Komunikasi merujuk kepada pertukaran dan pengaliran maklumat daripada seseorang kepada orang yang lain. Proses penghantaran mesej daripada penghantar kepada penerima dikenali sebagai komunikasi.Komunikasi berkesan hanya akan berlaku apabila penerima memahami mesej yang dihantar dengan tepat. Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.Komunikasi lisan melibatkan proses pemindahan idea dan ditutur menggunakan bahasa yang difahami.Manakala komunikasi bukan lisan ialah penyampaian idea yang melibatkan pergerakan anggota badan seperti menganggukkan kepala tanda setuju.Oleh itu, seorang guru perlu menguasai kemahiran berkomunikasi agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan berkesan serta mencapai objektifnya. TBC