Anda di halaman 1dari 5

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

(‫ون ِبٱهَّلل ِ َوٱلۡ َي ۡو ِم ٱَأۡل ِخ ِۚ‌ر َذٲكِل َ َخرۡي ۬ ٌ َوَأ ۡح َس ُن تَأۡوِي ًال‬ ‫ٱ ٱ‬ ‫ٱ‬ ‫ٱ‬ ‫ٱ‬ ‫ٱ‬
َ ُ‫)ي َ ٰـَٓأيُّہَا ذَّل ِ َين َءا َمنُ ٓو ْا َأ ِطي ُعو ْا هَّلل َ َوَأ ِطي ُعو ْا َّلر ُسو َل َوُأ ْوىِل َأۡل ۡم ِر ِمنمُكۡ‌ ۖ فَ ن تَنَ ٰـ َزعۡمُت ۡ ىِف ىَش ۡ ٍ۬ء فَ ُردُّو ُه ىَل هَّلل ِ َو َّلر ُسولِ ن ُكنمُت ۡ ت ُۡؤ ِمن‬
‫ِإ‬ ‫ِإ‬ ‫ِإ‬
Mafhumnya; Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu
berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya
kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. Sadaqallahul
‘azim, surah an-nisa ayat 59.

terima kasih kepada saudara/i pengerusi majlis, yang berbahagia; barisan panel hakim yang
mengadili pertandingan pada hari ini, dan yang diraikan sidang pendengar yang dimuliakan.

‫ فالسالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬، ‫السالم قبل الكالم‬.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Pada hari yang penuh dengan keberkatan ini, insyAllah saya akan mengupas secara ringkas
sepotong ayat dari firman Allah yang saya bacakan pada awal ucapan saya tadi, iaitu ayat 59
dari surah an-nisaa.
‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬
(‫ون ِبٱهَّلل ِ َوٱلۡ َي ۡو ِم ٱَأۡل ِخ ۚ ِر‌ َذٲكِل َ َخرۡي ۬ ٌ َوَأ ۡح َس ُن تَأۡوِي ًال‬ ‫ٱ ٱ‬ ‫ٱ‬ ‫ٱ‬ ‫ٱ‬ ‫ٱ‬
َ ُ‫)ي َ ٰـَٓأيُّہَا ذَّل ِ َين َءا َمنُ ٓو ْا َأ ِطي ُعو ْا هَّلل َ َوَأ ِطي ُعو ْا َّلر ُسو َل َوُأ ْوىِل َأۡل ۡم ِر ِمنمُكۡ‌ ۖ فَ ن تَنَ ٰـ َزعۡمُت ۡ ىِف ىَش ۡ ٍ۬ء فَ ُردُّو ُه ىَل هَّلل ِ َو َّلر ُسولِ ن ُكنمُت ۡ ت ُۡؤ ِمن‬
‫ِإ‬ ‫ِإ‬ ‫ِإ‬
Mafhumnya; Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada
Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu
berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya
kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. Sadaqallahul
‘azim, surah an-nisa ayat 59.

hadirin hadirat sekalian,


secara ringkasnya, ulil amri atau diterjemahkan sebagai orang-orang yang berkuasa di dalam
ayat didefinisikan sebagai orang yang menguruskan urusan hidup di dunia ini yang menjadi
wakil orang ramai. Mereka terdiri daripada para pemimpin, hakim, kadi, dan sesiapa sahaja
yang diberi tugas.
Manakala maksud berbantah-bantah pula dicerahkan dengan makna sekiranya timbul konflik
atau percanggahan pendapat di kalangan ulama yang berhubung dengan permasalahan
ummat, terutamanya hal-hal agama, maka hendaklah merujuk kepada kitab Allah.

Muslimin muslimat sekalian,


Firman Allah ta’ala; ((ۖ ‌ۡ‫ي َ ٰـَٓأيُّہَا ٱذَّل ِ َين َءا َمنُ ٓو ْا َأ ِطي ُعو ْا ٱهَّلل َ َوَأ ِطي ُعو ْا ٱ َّلر ُسو َل َوُأ ْوىِل ٱَأۡل ۡم ِر ِمنمُك‬. .

Diriwayatkan oleh as-syaikhani dari ibnu Abbas bahawa ayat ini diturunkan berbuhung dengan
perutusan Rasulullah s.a.w ke saria yang diketuai oleh Abdullah bin khuzaifah untuk
menghadapi kaum musyrikin di sana. Oleh kerana salah seorang daripada anggota tentera
tersebut telah melakukan sesuatu yang menimbulkan kemarahan Abdullah, beliau pun
menyuruh para pengikutnya mengambil kayu api lalu disuruh pula agar menyalakan kayu api
tersebut. Setelah api dinyalakan mereka semua disuruh terjun ke dalam api tersebut.

Salah seorang daripada pengikutnya telah membantah perintah tersebut dan berkata kepada
teman-temannya: “kamu telah lari daripada Rasulullah s.a.w untuk menghindari daripada api
tersebut (neraka), maka janganlah tergesa-gesa melakukan perintah tersebut sebelum
menemui Rasulullah s.a.w dan jika baginda menyuruh melakukannya maka lakukan.”

Setelah itu, mereka kembali menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan apa yang telah
berlaku, lalu Rasulullah s.a.w pun bersabda:
.‫لَوْ َدخَ ْلتُ ُموهَا َما َخ َرجْ تُ ْم ِم ْنهَا أَبَدًا إِنَّ َما الطَّا َعةُ في ال َم ْعرُوْ ف‬
Maksudnya: “andaikata kamu semua terjun ke dalam api tersebut, nescaya kamu tidak akan dapat keluar
lagi daripadanya untuk selama-lamanya. Sesungguhnya ketaatan itu hanya pada perkara yang makruf dan
yang baik sahaja.”

Demikianlah kisah disebalik firman yang diwahyukan.

Siding pendengar sekalian,


Secara umumnya, ayat ini mengandungi perintah kepada orang-orang mukmin supaya mentaati Allah dan
rasul serta pemerintah selama tidak menyalahi suruhan Allah. Daripada ayat ini jelaslah kepada kita
bahawa Islam amat mengambil berat soal ketaatan kepada pemerintah terutamanya dalam menjaga
perpaduan sesuatu jamaah, manakala bila timbulnya sesuatu permasalahan terutamanya yang berkaitan
dengan agama, maka hendaklah merujuk kitab Allah dan sunnah kerana inilah jalan yang terbaik dan
sikap sebenar orang-orang yang beriman dengan Allah dan menyakini hari akhirat.

Hadirin,
Di dalam khitab ini, taat kepada Allah bererti melakukan segala perintahNya dan menjauhi segala
laranganNya sebagaimana yang tercatat di dalam al-quran. Taat kepada rasul pula bermaksud mengikut
dan mengamalkan sunnahnya. Manakala taat kepada ulil amri pula bermaksud tunduk dan patuh selama
mana perintahnya tidak bertentangan dengan syariat Allah. Sabda nabi s.a.w:

ِ ِ‫صيَ ِة ال َخل‬
.‫ق‬ ٍ ْ‫الَ طَ َعةَ لِ َم ْخلُو‬
ِ ‫ق في َم ْع‬
”.tidak wajib taat kepada makhluk di dalam perkara maksiat terhadap Allah “

Sehubungan dengan itu, ayat ini mempunyai hubungan yang jelas dengan ayat sebelumnya. Di mana, di
;dalam ayat sebelumnya Allah berfirman
(‫) َّن ٱهَّلل َ يَأۡ ُم ُرمُك ۡ َأن تُ َؤدُّو ْا ٱَأۡل َم ٰـنَ ٰـ ِت ىَل ٰ ٓ َأ ۡه ِلهَا‬
‫ِإ‬ ‫ِإ‬
Mafhumnya; Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada
ahlinya
Iaitu orang yang memahami dan pakar dalam hal permasalahan tersebut. Ini supaya, urusan-urusan itu
dapat disempurnakan dengan adil dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Rentetan dari itu, Allah lalu
memerintahkan kita di dalam ayat yang berikutnya, supaya mentaati mereka selama mana tindakan dan
.arahan mereka tidak bertentangan dengan perintah dan larangan Allah
,Hadirin yang dimuliakan
.Kita masih lagi membicarakan tentang munasabah antara ayat sebelum dan selepasnya

;Pada ayat selepasnya, Allah berfirman

(‫ُوت َوقَدۡ ُأ ِم ُر ٓو ْا َأن يَ ۡك ُف ُرو ْا ِب ِهۦ َو ُي ِريدُ ٱ َّلش ۡي َط ٰـ ُن َأن يُ ِضلَّه ُۡم ضَ لَ ٰـ َۢال ب َ ِع ۬ ًيدا‬
ِ ‫ون َأن ي َ َت َحامَك ُ ٓو ْا ىَل ٱ َّلط ٰـغ‬ ‫ٱ‬
َ ُ ‫)َألَ ۡم تَ َر ىَل ذَّل ِ َين يَ ۡزمُع‬
َ ُ‫ون َأهَّن ُ ۡم َءا َمنُو ْا ِب َمٓا ُأن ِز َل لَ ۡي َك َو َمٓا ُأن ِز َل ِمن قَ ۡبكِل َ ُي ِريد‬
‫ِإ‬ ‫ِإ‬ ‫ِإ‬
Mafhumnya: Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang
mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan
kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada
Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula
.sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh
,Muslimin muslimat sekalian

Di dalam ayat 60 ini, Allah memberitahu kepada kita bahawa di sana terdapat manusia yang tergolong
dalam golongan munafiq; yang pada zahirnya mengaku beriman kepada Allah tetapi batinnya mereka
.suka hendak berhakim kepada thaghut

Ayat ini mempunyai impak yang sangat besar kepada kalimah ulil amri yang terdapat pada ayat 59, di
mana Allah telah memerintahkan kita untuk taat dan patuh kepada Allah, rasulullah, dan para
pemerintah. Namun, keumuman suruhan mentaati ulil amri dikhususkan dengan ayat berikutnya yang
memperingatkan kita bahawa di sana terdapat segolongan manusia yang bersifat munafiq dan
.cenderung kepada thaghut

;Keadaan ini menyalahi suruhan kedua yang terdapat di dalam ayat 59

ِ‫فَ ن تَنَ ٰـ َزعۡمُت ۡ ىِف ىَش ۡ ٍ۬ء فَ ُردُّو ُه ىَل ٱهَّلل ِ َوٱ َّلر ُسول‬
‫ِإ‬ ‫ِإ‬
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
.mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya

;Dan juga jelas bercanggah dengan apa yang dituntut nabi Muhammad s.a.w. dalam sabdanya

ِ ِ‫صيَ ِة ال َخل‬
.‫ق‬ ٍ ْ‫الَ طَا َعةَ لِ َم ْخلُو‬
ِ ‫ق في َم ْع‬
”.tidak wajib taat kepada makhluk di dalam perkara maksiat terhadap Allah “

Oleh hal yang demikian itu wahai muslimin muslimat sekalian, perintah mentaati Allah dan rasulNya
adalah bersifat mutlak dan muabbad sedang perintah mematuhi ulil amri hanyalah bersifat muaqat dan
.muqayyad, iaitu selama mana pemerintah tersebut tetap di jalan agama dan tidak menyeleweng

,Hadirin hadirat sekalian


.Begitulah kebesaran Allah yang ditunjukkan melalui hubung kait antara ayat sebelum dan selepasnya

,Siding pendengar yang dimuliakan Allah


.Al-quran dan as-sunnah adalah rujukan asas dalam mencari penyelesaian
Dewasa ini, umat Islam dihadapkan dengan pelbagai masalah baik dari sudut moral, sosial, agama,
kemasyarakatan, individu, atau antarabangsa. Yang mana setiap satunya berpunca dari kesalahan dan
;sikap manusia itu sendiri. Sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam surah ar-rum ayat 41

(‫ض الَّ ِذي َع ِملُوا لَ َعلَّ ُه ْم َي ْر ِج ُعو َن‬ ِ ِ ِ ‫)ظَهر الْ َفساد يِف الْبِّر والْبح ِر مِب ا َكسبت أَي ِدي الن‬
َ ‫َّاس ليُذي َق ُهم َب ْع‬ ْ ْ ََ َ ْ َ َ َ ُ َ َ َ
Mafhumnya; Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa
yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan
kepada mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya
.mereka kembali (insaf dan bertaubat)

Muslimin muslimat sekalian,

Sesungguhnya, nabi Muhammad s.a.w telah bersabda; ( “Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara
yang kamu tidak akan sesat selamanya apabila kamu berpegang kepada keduanya, iaitu
Kitabullah(Al-Quran) dan Sunnahku”.(Hadith riwayat Imam Malik).

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, sukalah saya akhirinya dengan memetik pengajaran yang
.terdapat dalam ayat 59 surah an-nisa

Pertama, orang islam diwajibkan mentaati Allah dan rasulNya serta ulil amri. Walau bagaimanapun,
perintah Allah dan rasulNya wajib ditaati selalu, manakala perintah ulil amri hanya wajib ditaati selagi
.tidak melanggar perintah Allah

Kedua, sekiranya timbul perselisihan di dalam sesuatu perkara, maka diingatkan supaya kembali
.merujuk kepada kitab Allah dan sunnah rasulNya yang merupakan perlebagaan tertinggi umat islam

Sekian sahaja syarahan saya berkisar ayat 59 surah an-nisaa. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan
.yang lemah dan kurang itu datang dari diri saya sendiri

.Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai