Anda di halaman 1dari 1

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak.

Rusa itu selalu pergi ke tepi ko


lam untuk melihat bayangnya. Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang cant
ik.
Oh, cantiknya tandukku! kata rusa itu kepada dirinya. Namun demikian,
rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus.
Hai, lihatlah betapa kuru
snya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga. Aku mahu kelihatan cantik dari kepal
a hingga hujung kaki, rungutnya.
Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam
, rusa terdengar seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar yang anjing pemburu sed
ang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.
Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangk
ut pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk me
lepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu. Rusa itu bertambah cemas apabila k
edengaran salakan anjing semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kua
t itu dapat menolongnya melepaskan diri. Namun, tanduknya patahnya sedikit.
Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri kerana
ia boleh berlari laju. Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah mem
bantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.
Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuat
u yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak bongkak seperti dahulu ker
ana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa keca
ntikan tidak semestinya membawa kebaikan. -