Anda di halaman 1dari 1

BADAN KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN (BKGK)

PERLEMBAGAAN BKGK
1. Kelab ini hendaklah dikendalikan oleh satu jawatankuasa yang terdiri
daripada Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan beberapa orang
AJK yang dilantik dalam Mesyuarat Agong.
2. Jawatankuasa ini hendaklah bertanggungjawab memungut yuran
sebanyak RM200 setahun daripada semua guru dan RM150
daripada semua kakitangan sokongan bagi tujuan kebajikan.
3. Jawatankuasa ini bertanggungjawab memberi sumbangan wang kepada
yang memerlukan atas nama semua guru dan kakitangan sokongan dari
tabung yang dipungut setiap semester atau daripada sumber lain.
3.1 Memberi sumbangan wang RM50 kepada seorang ahli yang
kematian ibu/ayah/suami/isteri/anak. (Kutipan derma juga
akan dijalankan).
3.2 Memberi sumbangan wang RM50 kepada seorang ahli di atas
perkahwinan beliau. Sekali sahaja dan kutipan derma juga
dijalankan.
3.3 Memberi
sumbangan
wang
RM35
kepada
seorang
ahli/suami/isteri/anak yang sakit dimasukkan ke wad sekali
dalam setahun.
3.4 Memberi sumbangan wang RM50 ditambah RM10 x jumlah
tahun mengajar di sekolah ini bagi ahli yang berpindah.
3.5 Bagi ahli yang bersara genap akan diberi RM25 x jumlah tahun
mengajar dan ditambah dengan RM200 daripada pihak PIBG.
3.6 Bagi ahli yang bersara pilihan akan diberi RM25 x jumlah tahun
mengajar dan ditambah dengan RM100 daripada pihak PIBG.
3.7 Memberi sumbangan wang RM50 bagi ahli yang mendapat cahaya
mata kali pertama di sekolah ini.
3.8 Memberi sumbangan wang RM50 kepada seorang ahli yang
mendapat malapetaka dan bencana alam seperti kebakaran,
banjir, tanah runtuh, kecurian yang difikirkan wajar. Sekali
sahaja dan kutipan derma akan dijalankan.
4. Selain itu jawatankuasa ini juga hendaklah berusaha mengadakan
aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti mengadakan Jamuan Hari
Guru, Jamuan Perpisahan, Jamuan Malam Mesra, dan sebagainya.
5. Jawatankuasa ini juga hendaklah berusaha menceriakan bilik guru
dan bilik mesyuarat.
6. Semua ahli perlu mengisi borang tuntutan BKGK dan
menyerahkan
kepada
bendahari.
Jika
ahli
tidak
dapat
memaklumkan
kepada
bendahari,
ahli
lain
boleh
memaklumkannya.
7. Pindaan 26 Januari 2016 berkuatkuasa 1 Februari 2016.

Anda mungkin juga menyukai