Anda di halaman 1dari 9

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

MENGURANGKAN TINGKAH LAKU NEGATIF DALAM


KALANGAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN
DENGAN PENGGUNAAN KAEDAH SisToMi
Oleh :
Nur Qashilla Binti Mohd Parman & Siti Hazlifah Binti Hilaluddin
Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Dato Razali Ismail
nurqashilla@yahoo.com & hazlifah@ipgmkdri.edu.my
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi menilai tingkah laku murid dengan
menggunakan kaedah SisToMi bagi mengurangkan tingkah laku negatif
murid bermasalah pembelajaran seperti menganggu rakan dan tidak
menyiapkan lembaran kerja ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan murid bertingkah laku
negatif. Oleh itu, kajian telah dijalankan dengan menggunakan kaedah
SisToMi dalam mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid
bermasalah pembelajaran dengan mematuhi peraturan dan larangan kelas
pemulihan yang telah ditetapkan. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah
di daerah Kuala Terengganu. Seramai tiga orang responden lelaki.
Responden dipilih berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan. Data
dianalisis dengan menggunakan pemerhatian, analisis dokumen dan temu
bual. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa berlaku kadar
pengurangan tingkah laku menganggu rakan dan responden berjaya
menyiapkan lembaran kerja semasa proses pengajaran dan pembelajaran
apabila responden mematuhi peraturan dan larangan kelas pemulihan
dengan mengaplikasikan kaedah SisToMi dalam mengurangkan tingkah
laku negatif murid bermasalah pembelajaran.
Kata kunci : tingkah laku negatif , bermasalah pembelajaran, menganggu
rakan, tidak menyiapkan lembaran kerja, kaedah SisToMi, peraturan dan
larangan kelas pemulihan.

PENDAHULUAN
Kajian ini dijalankan untuk menangani masalah tingkah laku negatif pelajar seperti
menganggu rakan dan tidak menyiapkan lembaran kerja semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas pemulihan. Pengkaji menggunakan kaedah SisToMi untuk
menangani masalah tingkah laku ini. SisToMi adalah singkatan kepada kaedah Sistem
Token Ekonomi. Responden dikehendaki mengumpul token iaitu sticker sebanyak
mungkin dengan mematuhi peraturan Kelas Pemulihan. Sekiranya responden melanggar
peraturan Kelas Pemulihan, tokennya akan diambil semula oleh pengkaji.
Menurut Teori Pelaziman Operan oleh B.F.Skinner, yang dinyatakan dalam buku
terbitan PTS (2009), iaitu Fasilitator Elektif dan Dinamik, peneguhan positif
menggalakkan individu berusaha melakukan perkara yang baik bagi dirinya sendiri.
Perkara yang baik yang dimaksudkan ialah tingkah laku yang diingini oleh guru. Menurut
Skinner, dalam buku terbitan PTS (2006) iaitu Mengurus Kanak-Kanak yang Susah
22

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Belajar, peneguhan amat penting dan seandainya dia tidak diberikan dalam jangka masa
yang panjang, kemungkinan tingkah laku operan tidak akan berlaku.
Woolfolk (1993) menyatakan bahawa sistem peneguhan token ekonomi boleh
digunakan untuk memotivasikan murid yang langsung tidak berminat menyiapkan
tugasan, menggalakkan murid yang selalu gagal meningkatkan kemajuan dan
mengendalikan kelas yang tidak terkawal. Harrop (1987) pula menyatakan bahawa
program ekonomi token lebih sesuai digunakan dalam kelas khas dan kejayaannya telah
terbukti dalam mengubah tingkah laku murid pemulihan.
Hasil kajian Hj Abd. Rahim (2006) mendapati bahawa program ekonomi token
tersebut amat sesuai dijalankan dalam kelas pemulihan dan dapat mengurangkan tingkah
laku bermasalah murid. Hasil pengumpulan data yang telah di buat melalui pemerhatian,
temubual, senarai semak dan rekod penerimaan token telah menunjukkan kesan yang
positif terhadap perubahan tingkah laku murid.

FOKUS KAJIAN
Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada masalah sampel yang dipilih dalam
mengubah tingkah laku negatif murid bermasalah pembelajaran dalam penggunaan
kaedah SisToMi. Didapati dengan adanya kaedah SisToMi, telah mampu mengurangkan
tingkah laku yang tidak diingini. Di samping itu, dengan adanya perubahan tingkah laku,
kemungkinan proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lebih lancar lagi
dan kurang masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.
Pengkaji akan memfokuskan kepada masalah menganggu rakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dan juga masalah tidak menyiapkan lembaran kerja semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Jika masalah ini tidak di atasi, responden akan
meneruskan bertingkah laku negatif dan kemungkinan besar akan menimbulkan masalah
disiplin kelak serta objektif pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai.

OBJEKTIF KAJIAN
OBJEKTIF UMUM
Menguji keberkesanan penggunaan kaedah SisToMi dalam mengurangkan tingkah laku
yang negatif bagi murid bermasalah pembelajaran.
OBJEKTIF KHUSUS
a)
Mengurangkan tingkah laku menganggu rakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran yang diingini dengan menggunakan kaedah SisToMi.
b)
Mengurangkan tingkah laku tidak menyiapkan lembaran kerja semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah SisToMi.

23

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran untuk kajian berkaitan menyelesaikan masalah dalam mengurangkan
tingkah laku negatif murid bermasalah pembelajaran iaitu tingkah laku yang menganggu
rakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan juga tidak menyiapkan lembaran
kerja semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah SisToMi
adalah seorang iaitu Responden A. Pemilihan sampel dijalankan secara bertujuan. Sampel
yang dipilih adalah dari kalangan yang bermasalah dari segi tingkah laku dan
pembelajaran.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji melalui analisis lembaran kerja responden dan
rekod ujian diagnostik responden, responden juga mempunyai tahap pencapaian yang
agak rendah dalam pembelajaran. Responden menunjukkan sikap tidak berminat untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran kerana responden gemar menganggu
rakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung serta responden kerap
tidak menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.

TINDAKAN
Kajian ini mengaplikasikan konsep penyelidikan mengikut tindakan mengikut Model
Kajian Kemmis dan McTaggart (1982). Kemmis dan McTaggart (1982), dalam Rosnah
Edinin (2011), menerangkan bahawa dalam satu lingkaran terdiri empat peringkat dalam
melaksanakan kajian tindakan. Peringkat tersebut ialah refleksi awal, perancangan
tindakan, pelaksanaan tindakan dan pemerhatian.

Rajah 1 : Model Stephen Kemmis dan McTaggart (1982)

24

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

Rancangan Pelaksanaan Tindakan Pengkaji


Penulisan refleksi pengajaran dan
pembelajaran lalu
Pernyataan masalah

Menulis proposal kajian


Membuat bacaan daripada sumbersumber rujukan lain

Mengenalpasti kanak-kanak yang


bermasalah untuk dijadikan responden
kajian tindakan.

Menetapkan peraturan dan larangan


kelas pemulihan.
Membuat
penambahbai
kan terhadap
kaedah
SisTomi

Membuat
refleksi kebaikan
dan kekurangan
kaedah SisToMi

Melaksanakan intervensi menggunakan


kaedah SisToMi kepada kanak-kanak.
Pembentangan
kajian
Kumpul data
Pemerhatian, temu bual, analisis
dokumen

Rajah 2 : Perancangan

Menulis Laporan
Kajian

Mengenalpasti responden yang berjaya


dan tidak berjaya

25

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Adakah penggunaan kaedah SisToMi dapat mengurangkan tingkah laku


menganggu rakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran?
Dalam jadual dan rajah di bawah menunjukkkan bahawa tingkah laku
negatif
iaitu menganggu rakan mengalami pengurangan bagi setiap responden. Pada
awalnya
Responden A kerap menganggu rakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
sebanyak lima kali, kekerapan responden B menganggu rakan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran sebanyak empat kali dan kekerapan Responden C dalam menganggu
rakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sebanyak dua kali sahaja.
Memasuki minggu kedua penggunaan kaedah SisToMi dilaksanakan, kekerapan
tingkah laku menganggu rakan oleh Responden A mengurang kepada
tiga kali, begitu
juga dengan Responden B yang mengurang kepada tiga kali dan Responden C yang
mengalami kekerapan mengurang kepada sekali sahaja. Minggu kedua penggunaan
kaedah SisToMi ini menunjukkan berlakunya pengurangan tingkah laku menganggu
rakan oleh kesemua responden-responden kajian.
Seterusnya, pada minggu ketiga, hasil pemerhatian dan analisis amat
memberangsangkan pengkaji apabila Responden B dan Responden C tidak lagi
menganggu rakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran kecuali Responden A yang
masih menganggu rakannya ketika proses pengajaran dan pembelajaran iaitu sebanyak
dua kali.
Pemerhatian terakhir dijalankan pada minggu keempat. Hasil data
menunjukkan kekerapan tingkah laku menganggu rakan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran sifar. Ini bererti bahawa responden-responden tidak lagi menganggu
rakan-rakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran setelah kaedah
SisToMi
diaplikasikan. Ini sekaligus menunjukkan terdapat perubahan
tingkah laku negatif
menganggu rakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kepada tingkah laku positif
iaitu tidak menganggu rakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Bil

Responden

Kekerapan
Minggu 1

Minggu 2

Minggu 3

Minggu 4

Responden
A

Responden
B

Responden
C

Jadual 1 : Data Analisis Pemerhatian Tingkah Laku Menganggu Rakan


26

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

4
Responden A
3

Responden B
Responden C

0
Minggu 1

Minggu 2

Minggu 3

Minggu 4

Rajah 3: Hasil Analisis Pemerhatian Tingkah Laku Menganggu Rakan

Adakah pengunaan kaedah SisToMi dapat mengurangkan tingkah laku tidak


menyiapkan lembaran kerja semasa proses pengajaran dan pembelajaran?
Dalam jadual dan rajah di bawah menunjukkkan bahawa tingkah laku
negatif
iaitu
tidak menyiapkan lembaran kerja mengalami pengurangan bagi setiap responden. Pada
awalnya Responden A dan Responden B kerap tidak menyiapkan lembaran kerja semasa
proses pengajaran dan pembelajaran iaitu sebanyak lima kali, dan kekerapan Responden
C dalam menganggu rakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sebanyak tiga
kali sahaja.
Apabila memasuki minggu kedua penggunaan kaedah SisToMi , kekerapan
tingkah laku tidak menyiapkan lembaran kerja oleh Responden A berkurang kepada
empat kali, manakala Responden B kekerapan tingkah laku tidak menyiapkan lembaran
kerja berkurang kepada tiga kali daripada lima kali pada minggu pertama dan kekerapan
tingkah laku tidak menyiapkan lembaran kerja oleh Responden C juga berkurang
sebanyak dua kali.
Setelah memasuki minggu ketiga kaedah ini dilaksanakan, kekerapan tingkah laku
tidak menyiapkan lembaran kerja menunjukkan perubahan yang bagus apabila terdapat
responden yang tidak lagi mengulangi tingkah laku tidak menyiapkan lembaran kerja.
Kekerapan tingkah laku tidak menyiapkan lembaran kerja oleh Responden A berkurangan
iaitu sebanyak dua kali. Manakala Responden B mengalami sebanyak sifar kekerapan
tingkah laku tidak menyiapkan lembaran kerja. Ini bermakna, Responden B telah berjaya
menghentikan tingkah laku tidak menyiapkan lembaran kerja. Seterusnya, Responden C
mengalami kekerapan tingkah laku tidak menyiapkan lembaran kerja yang sekata apabila
kekerapan tingkah laku tidak menyiapkan lembaran kerja yang dialaminya pada minggu
27

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

ketiga sama sahaja dengan jumlah kekerapan tingkah lakunya tidak menyiapkan lembaran
kerja pada minggu lepas iaitu sebanyak dua kali.
Pemerhatian dan analisis lembaran kerja yang terakhir adalah pada minggu
keempat. Pada minggu terakhir kaedah SisToMi ini, hasil data menunjukkan kekerapan
tingkah laku tidak menyiapkan lembaran kerja semasa proses pengajaran dan
pembelajaran adalah sifar. Ini bererti bahawa responden-responden tidak lagi tidak
menyiapkan lembaran kerja semasa proses pengajaran dan pembelajaran setelah kaedah
SisToMi diaplikasikan. Ini sekaligus menunjukkan terdapat perubahan tingkah laku
negatif tingkah laku tidak menyiapkan lembaran semasa proses pengajaran dan
pembelajaran kepada tingkah laku positif iaitu menyiapkan lembaran kerja semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.

Bil

Responden

Kekerapan
Minggu 1

Minggu 2

Minggu 3

Minggu 4

Responden
A

Responden
B

Responden
C

Jadual 2: Data Analisis Dokumen Tingkah laku Tidak Menyiapkan Lembaran Kerja

6
5
4
Responden A
3

Responden B
Responden C

2
1
0
Minggu 1

Minggu 2

Minggu 3

Minggu 4

Rajah 4: Hasil Analisis Dokumen Tingkah laku Tidak Menyiapkan Lembaran Kerja
28

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN


Kesimpulannya, penggunaan kaedah SisToMi ini amat berkesan dalam membentuk
tingkah laku pelajar. Ia dapat mengurangkan serta menghentikan tingkah laku negatif
pelajar seperti tidak menyiapkan lembaran kerja dan juga menganggu rakan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan adanya ganjaran semasa pelaksanaan kaedah SisToMi, murid akan lebih
bermotivasi untuk bertingkah laku positif dengan mematuhi peraturan dan larangan Kelas
Pemulihan. Apabila murid sudah terbiasa dengan rutin peraturan dan larangan Kelas
Pemulihan, murid akan menghentikan tingkah laku negatif dan menjadikan ia sebagai
tingkah laku terlazim. Oleh hal demikian, objektif pengajaran dan pembelajaran mudah
untuk dicapai dan masalah disiplin murid akan berkurang sekiranya kaedah SisToMi
diaplikasikan.

29

Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013

RUJUKAN
Abd Rahim Hj. Marzuki, Hj. Amir Hj. Omar. (2006). Pelaksanaan Program Ekonomi
Token Dalam Mengurangkan Tingkah Laku Bermasalah Murid Pemulihan Khas :
Satu Kajian Kes, Kedah : IPG Kampus Darul Aman.
Amir Awang. (1986). Teori-Teori Pembelajaran (Siri Pendidikan Fajar Bakti). Kuala
Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli Yusof Boon dan Abdul Rahim
Hamdan.
(2010). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan (Teori,
Analisis dan Interpretasi Data). Selangor : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Choong, L. K. (2008). Murid dan Alam Belajar. Subang Jaya : Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.
Gunter, P. L. (2002). A Case Study of The Effects of Altering Instructional Interactions on
The Disruptive Behavior of A Child Identified with Severe Behavior Disorders.
Education and Treatment of Children, 17, 435-444
Hj. Abd Rahim. (2006). Pelaksanaan Program Ekonomi Token Dalam Mengurangkan
Tingkah Laku Bermasalah Murid Pendidikan Khas. Jurnal IPDA, Jilid 13.
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip dan Nazariah Abdul Samad. (2008). Fasilitator
Efektif dan Dinamik. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mohd Shaarani Ahmad. (2006). Mengurus Kanak-Kanak yang Susah Belajar. Selangor :
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2011). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Noriati A. Rasid et.al. (2009). Murid dan Alam Belajar, Selangor : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Nurul Aina Zakaria. (2010). Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.
Mengurangkan
Tingkah Laku Negatif Murid Bermasalah Emosi Dalam
Aktiviti
Pengajaran dan
Pembelajaran Dengan Menggunakan Kaedah Token
Ekonomi.
Jurnal Penyelidikan Tindakan Pelajar, 1, 1-15
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan Edisi Kedua.
Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Scott M. Porter, B.S. (2007). Running Head : The Impact Of A School-Wide Token
Economy on Behavior, Attendance, and Academics At Morgan High School.
Marietta College.

30

Anda mungkin juga menyukai