatangan nabi terakhir untuk membimbing
mereka ke jalan yang lurus. Ini membuktikan bahawa persoalan keagamaan dalam ketamadunan
ini masih ada kaitan dengan agama yang dibawa oleh para nabi (Zulkiflee Haron 2011 : 197)
Kitab seperti Veda dan Buddha menyebut kedatangan pesuruh Tuhan bernama
Muhammad S.A.W. Oleh hal yang demikian, adalah tidak asing kepada para cendekiawan
Sanskrit Hindu apabila mereka berdepan dengan kedatangan umat Islam ke India pada abad
tersebut. Mereka boleh menerima Islam lantaran perkara tersebut telah pun dinyatakan dalam
kitab agama mereka tersendiri (Zulkiflee Haron 2011 : 197)
Agama Islam mula bertapak setelah mula Muhammad al-Qasim telah membuka wilayah
Sind pada abad ke 8M. Kedatangan Islam dianggap sebagai hadiah kepada tamadun India
kerana telah membuka lambaran baru kepada bumi tersebut. Islam telah mempersembahkan
ajarannya dengan konsep yang lengkap yang melibatkan hubungan dengan pencipta Yang Maha
Esa, manusia sesama manusia dan manusia dengan alam sehingga memberi perubahan kepada
masyarakat India seperti dalam aspek harga diri dan perikemanusiaan, hak asasi kepada wanita,

erti kebersihan, kemajuan fikiran dan kemahiran hidup, kemajuan ilmu pengetahuan dan
kebendaan (Zulkiflee Haron 2011 : 196)
Penaklukan meliputi hampir seluruh India Utara pada abad ke-14 Masihi dan mulai
berkembang di India pada abad ke-15 masihi serta menampakkan persaingan kuasa politik di
India Utara. Hasilnya sebuah kerajaan Afghanistan ditubuhkan di Delhi. Serangan Mughal
berlaku ke atas India pada abad ke-16 Masihi dan mereke berjaya menguasai hampir keseluruhan
benua kecil India sehinggalah kedatangan Syarikat Hindia Timur menakluki India. Penaklukan
Punjab oleh Mahmud Ghazni telah melumpuhkan susun lapis masyarakat Hindu di India hingga
ke Sungai Jamuna di timur ,manakala di utara , kekuasaannyan meluas sehingga ke pergunungan
Himalaya. Pada tahun 1193 masihi, Delhi menjadi ibu kota India bagi Dinasti Ghuri menjadikan
hampir keseluruhan India di bawah kekuasaan Islam (Azam Hamzah 2009 : 110)
Pada abad ke-13 Masihi, kekuasaan Chola merosot dan kekuasaan Pandya berkembang
ke seluruh negeri Tamil di India Selatan. Ala-ud-din merupakan pemerintah yang pertama
meluaskan kuasanya ke India Selatan. Pada tahun 1306 masihi dengan bantuan Malkapur, beliau
Berjaya mengalahkan Devagiri dan Kakatiya. Lama kelamaan Semenanjung India terbahagi
kepada dua. Kerajaan di bawah pemerintah Islam dikenali sebagai kerajaan Bahmani, sebuah lagi
di bawah pemerintahan Hindu dikenali sebagai kerajaan Vijayanagar. Pada awal abad ke-15
Masihi, pemerintah Vijayanagar telah mejalinkan hubugan baik dengan pemerintah Muslim di
Malwa dan Gujerat (Azam Hamzah, Ahmad Zaki Abd.Latif,Azhar Mad Aros 2009: 111)

6.0 AJARAN AGAMA-AGAMA


Ajaran agama-agama ini menekankan nilai-nilai murni yang harus dipraktikkan dalam kehidupan
seharian setiap insan. Dalam tamadun ini, walau setiap agama tidak sama, tetapi setiap agama
memiliki tujuan dan kebaikan yang mirip.
6.1 AJARAN AGAMA HINDU
Ajaran agama Hindu menekankan penganutnya supaya menjalani kehidupan seharian dengan
penuh berdedikasi dan displin. Seperti yang dikatakan oleh dewa, Bhrama adalah cara-cara
seorang individu menjalani kehidupannya dengan satu hala tuju dan matlamat. Slogan inilah
yang perlu diterapkan di dalam jiwa insan yang dilahirkan di atas muka bumi ini.
Buku Thirukural mengajar beberapa ajaran-ajaran yang penting dalam kehidupan. Pada
asasnya thirukural adalah asas sesuatu kehidupan. Thirukural mengajar setiap manusia cara
hidup. Thirukural ini terdiri daripada 1330 kural dan menjadi nasihat kepada semua keadaan
hidup. Thirukural berasal dari vedas dan teks suci.Ia telah ditulis oleh Thiruvalluvar, seorang
penyair yang dikatakan telah hidup bila-bila masa di antara SM abad ke-2 dan abad ke-5 masihi.
Kebanyakan percaya beliau menulis Thirukkural dalam 30 SM yang merupakan sebahagian
daripada Tempoh Tamil. Ia adalah salah satu buku Tamil Undang-undang. (Thirukkural;
Thiruvalluvar ,SM abad ke-2 dan abad ke-5 : 211-215)
Antara prinsip dan ajaran yang perlu dipatuhi ialah tidak boleh memakai kasut ataupun
selipar ketika berada di dalam kawasan kuil. Perkara ini perlu diamalkan sebab sebagai tanda
hormat kepada dewa dan tempat ibadat tersebut. Selain itu, orang India juga perlu berpuasa.
Dalam agama Hindu, puasa terbahagi kepada dua, iaitu berpuasa dengan makan vegetarian dan
lagi satu adalah berpuasa selama 24 jam. Berpuasa tetapi makan makanan yang tidak
mengandungi darah disebut sebagai saivem. Sebaliknya untuk puasa selama 24 jam. Puasa
akan bermula dari 1.00 pagi. Puasa ini disebut sebagai virutham. Tujuan seseorang itu
berpuasa adalah untuk menghindarkan diri daripada mendapat dosa disebabkan membunuh satu
nyawa. (Thirukkural; Thiruvalluvar, SM abad ke-2 dan abad ke-5 : 55-69)

Merenjis air kunyit di dalam dan luar kawasan rumah adalah menjadi amalan bagi
penganut Hindu setiap hari Selasa dan Jumaat. Amalan ini bertujuan untuk menghalau roh jahat
dari memasuki kawasan rumah. Selain daripada kajian saintifik, kunyit membantu
menghapuskan bakteria. Orang India, juga makan daun thulasi, ia baik untuk keselesaan perut.
Ia juga membantu mengeluarkan toksin yang berlebihan dari badan.
Di samping itu, setiap kali menyambut perayaan, kollam wajib dilukis di hadapan rumah
supaya roh jahat tidak boleh memasuki kawasan. Kami mempunyai adat yang tersendiri.
Contohnya setiap pagi, selepas mandi dan sembayang, kami perlu menyembah matahari dan ini
merupakan sebagai sebuah tanda penghormatan kepada dewa matahari.
Hinduism percaya bahawa semua sungai membawa kepada lautan yang sama, semua
agama (rohani) laluan tulen membawa kepada matlamat yang sama; bentuk setiap ibadat
"paramathma" dan kuasa-kuasa langit membawa kepada kebaikan sama. Oleh itu, kita tidak cuba
untuk menukar orang lain. (Satu lagi contoh adalah jalan ke puncak gunung mungkin berbeza
tetapi pemandangan dari puncak gunung itu akan menjadi sama.) (Ramayana,Walmiki, 1978 :
432-433)
Hinduism mempunyai percaya yang kuat dalam karma. Dalam penglihatan ini, KARMA
adalah pengumpulan tindakan masa lalu. Sebagai contoh, jika seseorang melakukan tindakan
buruk atau baik ke arah seseorang, ini mencetuskan tindak balas yang akan sama buruk atau yang
baik, dan yang akan diarahkan ke arah diri sendiri. Dengan cara ini, mereka

mengalami

kebahagiaan atau penderitaan yang telah dikemukakan kepada makhluk hidup yang lain. Tujuan
utama KARMA adalah pembelajaran. Jika, melalui pemahaman dan sedar mengubah hidup anda,
anda belajar pelajaran, KARMA yang sepatutnya untuk mengajar anda bahawa pengajaran
khususnya melalui penderitaan.
Tindakan yang baik atau tindakan buruk akan memberi kesan terhadap karma. Jika salah
satu perbuatan yang mementingkan diri sendiri, hanya menambah dosa karma yang perlu
diusahakan dalam kitaran seterusnya kelahiran dan kematian. Jika seseorang bertindak tanpa
memikirkan diri sendiri, bagaimanapun, maka, sebagai produk tindakan tidak mementingkan diri
sendiri yang konsisten, karma boleh dibubarkan, dan samsara boleh berakhir.

Krishna percaya kepada tiga unsur, satu unsur dunia material ("guna" yang bermakna
kualiti asas). Terdapat saatva, yang merupakan kebaikan, cahaya, atau kesucian. Terdapat raja,
atau semangat, aktiviti, tenaga. Dan ada tamas, yang kegelapan, kejahilan.Keinginan
mementingkan diri sendiri datang dari raja, yang apabila tidak seimbang, menyebabkan pancang
dalam kemarahan, dan ketakutan.(Bhagavad Gita, Bab 17; rangkap 12, 1968 : 107-132 )

Bhagavad Gita

Apabila menguasai meditasi, minda tidak akan berbelah bahagi seperti nyala api di
tempat yang tanpa angin. Ini salah satu penerangan dalam Bhagavad Gita.Ini kerana meditasi
mempunyai kuasa untuk mengawal minda kita. Memejamkan mata dan badan tenang akan
meningkatkan daya ingatan dan penumpuan. Jadi, ini adalah satu sebab, agama Hindu memberi
tumpuan lebih kepada meditasi. Ia membantu orang mengalami tekanan untuk menjadi tenang.
(Bhagavad Gita, Bab 17; rangkap 19, 1968 : 123-125)
Selain daripada itu, Ramayana adalah salah satu kitab yang memberi pengajaran kepada
penganut agama hindu. Hinduism mementingkan hubungan antara Moksha, Kama, Artha, dan
dharma.Kehidupan manusia dalam kejaran materialisme, (Artha) dan rasa keseronokan

(Kama).Moksha bermaksud kedamaian seseorang. Ramayana menjelaskan bahawa kedua-dua


kegiatan tidak boleh pada kebenaran (dharma). Dengan menegakkan dharma, kedua-dua Artha
dan Kama boleh diabaikan. Matlamat utama hidup adalah untuk mencapai Moksha dan ia hanya
boleh dicapai dengan scarifying yang Artha dan Kama.(Ramayana, Walmiki, 1978 : 38-39)
Desakan Rama pada menjaga janji yang dibuat oleh bapanya juga menunjukkan kasih
sayang yang mendalam dan kesetiaan bahawa dia mempunyai untuk ibu bapanya. Beliau rela
memilih untuk menghabiskan 14 tahun di hutan untuk melidungi penghormatan bapanya.
Begitulah kepada bapanya.Dashrath terlalu disayangi anaknya begitu mendalam bahawa apabila
Rama pergi ke untuk hutan, Dashrath tidak boleh menanggung pemikiran yang jauh dari anaknya
selama 14 tahun dan menghembuskan nafas terakhir.
Ini menunjukkan kasih sayang dan hormat Rama mempunyai terhadap ibu bapanya. Dia
mendengar setiap perintah ibu bapanya , dia membesarkan janji mereka dan memastikan bahawa
tiada siapa yang boleh menuduh mereka sebagai tidak adil. Dia tidak melawan kehendak ibu
bapanya walaupun sedang melewati untuk takhta itu tidak adil kepada anak sulung daripada
pemerintah kerajaan yang besar. Dia taat kepada ibu bapanya dan diabadikan untuk berbuat
demikian.Ia juga mempamerkan cinta ibu bapa mempunyai anak-anak mereka. Mudah-mudahan,
hakikat bahawa Dashrath mati pining untuk anaknya akan membuat mereka sedar lampiran yang
ada untuk mereka dan akan membuat mereka lebih menghormati dan lebih setia kepada ibu
bapanya.
Mengikut gaya hidup semasa, perhubungan sulit atau mempunyai lebih daripada 1 isteri
menjadi fesyen sekarang. Ini adalah kerana pengaruh dari budaya barat dan media massa. Jadi,
jika belia cenderung untuk membaca Ramayana ia akan berbaloi. Ini kerana dalam Ramayana,
Rama sangat setia kepada isterinya. Dia tidak mempunyai apa-apa hubungan rahsia selain
daripada Sita (isteri). Begitu juga Sita, Walaupun dia telah diculik oleh Ravanan.Tetapi dia begitu
setia kepada suaminya. (Ramayana, Walmiki, ,1978 : 400-459)
Kitab-kitab suci telah menetapkan sembilan jalan bakti kepada penganut Hindu iaitu :
- mendengarkan kisah-kisah Tuhan (shravanam)
- menyanyikan kemuliaan Tuhan (kirtanam)
- mengingat Nama-Nama Tuhan ( Vishnusmaranam)

- melayani kaki Tuhan yang suci (padasevanam)


- pemujaan (archanam)
- sembah sujud (vandanam)
- pengabdian (dasyam)
- persahabatan (sneham)
- pasrah / penyerahan diri kepada Tuhan sepenuhnya (atmanivedanam)

6.2 Ajaran Agama Buddha


Agama Buddha diasaskan oleh Siddharta Gautama iaitu putera Raja Sudhhodana
Gautama daripada suku Shakya di India. Beliau dilahirkan dari suku Sakya pada awal masa
Magadha 546324 SM, di sebuah kota, selatan pegunungan Himalaya yang bernama Lumbini.
Sekarang kota ini terletak di Nepal sebelah selatan. Beliau bukanlah seorang dewa, tetapi Cuma
seorang guru dan menjadi tempat rujukan orang ramai dalam persoalan kehidupan. (Afifah Abu
Yazid 2002:186 ) Ajaran-ajaran yang didapati di agama Buddha juga memainkan peranan yang
penting.
Antara ajaran Buddha adalah tidak membezakan kelas. Buddha mengajarkan bahawa
manusia menjadi baik atau jahat bukan kerana kasta atau status sosial, bukan pula kerana
kepercayaan atau menganut ajaran agama Buddha sahaja. Seseorang boleh menjadi baik atau
jahat kerana perbuatannya. Dengan perbuatannya yang jahat, akan menjadikan orang tersebut
jahat dan sebaliknya untuk perbuatan yang baik. Setiap orang, tidak mengira tarafnya iaitu
seorang raja, orang miskin ataupun orang kaya, akan dinilai masuk syurga atau mencapai
Nirvana atau neraka dengan perbuatan baiknya dan bukan menurut kelas atau kasta.
Selain itu, ajaran agama Buddha juga mementingkan kepercayaan iaitu tidak ada yang
hilang di alam semesta. Kebenaran pertama adalah bahwa tidak ada yang hilang di alam
semesta. Materi berubah menjadi energi, energi berubah menjadi materi. Sebuah daun mati
berubah menjadi tanah. Bibit kecambah tumbuh dan menjadi tanaman baru. Sistem matahari
hancur dan berubah menjadi sinar kosmik. Kita dilahirkan dari orang tua kita, anak-anak kita
lahir dari kita. Kami adalah sama seperti tanaman, seperti pohon-pohon, seperti orang lain,

seperti hujan yang jatuh. Kami terdiri dari apa yang ada di sekitar kita, kita adalah sama dengan
segalanya. Jika kita menghancurkan sesuatu di sekitar kita, kita menghancurkan diri kita sendiri.
Jika kita menipu yang lain, kita menipu diri kita sendiri. Memahami kebenaran ini, Sang Buddha
dan murid-muridnya tidak pernah membunuh binatang apapun.
Di samping itu, ajaran agama Buddha menekan bahawa agama Buddha adalah agama
yang suci. Yang dimaksudkan di sini adalah agama tanpa pertumpahan darah. Dari awal
perkembangannya sampai sekarang, lebih dari 2500 tahun agama Buddha tidak pernah
menyebabkan peperangan. Bahkan, Buddha sendiri melarang penyebaran ajaranNya melalui
senjata dan kekerasan. Selain itu, kebanyakkan pemimpin agama yang sekaligus juga menjadi
raja dari kerajaannya, dan pada saat yang sama menjadi diktator dari agamanya. Meskipun ada
beberapa agama yang tidak disebarkan melalui senjata atau kekerasan, tetapi mereka telah
menyebabkan terjadinya perang antara agama. Hal ini menyebabkan agama tersebut tidak bisa
dianggap sebagai agama yang suci atau bebas dari pertumpahan darah.

Akhirnya, ajaran agama Buddha mengikut Hukum Sebab Akibat. Kebenaran universal
ketiga dijelaskan oleh Sang Buddha adalah bahwa ada perubahan terus menerus karena hukum
sebab dan akibat. Ini adalah hukum sebab dan akibat yang sama yang ditemukan di setiap buku
pelajaran ilmu pengetahuan moden. Dari sudut pandang ini, ilmu pengetahuan dan Buddhisme
sejalan. Hukum sebab dan akibat dikenal sebagai Karma. Tidak pernah sesuatu terjadi pada kita
kecuali kita layak menerimanya. Fikiran dan tindakan kita menentukan jenis kehidupan yang
dapat kita miliki. Jika kita melaku baik, kepulangan yang baik di masa depan akan terjadi pada
kita dan sebaliknya untuk jika melakukan perkara buruk. Setiap saat kita menciptakan karma
baru dengan apa yang kita katakan, lakukan, dan fikirkan. (Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam
Hamzah & Azhar Mad Aros 2009: 109)

6.3 AJARAN

SIKH

Sikhisme adalah kepercayaan monoteistik ditubuhkan pada abad kelima belas oleh Guru Nanak
Dev Ji. Guru Kesepuluh menyusun semua pengajaran Gurus ke dalam Kitab Suci yang dikenali
sebagai Guru Granth Sahib Ji yang mempengerusikan sebagai Guru kesebelas Sikh. Tuhan
mereka merupakan Pencipta Alam Semesta , berani , tidak tertakluk kepada masa atau ruang, dan
tidak mengambil kelahiran atau mati. Tambahan pula , Sikh tidak mengiktiraf mana-mana tuhantuhan lain , dewi dan dewa-dewa kecuali yang Maha Makhluk.
Pengamalan ajaran Sikh adalah berdasarkan garis panduan yang mudah dan praktikal
yang dibentangkan oleh Gurus dengan pengalaman "jalan Kehidupan Sikh". Cara hidup sikh
adalah luas dengan berdasarkan kehidupan dan ajaran Guru Nanak. Guru Nanak berkata
kebenaran adalah tinggi , tetapi yang lebih tinggi adalah kehidupan yang benar. Beliau juga
menyatakan bahawa dunia ini adalah tempat kediaman Tuhan dan juga tuhan tinggal di
dalamnya.
Cara hidup sikh adalah berdasarkan tiga ajaran penting dalam Guru Nanak, iaitu Naam
Simran, Kirat Karni, Wand kay Shako dan Sewa. Naam simran bermaksud bermeditasi pada
nama Tuhan. Simran membantu mendapatkan manusia lebih dekat dengan Tuhan dan membawa
kepada ketenangan fikiran. Kirat Karni bermakna pendapatan mata pencarian seseorang individu
melalui cara yang jujur. Sikh hanya menerima apa yang mereka usahakan dengan jujur dan
bekerja keras. Sikh tidak mengambil hak milik orang lain.Wand kay Shako bermakna amalan
berderma. Sikh harus memberi derma atau pertolongan kepada orang miskin yang memerlukan
dalam bentuk amal. Sewa adalah kewajipan setiap Sikh untuk melibatkan diri dalam Seva
apabila terdapat kelapangan. ( Ramli Awang 2011 : 205)

Menurut Guru Granth Sahib, kehidupan harian seorang Sikh yang benar dan berdisplin
adalah berdasarkan pelaksanaan amalan-amalan berikut, antaranya adalah bangun awal pada
waktu pagi dan bermeditasi selepas mandi supaya minda dan badan menjadi tulen. Melibatkan
diri bersama keluarga dan menjalankan kewajipan dan tanggungjawab anda dalam keluarga.
Perolehi mata pencarian beliau dengan cara yang adil.
Sikh dibaptiskan sebagai Khalsa Sekiranya menggunakan konsep Lima "K." Guru
kesepuluh, Guru Gobind Singh Ji, memulakan majlis pembaptisan Sikh dalam April 1699 Masihi
dan memberikan identiti yang tersendiri kepada Sikh. Perbezaan ini diwakili oleh lima simbol,
yang lebih dikenali sebagai Panj Kakkar atau Lima K "s, kerana huruf pertama setiap simbol
bermula dengan huruf" K ". Kesh (rambut), rambut panjang yang belum dipotong dan janggut.
serban adalah untuk melindungi rambut kepala. Kangha (sikat), penggunaan sikat kayu yang
betul untuk menyikat rambut atas simbol kebersihan. Kaacha (Seluar pendek), seluar dalam yang
khas diperbuat daripada kapas untuk mengawal diri. Kara (gelang besi), gelang besi di lengan
yang kekal adalah simbol menahan diri dan berkelakuan sopan. ia juga mengingatkan Sikh
bahawa dia terikat kepada Guru. Kripan (Pedang), pedang yang bersaiz kecil dimana penggunaan
senjata upacara dan Khalsa komited untuk mempertahankan garis halus kebenaran.
Pembelajaran Gurmukhi ( Punjabi Gurmukhi skrip )) adalah penting untuk Sikh.
Pendidikan Sikh adalah penting kepada anak-anak mereka. Seseorang Sikh sama sekali tidak
menaruh sebarang perasaan benci kepada rambut kepalanya. Sikh tidak boleh mengambil hem
( ganja) , candu, arak , tembakau , ringkasnya , apa-apa minuman keras . rutin kebuluran hanya
dilakukan dengan memakan makanan sahaja . Menindik hidung atau telinga untuk memakai
barang perhiasan adalah dilarang sama sekali untuk Sikh lelaki dan wanita. Sikh sebenar Guru
hendaklah membuat suatu kehidupan yang jujur dengan kerja yang sah. Sikh hendaklah
menganggap mulut orang miskin sebagai kotak tawaran tunai Guru . Sikh jangan mencuri,
membentuk

persatuan

yang

meragukan

atau

melibatkan

diri

dalam

perjudian.

6.4 Ajaran Islam


Kemasukan Islam ke India memberi gambaran lain kepada konsep ketuhanan alam dan manusia.
Ajaran Islam terdapat beberapa kategori iaitu Islam dan akidah Islam. Islam dan akidah Islam
merupakan suatu agama yang berteraskan aqidah atau keyakinan yang luhur pada Allah Yang

Maha Esa, pada malaikat, rasul-rasul, kitab-kitab, hari kiamat serta kepercayaan pada Qada dan
Qadar. Hasil daripada keyakinan ini melahirkan kesedaran dan kesanggupan menunaikan segala
yang wajib dan menjauhi segala yang dilarang.
Selain itu. Islam dan manusia. Islam amat mengutamakan kesejateraan manusia dan
seluruh alam ini. Seluruh ajaran agama menekankan hukum-hukum keadilan, persaudaraan,
penjagaan zuriat, perlindugan wanita dan pembanguuan bumi. Ajaran Islam yang lain adalah
Hokum halal dan haram. Islam memperkenalkan hokum halal da hukum haram sebagai landasan
membebaskan manusia daripada belenggu kezaliman, penganiayaa, sama ada ke atas diri sediri
ataupun kepada org lain. Sebagai contoh pengharaman arak bagi menyelamatkan akal manusia,
pengharaman zina bagi menyelamatkan zuriat manusia, pengharaman pembunuhan bagi
menyelamatkan nyawa manusia, pengharaman riba bagi membina ekonomi secara adil,
pengharaman merompak dan mencuri bagi menyelamatkan harta dan pemilikya. (Afifah Abu
Yazid, 2003,pg.186)

Kedatangan islam ke benua india telah banyak membawa sumbangan bersifat


keagamaan, kesenian, falsafah, kebudayaan, kemasyarakatan, dan juga politik serta sejarah. Ini
sekali gus telah mencipta perubahan kepada aspek ketamadunan, sejarah, dan warisan
masyarakat india. Keadaan ini berlaku dengan memperkenalkan erti sifat kemanusiaan. Hal ini
kerana masyarakat Hindu dahulu mengamalkan satu adat yang menurut mereka begitu mulia.
Amalan tersebut ialah rela berkorban nyawa kepada sesuatu yang dikasihinya. Oleh sebab suami
menurut tradisi hindu dianggap sebagai tuhan dasn seseorang wanita itu wajar memberi
ketaatann kepada suami tanpa berbelah bahagi, maka kematian suami adalah musibah yang
paling besar dalam hidup bagi golongan ini. Oleh hal yang demikian hidup mereka tidak ada
makna apa-apa lagi. Untuk itu mereka harus mati dengan dibakar bersama dengan mayat
suaminya. Adat ini dikenali sebagai sati(satee). Adat ini dikatakan dilaksanakan pada zaman
sebelum pemerintahan Gupta pada 400 masihi.
Adat ini telah dirakam oleh pemerintah Islam Moghul dan kemudian diperjuangkan lagi
oleh Ramohan Roy dan disokong oleh British ketika mereka menjajah India. Ini memberi erti
bagaimana Islam amat mengambil berat erti kemanusiaan yang diabaikan oleh tradisi Hindu.

Pengaruh ini telah menyedarkan masyarakat hindu terhadap pembelaan dan perjuangan kaum
wanita dalammasyarakat hindu di india. Janda diberi pembelaan oleh islam dan atas dasar inilah
maka pada masa kini soal ibu tunggal tidak terpisah daripada perhatian isu kemasyarakatan
dalam tamadun moden.
Pengharaman adat yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan ini secara langsung
memperlihatkan bahawa islam memartabatkan nilai wanita. Wanita hindu yang memeluk islam
dipelihara hak asasinya bebas dan memiliki kedudukan terhormat di sisi islam. Hal ini
berlawanan denganzaman sebelumnya yang dinafikan hak hidup apabila mereka kematian suami.
Pengaruh tamadun islam dalam tamadun india dapat dilihat dengan wujudnya Zenana,
iaitu sebuah tempat khusus bagi penempatan wanita. Wanita memakai purda melambangkan adab
menjaga dan memelihara aurat serta maruah diri mereka seperti mana yang disyariatkan islam.
Adat ini juga sebagai peringatan visual kepada orang lain. Kaum wanita juga diberi pendidikan
sekaras dengan tuntutan islam yang menekankan kewajipan menuntut ilmu kepada semua
penganutnya.

7.0 SUMBANGAN-SUMBANGAN AGAMA DALAM TAMADUN INDIA


Di Asia Tenggara, sumbangan tamadun India dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun
tempatan dianggap oleh sesetengah cendekiawan sebagai sumbangan hasil daripada Hindunisai
dan Indianisasi. Walau bagaimanapun, istilah Indianisasi (Indianisation) lebih tepat bagi
merujuk kepada perkembangan keseluruhan bentuk sumbangan yang diterima daripada tamadun
India. Sumbangan penting tamadun India khususnya di kawasan Asia Tenggara atau diistilahkan
sebagai Farther India dibahagikan kepada beberapa bentuk. Antara pencapaian dan sumbangan
yang telah dilakukan oleh tamadun India terbahagi kepada dua iaitu pencapaian dalam bidang
seni dan pencapaian dalam bidang sains (Afifah Abu Yazid 2003 : 219).
7.1 Pencapaian Dalam Bidang Seni
Dalam bidang seni iaitu seni halus, kehidupan orang India lebih terikat pada alam semula jadi
dan kesenian. Dalam bidang seni halus, India telah mencapai kecemerlangan pada awal tahuntahun masihi lagi. Bidang muzik, tarian dan drama berkembang maju. Asimilasi budaya Hindu
dan Muslim memberikan sumbangan yang tidak ternilai dalam bidang sent bina, seni ukir dan
lukisan di benua kecil India (Ahmad Zaki Abd. Latiff 2009 : 114).
Dalam seni muzik India, tala atau corak, metrik menjadi asas teori irama. Raga atau corak
melodi pula menjadi asas teori melodi. Pemain dram biasanya menjelaskan rangka tala dengan
menggunakan pelbagai paluan dengan tangan dan jari di bahagian-bahagian gendang untuk
memperbaiki irama yang kompleks. Dalam muzik India, walaupun teori harmoni tidak begitu
meluas, mereka mempunyai raga yang lebih kompleks daripada corak melodi Barat. Pada zaman
pertengahan, raga telah mempunyai skala komplementari yang disebut ragini. Raga dan ragini
digunakan untuk menggambarkan waktu (kala) atau sesuatu musim, perayaan dan emosi. Alatalat muzik India terbahagi kepada empat kategori iaitu pertama, tata (tali); kedua, avanaddha
(dram); ketiga, ghana (solid atau ideophone); dan keempat, susira (angin). Alat muzik India
Utara adalah berbeza dengan alat muzik India Selatan. Di India Utara, sitar, sahnai, dan tabala

merupakan alat muzik utama. Vinai, natasvaram dan mrdanga, menjadi alat muzik yang penting
di India Selatan. Muzik India Utara (Hindustani) dan muzik India Selatan (Karnataka)
mempunyai asal-usul dalam teks asas Natya-Sastra dan Sangita Ratnakara. Sumbangan Amir
Khusraw dan Tansen menjadi dasar bagi muzik masyarakat India. Begitu juga Sultan Adil Shahi
dan Baz Bahador yang telah memberi sumbangan kepada kemajuan muzik Indo-Muslim di India
(Ahmad Zaki Abd 2009 : 114).
Tradisi kesenian India juga menunjukkan bahawa seni tarian dan seni muzik mempunyai
hubungan yang erat. Misalnya tarian Kathak dan muzik Hindustani (India Utara), dan Bharata
Natyam dan muzik Karnataka (India Selatan). Manakala tarian pula biasanya dimainkan
berdasarkan tradisi-tradisi sastera, misalnya tarian Katakkali yang berdasarkan bahan-bahan epik
Purana dan taridra Manipuri pula berdasarkan tema-tema dari Bhagavata Purana dan Gita
Govinda (Abdul Rahman Hj Abdullah 2006 : 62).
Natya Sastra merupakan teks tarian India dan dicipta oleh Bharata antara kurun kedua
dan keenam Masihi. Jenis-jenis tarian yang menjadi popular di sesuatu kawasan akhirnya telah
diakui oleh keseluruhan masyarakat India dan menjadi warisan bersama. Antara tarian-tarian
utama ialah seperti Manipuri iaitu dipersembahkan oleh artis-artis wanita sebagai tarian. Berasal
dari Manipur di sempadan India-Burma pada akhir kurun ke-18 dan disebarkan ke seluruh India
oleh Rabindranath Tagore pada tahun-tahun 1920-an. Bharata Natyam iaitu satu jenis tarian tulen
disifatkan sebagai penuh dengan gerakan kompleks, gaya tangan, pernyataan perasaan pada
muka, gerakan kaki dan tangan. Bentuk yang terdapat sekarang berasal dari kurun ke-17. la
berasal dari India Utara pada kurun ke- Tarian-tarian lain seperti Orissi, Mokiniyattam,
Bhagavata Mela Nataka, Kutiyattam dan Yaksagana dianggap sebagai tarian-tarian minor (Abdul
Rahman Hj Abdullah 2006 : 62).
Dalam arena drama, ciptaan karya berjudul Natya Sastra merupakan teks drama, muzik
dan tarian yang menyumbangkan kepada perkembangan bidang drama. Ciri awal seni drama
India berbentuk tarian. Misalnya, teknik koreografi dan pergerakan pentas dapat dilihat dalam
sistem-sistem pelbagai pergerakan fizikal dan menyebutkan 13 gerakan untuk kepala, 36 untuk
mata, 10 untuk badan dan lain-lain (Afifah Abu Yazid 2003 : 222- 223).

Tujuan drama Sanskrit adalah untuk menghiburkan para hadirin (ananda) dengan
menyampaikan rasa melalui lapan emosi (Sthay Ibhava). Contoh drama- drama seperti ini ialah
drama

Sakuntala

(menggambarkan

cinta

dan

belas

kasihan),

dan

Mudraraksasa

(menggambarkan kama). Unsur-unsur falsafah dan dramatik yang dimuatkan menyebabkan


sesuatu drama yang dipersembahkan itu mengambil masa tiga hingga lapan belas hari. Misalnya
Mattavilasa, drama babak solo kurun ke-7 Masihi dipersembahkan selama lapan belas hari
(Afifah Abu Yazid 2003 :222 - 223).
Pada zaman Maurya, bidang seni bina dan seni ukir India berkembang maju. Tiang Asoka
merupakan contoh terbaik kemegahan seni bina dan seni ukir India. Pada zaman Gupta, senibina
dan seni ukir mencapai kegemilangannya. Di India Utara, Stupa Sanchi, imej Buddha dan
Bodhisattva adalah antara lambang kemegahan seni bina India. Ukiran Gua Ajanta dan Ellora
serta duit syiling India zaman Gupta membuktikan seni ukir India yang tinggi nilainya. Di India
Selatan, kuil batu Mamallapuram yang dibina oleh raja Pallava menunjukkan corak seni bina dan
seni ukir kompleks yang mengagumkan. Pada zaman Chola, kuil Brigathiswarar yang dibina di
Thanjavur menunjukkan keunikan corak seni bina bangunan kuil ini, dan masih menjadi misteri
dalam seni bina India (Ahmad Zaki Abd. Latiff 2009 : 115 - 116).
Dalam bidang seni ukir, India maju dalam seni ukir logam. Pada zaman Muslim (Islam) di
India, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang dalam bidang seni bina dan seni ukir.
Pembinaan dasar menampakkan sepenuhnya ciri-ciri seni bina Islam tetapi kerja-kerja
pengindahan sesuatu bangunan banyak melibatkan ciri-ciri Hindu. Bangunan kuil dewa Govinda;
istana Fathpur (dibina pada zaman Akhbar); Taj Mahal dan Jami Masjid (1644- 58) yang dibina
semasa ShahJahan merupakan contoh terbaik yang menunjukkan gaya seni bina dan seni ukir
Indo-Parsi (Ahmad Zaki Abd. Latiff 2009 : 115-116).
Kesusasteraan India awal menunjukkan bahawa bidang seni lukis India mencapai
kemajuan pada zaman tersebut. Dinding Istana dan ruang dalaman rumah golongan berada
dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menarik. Kebanyakan kuil gua (cave temples) India dihiasi
dengan lukisan bersifat agama. Para pelukis mendapat ilham daripada epik klasik India seperti

Ramayana dan Mahabharata. Gua Ellora, Badami dan Bagh adalah di antara contoh bagi lukisan
bersifat agama. Walaupun tujuan utama lukisan Gua Ajanta adalah agama tetapi ianya turut
memuatkan unsur-unsur lukisan bersifat secular (Ahmad Zaki Abd. Latiff 2009 : 114-115).
Dalam zaman Islam pemulihan seni lukisan berlaku di India dan asimilasi seni lukisan
menghasilkan gaya lukisan Indo-Sino-Parsi. Akbar telah menubuhkan institusi lukisan untuk
menggabungkan gaya lukisan Islam dengan Hindu (Ahmad Zaki Abd. Latiff 2009 : 114-115).
7.2 Pencapaian Dalam Bidang Sains
Dalam bidang ilmu matematik, pengetahuan mengenai konsep geometri telah berkembang sejak
zaman sebelum masihi lagi. Sejak zaman Gupta (319 TM), India telah maju dalam bidang ilmu
matematik. Kemajuan ini dapat dicapai oleh orang India hasil pengetahuan yang dimiliki oleh
mereka dalam konsep nombor abstrak. Mereka berupaya membezakan nombor abstrak dan
nombor kuantiti objek-objek ataupun keluasan ruang. Berbanding dengan matematik Greek
(Yunani) yang lebih bersifat mengukur panjang, lebar dan geometri, India sudah melepasi tahap
ini lebih awal lagi. Orang India menggunakan nombor- nombor asas dengan simbol 0 hingga 9
untuk mencipta cara kiraan Algebra asas dan ini membolehkan tamadun India menceburi bidang
ilmu matematik yang lebih rumit (Zulkiflee Haron 2011 : 191-194).
Dalam batu-batu bersurat/inskripsi awal India, tarikhnya tidak ditulis dengan menggunakan
simbol-simbol Yunani-Romawi dan Hebrew tetapi telah digunakan sembilan notasi (notation)
bagi 9 angka pertama diikuti dengan angka '0' dan '0' menjadi asas bagi menulis 10, 100 dan
sebagainya. Inskripsi seumpama ini bertarikh 595 Masihi telah ditemui di Gujarat, India. Pada
kurun ke-6, konsep ini sudah pun sampai ke Syria dan juga telah tersebar sehingga ke IndoChina (Zulkiflee Haron 2011 : 191)
India dan ini membuktikan bahawa sistem perpuluhan adalah ciptaan orang India.
Sebenarnya orang Arab telah mempelajari seni matematik dari orang India. Ini berkemungkinan
besar berlaku menerusi hubungan perdagangan yang kukuh di antara India dan Timur Tengah

sejak kurun sebelum masihi lagi. Terdapat juga kemungkinan orang Arab mempelajarinya setelah
mereka menakluk Sind, India pada tahun 712 Masihi.
Beberapa penemuan baru yang dilakukan pada zaman pertengahan oleh pakar-pakar
matematik seperti Brahmagupta (kurun ke-7), Mahavira (kurun ke-9) dan Bhaskara (kurun ke12) tidak pernah diketahui di Eropah sehinggakan berlakunya zaman Renaissance (Pemulihan
Budaya). Orang India telah mengenali nombor-nombor positif dan negatif, kubus serta kuasa 3.
Mereka juga dapat menyelesaikan persamaan kuadratik dan beberapa persamaan. Orang India
juga telah memahami trigonometri, geometn bulatan, kalkulus dan sebagainya. Angka 0 (sunya)
dan infiniti telah diketahui lebih awal di India berbanding dengan tamadun-tamadun lain.
Jyotisa adalah salah satu bahagian utama Veda. la merupakan perkiraan astronomi yang
digunakan pada zaman awal untuk menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan.
Berdasarkan perkiraan astronomi muncul kalendar matahari. Pada zaman awal, orang India
berjaya menemui 7 planet tanpa bantuan teknologi peralatan. Planet-planet tersebut ialah
Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah, Zuhal dan kemudian dua lagi planet
ditambah, iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang berada pada arah bertentangan 180. 27
bintang (nakshatra) turut dikenali dan mempercayai 27 bintang dan 9 planet ini mempengaruhi
kehidupan manusia. Kepercayaan inilah yang menjadi asas bagi kemunculan ilmu menilik
(astrologi). Bermula pada zaman Gupta, ilmu astrologi berkembang, diterima dan akhirnya,
dipercayai oleh semua orang India (Zulkiflee Haron 2011: 194).
Para sarjana mengatakan terdapat pengaruh seni astronomi orang Mesapotamia
(Sumeria) dalam astronomi India. Bagaimanapun, tidak terdapat bukti dan penjelasan yang
konkrit untuk memperkukuhkan kenyataan ini. Pakar astronomi Syria, Severus Sebokht (kurun
ke-7) telah mengetahui keunggulan astronomi dan matematik India. Beliau berpendapat
perkiraan astronomi India adalah sesuai untuk tujuan praktikal dan lebih tepat daripada
astronomi Greek.
Pengetahuan mengenai ilmu fizik orang India adalah berkaitan dengan agama dan
teologi. Konsep jirim muncul berdasarkan intuisi dan logika, dan bukannya eksperimen.

Dipercayai bahawa alam semesta terdiri dari gabungan lima elemen iaitu tanah, angin, api, air
dan angkasa. Pengikut Buddha dan Ajivika menolak angkasa. Hampir semua aliran agama di
India percaya bahawa unsur-unadr alam kecuali angkasa adalah bercirikan atom. Ilmu atom India
adalah lebih tulen dan berdikari dengan sumbangan pakar atom seperti Pakudha Katyayana
(sesaman dengan Buddha) (Zulkiflee Haron 2011: 194-195).
Menurut Jaina, corak percantuman atom yang berbeza menghasilkan elemen-elemen dengan
pelbagai sifat. Orang Buddha melihat atom sebagai "occupying minutest space in the minutest
time". Mengikut falsafah Vaisesika pula atom-atom membuat satu percantuman diacldsin triad
yang primari sebelum bercantum untuk membentuk sesuatu objek bahan. Orang India percaya
bahawa elemen-elemen tanah dan air adalah jenis jatuh, api jenis menaik, padu (solid) dan
bendalir jenis mengembang dalam panas. Tetapi usaha eksperimen yang sebenar dan saintifik
tidak dilakukan dalam bidang ini. Konsep bunyi ditentukan berdasarkan eksperimen. Latihan
bagi meningkatkan kebolehan mendengar dibuat untuk memahami intonasi sebutan mazmurmazmur Veda dengan lebih tepat. Sejak awal lagi oktaf (octave) dibahagikan kepada 22 sruti
(microtone
Pengetahuan perubatan orang India bermula pada zaman Vedik sebagai sent ilmu sihir.
Unsur-unsur bidang perubatan seperti fisiologi, pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga,
reproduksi manusia, farmakologi dan perubatan binatang wujud sebelum tahun-tahun masihi.
Teks-teks perubatan India seperti Caraka (kurun pertama hingga ke-2) dan Susruta (kurun ke-4)
dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen dalam beberapa segi dan lebih maju pada
keseluruhannya (Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah & Azhar Mad Aros 2009:113 & 114).

8.0 PENUTUP
Dapatan utama daripada hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa tamadun India
uadalah nik kerana perkembangannya meliputi banyak aspek seperti agama, spiritualisme,
falsafah, matematik, ekonomi, fizik, seni, budaya, astronomi dan sebagainya. Sebagai contohnya,
Sejak zaman Gupta (319 TM), India telah maju dalam bidang ilmu matematik. Kemajuan ini
dapat dicapai oleh orang India hasil pengetahuan yang dimiliki oleh mereka dalam konsep
nombor abstrak. Disamping itu, Astronomi dan Kalendar Jyotisa adalah salah satu bahagian
utama Veda. la merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada zaman awal untuk
menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan. Justeru, Dalam zaman Islam pemulihan
seni lukisan berlaku di India dan asimilasi seni lukisan menghasilkan gaya lukisan Indo-SinoParsi.

Tamadun ini turut dianggap unggul kerana telah melahirkan beberapa agama besar dunia
seperti Hindu, Buddha, Jaina dan Sikh. Disamping itu, perkembangan agama Islam ke kawasan
Asia turut dikaitkan dengan peranan tamadun ini. Dari tamadun India, kita dapat memerhatikan
dua sudut pandangan yang menarik mengenainya iaitu pertama, nilai-nilai ideal dan kontradiksi
terhadap nilai-nilai itu; dan keduanya, cara tamadun ini menyesuaikan diri terhadap perkara ini.
Inilah dianggap iktibar tamadun India yang menjadi teladan kepada zaman moden masa kini.
Dalam konteks ini, iktibar dari tamadun India dilihat melalui dua aspek terpenting iaitu pertama,
pandangan semesta dan kedua, nilai- nilai. (Ramli Awang 2011 : 184)
Akhir sekali, kemunculan dan kejatuhan sesuatu tamadun itu mempunyai sebab yang
tersendiri dan menjadi tugas kita sebagai generasi sekarang untuk mengambil pengajaran dari
pengalaman dahulu bagi menjaga ketemadunan negara dan agama kita. Tamadun India
merupakan panduan pelbagai bentuk budaya hingga melahirkan variasi dalam perkembangan

tamadun ini. Selain itu, pengaruh agama menjadi asas penting dalam pembentukan tamadun ini
terutamanya agama Hindu, Buddha, Sikh dan Islam. Maka kita hendaklah berinspirasi dalam
kehidupan kita berdasarkan ajaran agama masing-masing tanpa tidak beriltizam.

9.0 RUJUKAN

Abd.Latif, A. Z. (2009). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.

Awang, R. (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Johor: Penerbit UTM Press.

Yazid, A. A. (2002). Pengajian Tamadun Asia. Pahang: PTS Publications & Distributors
Sdn.Bhd.

Abdullah, A. R. (2006). Sejarah dan Kebudayaan Asia Tenggara Tradisional. Shah Alam:
Karisma Publications.

Thiruvalluvar. (SM abad ke-2 dan abad ke-5). Thirukkural. Madurai: AES (Educa Books);
New edition edition (August 1996).

Walmiki. (1978). Ramayana. India: Penguin Group (USA) Incorporated

Prabhupada, A. B. (1968). Bhagavad Gita. New York: Macmillan Publishers

10.0 LAMPIRAN

SENI BINA TAMADUN INDIA

BANDAR HARAPPA

TIANG ASOKA

Anda mungkin juga menyukai