Anda di halaman 1dari 2

PENGAPLIKASIAN TEORI PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN OPERASI MATEMATIK.

Teori pembelajran pertama adalah Konstruktivisme. Konstruktivisme adalah pembelajaran


sebagai proses yang aktif membina idea atau konsep baru berdasarkan pengalaman semasa
atau yang lepas. pembelajaran yang melibatkan pembinaan pengetahuan daripada
pengalaman sendiri." Usaha sendiri, bersifat dalaman, bersifat peribadi, konsep dalaman dan
prinsip am akan mengakibatkan diaplikasikan dalam konteks kehidupan harian.
Mengikut teori ini operasi matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
perlu diajar dengan mengaitkan pengalaman sebelum ini iaitu konsep pra nombor. Semasa
guru mengajar operasi tambah guru perlu mengaitkan konsep pra nombor. Contohnya, semasa
guru mengajar tambah (dua nombor) guru perlu melukis gambar ataupun menunjukkan bahan
konkrit jumlah dua nombor tersebut untuk membilang dahulu sebelum guru mengajar
menjumlahkan dua nombor tersebut.
Dalam operasi matematik murid perlu diajar mengikut turutannya. Ianya tambah,
tolak, darab dan bahagi. Ini kerana keempat-empat operasi saling berkait antara satu sama lain.
Contohnya, semasa guru mengajar darab guru akan menggunakan pengetahuan sebelum ini
iaitu tambah berulang. Jika murid tidak dapat menguasai operasi tambah sudah pasti mereka
akan menghadapi masalah semasa mempelajari operasi.
Implikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik adalah memberi galakan kepada murid-murid. Menggalakkan murid yang mahir
membantu rakan yang kurang mahir. Contohnya semasa guru mengajar operasi darab sudah
tentu terdapat segelintir murid yang kurang faham bagaimana buatnya dalam masa ini guru
boleh mengarahkan murid-murid yang mahir operasi darab untuk membantu murid-murid yang
kurang mahir dan ini akan membantu guru memberi perhatian kepada seluruh murid pada masa
yang sama. Selain itu, guru menggunakan strategi pengajaran yang koperatif dan kolaboratif
serta pengajaran secara berkumpulan. Contohnya, selepas guru mengajar sesebuah operasi
guru perlu mengadakan aktiviti pengukuhan. Guru boleh mengadakan aktiviti pengukuhan
secara berkumpulan dan ini akan membantu kesemua tahap murid dapat menyertai aktivitinya
dengan penuh yakin apabila mereka berada dalam kumpulan.
Kedua adalah memberi pujian yang jelas dan sistematik. Guru perlu menentukan
bahawa pujian diberi dengan betul dan bersesuaian dengan tingkah laku murid. Contohnya,
apabila murid-murid dapat menguasai operasi matematik yang diajar terutamanya murid-murid

yang mempunyai masalah dalam mateatik guru memberi pujian yang sesuai supaya ia akan
menjadi satu motivasi untuk terus belajarnya. Ini menyebabkan murid akan berasa dihargai dan
bersemangat untuk belajar tentang sesuatu perkara.
Ketiga adalah arahan yang bermakna. Guru memberikan arahan yang jelas dan bermakna
yang seboleh-bolehnya mempunyai kaitan antara pengajaran dengan kehidupan seharian
kanak-kanak. Contohnya, semasa guru mengajar operasi bahagi guru perlu menunjukkan
proses pembahagian satu demi satu ini kerana murid akan keliru dengan arahan yang banyak.
Kurangkan penghafalan dan bimbing kanak-kanak untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka
kepada pengalaman sebenar. Semasa guru mengajar sifir guru perlu mengelakkan mengajar
menghafal sifir mala guru boleh menggunakan strategi lain iaitu menggunakan fakta asas untuk
mengajar sifirnya. Keempat adalah kaitkan pembelajaran dengan pengalaman sebenar. Muridmurid dapat memahami sesuatu pembelajaran baru dengan mudah kerana pengalaman yang
telah dilalui. Contoh: Guru menyuruh murid mengira bilangan gula-gula dengan menyentuh
setiap satu gula-gula yang telah dikira.
Kesimpulannya, tahap pengetahuan yang dicapai oleh seseorang kanak-kanak adalah
berbeza daripada orang dewasa. Oleh itu, guru perlu sabar semasa mengajar operasi
matematik. Ini kerana tahap kognitif murid-murid adalah berbeza. Guru boleh menggunakan
pelbagai strategi dan kaedah untuk mengajar operasi matematik. Pencapaian adalah
bergantung kepada pengetahuan orang dewasa yang lebih kemahiran.

Anda mungkin juga menyukai