Anda di halaman 1dari 12

PANTANG LARANG SEMASA PERKAHWINAN KAUM INDIA

Perkahwinan kaum india di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil
tirumanam, eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam. Terdapat banyak adat dan
pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan.
Pantang larang bermula dengan kunjungan tetamu ke rumah buat kali pertama dimana
tuan rumah, tidak membenarkan tetamu melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini
kerana dipercayai akan membawa sial dan mungkin boleh berlaku perselisihan faham
diantara keluarga tuan rumah dan tetamu tersebut.
Selain itu, pantang larang merisik adalah dimana bakal pasangan akan saling membalas
kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan tersebut, bakal pengantin perempuan
dilarang ikut serta kerana tidak ada perikatan suami isteri dan juga dianggap sebagai tidak
sopan. Tambahan pula, selepas telah habis majlis pertunangan, pengantin perempuan dan
pengantin lelaki dilarang keluar pada waktu malam kerana takut terkena panahan mata
orang lain atau berlaku kemalangan yang tidak sepatutnya.
Kad jemputan perkahwinan adalah yang paling utama. Sebelum perkahwinan, kad
jemputan perkahwinan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanac hindu tanpa
kesillapan. Sebab itu, kad jemputan perkahwinan ini dititikberatkan oleh golongan India
dan jika berlaku satu kesilapan maka perkahwinan tersebut tidak dapat dijalankan dengan
lancar.
Selain itu, sebelum perkahwinan pengantin perempuan dan lelaki diminta untuk makan
makanan sayur sayuran. Bukan hanya pengantin lelaki dan perempuan malah keluarga
mereka tersebut, tetapi itu bukan satu kemestian bagi keluarga tersebut. Tambahan pula,
jika majlis perkahwinan berlaku di kuil maka sayur- sayuran sahaja dihidangkan bagi
para tetamu. Makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya, daging lembu kerana
dianggap sebagai Tuhan dan agama India melarang makan daging lembu.
Apabila pasangan mendirikan rumah tangga, generasi tua kaum India selalunya akan
merestui mereka supaya hidup beranak-pinak seperti pohon pisang. Perbandingan
seumpama ini digunakan kerana pohon pisang memang subur dan mampu melahirkan
zuriat secara produktif dan berterusan.Pada majlis perkahwinan kaum India beraga
Hindu, lazimnya sepasang pohon pisang subur ditempatkan di pintu masuk ke tempat
upacara dan amalan ini adalah suatu kemestian. Pohon pisang yang dipilih pula mestilah
yang sedang berbuah dan masih ada jantung pisang.Jantung, buah, daun dan batang
pohon pisang ada cerita tersendiri.
Sebaik sahaja melihat sepasang pohon pisang diletakkan menegak (sebenarnya diikat ke
tiang atau kayu), maka orang ramai akan sedia maklum bahawa suatu majlis atau upacara
yang menggembirakan sedang berlangsung.Pohon pisang itu akan dipasang beberapa hari
sebelum majlis perkahwinan dan biasanya dibiarkan menghiasi tempat berkenaan selama
beberapa hari.Sekiranya pohon pisang tersebut tumbang (akibat angin kencang atau
kerana tidak diikat dengan baik, misalnya) maka generasi tua beranggapan kejadian itu

membawa alamat buruk.Walaupun generasi muda kaum India dikatakan semakin


berfikiran moden serta tidak mahu terpengaruh dengan amalan dan budaya tradisional,
kepercayaan dan pantang-larang berkaitan pohon pisang terus menjadi ikutan.

1http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3244- perkahwinan-masyarakatindia-.html

PANTANG LARANG SEMASA MENGANDUNG BAGI KAUM INDIA


Bagi masyarakat India, terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh
seorang ibu yang mengandung. Antaranya ialah dilarang keluar rumah berseorangan pada
waktu malam, dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan, dilarang melakukan
perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih
binatang dan sebagainya dan dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu
menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat.
Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari
yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru
dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia
terkejut.

2http://bmk12010.blogspot.my/2010/08/43-pantang-larang-semasamengandung.html

PANTANG LARANG SEMASA DEEPAVALI


Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di
seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan Deepa yang bererti
cahaya dan perkataan Vali yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14
bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini
juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud harapan, kemenangan dan
kebahagian.
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan
malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu
malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita
yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat
juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai
warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua
penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap
selamat datang kepada para tetamu.
Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit
untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijian yang
akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu
atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijian diibarat mandi di
Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.
Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan
oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih
bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua
ibubapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi
mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah
meninggal dunia.

3M. Rajantheran & S. Manimaran, 1994, Perayaan Dan Keraian Orang India, K.
Lumpur, Fajar Bakti.

PANTANG LARANG YANG DIAMALKAN OLEH KAUM INDIA


Tidak boleh makan lembu sebab lembu dikira sebagai haiwan yang suci.
Jangan potong kuku malam-malam nanti lambat kahwin.
Mimpi ular membawa maksud yang tidak baik.
Haruslah mengawal rasa marah, kerana rasa marah itu boleh membinasakan.
Haruslah menjaga lidah kerana dipercayai kata-kata seseorang boleh membunuh.
Tidak boleh memotong rambut pada hari Jumaat.
Apabila sudah berkahwin wanita haruslah sentiasa memakai thali dan pottu
yang berwarna merah, menandakan sudah berkahwin. Warna hitam menandakan
belum berkahwin.
Melarang mengasah pensel dikedua-dua hujung. Ini kerana boleh menyebabkab
ibu bapa bergaduh.

4Wan Abd. Kadir Yusoff & Zainal Abidi Borhan, 1985, Idealogi dan Kebudayaan
Kebangsaan, K.Lumpur, Jab. Pengajian Melayu,UMalaya.

PANTANG LARANG KAUM INDIA SEMASA KEMATIAN


Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian
adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan
kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke
alam barzakh . Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk
melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan.
Semasa Kematian
Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan di ruang tamu.
Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci
amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih
pinang diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol
ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum
disembahyang. Sepanjang mayat berada di dalam rumah, si mati perlu dijaga dengan
sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat
dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat.
Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit disapu pada mata
untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang
ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan
kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar
supaya tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar yang tergantung
diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu
suci seperti teevaaram, tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan
sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa tenang dan aman.
Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di ruang tamu atau
halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati
sahaja boleh membawa air dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai,
perigi atau sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air akan
ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan habuk memasuki air
tersebut. Kaum wanita pula akan menyambut air tersebut yang digunakan untuk
memandikan mayat. Sebelum dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk
disapukan pada kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli
keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan digunakan untuk
menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan tapak tangan sebagaimana lazimnya.
Mayat seterusnya dimandikan oleh orang yang telah berumur. Selepas dimandikan, si
mati akan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti
bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan diletakkan di ruang tamu
sebagai langkah menghormati tetamu.

Upacara Menanggalkan Thaali


Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah
kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh
ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia. Dalam upacara tersebut, si
isteri hendaklah duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat
suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan kemudian
bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia
dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil
mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali.
Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi
minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolaholah menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu seterusnya
akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam rumah.
Upacara Vaaikkarisi
Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda.
Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak berbau. Kemudian ke dalam mulut
mayat akan dimasukkan sedikit makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan
inilah yang dinamakan vaaikkarisi.Makanan yang akan dimasukkan ke dalam mulut
mayat berupa beras yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan diletakkan berhampiran
kepala mayat. Sebelum dimasukkan ke dalam mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke
kanan. Duit syiling yang diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain
putih. Ini dilakukan oleh kaum perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisiakan dilakukan
oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula, justeru itu kaum perempuan amat dilarang
turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si mati mempunyai cucu atau cicit, mereka
dikehendaki memegang neippantam. Neipbermaksud minyak sapi dan pantam adalah
obor. Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan menggunakan
kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan. Cucu atau cicit tersebut
dikehendaki mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa yang
sama lagu-lagu suci dimainkan. Saudara mara yang terdekat akan memberi sari atau dhoti
kepada si mati sebagai hadiah terakhir. Keranda akan ditutup dan diangkat untuk dibawa
ke tanah perkuburan, pada masa yang sama ucapantenna adudaiya shinanee
pottri disebut beberapa kali sebagai menandakan upacara tersebut telah direstui oleh
tuhan. Ahli-ahli keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga kali
sebagai tanda penghormatan.

Kollic Catti
Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk tersebut diangkat
dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah tiga di bahagian hujung dan diikat
pada periuk. Kollic catti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa.
Anak sulung melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu untuk
ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat. Sebelum itu
pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini menunjukkan bahawa mereka
akan hidup lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur
janggut atau misai sebagai menggantikan rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru
diisikan dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang
perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi mempunyai
perlambangan yang tersendiri.

5A.Aziz Deraman, 2001, Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia (Edisi


Baharu),K.Lumpur,DBP.

PANTANG LARANG SELEPAS BERSALIN BAGI KAUM INDIA


Kelahiran setiap insan ke dunia ini, khususnya yang lahir secara normal, akan melalui
proses yang sama. Namun yang membezakan hanyalah amalan perbidanan masingmasing. Masyarakat India misalnya, sejak ribuan tahun lalu mempercayai amalan
perbidanan tertentu untuk ibu sebelum dan selepas kelahiran serta penjagaan bayi yang
baru lahir. Meskipun perubatan moden semakin berkembang, amalan tradisi dan upacara
keagamaan masih diamalkan. Setiap wanita yang melahirkan anak bagaikan mati hidup
semula. Ini kerana proses melahirkan anak diibaratkan seakan kelahiran kedua bagi setiap
wanita.
Wanita yang melahirkan anak perlu
menjaga kebersihan diri secara
terperinci.
Penjagaan
ini
amat
dititikberatkan
terutamanya
pada bahagian sulit wanita. Ini kerana
organ
tersebut
mudah
dijangkiti bakteria dan virus berbahaya.
Dalam tempoh dua bulan
selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja berat
seperti mengisar, membancuh air asam jawa, berjalan di atas lantai simen baru,
merendamkan tangan dalam air soda atau pencuci kain. Ini kerana aktiviti seumpama ini
boleh menyebabkan mereka demam atau janni yang mungkin membahayakan nyawa si
ibu. Wanita yang melahirkan anak digalakkan makan sayur-sayuran seperti araikkeerai
(daun kurma). Sayur-sayuran ini dapat mencegah ibu menghidap daripada demam selain
menawarkan tenaga yang berterusan. Ia juga baik untuk kesihatan bayi. Menurut,
masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh 30 hari
yang pertama saudara-mara atau jiran tetangga tidak digalakkan berkunjung ke rumah
bayi yang baru dilahirkan. Walaupun pantang larang ini kelihatan pelik dan aneh tetapi ia
sememangnya mempunyai tujuan yang baik kerana selepas kelahiran bayi baru keadaan
rumah selalunya tidak teratur kerana tiada orang yang dapat menguruskan. Pada masa
sama, tiada orang yang boleh melayan para tetamu yang melawat ke rumah tersebut
kerana masing-masing sibuk menguruskan si ibu dan anak.

Selepas 30 hari, majlis menamakan bayi akan dibuat.


Ketika upacara inilah saudara-mara dan sahabat handai
akan dijemput untuk melihat bayi serta memberi restu kepada keluarga tersebut. Sewaktu
tempoh pantang si ibu akan disajikan dengan pelbagai makanan berkhasiat. Barisan herba
ini menjadi ejen penghapus kuman secara tidak langsung membantu untuk tumbesaran
bayi serta kesihatan si ibu. Sejenis sup herba marunthu selavu akan dimasak bersama
ayam kampung untuk si ibu mengubati luka akibat bersalin dan mengembalikan tenaga.
Selain itu, selama dua bulan tempoh berpantang mereka juga dinasihatkan makan daun

sirih, buah pinang dan kapur untuk menambah kalsium. Hidangan kepala kambing dan
ikan yu bersama bawang putih pula berguna untuk membantu menghasilkan susu badan.

Proses memandikan bayi boleh dikatakan satu upacara yang istimewa dalam masyarakat
India. Lantaran bayi yang baru lahir akan menjalani 'mandi minyak' yang disertakan
beberapa bahan herba, antaranya sikai, kunyit kasturi, serbuk kacang hijau, minyak bijan
dan semambu. Ketika memandikan bayi perlu mengurut seluruh badannya dari rambut
sehingga hujung kaki. Bayi juga akan diterbalikkan dan dihayunkan. Kesemua urutan ini
secara tidak langsung membantu mengeluarkan toksin yang terkandung dalam badan,
serta menguatkan otot-otot dan organ tubuh. Sejurus dimandikan dengan pelbagai ramuan
tradisional, bayi akan dikeringkan dengan asap yang mengandungi bahan seperti kulit
bawang putih, daun notchi, kunyit dan minyak semambu. Rawatan ini membantu
menangani masalah selesema dan batuk di kalangan bayi.
6

6Adat dan Pantang Larang Orang India karya M. Rajantheran & S. Manimaran,
keluaran penerbitan Seri Kembangan : Fajar Bakti, tahun 1994

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai